“Hari Penyembuhan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian (2024)
“Hari Penyembuhan,” Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian
April–Julai 1839
Hari Penyembuhan
Memberkati orang sakit dengan kuasa Tuhan
Semasa Joseph Smith dan pemimpin Gereja lain ditahan di Missouri, beberapa pengawal membawa mereka ke penjara berbeza. Para pengawal itu baik kepada tahanan. Suatu malam, ketua pengawal beritahu Joseph dia mahu tidur, dan jika Joseph dan rakan-rakannya melarikan diri, dia tidak akan halang mereka.
Saints, 1:392–93
Joseph dan pemimpin Gereja lain melarikan diri. Mereka mendapati keluarga mereka tinggal di sebuah bandar bernama Quincy.
Saints, 1:395–96
Penduduk di Quincy baik terhadap Orang Suci. Mereka memberi Orang Suci makanan dan pakaian serta tempat tinggal.
Saints, 1:377
Orang Suci bersyukur atas kebaikan penduduk di Quincy. Tetapi Joseph tahu mereka memerlukan tempat tinggal sendiri. Pemimpin Gereja membeli beberapa tanah yang orang lain tidak mahu, dan Orang Suci mula berpindah ke sana.
Saints, 1:399–400
Tanah itu terletak berhampiran sungai besar. Ia basah dan berlumpur dan penuh dengan nyamuk. Nyamuk menyebabkan ramai Orang Suci menghidap penyakit yang dipanggil malaria. Ada di kalangan mereka yang mati.
Saints, 1:402
Apabila Joseph melihat begitu ramai orang sakit, dia mengumpulkan beberapa pemimpin Gereja untuk bersamanya. Sepanjang pagi, mereka pergi dari keluarga ke keluarga, melawat orang sakit dan memberkati mereka. Mereka gunakan kuasa Yesus Kristus untuk sembuhkan penyakit mereka.
Saints, 1:402
Seorang yang mereka lawat ialah Elijah Fordham. Dia sangat sakit, isterinya fikir dia bakal mati. Joseph tanya Elijah jika dia ada iman untuk disembuhkan.
Saints, 1:402
Elijah berkata, “Saya takut sudah terlambat.” Joseph tanya Elijah jika dia percaya kepada Yesus Kristus. “Saya percaya, Saudara Joseph,” jawabnya.
Saints, 1:402
Joseph memberkatinya dalam nama Yesus Kristus. Elijah berdiri. Yesus telah menyembuhkannya! Elijah kemudian mengikuti Joseph ke rumah sebelah dan membantu memberkati orang yang sakit.
Saints, 1:402–3