Cerita-cerita Kitab Suci
Keluarga Joseph Smith


“Keluarga Joseph Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Keluarga Joseph Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

1805–1817

3:22

Keluarga Joseph Smith

Sebuah keluarga yang beriman

Joseph Smith dan keluarganya bekerja di ladang mereka.

Joseph Smith dilahirkan pada 23 Disember 1805, di timur laut Amerika Syarikat. Bapanya juga bernama Joseph. Nama ibunya adalah Lucy. Dia ada ramai adik-beradik. Keluarga Joseph adalah petani. Mereka percaya kepada Tuhan dan saling mengasihi.

Joseph Smith—Sejarah 1:3–4

Joseph Smith semasa muda. Kaki kirinya dibalut. Ibunya bimbang tentang dia.

Ketika Joseph kecil, dia ada penyakit yang menyebabkan masalah pada kakinya. Dia amat kesakitan. Keluarga Joseph cuba melegakannya, tetapi kakinya masih sangat sakit. Doktor cuba menyembuhkan kakinya, tetapi gagal.

Saints, 1:7

Joseph Smith di atas katil. Abangnya berlutut di sisi katil. Ibunya bercakap dengan doktor di latar belakang.

Doktor berkata mereka perlu potong kaki Joseph untuk selamatkan nyawanya. Tetapi ibunya tidak membenarkan. Dia bertanya jika ada cara lain untuk bantu Joseph. Doktor memutuskan untuk potong sebahagian tulang di kakinya. Joseph tahu ini menyakitkan, tetapi dia beriman bahawa Tuhan akan membantunya.

Saints, 1:7

Doktor menawarkan Joseph alkohol untuk pembedahan kakinya. Joseph menolak. Bapanya memeluknya.

Doktor mahu beri Joseph minum alkohol untuk kebaskan rasa sakit. Tetapi Joseph berkata tidak. Dia hanya mahu bapanya memeluknya.

Saints, 1:7

Ibu Joseph Smith meninggalkan bilik sementara doktor bersiap untuk pembedahan.

Joseph meminta ibunya keluar. Dia tidak mahu ibunya melihatnya dalam kesakitan semasa doktor memotong kakinya.

Seorang doktor membedah kaki Joseph Smith. Bapanya memeluknya untuk memberi sokongan.

Bapa Joseph memeluknya sementara doktor memotong bahagian tulang yang buruk di kakinya. Ini amat menyakitkan, tetapi Tuhan bantu Joseph untuk menjadi berani. Selepas beberapa tahun, kaki Joseph semakin baik, tetapi masih sakit untuk berjalan.

Saints, 1:6–7

Joseph Smith dan keluarganya di New York. Mereka bekerja menoreh pokok-pokok mapel.

Ketika Joseph dewasa, keluarganya berpindah ke negeri New York. Keluarga Joseph miskin. Mereka bekerja keras untuk ada makanan yang mencukupi. Joseph seorang budak yang baik. Dia gembira dan suka ketawa dan bergembira.

Saints, 1:5–9

Keluarga Joseph Smith duduk dengan damai di meja makan.

Keluarga Joseph mengasihi Yesus Kristus. Mereka berdoa dan membaca Alkitab bersama-sama. Tetapi ibu bapa Joseph tidak pasti gereja mana yang harus mereka ikuti. Pada suatu malam, ibu Joseph, Lucy, berdoa dan memberitahu Tuhan bahawa dia mahu mencari Gereja Yesus Kristus yang benar. Tuhan menjawab doanya dan berjanji dia akan temuinya.

Saints, 1:10–11