“Penglihatan Pertama Joseph Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Penglihatan Pertama Joseph Smith,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
1817–1820
Penglihatan Pertama Joseph Smith
Jawapan bagi doa yang rendah hati
Di tempat keluarga Joseph Smith tinggal, ada banyak gereja yang mengajar tentang Yesus Kristus. Mereka semua mengajar perkara yang berbeza tentang Dia. Joseph tidak pasti siapa yang betul. Dia tahu dia perlukan Juruselamat, tetapi dia tidak tahu harus sertai gereja yang mana.
Joseph Smith—Sejarah 1:5–6; Saints, 1:9
Joseph lama memikirkan hal ini. Dia mahu dosa-dosanya diampuni. Dia kunjungi banyak gereja, tetapi dia masih berasa keliru.
Joseph Smith—Sejarah 1:8–10; Saints, 1:9–12
Suatu hari, Joseph membaca Yakobus 1:5 dalam Alkitab. Ia berkata jika kita perlukan kebijaksanaan, kita boleh tanya Tuhan. Joseph tahu inilah yang dia perlu lakukan.
Pada pagi musim bunga, tahun 1820, Joseph pergi ke hutan berhampiran rumahnya. Dia mahukan tempat bersendirian untuk berdoa kepada Bapa Syurgawi.
Joseph berlutut dan mula berdoa. Semasa dia berdoa, dia rasa kuasa jahat menguasainya. Dia rasa kegelapan di sekelilingnya. Seolah-olah seseorang cuba menghalangnya daripada bercakap dengan Tuhan. Joseph gunakan segala kekuatan untuk meminta Tuhan menyelamatkannya.
Tiba-tiba, Joseph melihat cahaya terang yang indah turun dari syurga. Kegelapan lenyap, dan dia rasa damai. Dalam cahaya, Joseph melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus berdiri di udara. Bapa Syurgawi menyebut nama Joseph. Kemudian menunjuk kepada Yesus dan berkata: “Inilah Putera-Ku yang Ku-kasihi. Dengarkanlah Dia!”
Yesus beritahu Joseph bahawa dosa-dosanya diampuni. Joseph bertanya Yesus gereja manakah yang dia harus sertai. Yesus berkata dia tidak harus sertai mana-mana.
Joseph Smith—Sejarah 1:18–19; Saints, 1:16
Yesus berkata kebenaran penting tentang injil-Nya telah hilang. Dia berkata Dia akan hantar para malaikat untuk mengajar Joseph tentang kebenaran ini, untuk dikongsi dengan dunia.
Saints, 1:16–17
Selepas penglihatan itu tamat, Joseph dipenuhi dengan kasih dan kegembiraan. Dia tidak keliru lagi. Dia tahu Tuhan mengasihinya. Walaupun sesetengah orang membencinya kerana dia berkata dia telah melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, Joseph tahu itu benar.
Joseph Smith—Sejarah 1:20–26; Saints, 1:16