Cerita-cerita Kitab Suci
Sidney dan Phebe Rigdon


“Sidney dan Phebe Rigdon,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Sidney dan Phebe Rigdon,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Oktober–November 1830

2:24

Sidney dan Phebe Rigdon

Mengubah hidup mereka untuk menerima injil

Parley Pratt mencadangkan kepada rakannya untuk melawat kawannya Sidney.

Parley Pratt dan yang lain berkongsi injil dengan Orang Asli Amerika. Dalam perjalanan, Parley mahu berhenti dan melawat kawannya Sidney Rigdon. Sidney seorang pengkhutbah yang mengajar Parley tentang Yesus Kristus dalam Alkitab. Sekarang Parley mahu mengajar Sidney tentang Yesus dalam Kitab Mormon.

Ajaran dan Perjanjian 32; Saints, 1:99

Parley berkongsi Kitab Mormon dengan Sidney Rigdon.

Parley memberitahu Sidney tentang Kitab Mormon dan menjemputnya untuk membacanya. Sidney tidak pasti, tapi kerana Parley adalah kawannya, dia berjanji akan melakukannya.

Saints, 1:100

Sidney membaca Kitab Mormon dan berkongsi dengan isterinya.

Apabila Sidney membaca Kitab Mormon, dia tahu ia datang daripada Tuhan. Dia berkongsi perasaannya dengan isterinya, Phebe.

Saints, 1:101

Sidney bercakap dengan keluarganya.

Tetapi Sidney tidak pasti apa yang perlu dilakukan seterusnya. Jika dia dibaptis, dia akan hilang pekerjaannya sebagai pengkhutbah di gerejanya. Bagaimana dia boleh menjaga Phebe dan enam anak mereka? Bagaimana perasaan orang-orang di gerejanya? Dia berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk bantuan, dan mendapat perasaan damai.

Saints, 1:101; Ajaran dan Perjanjian 19:23

Phebe Rigdon memberitahu Sidney bahawa dia bersedia untuk menyertai Gereja.

Sidney tanya Phebe jika dia sanggup melepaskan kehidupan selesa mereka dan menyertai gereja baharu ini bersamanya. “Adalah hasrat saya untuk melakukan kehendak Tuhan,” katanya, “hidup atau mati.” Mereka memilih untuk dibaptiskan.

Saints, 1:101

Sidney bertemu Joseph Smith.

Kemudian, Sidney bertemu dengan Nabi Joseph Smith. Tuhan memberi Sidney pesanan melalui Joseph. Dia berkata Dia telah melihat hal-hal baik yang Sidney lakukan dan mendengar doanya. Tuhan memberitahu Sidney Dia ada pekerjaan hebat untuk dia lakukan. Sidney akan melakukan perkara hebat.

Ajaran dan Perjanjian 35:3–4