Kitab Suci
Omni 1

Kitab Omni

Bab 1

Omni, Amaron, Kemis, Abinadom, dan Amaleki, masing-masing dalam gilirannya, menyimpan catatan—Mosia menemukan orang Zarahemla, yang datang dari Yerusalem pada zaman Zedekia—Mosia dijadikan raja atas mereka—Keturunan Mulek di Zarahemla telah menemukan Koriantumr, orang terakhir daripada bangsa Yared—Raja Benyamin menggantikan Mosia—Manusia patut mempersembahkan jiwa mereka sebagai persembahan kepada Kristus. Kira-kira 323–130 tahun S.M.

1 Lihatlah, terjadilah bahawa aku, Omni, telah diperintahkan oleh ayahku, Yarom, bahawa aku mesti menulis sedikit di atas kepingan-kepingan ini, untuk memelihara salasilah kami—

2 Oleh kerana itu, pada masa hidupku, aku menghendaki agar kamu patut mengetahui bahawa aku banyak berperang dengan pedang untuk melindungi bangsaku, bangsa Nefi, daripada jatuh ke dalam tangan musuh mereka, bangsa Laman. Tetapi lihatlah, aku sendiri adalah orang yang jahat, dan aku tidak mentaati peraturan dan perintah Tuhan sebagaimana aku seharusnya lakukan.

3 Dan terjadilah bahawa dua ratus dan tujuh puluh dan enam tahun telah berlalu, dan kami mengalami banyak musim kedamaian; dan kami mengalami banyak musim perang dan pertumpahan darah yang teruk. Ya, dan kesimpulannya, dua ratus dan lapan puluh dan dua tahun telah berlalu, dan aku telah melindungi kepingan-kepingan ini menurut aperintah-perintah nenek moyangku; dan aku menganugerahkannya kepada anak lelakiku Amaron. Dan aku mengakhirinya.

4 Dan sekarang, aku, Amaron, menuliskan hal apa pun yang aku tuliskan, yang adalah sedikit, dalam kitab ayahku.

5 Lihatlah, terjadilah bahawa tiga ratus dan dua puluh tahun telah berlalu, dan bahagian yang lebih jahat di antara bangsa Nefi adihancurkan.

6 Kerana Tuhan tidak akan membiarkan, setelah Dia menuntun mereka keluar dari negeri Yerusalem dan memelihara dan melindungi mereka daripada jatuh ke dalam tangan musuh mereka, ya, Dia tidak akan membiarkan bahawa firman itu tidak akan ditentusahkan, yang Dia ucapkan kepada nenek moyang kita, memfirmankan bahawa: Sejauh kamu tidak akan mematuhi perintah-perintah-Ku kamu tidak akan makmur di negeri ini.

7 Oleh kerana itu, Tuhan mengunjungi mereka dengan hukuman keras, walaupun demikian, Dia membiarkan yang soleh hidup agar mereka tidak akan binasa, tetapi membebaskan mereka daripada tangan musuh mereka.

8 Dan terjadilah bahawa aku menyerahkan kepingan-kepingan kepada saudaraku, Kemis.

9 Sekarang, aku, Kemis, menuliskan beberapa hal apa pun yang aku tulis, dalam kitab yang sama dengan saudaraku; kerana lihatlah, aku melihat yang terakhir yang dia tulis, bahawa dia menulisnya dengan tangannya sendiri; dan dia menulisnya pada hari ketika dia menyerahkannya kepadaku. Dan menurut cara ini kami menjaga catatan-catatan itu, kerana demikianlah menurut perintah-perintah nenek moyang kami. Dan aku mengakhirinya.

10 Lihatlah, aku, Abinadom, adalah anak lelaki Kemis. Lihatlah, terjadilah bahawa aku melihat banyak perang dan perselisihan antara bangsaku, bangsa Nefi, dan bangsa Laman; dan aku, dengan pedangku sendiri, telah mengambil nyawa ramai bangsa Laman dalam pertahanan saudara-saudaraku.

11 Dan lihatlah, catatan tentang bangsa ini terukir di atas kepingan-kepingan yang dimiliki oleh para raja, menurut generasi-generasinya; dan aku tidak mengetahui tentang wahyu apa pun kecuali apa yang telah dituliskan, tidak juga nubuat; oleh kerana itu, apa yang cukup telah dituliskan. Dan aku mengakhirinya.

12 Lihatlah, aku adalah Amaleki, anak lelaki Abinadom. Lihatlah, aku akan berbicara kepadamu sedikit berkenaan Mosia, yang dijadikan raja atas negeri Zarahemla; kerana lihatlah, dia diperingatkan oleh Tuhan bahawa dia hendaknya melarikan diri dari negeri aNefi, dan sebanyak yang akan menyemak suara Tuhan hendaknya juga bberangkat keluar dari negeri itu bersamanya, ke padang belantara—

13 Dan terjadilah bahawa dia melakukan menurut seperti yang telah Tuhan perintahkan kepadanya. Dan mereka keluar dari negeri itu ke padang belantara, sebanyak yang akan menyemak suara Tuhan; dan mereka dituntun oleh banyak pengkhutbahan dan penubuatan. Dan mereka dinasihati sentiasa dengan firman Tuhan; dan mereka dituntun oleh kuasa lengan-Nya, melalui padang belantara sampai mereka tiba di negeri yang dipanggil negeri Zarahemla.

14 Dan mereka menemukan suatu bangsa, yang dipanggil orang aZarahemla. Sekarang, ada kesukacitaan besar di kalangan orang Zarahemla; dan juga Zarahemla amat bersukacita, kerana Tuhan telah mengutus orang Mosia bersama bkepingan-kepingan loyang yang mengandungi catatan berkenaan orang Yahudi.

15 Lihatlah, terjadilah bahawa Mosia mendapat tahu bahawa aorang Zarahemla datang dari Yerusalem pada waktu ketika bZedekia, raja Yehuda, dibawa pergi tertawan ke Babilonia.

16 Dan mereka melakukan perjalanan di padang belantara, dan dibawa oleh tangan Tuhan menyeberangi perairan luas, ke negeri di mana Mosia menemukan mereka; dan mereka telah berdiam di sana sejak dari waktu itu.

17 Dan pada waktu ketika Mosia menemukan mereka, mereka telah menjadi amat banyak. Walaupun demikian, mereka telah mengalami banyak perang dan perselisihan yang teruk, dan telah jatuh oleh pedang dari waktu ke waktu; dan bahasa mereka telah merosot; dan mereka tidak membawa acatatan-catatan bersama mereka; dan mereka menyangkal kewujudan Pencipta mereka; dan Mosia, mahupun orang Mosia, dapat memahami mereka.

18 Tetapi terjadilah bahawa Mosia menyuruh agar mereka hendaknya diajar dalam bahasanya. Dan terjadilah bahawa setelah mereka diajar dalam bahasa Mosia, Zarahemla memberikan salasilah nenek moyangnya, menurut ingatannya; dan ia dituliskan, tetapi bukan di atas kepingan-kepingan ini.

19 Dan terjadilah bahawa orang Zarahemla, dan orang Mosia, abersatu bersama; dan bMosia dilantik menjadi raja mereka.

20 Dan terjadilah bahawa pada zaman Mosia, ada sebuah batu besar dibawa kepadanya dengan ukiran di atasnya; dan dia amenafsirkan ukiran itu melalui kurnia dan kuasa daripada Tuhan.

21 Dan ia memberikan laporan tentang seorang aKoriantumr, dan orang yang terbunuh dari kalangan bangsanya. Dan Koriantumr ditemukan oleh orang Zarahemla; dan dia berdiam bersama mereka untuk jangka masa sembilan bulan.

22 Ia juga berbicara beberapa kata berkenaan nenek moyangnya. Dan ibu bapa pertamanya keluar dari amenara, pada waktu Tuhan bmencelarukan bahasa orang itu; dan kekerasan Tuhan jatuh ke atas diri mereka menurut penghakiman-Nya, yang adalah adil; dan ctulang-tulang mereka terbaring tercerai-berai di negeri sebelah utara.

23 Lihatlah, aku, Amaleki, lahir pada zaman Mosia; dan aku telah hidup untuk melihat kematiannya; dan aBenyamin, puteranya, memerintah sebagai penggantinya.

24 Dan lihatlah, aku telah melihat, pada zaman raja Benyamin, suatu perang yang teruk dan banyak pertumpahan darah di antara bangsa Nefi dan bangsa Laman. Tetapi lihatlah, bangsa Nefi mendapatkan banyak kelebihan ke atas mereka; ya, sedemikian rupa sehingga raja Benyamin menghalau mereka keluar dari negeri Zarahemla.

25 Dan terjadilah bahawa aku mulai menjadi tua; dan, tidak memiliki keturunan, dan mengetahui bahawa raja aBenyamin adalah orang yang soleh di hadapan Tuhan, oleh kerana itu, aku akan bmenyerahkan kepingan-kepingan ini kepadanya, mendorong semua orang untuk datang kepada Tuhan, Yang Kudus dari Israel, dan percaya pada penubuatan, dan pada wahyu, dan pada pelayanan para malaikat, dan pada kurnia berbicara dengan bahasa-bahasa, dan pada kurnia menafsirkan bahasa-bahasa, dan pada segala sesuatu yang cbaik; kerana tidak ada apa pun yang baik kecuali ia datang dari Tuhan: dan apa yang jahat datang dari iblis.

26 Dan sekarang, saudara-saudaraku terkasih, aku menghendaki agar kamu hendaknya adatang kepada Kristus, yang adalah Yang Kudus dari Israel, dan mengambil bahagian dalam penyelamatan-Nya, dan kuasa penebusan-Nya. Ya, datanglah kepada-Nya, dan bpersembahkanlah seluruh jiwamu sebagai cpersembahan kepada-Nya, dan teruslah dalam dberpuasa dan berdoa, dan bertahan sampai akhir; dan sebagaimana Tuhan hidup kamu akan diselamatkan.

27 Dan sekarang, aku hendak berbicara sedikit berkenaan sejumlah orang tertentu yang pergi ke padang belantara untuk kembali ke negeri Nefi; kerana ada sejumlah besar orang yang berhasrat untuk memiliki negeri warisan mereka.

28 Oleh kerana itu, mereka pergi ke padang belantara. Dan pemimpin mereka adalah seorang lelaki yang kuat dan perkasa, dan lelaki yang tegar leher, oleh kerana itu dia menyebabkan perselisihan di kalangan mereka; dan mereka semuanya aterbunuh, kecuali lima puluh orang, di padang belantara, dan mereka kembali lagi ke negeri Zarahemla.

29 Dan terjadilah bahawa mereka juga membawa yang lain dalam jumlah yang besar, dan mengadakan perjalanan mereka lagi ke padang belantara.

30 Dan aku, Amaleki, mempunyai seorang saudara, yang juga pergi bersama mereka; dan aku sejak itu tidak tahu berkenaan mereka. Dan aku hampir akan terbaring di dalam kuburku; dan akepingan-kepingan ini penuh. Dan aku mengakhiri pembicaraanku.