3 Nefi 23
sebelumnya seterusnya

Bab 23

Yesus mengesahkan perkataan Yesaya—Dia memerintahkan orang ramai untuk menyelidiki tulisan para nabi—Perkataan Samuel si bangsa Laman tentang Kebangkitan ditambahkan pada catatan mereka. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan sekarang, lihatlah, Aku berfirman kepadamu, bahawa kamu seharusnya amenyelidiki hal-hal ini. Ya, sebuah perintah Aku berikan kepadamu agar kamu menyelidiki hal-hal ini dengan tekun; kerana agunglah kata-kata bYesaya.

2 Kerana pastinya dia berbicara dengan menyentuh segala hal tentang umat-Ku yang merupakan dari bani Israel; oleh itu mestilah perlu bahawa dia mesti berbicara juga kepada bangsa bukan Israel.

3 Dan segala hal yang dia ucapkan telah dan aakan terjadi, bahkan menurut perkataan yang dia ucapkan.

4 Oleh itu berilah perhatian kepada firman-Ku; tuliskanlah hal-hal yang telah Aku beritahukan kepadamu; dan menurut waktu dan kehendak Bapa ianya akan pergi kepada bangsa bukan Israel.

5 Dan sesiapa yang akan mendengar firman-Ku dan bertaubat dan dibaptiskan, merekalah yang akan diselamatkan. Selidikilah apara nabi, kerana terdapat banyak yang bersaksi tentang hal-hal ini.

6 Dan sekarang, terjadilah bahawa ketika Yesus telah memfirmankan firman ini Dia berfirman kepada mereka lagi, setelah Dia menjelaskan segala tulisan suci kepada mereka yang telah diterima oleh mereka, Dia berfirman kepada mereka: Lihatlah, ada tulisan suci yang lain yang Aku kehendaki agar kamu harus tulis, yang kamu tidak punyai.

7 Dan terjadilah bahawa Dia berfirman kepada Nefi: Bawalah catatan yang telah kamu simpan.

8 Dan apabila Nefi telah membawa catatan-catatan itu, dan meletakkannya di hadapan-Nya, Dia mengarahkan mata-Nya kepada mereka dan berfirman:

9 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Aku memerintahkan hamba-Ku aSamuel, si bangsa Laman, agar dia harus bersaksi kepada bangsa ini, bahawa pada hari itu apabila Bapa akan memuliakan nama-Nya di dalam Aku bahawa terdapat bbanyak corang suci yang akan dbangkit dari yang mati, dan akan menampakkan diri kepada banyak orang, dan akan melayani mereka. Dan Dia berfirman kepada mereka: Bukankah begitu?

10 Dan para pengikut-Nya menjawab Dia dan berkata: Ya, Tuhan, Samuel bernubuat menurut firman-Mu, dan semuanya telah digenapi.

11 Dan Yesus berfirman kepada mereka: Bagaimanakah mungkin kamu belum menuliskan hal ini, bahawa banyak orang suci bangkit dan menampakkan diri kepada banyak orang dan melayani mereka?

12 Dan terjadilah bahawa Nefi teringat bahawa hal ini belum dituliskan.

13 Dan terjadilah bahawa Yesus memerintahkan agar ia haruslah dituliskan; oleh itu, ia dituliskan seperti yang Dia perintahkan.

14 Dan sekarang, terjadilah bahawa apabila Yesus telah amenjelaskan semua tulisan suci sekaligus, yang mereka telah tuliskan, Dia memerintahkan mereka agar mereka harus mengajarkan hal-hal yang telah Dia jelaskan kepada mereka.