Bab 1Moroni meringkaskan tulisan-tulisan Eter—Salasilah Eter dinyatakan—Bahasa bangsa Yared tidak dicelarukan di Menara Babel—Tuhan berjanji untuk menuntun mereka ke sebuah negeri pilihan dan menjadikan mereka sebuah bangsa yang besar. Bab 2Bangsa Yared bersedia untuk perjalanan mereka ke negeri yang dijanjikan—Ianya adalah negeri pilihan di mana manusia mesti melayani Kristus atau dihapuskan—Tuhan bercakap dengan saudara lelaki Yared selama tiga jam—Bangsa Yared membina kapal-kapal—Tuhan meminta saudara lelaki Yared untuk mencadangkan bagaimana kapal-kapal itu akan diterangi. Bab 3Saudara lelaki Yared melihat jari Tuhan sewaktu Dia menyentuh enam belas ketul batu—Kristus memperlihatkan tubuh roh-Nya kepada saudara lelaki Yared—Mereka yang memiliki pengetahuan sempurna tidak dapat ditutupi oleh tirai—Alat-alat tafsir telah disediakan untuk membawa catatan bangsa Yared ke mata dunia. Bab 4Moroni diperintahkan untuk memeteraikan tulisan saudara lelaki Yared—Ianya tidak akan didedahkan sehinggalah manusia mempunyai iman bahkan seperti saudara lelaki Yared—Kristus memerintahkan manusia untuk mempercayai firman-Nya dan perkataan para pengikut-Nya—Manusia diperintahkan untuk bertaubat, mempercayai Injil, dan diselamatkan. Bab 5Tiga saksi dan kitab itu sendiri akan berdiri sebagai sebuah kesaksian tentang kebenaran Kitab Mormon. Bab 6Kapal-kapal tongkang bangsa Yared dibawa oleh angin ke negeri yang dijanjikan—Bangsa itu memuji Tuhan kerana kebaikan-Nya—Oriha dilantik sebagai raja ke atas mereka—Yared dan saudara lelakinya meninggal. Bab 7Oriha memerintah dalam kesolehan—Di tengah-tengah perebutan kuasa dan persengketaan, persaingan kerajaan Sul dan Kohor berlaku—Para nabi mengutuk kejahatan dan pemujaan berhala bangsa itu, yang kemudiannya bertaubat. Bab 8Terdapat persengketaan dan pertikaian ke atas kerajaan—Akis membentuk sebuah komplot rahsia yang terikat dengan sumpah untuk membunuh raja—Komplot-komplot rahsia berasal daripada iblis dan mengakibatkan kehancuran bangsa—Bangsa bukan Israel masa kini diberi amaran terhadap komplot rahsia yang akan berusaha untuk menjatuhkan kemerdekaan semua negeri, bangsa, dan negara. Bab 9Kerajaan diserahkan dari seorang kepada yang lain melalui keturunan, komplot jahat, dan pembunuhan—Emer telah melihat Putera Kesolehan—Banyak nabi yang menyerukan pertaubatan—Kebuluran dan ular beracun menimpa bangsa itu. Bab 10Seorang demi seorang raja silih berganti—Beberapa orang daripada raja-raja itu adalah soleh; yang lainnya adalah jahat—Apabila kesolehan menang, rakyat diberkati dan dimakmurkan oleh Tuhan. Bab 11Peperangan, pembelotan, dan kejahatan menguasai kehidupan bangsa Yared—Para nabi meramalkan kehancuran bangsa Yared yang sepenuhnya kecuali mereka bertaubat—Bangsa itu menolak perkataan para nabi. Bab 12Nabi Eter mendorong bangsa itu untuk percaya kepada Tuhan—Moroni bercerita tentang keajaiban dan hal-hal menakjubkan yang dilakukan melalui iman—Iman membolehkan saudara lelaki Yared melihat Kristus—Tuhan memberi manusia kelemahan agar mereka boleh merendahkan hati—Saudara lelaki Yared memindahkan Gunung Zerin melalui iman—Iman, harapan, dan kasih ihsan adalah penting untuk keselamatan—Moroni melihat Yesus secara bersemuka. Bab 13Eter berbicara tentang sebuah Yerusalem Baru yang akan dibina di Amerika oleh keturunan Yusuf—Dia bernubuat, diusir, menuliskan sejarah bangsa Yared, dan meramalkan kehancuran bangsa Yared—Peperangan mengganas di seluruh negeri itu. Bab 14Kederhakaan bangsa itu mendatangkan kutukan ke atas negeri tersebut—Koriantumr terlibat di dalam peperangan menentang Gilead, kemudian Lib, dan kemudiannya Siz—Darah dan pembunuhan beramai-ramai menyelubungi negeri itu. Bab 15Berjuta-juta bangsa Yared dibunuh di dalam pertempuran—Siz dan Koriantumr mengumpulkan semua orang untuk pertempuran maut—Roh Tuhan berhenti berjuang bersama mereka—Bangsa Yared dihancurkan sepenuhnya—Hanya Koriantumr yang tinggal.