3 Nefi 12
sebelumnya seterusnya

Bab 12

Yesus memanggil dan memberi wewenang kepada dua belas murid—Dia menyampaikan kepada bangsa Nefi khutbah yang serupa dengan Khutbah di Bukit—Dia memfirmankan Ucapan Bahagia—Ajaran-ajaran-Nya mengatasi dan lebih utama daripada hukum Musa—Manusia diperintahkan untuk menjadi sempurna bahkan seperti Dia dan Bapa-Nya adalah sempurna—Bandingkan dengan Matius 5. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan terjadilah bahawa apabila Yesus telah memfirmankan perkataan ini kepada Nefi, dan kepada mereka yang telah dipanggil, (sekarang, jumlah mereka yang telah dipanggil, dan menerima kuasa dan wewenang untuk membaptis, adalah adua belas) dan lihatlah, Dia menghulurkan tangan-Nya kepada orang ramai, dan berseru kepada mereka, memfirmankan: bDiberkatilah kamu jika kamu akan mendengarkan perkataan daripada dua belas orang ini yang telah Aku cpilih dari kalangan kamu untuk melayanimu, dan untuk menjadi orang suruhanmu; dan kepada mereka telah Aku berikan kuasa agar mereka boleh membaptiskanmu dengan air; dan setelah kamu dibaptiskan dengan air, lihatlah, Aku akan membaptiskanmu dengan api dan dengan Roh Kudus; oleh itu diberkatilah kamu jika kamu akan percaya kepada-Ku dan dibaptiskan, setelah kamu melihat-Ku dan tahu bahawa Aku ada.

2 Dan lagi, lebih diberkatilah mereka yang akan apercaya pada perkataanmu kerana kamu akan bersaksi bahawa kamu telah melihat-Ku, dan bahawa kamu tahu bahawa Aku ada. Ya, diberkatilah mereka yang akan percaya pada perkataanmu, dan bturun ke dalam dasar kerendahan hati dan dibaptiskan, kerana mereka akan dikunjungi cdengan api dan dengan Roh Kudus, dan akan menerima pengampunan dosa-dosa mereka.

3 Ya, diberkatilah yang amiskin di dalam roh yang bdatang kepada-Ku, kerana milik merekalah kerajaan Syurga.

4 Dan lagi, diberkatilah mereka semua yang berkabung, kerana mereka akan dihiburkan.

5 Dan diberkatilah yang alembut hati, kerana mereka akan mewarisi bbumi.

6 Dan diberkatilah mereka semua yang alapar dan bhaus terhadap ckesolehan, kerana mereka akan dipenuhi dengan Roh Kudus.

7 Dan diberkatilah mereka yang apenuh belas kasihan, kerana mereka akan mendapatkan belas kasihan.

8 Dan diberkatilah semua yang asuci hatinya, kerana mereka akan bmelihat Tuhan.

9 Dan diberkatilah semua apendamai, kerana mereka akan dipanggil banak-anak Tuhan.

10 Dan diberkatilah mereka semua yang adianiaya demi kepentingan nama-Ku, kerana milik merekalah kerajaan syurga.

11 Dan diberkatilah kamu apabila orang akan mencaci kamu dan menganiaya, dan akan mengatakan bermacam-macam kejahatan palsu terhadapmu, demi kepentingan-Ku;

12 Kerana kamu akan merasakan kebahagiaan yang besar dan menjadi amat gembira, kerana besarlah aganjaranmu di syurga; kerana begitu juga mereka menganiaya para nabi yang ada sebelum kamu.

13 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Aku memerintahkanmu untuk menjadi agaram bagi bumi; tetapi jika garam itu akan kehilangan rasanya dengan apakah bumi akan digarami? Maka garam itu tidak lagi berguna untuk apa pun, kecuali untuk dibuang dan untuk dipijak-pijak di bawah kaki manusia.

14 Sesungguh-sungguhnya, Aku berkata kepadamu, Aku memerintahkanmu untuk menjadi cahaya kepada bangsa ini. Sebuah kota yang terletak di atas bukit tidak dapat disembunyikan.

15 Lihatlah, adakah orang menyalakan alilin dan meletakkannya di bawah gantang? Tidak, tetapi di atas kaki lilin, dan ia menerangi semua yang ada di dalam rumah itu;

16 Oleh itu biarlah acahayamu bersinar sedemikian di hadapan bangsa ini, agar mereka boleh melihat pekerjaan baikmu dan memuliakan Bapamu yang berada di dalam syurga.

17 Janganlah berfikir bahawa Aku datang untuk menghancurkan hukum atau para nabi. Aku tidak datang untuk menghancurkan tetapi untuk menggenapi;

18 Kerana sesungguhnya Aku berkata kepadamu, satu titik atau satu noktah pun tidak berlalu dari ahukum itu, tetapi di dalam Aku semuanya telah digenapi.

19 Dan lihatlah, Aku telah memberikan kepadamu hukum dan perintah-perintah Bapa-Ku, agar kamu akan percaya kepada-Ku, dan agar kamu akan bertaubat dari dosa-dosamu, dan datang kepada-Ku dengan ahati yang hancur dan roh yang menyesal. Lihatlah, kamu memiliki perintah-perintah di hadapanmu, dan bhukum itu telah digenapi.

20 Oleh itu datanglah kepada-Ku dan diselamatkanlah kamu; kerana sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa kecuali kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku, yang telah Aku perintahkan kepadamu pada waktu ini, kamu sama sekali tidak akan masuk ke dalam kerajaan syurga.

21 Kamu telah mendengar bahawa telah dikatakan oleh mereka pada zaman dahulu, dan juga tertulis di hadapanmu, bahawa janganlah engkau amembunuh, dan sesiapa yang membunuh akan berada dalam bahaya penghakiman Tuhan;

22 Tetapi Aku berfirman kepadamu, bahawa sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan berada dalam bahaya penghakiman-Nya. Dan sesiapa yang berkata kepada saudaranya, Jahil, akan berada dalam bahaya dari majlis agama; dan sesiapa yang berkata, Engkau bodoh, akan berada dalam bahaya api neraka.

23 Oleh itu, jika kamu akan datang kepada-Ku, atau berhasrat untuk datang kepada-Ku, dan mengingati bahawa saudaramu mempunyai tentangan terhadapmu—

24 Pergilah kepada saudaramu, dan terlebih dahulu aberdamailah dengan saudaramu, dan kemudian datanglah kepada-Ku dengan niat hati yang sepenuhnya, dan Aku akan menerimamu.

25 Berdamailah dengan lawanmu secepatnya semasa kamu berada di jalan bersama dengannya, agar jangan pada bila-bila masa dia akan mendapatkanmu, dan engkau akan dilemparkan ke dalam penjara.

26 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, engkau dengan cara apa pun tidak akan keluar dari sana sehingga engkau telah membayar senain terakhir. Dan selama kamu berada di dalam penjara dapatkah kamu membayar bahkan satu asenain? Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Tidak.

27 Lihatlah, telah dituliskan oleh mereka dari zaman dahulu, bahawa janganlah engkau berbuat azina;

28 Tetapi Aku berfirman kepadamu, bahawa sesiapa yang memandang seorang wanita, untuk abernafsu terhadapnya, telah berbuat zina dalam hatinya.

29 Lihatlah, Aku memberi kepadamu sebuah perintah, agar kamu jangan membiarkan satu pun hal-hal ini masuk ke dalam ahatimu;

30 Kerana adalah lebih baik bahawa kamu harus menjauhi hal-hal ini daripada dirimu, dengan demikian kamu akan memikul asalibmu, daripada kamu dilemparkan ke dalam neraka.

31 Telah tertulis, bahawa sesiapa yang akan menceraikan isterinya, biarlah dia memberinya surat aperceraian.

32 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, bahawa sesiapa yang akan amenceraikan isterinya, kecuali atas sebab bpermukahan, menyebabkan isterinya berbuat czina; dan sesiapa yang mengahwininya yang telah bercerai itu juga berbuat zina.

33 Dan lagi tertulis, janganlah engkau bersumpah palsu bagi dirimu, tetapi laksanakanlah kepada Tuhan asumpah-sumpahmu;

34 Tetapi sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, janganlah abersumpah sama sekali; jangan juga demi syurga, kerana ia adalah takhta Tuhan;

35 Mahupun demi bumi, kerana ia adalah bangku kaki-Nya;

36 Jangan juga engkau bersumpah demi kepalamu, kerana engkau tidak dapat menjadikan sehelai rambut menjadi hitam atau putih;

37 Tetapi biarlah perkataanmu Ya, ya; Tidak, tidak; kerana apa pun yang lebih daripada ini adalah jahat.

38 Dan lihatlah, ianya tertulis, mata ganti amata, dan gigi ganti gigi;

39 Tetapi Aku berfirman kepadamu, bahawa janganlah kamu amelawan yang jahat, tetapi sesiapa akan menampar pipi kananmu, bpalingkanlah kepadanya yang sebelah juga;

40 Dan jika sesiapa pun akan mendakwa engkau menurut hukum dan mengambil bajumu, biarlah dia memiliki jubahmu juga;

41 Dan sesiapa yang akan memaksa engkau untuk pergi sejauh satu batu, pergilah bersamanya dua batu.

42 aBerilah kepada dia yang meminta kepadamu, dan dia yang hendak meminjam daripadamu janganlah engkau berpaling daripadanya.

43 Dan lihatlah ada tertulis juga, bahawa engkau haruslah mengasihi sesamamu dan membenci musuhmu;

44 Tetapi lihatlah Aku berfirman kepadamu, kasihilah amusuh-musuhmu, berkatilah mereka yang mengutukmu, berbuat baiklah kepada mereka yang membencimu, dan bberdoalah bagi mereka yang mempergunakanmu dan menganiayaimu;

45 Agar kamu boleh menjadi anak-anak Bapamu yang berada di dalam syurga; kerana Dia menjadikan matahari-Nya terbit kepada yang jahat dan kepada yang baik.

46 Oleh itu hal-hal dari zaman dahulu itu, yang berada di bawah hukum tersebut, di dalam Aku semuanya telah digenapi.

47 Hal-hal yang alama telah diakhiri, dan semua hal telah menjadi baru.

48 Oleh itu Aku menghendaki agar kamu haruslah menjadi asempurna bahkan seperti Aku, atau Bapamu yang berada di dalam syurga yang sempurna.