“Kesukaran di Missouri,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Kesukaran di Missouri,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
Julai 1831–Julai 1833
Kesukaran di Missouri
Kekal beriman kuat dalam masa berbahaya
Ramai Orang Suci datang menetap di Independence, Missouri. Tuhan mahu mereka membina kota Sion di sana. Tetapi Orang Suci dan penduduk yang tinggal di Independence tidak bergaul. Mereka tidak bersetuju tentang banyak hal. Sesetengah orang di kota itu marah dan mahu Orang Suci pergi.
Ajaran dan Perjanjian 57:1–3; Saints, 1:171–74
Edward Partridge adalah uskup di Independence. Dia datang ke perjumpaan dengan pemimpin kota. Mereka berkata Orang Suci perlu tinggalkan Independence. Uskup Partridge tahu Tuhan mahu Orang Suci membina Sion di Independence. Dia berkata Orang Suci tidak boleh pergi.
Saints, 1:176
Para lelaki yang marah mula merobohkan rumah dan bangunan yang Orang Suci bina.
Saints, 1:177–78, 182
Para lelaki itu membawa Uskup Partridge dan Charles Allen dari rumah mereka. Mereka mengheret dua lelaki itu ke tengah kota.
Saints, 1:179
Uskup Partridge berkata, “Jika saya harus menderita kerana agama saya, ia tidak lebih daripada yang orang lain sebelum saya lalui.” Para lelaki itu menolak Uskup Partridge dan Charles ke tanah. Mereka meletakkan tar panas dan bulu di seluruh badan mereka.
Saints, 1:179–80
William McLellin, seorang ahli Gereja di Independence, dengar apa yang para lelaki itu lakukan. Dia takut dan berlari ke dalam hutan untuk bersembunyi.
Saints, 1:182
William tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika mereka menemuinya. Adakah dia masih berkata Kitab Mormon adalah benar, walaupun mereka cuba membunuhnya?
Saints, 1:182–83
Rakan William, Oliver Cowdery dan David Whitmer menemuinya dalam hutan. William tahu Oliver dan David percaya kepada Kitab Mormon. Seorang malaikat telah tunjukkan mereka kepingan-kepingan emas. “Beritahu saya,” William bertanya, “adakah Kitab Mormon itu benar?”
Saints, 1:183
Oliver dan David beritahu William bahawa Kitab Mormon adalah benar. Mereka berkata meski lelaki marah cuba bunuh mereka, mereka tidak akan berhenti berkongsi kesaksian mereka dengan orang. “Saya percaya kamu,” kata William.
Ajaran dan Perjanjian 17:3–6; Saints, 1:183