“Mary dan Caroline Rollins,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Mary dan Caroline Rollins,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
November 1830–Julai 1831
Mary dan Caroline Rollins
Kasih yang kuat terhadap kitab suci
Mary Rollins berumur 12 tahun apabila misionari mula kunjungi Kirtland, Ohio. Dia dengar mereka bercakap tentang Kitab Mormon. Pada masa itu, hanya ada satu salinan kitab di Kirtland, dan seorang pemimpin Gereja bernama Isaac Morley memilikinya.
Mary pergi ke rumah Saudara Morley dan meminta untuk melihat kitab itu. Saudara Morley benarkan dia memegangnya. Mary tanya jika dia boleh membawanya pulang.
Saudara Morley tidak mahu berikan salinan kitabnya kepada Mary. Dia belum habis membacanya. Mary merayu Saudara Morley untuk meminjamkannya.
Saudara Morley bersetuju. Dia kata Mary boleh bawa kitab itu jika dia kembalikannya awal pagi esok. Mary menjaganya seperti harta karun. Dia berjaga sepanjang malam membaca.
Apabila Mary kembalikan kitab itu, Saudara Morley terkejut melihat berapa banyak yang telah dia baca. “Anak,” katanya, “bawa pulang kitab ini dan habiskannya. Saya boleh tunggu.”
Mary adalah orang pertama di Kirtland yang membaca seluruh Kitab Mormon. Tidak lama selepas dia selesai, dia bertemu dengan Nabi Joseph Smith. Apabila nabi tahu betapa Mary mengasihi Kitab Mormon, dia berkata Mary boleh memiliki salinan Saudara Morley. Dia akan beri Saudara Morley satu lagi.
Lewat tahun itu, Mary dan keluarganya berpindah ke Independence, Missouri. Dia teruja melihat semasa pemimpin Gereja mula menyusun sebuah kitab baharu yang dipanggil Kitab Perintah. Kitab ini akan mengandungi banyak wahyu yang Yesus Kristus telah berikan kepada Joseph Smith.
Ajaran dan Perjanjian 67; 70:1–4; Saints, 1:178
Tetapi sesetengah orang di Independence tidak suka Gereja. Mereka mahu usir Orang Suci. Satu hari, sekumpulan lelaki yang marah pecah masuk bangunan di mana Kitab Perintah sedang dicetak. Mereka membuang mesin cetak ke luar tingkap dan menabur halaman-halaman Kitab Perintah ke jalan.
Saints, 1:177–78
Mary dan adiknya, Caroline, memerhati dari belakang pagar. Mary beritahu Caroline dia mahu ambil halaman-halaman itu sebelum ia rosak. Caroline takut kepada kumpulan lelaki itu. “Mereka akan bunuh kita,” katanya. Tetapi Mary dan Caroline tahu halaman-halaman itu mengandungi firman Tuhan.
Saints, 1:178
Adik-beradik itu tunggu sehingga kumpulan lelaki itu tidak melihat. Kemudian mereka berlari dan mengambil seberapa banyak halaman yang mereka boleh. Semasa mereka bergegas pergi, beberapa lelaki melihat dan menjerit minta mereka berhenti. Mary dan Caroline memeluk erat halaman-halaman dan berlari secepat yang mereka boleh ke ladang jagung berdekatan.
Saints, 1:178–79
Dua lelaki mengejar adik-beradik itu ke ladang jagung. Jagung itu sangat tinggi, Mary dan Caroline tidak dapat melihat ke mana mereka pergi. Mereka rebah ke tanah dan sembunyikan halaman-halaman di bawah badan mereka. Mereka diam semasa dua lelaki itu berjalan melalui jagung mencari mereka.
Saints, 1:179
Tidak lama kemudian lelaki itu berputus asa. Mary dan Caroline selamat. Mereka telah selamatkan halaman-halaman wahyu Tuhan untuk Kitab Perintah. Hari ini wahyu-wahyu itu terdapat dalam kitab Ajaran dan Perjanjian.
Saints, 1:179