3 Nefi 18
sebelumnya seterusnya

Bab 18

Yesus memulakan sakramen di kalangan bangsa Nefi—Mereka diperintahkan untuk berdoa selalu dalam nama-Nya—Mereka yang memakan daging-Nya dan meminum darah-Nya dengan tidak layak akan dilaknati—Para pengikut diberikan kuasa untuk menganugerahkan Roh Kudus. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan terjadilah bahawa Yesus telah memerintahkan para pengikut-Nya agar mereka harus membawa beberapa buku aroti dan wain kepada-Nya.

2 Dan sementara mereka pergi mendapatkan roti dan wain, Dia memerintahkan orang ramai agar mereka harus duduk di atas tanah.

3 Dan apabila para pengikut telah datang dengan aroti dan wain, Dia mengambil roti dan memecah-mecahkan dan memberkatinya; dan Dia memberikannya kepada para pengikut dan memerintahkan agar mereka harus makan.

4 Dan apabila mereka telah makan dan kenyang, Dia memerintahkan agar mereka harus memberikannya kepada orang ramai.

5 Dan apabila orang ramai telah makan dan kenyang, Dia berfirman kepada para pengikut tersebut: Lihatlah seseorang di kalanganmu akan ditahbiskan, dan kepadanya Aku akan berikan kuasa agar dia akan amemecah-mecahkan roti dan memberkatinya dan memberikannya kepada umat gereja-Ku, kepada mereka semua yang akan percaya dan dibaptiskan dalam nama-Ku.

6 Dan kamu haruslah selalu berusaha untuk melakukan ini, bahkan seperti yang telah Aku lakukan, bahkan seperti Aku telah memecah-mecahkan roti dan memberkatinya dan memberikannya kepadamu.

7 Dan ini akan kamu lakukan sebagai aperingatan akan tubuh-Ku, yang telah Aku perlihatkan kepadamu. Dan ia akan menjadi kesaksian kepada Bapa bahawa kamu selalu mengingat-Ku. Dan jika kamu selalu mengingat-Ku kamu akan memiliki Roh-Ku untuk berada bersamamu.

8 Dan terjadilah bahawa ketika Dia memfirmankan firman ini, Dia memerintahkan para pengikut-Nya agar mereka harus mengambil wain dari cawan tersebut dan meminumnya, dan agar mereka juga harus memberikannya kepada orang ramai agar mereka boleh minum darinya.

9 Dan terjadilah bahawa mereka melakukan demikian, dan meminumnya dan kenyang; dan mereka memberikannya kepada orang ramai, dan mereka minum, dan mereka kenyang.

10 Dan apabila para pengikut telah melakukan ini, Yesus berfirman kepada mereka: Diberkatilah kamu kerana hal ini yang telah kamu lakukan, kerana ini menggenapi perintah-perintah-Ku, dan ini bersaksi kepada Bapa bahawa kamu bersedia melakukan apa yang telah Aku perintahkan kepadamu.

11 Dan ini akan selalu kamu lakukan terhadap mereka yang bertaubat dan dibaptis dalam nama-Ku; dan kamu akan melakukannya sebagai peringatan akan darah-Ku, yang telah Aku tumpahkan bagimu, agar kamu boleh bersaksi kepada Bapa bahawa kamu selalu mengingati-Ku. Dan jika kamu selalu mengingati-Ku kamu akan memiliki Roh-Ku bersamamu.

12 Dan Aku memberi kepadamu sebuah perintah bahawa kamu haruslah melakukan hal-hal ini. Dan jika kamu akan selalu melakukan hal-hal ini diberkatilah kamu, kerana kamu dibangunkan di atas abatu-Ku.

13 Tetapi sesiapa di antara kamu yang akan melakukan lebih atau kurang daripada ini tidaklah dibangunkan di atas batu-Ku, tetapi dibangunkan di atas landasan pasir; dan apabila hujan turun, dan banjir datang, dan angin bertiup, dan melanda mereka, mereka akan aroboh, dan bpintu-pintu gerbang neraka sedia terbuka untuk menerima mereka.

14 Oleh itu diberkatilah kamu jika kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku, yang telah Bapa perintahkan kepada-Ku bahawa Aku harus memberikannya kepadamu.

15 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, kamu mesti berjaga dan aberdoa selalu, agar jangan kamu digoda oleh iblis, dan kamu dituntun tertawan olehnya.

16 Dan seperti Aku telah berdoa di antara kamu demikian juga kamu harus berdoa di dalam gereja-Ku, di kalangan umat-Ku yang bertaubat dan dibaptiskan dalam nama-Ku. Lihatlah Aku adalah acahaya; Aku telah bmenunjukkan satu teladan bagimu.

17 Dan terjadilah bahawa apabila Yesus sudah memfirmankan firman ini kepada para pengikut-Nya, Dia berpaling kembali kepada orang ramai dan berfirman kepada mereka:

18 Lihatlah, sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, kamu mesti berjaga-jaga dan berdoa selalu agar jangan kamu masuk ke dalam godaan; kerana aSetan berhasrat untuk memilikimu, agar dia boleh menampimu seperti gandum.

19 Oleh itu kamu mesti selalu berdoa kepada Bapa dalam nama-Ku;

20 Dan aapa pun yang akan kamu minta daripada Bapa dalam nama-Ku, yang adalah benar, mempercayai bahawa kamu akan menerima, lihatlah ia akan diberikan kepadamu.

21 aBerdoalah dalam keluargamu kepada Bapa, selalu dalam nama-Ku, agar isterimu dan anak-anakmu dapat diberkati.

22 Dan lihatlah, kamu haruslah selalu berhimpun bersama; dan janganlah kamu melarang sesiapa pun untuk datang kepadamu apabila kamu akan berhimpun bersama, tetapi biarkanlah mereka agar mereka boleh datang kepadamu dan janganlah melarang mereka;

23 Tetapi kamu haruslah aberdoa bagi mereka, dan janganlah mengusir mereka; dan jika demikian halnya bahawa mereka sering datang kepadamu kamu haruslah berdoa bagi mereka kepada Bapa, dalam nama-Ku.

24 Oleh itu, angkatlah acahayamu agar ia dapat bersinar ke dunia. Lihatlah Aku adalah bcahaya yang harus kamu angkat—hal yang telah kamu lihat Aku lakukan. Lihatlah kamu melihat bahawa Aku telah berdoa kepada Bapa, dan kamu semua telah menyaksikannya.

25 Dan kamu melihat bahawa Aku telah memerintahkan agar atidak seorang pun daripada kamu harus pergi, tetapi sebaliknya telah memerintahkan bahawa kamu harus datang kepada-Ku, agar kamu boleh bmerasakan dan melihat; demikian jugalah kamu harus lakukan kepada dunia; dan sesiapa yang melanggar perintah ini membiarkan dirinya dituntun ke dalam godaan.

26 Dan sekarang, terjadilah bahawa apabila Yesus telah memfirmankan firman ini, Dia memalingkan matanya kembali kepada para pengikut yang telah Dia pilih, dan berfirman kepada mereka:

27 Lihatlah sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, Aku memberikan kepadamu satu perintah yang lain, dan kemudian Aku mesti pergi kepada aBapa-Ku agar Aku boleh memenuhi perintah-perintah blain yang telah Dia berikan kepada-Ku.

28 Dan sekarang, lihatlah, inilah perintah yang Aku berikan kepadamu, bahawa janganlah kamu membiarkan sesiapa pun dengan sedar untuk amengambil daging dan darah-Ku bdengan tidak layak, apabila kamu akan memberkatinya;

29 Kerana sesiapa yang makan dan minum, daging dan adarah-Ku bdengan tidak layak memakan dan meminum kelaknatan bagi jiwanya; oleh itu jika kamu tahu bahawa seseorang itu tidak layak untuk makan dan minum daging dan darah-Ku kamu haruslah melarangnya.

30 Walaupun demikian, janganlah kamu amengusirnya dari kalangan kamu, tetapi kamu haruslah melayaninya dan berdoa baginya kepada Bapa, dalam nama-Ku; dan jika demikian halnya bahawa dia bertaubat dan dibaptiskan dalam nama-Ku, maka haruslah kamu menerimanya, dan harus memberkati daging dan darah-Ku kepadanya.

31 Tetapi jika dia tidak bertaubat dia tidak akan dihitung di kalangan umat-Ku, agar dia tidak dapat menghancurkan umat-Ku, kerana lihatlah Aku mengenali adomba-domba-Ku, dan mereka dihitung.

32 Walaupun demikian, janganlah kamu mengusirnya dari saumaah-saumaahmu, atau tempat-tempat penyembahanmu, kerana untuk yang demikianlah kamu harus terus melayani; kerana kamu tidak tahu adakah mereka akan kembali dan bertaubat, dan datang kepada-Ku dengan niat hati yang sepenuhnya, dan Aku akan amenyembuhkan mereka; dan kamu akan menjadi sarana untuk membawa keselamatan bagi mereka.

33 Oleh itu, taatilah firman ini yang telah Aku perintahkan kepadamu agar kamu tidak berada di bawah apenghukuman; kerana celakalah dia yang dihukum oleh Bapa.

34 Dan Aku memberimu perintah-perintah ini kerana perselisihan yang sudah ada di kalanganmu. Dan diberkatilah kamu jika atidak ada perselisihan di kalanganmu.

35 Dan sekarang, Aku pergi kepada Bapa, kerana adalah perlu bahawa Aku harus pergi kepada Bapa ademi kepentinganmu.

36 Dan terjadilah bahawa apabila Yesus telah mengakhiri firman ini, Dia menyentuh apara pengikut yang telah Dia pilih dengan btangan-Nya, satu demi satu, bahkan sehingga Dia telah menyentuh mereka semua, dan berfirman kepada mereka sewaktu Dia menyentuh mereka.

37 Dan orang ramai tidak mendengar firman yang Dia firmankan, oleh itu mereka tidak memberikan kesaksian; tetapi para pengikut itu memberikan kesaksian bahawa Dia memberi mereka akuasa untuk memberikan bRoh Kudus. Dan aku akan memperlihatkan kepadamu selepas ini bahawa kesaksian ini benar.

38 Dan terjadilah bahawa apabila Yesus telah menyentuh mereka semua, datanglah segumpal aawan dan membayangi orang ramai sehingga mereka tidak dapat melihat Yesus.

39 Dan semasa mereka dibayangi Dia pergi daripada mereka, dan naik ke syurga. Dan para pengikut melihat dan memberikan kesaksian bahawa Dia telah naik kembali ke syurga.