Kitab Suci
Yarom 1

Kitab Yarom

Bab 1

Bangsa Nefi mematuhi hukum Musa, menanti-nantikan kedatangan Kristus, dan makmur di negeri itu—Banyak nabi bekerja untuk mengekalkan bangsa itu di jalan kebenaran. Kira-kira 399–361 tahun S.M.

1 Sekarang, lihatlah, aku, Yarom, menulis beberapa kata menurut perintah ayahku, Enos, agar asalasilah kami boleh disimpan.

2 Dan kerana akepingan-kepingan ini bkecil, dan kerana hal-hal ini cdituliskan dengan maksud untuk manfaat saudara-saudara kami dbangsa Laman, oleh kerana itu, mestilah perlu bahawa aku menulis sedikit; tetapi aku tidak akan menuliskan hal-hal tentang penubuatanku, atau tentang wahyu-wahyuku. Kerana apa yang dapat aku tuliskan lebih banyak daripada yang telah nenek moyangku tuliskan? Kerana tidakkah mereka telah mengungkapkan rancangan keselamatan? Aku berkata kepadamu, Ya; dan ini cukuplah bagiku.

3 Lihatlah, adalah perlu bahawa banyak mesti dilakukan di kalangan bangsa ini, kerana kekerasan hati mereka, dan ketulian telinga mereka, dan kebutaan fikiran mereka, dan aketegaran leher mereka; walaupun demikian, Tuhan amat penuh belas kasihan kepada mereka, dan sampai saat ini belum bmenyapu mereka habis-habis dari permukaan negeri ini.

4 Dan ada ramai di antara kami yang memperoleh banyak awahyu, kerana mereka tidak semuanya tegar leher. Dan sebanyak orang yang tidak degil dan memiliki iman, memiliki bpersaudaraan dengan Roh Kudus, yang menyatakan kepada anak-anak manusia, menurut iman mereka.

5 Dan sekarang, lihatlah, dua ratus tahun telah berlalu, dan bangsa Nefi telah menjadi kuat di negeri ini. Mereka berusaha untuk amentaati hukum Musa dan menjaga hari bsabat kudus bagi Tuhan. Dan mereka tidak cmengkufur; tidak juga mereka dmenista. Dan hukum-hukum negeri amatlah ketat.

6 Dan mereka tercerai-berai di atas sebahagian besar permukaan negeri ini, dan bangsa Laman juga. Dan mereka jauh lebih banyak daripada mereka yang bangsa Nefi; dan mereka gemar apembunuhan dan sering meminum darah binatang.

7 Dan terjadilah bahawa mereka datang berulang kali melawan kami, bangsa Nefi, untuk bertempur. Tetapi apara raja kami dan para pemimpin kami adalah lelaki yang perkasa dalam iman kepada Tuhan; dan mereka mengajar bangsa ini cara-cara Tuhan; oleh kerana itu, kami bertahan terhadap bangsa Laman dan menyapu bersih mereka keluar dari negeri bkami, dan mulai mengubui kota-kota kami, atau tempat mana pun yang adalah warisan kami.

8 Dan kami bertambah banyak dengan cepat, dan menyebar ke atas permukaan negeri ini, dan menjadi amat kaya dengan emas, dan dengan perak, dan dengan benda berharga, dan dengan pengerjaan kayu yang baik, dengan bangunan, dan dengan peralatan jentera, dan juga dengan besi dan tembaga, dan loyang dan kelul, membuat segala macam perkakas dari setiap jenis untuk mengolah tanah, dan apersenjataan perang—ya, anak panah berhujung tajam, dan tabung anak panah, dan damak, dan lembing, dan segala persiapan untuk perang.

9 Dan dengan demikian dipersiapkan untuk menghadapi bangsa Laman, mereka tidak berjaya melawan kami. Tetapi firman Tuhan terbukti, yang Dia firmankan kepada nenek moyang kami, memfirmankan bahawa: Sejauh mana kamu akan mematuhi perintah-perintah-Ku kamu akan makmur di negeri ini.

10 Dan terjadilah bahawa para nabi Tuhan mengancam bangsa Nefi, menurut firman Tuhan, bahawa jika mereka tidak mematuhi perintah-perintah, tetapi akan jatuh ke dalam pelanggaran, mereka akan adihancurkan dari permukaan negeri ini.

11 Oleh kerana itu, para nabi, dan imam, dan pengajar, bekerja dengan tekun, mendesak bangsa itu kepada ketekunan dengan segala kepanjangsabaran; mengajarkan ahukum Musa, dan maksud untuk apa ia diberikan; memujuk mereka untuk bmenanti-nantikan Mesias, dan percaya kepada-Nya untuk datang cseakan-akan Dia telah datang. Dan menurut cara inilah mereka mengajar mereka.

12 Dan terjadilah bahawa dengan melakukan demikian mereka mencegah mereka daripada adihancurkan di atas permukaan negeri ini; kerana mereka bmenikam hati mereka dengan firman, sentiasa menggugah mereka kepada pertaubatan.

13 Dan terjadilah bahawa dua ratus dan tiga puluh dan lapan tahun telah berlalu—menurut cara peperangan, dan pertikaian, dan pertengkaran, untuk jangka masa yang panjang.

14 Dan aku, Yarom, tidak menulis lebih banyak, kerana kepingan-kepingan ini kecil. Tetapi lihatlah, saudara-saudaraku, kamu dapat pergi ke akepingan-kepingan Nefi yang lain; kerana lihatlah, di atasnya catatan-catatan tentang peperangan kami terukir, menurut tulisan-tulisan para raja, atau itu yang mereka telah suruh dituliskan.

15 Dan aku menyerahkan kepingan-kepingan ini ke dalam tangan anak lelakiku Omni, agar boleh disimpan menurut aperintah-perintah nenek moyangku.