Cerita-cerita Kitab Suci
Keluarga Knight dan Yang Lain Berkumpul ke Sion


“Keluarga Knight dan Yang Lain Berkumpul ke Sion,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Keluarga Knight dan Yang Lain Berkumpul ke Sion,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Disember 1830–Ogos 1831

3:16

Keluarga Knight dan Yang Lain Berkumpul ke Sion

Mematuhi panggilan Tuhan

Polly dan Joseph Knight pindah ke Ohio dengan Orang Suci yang lain.

Polly dan Joseph Knight tinggal dengan keluarga mereka di New York. Mereka amat mengenali Nabi Joseph. Selepas mempelajari injil, mereka memilih untuk menyertai Gereja. Ketika Tuhan minta Orang Suci pindah ke Ohio, keluarga Knights patuhinya.

Ajaran dan Perjanjian 37; Saints, 1:33, 94, 109–110

Leman Copley menyambut Orang Suci di Ohio.

Keluarga Knight gembira apabila mereka tiba di Ohio. Leman Copley, seorang ahli Gereja, berkata Orang Suci boleh tinggal di tanahnya. Terdapat ruang yang cukup untuk bercucuk tanam dan membina rumah. Joseph Knight dan anak-anaknya bekerja keras menyediakan ladang untuk tanaman.

Saints, 1:126–27

Orang Suci tinggalkan tanah Leman Copley.

Tetapi suatu hari, Leman berubah fikiran tentang tanahnya. Dia tidak mahu Orang Suci tinggal di sana lagi. Dia minta Keluarga Knight dan yang lain untuk pergi.

Saints, 1:127

Orang Suci tanya Joseph Smith apa yang patut mereka lakukan.

Orang Suci bimbang. Kini mereka tiada tempat tinggal. Mereka tanya Nabi Joseph apa yang harus mereka lakukan.

Ajaran dan Perjanjian 54; Saints, 1:127

Joseph beritahu Orang Suci untuk pergi ke Missouri untuk membina Sion.

Tuhan firmankan Orang Suci ini pergi ke Missouri dan membina Sion. Sion akan menjadi sebuah kota di mana umat Tuhan boleh berkumpul. Di Sion, mereka akan bina sebuah bait suci untuk membuat perjanjian, atau janji dengan Tuhan. Dia akan berkati mereka jika mereka taati perjanjian ini. Keluarga Knight teruja untuk pergi.

Ajaran dan Perjanjian 29:1–8; 42:30–36; 45:59–66; 54:6–9; 57:1–2; Saints, 1:128

Keluarga Polly menjaganya dalam perjalanan ke Missouri.

Semasa Keluarga Knight pergi ke Missouri, Polly menjadi sangat sakit. Suaminya, Joseph, dan anak-anaknya risau hidupnya tidak lama. Tetapi Polly beritahu keluarganya dia mahu berada di Sion sebelum dia mati. Dia mahukannya lebih daripada segalanya!

Saints, 1:128

Keluarga Knight tiba di Missouri.

Selepas perjalanan yang panjang, keluarga Knight tiba di Missouri. Polly amat bersyukur kepada Tuhan kerana dia dapat melihatnya. Keluarga Knight rasa tanah itu indah. Mereka beriman mereka boleh mentaati perintah Tuhan untuk membina Sion di sana.

Saints, 1:132

Orang suci letak batu untuk tanda di mana bait suci baharu akan berada.

Orang Suci ucap doa khas dan memanggil tanah itu Sion, di mana umat Tuhan akan datang. Nabi Joseph meletak batu untuk menanda di mana sudut bait suci akan berada. Beberapa hari kemudian, Polly meninggal dunia. Tuhan berjanji Orang Suci yang datang ke Sion dan mati akan berehat di syurga.

Ajaran dan Perjanjian 59:1–2; Saints, 1:132–33