3 Nefi 20
sebelumnya seterusnya

Bab 20

Yesus menyediakan roti dan wain secara ajaib dan memberkati sakramen lagi kepada orang ramai—Keturunan Yakub yang selebihnya akan datang kepada pengetahuan tentang Tuhan Raja mereka dan akan mewarisi benua-benua Amerika—Yesus ialah nabi seperti Musa, dan bangsa Nefi ialah anak-anak para nabi—Umat Tuhan yang lain akan dikumpulkan ke Yerusalem. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan terjadilah bahawa Dia memerintahkan orang ramai agar mereka haruslah berhenti berdoa, dan juga para pengikut-Nya. Dan Dia memerintahkan mereka agar mereka haruslah tidak berhenti aberdoa di dalam hati mereka.

2 Dan Dia memerintahkan mereka agar mereka harus bangkit dan berdiri dengan kaki mereka. Dan mereka pun bangun dan berdiri di atas kaki mereka.

3 Dan terjadilah bahawa Dia memecah-mecahkan roti dan memberkatinya lagi, dan memberikannya kepada para pengikutnya untuk dimakan.

4 Dan apabila mereka telah makan Dia memerintahkan mereka agar mereka haruslah memecah-mecahkan roti, dan memberikannya kepada orang ramai.

5 Dan apabila mereka telah memberikannya kepada orang ramai Dia juga memberi mereka wain untuk diminum, dan memerintahkan mereka agar mereka haruslah memberikannya kepada orang ramai.

6 Sekarang, tidak terdapatnya aroti, mahupun wain, yang dibawa oleh para pengikut, dan juga oleh orang ramai;

7 Tetapi Dia benar-benar telah amemberikan kepada mereka roti untuk dimakan, dan juga wain untuk diminum.

8 Dan Dia berfirman kepada mereka: Dia yang amemakan roti ini memakan tubuh-Ku untuk jiwanya; dan dia yang meminum wain ini meminum darah-Ku untuk jiwanya; dan jiwanya tidak akan pernah lapar mahupun haus, tetapi akan kenyang.

9 Sekarang, apabila orang ramai telah makan dan minum semuanya, lihatlah, mereka dipenuhi dengan Roh; dan mereka berseru dengan satu suara, dan memuliakan Yesus, yang telah mereka lihat dan juga dengar.

10 Dan terjadilah bahawa apabila mereka semua telah memuliakan Yesus, Dia berfirman kepada mereka: Lihatlah sekarang, Aku menyelesaikan perintah yang telah Bapa perintahkan kepada-Ku tentang orang ini, yang merupakan bani Israel yang selebihnya.

11 Kamu ingat bahawa Aku berfirman kepadamu, dan memfirmankan bahawa apabila aperkataan bYesaya akan digenapi—lihatlah ia tertulis, kamu memilikinya di hadapanmu, oleh itu selidikilah ia—

12 Dan sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa apabila ia akan digenapi, pada waktu itulah digenapinya aperjanjian yang telah Bapa buat kepada umat-Nya, Wahai bani Israel.

13 Dan pada waktu itu alebihan keturunannya, yang akan btercerai-berai secara luas di atas permukaan bumi, akan cdikumpulkan dari timur dan dari barat, dan dari selatan dan dari utara; dan mereka akan dibawa kepada dpengetahuan tentang Tuhan Raja mereka, yang telah menebus mereka.

14 Dan Bapa telah memerintahkan-Ku agar Aku harus memberikan kepadamu anegeri ini, untuk warisanmu.

15 Dan Aku berfirman kepadamu, bahawa jika bangsa bukan Israel tidak abertaubat setelah berkat yang mereka akan terima, selepas mereka mencerai-beraikan umat-Ku—

16 Pada waktu itu kamu, yang merupakan bani Yakub yang selebihnya, akan pergi ke antara mereka; dan kamu akan berada di tengah-tengah mereka yang akan menjadi banyak; dan kamu akan berada di antara mereka bagaikan seekor singa di kalangan binatang-binatang hutan, dan bagaikan seekor asinga muda di kalangan kawanan domba, yang, jika dia pergi ke kalangannya, akan bmemijak-mijak serta mencarik bercebis-cebis, dan tidak seorang pun yang dapat menyelamatkan.

17 Tanganmu akan diangkat ke atas lawan-lawanmu, dan semua musuhmu akan disingkirkan.

18 Dan Aku akan amengumpulkan umat-Ku bersama seperti seorang lelaki yang mengumpulkan berkas-berkas gandumnya di atas lantai.

19 Kerana Aku akan menjadikan umat-Ku, iaitu dengan merekalah Bapa telah membuat perjanjian, ya, Aku akan menjadikan atandukmu besi, dan Aku akan menjadikan kukumu tembaga. Dan engkau akan memukul banyak orang sehingga cebis-cebisan; dan Aku akan membaktikan keuntungan mereka kepada Tuhan, dan harta kekayaan mereka kepada Tuhan seluruh bumi. Dan lihatlah, Akulah Dia yang melakukannya.

20 Dan akan terjadilah, Bapa berfirman, bahawa apedang keadilan-Ku akan mengancam mereka pada hari itu; dan kecuali mereka bertaubat ia akan jatuh ke atas diri mereka, firman Bapa, ya, bahkan ke atas semua bangsa bukan Israel.

21 Dan akan terjadilah bahawa Aku akan menegakkan aumat-Ku, Wahai bani Israel.

22 Dan lihatlah, umat ini akan Aku tegakkan di negeri ini, untuk menggenapi aperjanjian yang telah Aku buat dengan moyangmu Yakub; dan ia akan menjadi bYerusalem Baru. Dan kuasa-kuasa syurga akan berada di tengah-tengah umat ini; ya, bahkan cAku akan berada di tengah-tengahmu.

23 Lihatlah, Akulah Dia yang Musa bicarakan itu, mengatakan: aSeorang nabi akan dibangkitkan oleh Tuhan Rajamu dari kalangan saudara-saudaramu, seperti aku; Dia akan kamu dengarkan dalam segala apa pun yang akan Dia firmankan kepadamu. Dan akan terjadilah bahawa setiap jiwa yang tidak mahu mendengar nabi itu akan disingkirkan daripada kalangan umat itu.

24 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, ya, dan asemua nabi dari Samuel dan mereka yang datang selepasnya, seberapa banyak yang telah berbicara, telah bersaksi tentang Aku.

25 Dan lihatlah, kamulah anak-anak para nabi; dan kamu adalah dari bani Israel; dan kamu adalah dari aperjanjian yang telah Bapa buat dengan nenek moyangmu, yang berfirman kepada Abraham: Dan bdalam keturunanmulah semua kaum di bumi akan diberkati.

26 Bapa telah membangkitkan-Ku kepadamu terlebih dahulu, dan mengutus-Ku untuk memberkatimu dengan amemalingkan setiap orang daripadamu dari kederhakaannya; dan ini kerana kamulah anak-anak perjanjian—

27 Dan setelah kamu diberkati barulah digenapi oleh Bapa perjanjian yang telah Dia buat dengan Abraham, memfirmankan: aDi dalam keturunanmulah semua kaum di bumi akan diberkati—sehingga mencurahkan Roh Kudus melalui Aku ke atas bangsa bukan Israel, iaitu berkat ke atas bbangsa bukan Israel yang akan menjadikan mereka perkasa melebihi semuanya, sehingga mencerai-beraikan umat-Ku, Wahai bani Israel.

28 Dan mereka akan menjadi acambuk kepada rakyat negeri ini. Walaupun demikian, apabila mereka akan menerima kegenapan Injil-Ku, dan jika pada waktu itu mereka akan mengeraskan hati mereka terhadap-Ku Aku akan mengembalikan kederhakaan mereka ke atas kepala mereka sendiri, firman Bapa.

29 Dan Aku akan amengingati perjanjian yang telah Aku buat dengan umat-Ku; dan Aku telah membuat perjanjian dengan mereka bahawa Aku akan bmengumpulkan mereka bersama dalam waktu-Ku sendiri yang tepat, bahawa Aku akan memberi kembali kepada mereka cnegeri nenek moyang mereka untuk warisan mereka, iaitu negeri dYerusalem, yang merupakan negeri yang dijanjikan kepada mereka untuk selamanya, firman Bapa.

30 Dan akan terjadi bahawa waktunya tiba, apabila kegenapan Injil-Ku akan dikhutbahkan kepada mereka;

31 Dan mereka akan apercaya kepada-Ku, bahawa Akulah Yesus Kristus, Putera Tuhan, dan akan berdoa kepada Bapa dalam nama-Ku.

32 Pada waktu itu apara penjaga mereka akan mengangkat suara mereka, dan dengan suara bersama mereka akan menyanyi; kerana mereka akan melihat dengan mata sendiri.

33 Pada waktu itu Bapa akan mengumpulkan mereka bersama lagi, dan memberikan kepada mereka Yerusalem untuk negeri warisan mereka.

34 Pada waktu itu mereka akan bersorak-sorai dalam kebahagiaan—aBernyanyilah bersama, kamu tempat-tempat tandus di Yerusalem; kerana Bapa telah menghiburkan umat-Nya, Dia telah menebus Yerusalem.

35 Bapa telah menunjukkan lengan kudus-Nya di mata segala bangsa; dan semua penghujung bumi akan melihat keselamatan daripada Bapa; dan Bapa dan Aku adalah satu.

36 Dan pada waktu itu apa yang tertulis akan digenapi: aBangunlah, bangunlah lagi, dan kenakanlah kekuatanmu, Wahai Sion; kenakanlah pakaianmu yang indah, Wahai Yerusalem, kota yang kudus, kerana mulai sekarang tidak akan ada lagi datang ke dalam dirimu yang tidak bersunat dan yang tidak bersih.

37 Kibaskanlah dirimu dari debu; bangkitlah, duduklah, Wahai Yerusalem; lepaskanlah dirimu dari ikatan lehermu, Wahai puteri Sion yang tertawan.

38 Kerana demikianlah firman Tuhan: Kamu telah menjual dirimu untuk hal yang sia-sia, dan kamu akan ditebus tanpa wang.

39 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa umat-Ku akan mengetahui nama-Ku; ya, pada hari itu mereka akan tahu bahawa Akulah Dia yang berfirman.

40 Dan pada waktu itu mereka akan berkata: aBetapa indahnya di atas gunung-ganang kaki dia yang membawa khabar baik kepada mereka, yang bmemberitakan kedamaian; yang membawa khabar baik kepada mereka tentang kebaikan; yang memberitakan keselamatan; yang berkata kepada Sion: Tuhanmu memerintah!

41 Dan pada waktu itu suatu seruan akan keluar: aNyahlah kamu, nyahlah kamu, pergilah kamu dari sana, janganlah menyentuh apa yang btidak bersih; keluarlah kamu dari tengah-tengahnya; jadilah kamu cbersih yang menyandang bejana-bejana Tuhan.

42 Kerana kamu atidak akan keluar dengan bergegas atau pergi dengan terburu-buru; kerana Tuhan akan pergi di hadapanmu, dan Tuhan Israel akan menjadi barisan belakangmu.

43 Lihatlah, hamba-Ku akan berurusan dengan bijaksana; dia akan dimuliakan dan disanjung dan menjadi sangat tinggi.

44 Seberapa banyak yang terpegun terhadapmu—riak mukanya begitu cacat, lebih daripada sesiapa pun, dan bentuknya lebih daripada anak-anak manusia—

45 Demikianlah Dia akan amemercik banyak bangsa; para raja akan menutup mulut mereka terhadap-Nya, kerana apa yang belum diberitahukan kepada mereka akan mereka lihat; dan apa yang belum mereka dengar akan mereka fahami.

46 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, segala hal ini sudah pasti akan datang, bahkan seperti yang telah Bapa perintahkan kepada-Ku. Pada waktu itu perjanjian ini yang telah Bapa janjikan dengan umat-Nya akan digenapi; dan pada waktu itu aYerusalem akan dihuni kembali oleh umat-Ku, dan akan menjadi negeri warisan mereka.