“Tentang Ajaran dan Perjanjian,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Tentang Ajaran dan Perjanjian,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Pengenalan
Tentang Ajaran dan Perjanjian
Tuhan berbicara lagi
Bapa Syurgawi mengasihi kita. Dia mahu kita membuat perjanjian, atau janji, dengan-Nya supaya Dia boleh memberkati kita. Dia mengutus Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menjadi Juruselamat kita dan membantu kita kembali kepada-Nya.
Tuhan juga mengutus para nabi untuk mengajar kita tentang Yesus Kristus dan perintah-perintah-Nya. Para nabi melayani Yesus Kristus dan membantu memimpin Gereja-Nya.
Yesus memberitahu para nabi apa yang harus diajar kepada kita. Kata-kata para nabi dari zaman dahulu ditulis dalam tulisan suci seperti Alkitab dan Kitab Mormon.
Bertahun-tahun selepas Yesus berada di bumi, tiada lagi nabi. Orang tidak membuat dan mentaati perjanjian dengan Tuhan. Gereja Yesus Kristus tiada di bumi.
Tetapi kemudian Tuhan memanggil Joseph Smith untuk menjadi seorang nabi. Joseph hanyalah seorang pemuda, tetapi Tuhan ada sesuatu yang sangat penting untuk dia lakukan.
Joseph Smith mengajar tentang Yesus. Dia membantu menubuhkan Gereja Yesus. Yesus mengajar Joseph Smith injil-Nya dan cara memimpin Gereja-Nya.
Banyak perkara yang Yesus beritahu Joseph Smith ditulis dalam Ajaran dan Perjanjian. Ajaran dan Perjanjian ialah kitab suci seperti Alkitab dan Kitab Mormon.
Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian menceritakan bagaimana Yesus membawa kembali, atau memulihkan, Gereja-Nya, dengan bantuan daripada Nabi Joseph Smith dan yang lain. Para ahli Gereja dipanggil Orang Suci. Cerita-cerita ini menunjukkan bahawa Tuhan mengasihi anak-anak-Nya di seluruh dunia. Dia mahu memberkati kita semasa kita membuat perjanjian dengan-Nya.