Cerita-cerita Kitab Suci
Parley dan Thankful Pratt


“Parley dan Thankful Pratt,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Parley dan Thankful Pratt,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Ogos–September 1830

3:32

Parley dan Thankful Pratt

Iman untuk mengikuti Roh

Parley dan Thankful Pratt di ladang mereka.

Parley Pratt dan Thankful Pratt ialah petani di Ohio. Suatu hari, Parley merasakan Roh menyuruhnya meninggalkan rumah untuk mengajar orang ramai tentang Alkitab.

Saints, 1:92

Parley dan Thankful pergi untuk mengajar tentang Alkitab.

Parley dan Thankful menjual ladang mereka. Mereka tidak tahu ke mana mereka akan pergi, tetapi mereka percaya Tuhan akan memberkati mereka kerana melayani-Nya.

Saints, 1:92

Parley turun dari bot di New York.

Parley dan Thankful membawa beberapa pakaian dan wang dan menaiki bot. Semasa mereka mengembara melalui New York, Roh memberitahu Parley untuk turun dari bot. Parley meminta Thankful untuk meneruskan tanpanya. Dia berjanji untuk segera kembali kepadanya. Dia merasakan ada sesuatu yang Tuhan mahu dia lakukan di New York.

Saints, 1:92

Parley belajar mengenai Kitab Mormon.

Parley berjalan jauh. Akhirnya dia datang ke rumah seorang pengkhutbah. Pengkhutbah itu memberitahu Parley tentang satu kitab aneh yang seseorang berikan kepadanya. Ia berasal dari kepingan-kepingan emas dan ditulis lama dahulu. Ia dipanggil Kitab Mormon. Seorang pemuda di New York telah menterjemahkannya dengan kuasa Tuhan.

Saints, 1:92

Parley menerima kesaksian tentang Kitab Mormon.

Parley ingin tahu. Pengkhutbah itu tunjukkan kitab kepada Parley. Teruja, Parley membukanya dan mula membaca. Berjam-jam berlalu, dia tidak boleh berhenti membaca, bahkan tidak makan atau tidur. Roh Tuhan memberitahunya bahawa itu benar.

Saints, 1:92–93

Parley dan Hyrum Smith bercakap tentang Kitab Mormon.

Parley sangat menyukai Kitab Mormon, dia mahu mencari lelaki yang menterjemahkannya. Dia berjalan ke ladang keluarga Smith, di mana dia bertemu Hyrum, abang Joseph. Mereka bercakap sepanjang malam. Hyrum memberitahu Parley bahawa Kitab Mormon adalah benar. Dia memberi Parley salinan kitabnya.

Saints, 1:93

Parley terus membaca Kitab Mormon.

Semasa dia terus membaca, Parley belajar bahawa Yesus Kristus telah mengunjungi orang-orang di Benua Amerika dahulu. Parley melihat Kitab Mormon bernilai lebih daripada semua kekayaan dunia. Dia tidak sabar untuk kembali kepada Thankful dan berkongsi dapa yang telah dia pelajari.

Saints, 1:93; 3 Nefi 11:1–12

Parley berkongsi Kitab Mormon dengan Thankful dan keluarganya.

Parley memberitahu Thankful dan ahli keluarganya yang lain tentang Kitab Mormon. Dia memberitahu mereka apa yang ia ajarkan tentang Yesus Kristus. Thankful gembira kerana Parley telah mengikuti Roh dan menemui pekerjaan yang Tuhan mahu dia lakukan. Seperti Parley, Thankful belajar sendiri bahawa Kitab Mormon adalah benar.

Saints, 1:98–99