Cerita-cerita Kitab Suci
Joseph dan Sidney Belajar tentang Syurga


“Joseph dan Sidney Belajar tentang Syurga,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)

“Joseph dan Sidney Belajar tentang Syurga,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian

Februari 1832

3:1

Joseph dan Sidney Belajar tentang Syurga

Penglihatan tentang berkat Tuhan untuk anak-anak-Nya

Joseph Smith dan Sidney Rigdon membaca dan membincangkan Alkitab.

Suatu hari, Joseph Smith dan Sidney Rigdon sedang membaca Alkitab. Mereka membaca tentang apa yang berlaku selepas orang mati. Joseph dan Sidney berfikir tentang itu, dan mereka ingin tahu lebih lanjut.

Ajaran dan Perjanjian 76:11–18

Joseph dan Sidney mempunyai penglihatan tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dikelilingi malaikat.

Tuhan beri mereka penglihatan yang menakjubkan. Mereka melihat Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dikelilingi malaikat. Mereka dengar satu suara berkata Yesus ialah Putera Tuhan. Suara itu berkata Yesus mati untuk kita dan kemudian bangkit—Dia hidup kembali. Kerana Dia bangkit, kita juga akan dibangkitkan.

Ajaran dan Perjanjian 76:19–24, 39–43

Joseph dan Sidney mempunyai penglihatan tentang kerajaan telestial.

Joseph dan Sidney pelajari selepas kita dibangkitkan, kita akan tinggal di salah satu dari tiga tempat di syurga, yang dipanggil kerajaan. Orang yang tidak menerima injil Yesus Kristus akan pergi ke kerajaan telestial. Tuhan bandingkan kerajaan ini dengan cahaya bintang.

Ajaran dan Perjanjian 76:81–86

Joseph dan Sidney mempunyai penglihatan tentang kerajaan terestrial.

Joseph dan Sidney juga belajar tentang sebuah kerajaan yang dipanggil kerajaan terestrial. Kerajaan ini untuk orang yang hidup dengan baik tetapi tidak sepenuhnya patuhi injil Yesus Kristus. Iman mereka tidak kuat di dalam-Nya. Tuhan bandingkan kerajaan ini dengan cahaya bulan.

Ajaran dan Perjanjian 76:71–80

Joseph dan Sidney mempunyai penglihatan tentang kerajaan selestial.

Kerajaan tertinggi ialah kerajaan selestial. Orang dalam kerajaan ini membuat perjanjian, atau janji, dengan Tuhan dan mentaati perjanjian mereka. Mereka bertaubat dan mengikuti Yesus Kristus. Mereka hidup bersama Bapa Syurgawi dan Yesus selama-lamanya dan menjadi seperti Mereka. Tuhan bandingkan kerajaan ini dengan cahaya matahari.

Ajaran dan Perjanjian 76:50–70

Sidney menulis tentang penglihatan itu.

Tuhan beritahu Joseph dan Sidney untuk tidak berkongsi semua yang mereka lihat dalam penglihatan mereka. Tetapi Dia mahu mereka menulis sebahagiannya dan berkongsi dengan orang lain. Ramai ahli Gereja teruja untuk beritahu orang tentang penglihatan itu.

Ajaran dan Perjanjian 76:113–119; Saints, 1:149–50

Orang membaca laporan penglihatan.

Sesetengah orang tidak suka penglihatan itu. Ia berbeza daripada kepercayaan mereka. Tetapi kebanyakan Orang Suci bersyukur tentang wahyu ini. Ia menunjukkan Bapa Syurgawi mengasihi anak-anak-Nya dan memberi jalan untuk mereka kembali kepada-Nya.

Saints, 1:149–50