Kitab Suci
Eter 10


Bab 10

Seorang demi seorang raja silih berganti—Beberapa orang daripada raja-raja itu adalah soleh; yang lainnya adalah jahat—Apabila kesolehan menang, rakyat diberkati dan dimakmurkan oleh Tuhan.

1 Dan terjadilah bahawa Sez, yang merupakan keturunan Het—kerana Het telah dibinasakan oleh kebuluran, dan juga seluruh keluarganya, kecuali Sez—oleh itu, Sez mulai membangunkan semula sebuah bangsa yang telah hancur.

2 Dan terjadilah bahawa Sez mengingati kehancuran nenek moyangnya, dan dia telah membangunkan sebuah kerajaan yang soleh; kerana dia mengingati apa yang Tuhan telah lakukan dalam membawa Yared dan saudara lelakinya amenyeberangi lautan dalam; dan dia berjalan di atas jalan Tuhan; dan dia melahirkan para putera dan puteri.

3 Dan putera sulungnya, yang bernama Sez, telah memberontak terhadapnya; walaupun demikian, Sez telah dibunuh di tangan seorang perompak, kerana kekayaannya yang banyak, yang telah membawa kedamaian lagi kepada ayahnya.

4 Dan terjadilah bahawa ayahnya membina banyak kota di atas permukaan negeri itu, dan bangsa itu mula tersebar ke atas seluruh permukaan negeri itu lagi. Dan Sez hidup sehingga usia yang sangat tua; dan dia melahirkan Riplakis. Dan dia mati, dan Riplakis memerintah sebagai penggantinya.

5 Dan terjadilah bahawa Riplakis tidak melakukan perkara yang benar di mata Tuhan, kerana dia memiliki banyak isteri dan agundik, dan meletakkan beban yang berat ke atas bahu orang lain untuk ditanggung; ya, dia mengenakan cukai yang membebankan kepada mereka; dan dengan cukai itu dia telah membina banyak bangunan yang besar.

6 Dan dia telah mendirikan bagi dirinya sebuah takhta yang amat indah; dan dia membina banyak penjara, dan sesiapa yang tidak mahu tunduk pada cukai-cukai tersebut dia lemparkan ke dalam penjara; dan sesiapa yang tidak mampu membayar cukai-cukit itu dia lemparkan ke dalam penjara; dan dia menyuruh agar mereka harus bekerja terus-menerus untuk menanggung tunjangan mereka; dan sesiapa yang enggan bekerja dia telah arahkan untuk dihukum mati.

7 Oleh itu dia telah mendapatkan semua hasil pekerjaannya yang indah, ya, bahkan emasnya yang baik telah dia arahkan untuk dimurnikan di dalam penjara; dan pelbagai jenis buatan tangan yang cantik telah diarahkannya untuk dibuat di dalam penjara. Dan terjadilah bahawa dia telah menyengsarakan rakyat dengan segala pelacuran dan kekejiannya.

8 Dan setelah dia memerintah untuk tempoh waktu empat puluh dua tahun rakyat telah bangkit dalam pemberontakan terhadapnya; dan mulailah terdapat peperangan lagi di negeri itu, sedemikian rupa sehingga Riplakis terbunuh, dan keturunannya telah dihalau keluar dari negeri itu.

9 Dan terjadilah setelah tempoh bertahun-tahun, Morianton, (dia merupakan keturunan Riplakis) telah mengumpulkan bersama sebuah bala tentera yang terdiri daripada orang yang terbuang, dan pergi dan bertempur dengan orang itu; dan dia mendapatkan kekuasaan ke atas banyak kota; dan peperangan itu menjadi amat parah, dan telah berlangsung selama bertahun-tahun; dan dia telah mendapatkan kekuasaan ke atas seluruh negeri itu, dan menegakkan dirinya sebagai seorang raja ke atas seluruh negeri tersebut.

10 Dan setelah dia menegakkan dirinya sebagai raja dia telah meringankan beban rakyat, dan dengan itu dia mendapat tempat di mata rakyat, dan mereka menetapkannya untuk menjadi raja mereka.

11 Dan dia melaksanakan keadilan kepada rakyat itu, tetapi tidak kepada dirinya kerana pelacurannya yang banyak; oleh itu dia telah disingkirkan daripada hadirat Tuhan.

12 Dan terjadilah bahawa Morianton telah membina banyak kota, dan rakyat menjadi sangat kaya di bawah pemerintahannya, baik di dalam pembangunan, dan dalam emas dan perak, dan dalam pertanian biji-bijian, dan dalam penternakan kawanan domba, dan kawanan ternak, mahupun harta benda yang sama seperti itu telah dipulihkan kepada mereka.

13 Dan Morianton hidup sehingga usia yang sangat lanjut, dan pada waktu itu dia melahirkan Kim; dan Kim memerintah sebagai pengganti ayahnya; dan dia telah memerintah lapan tahun, dan ayahnya meninggal. Dan terjadilah bahawa Kim tidak memerintah di dalam kesolehan, oleh itu Tuhan tidak berkenan kepadanya.

14 Dan saudara lelakinya bangkit dalam pemberontakan terhadap dirinya, dan dengan cara itu dia menawannya; dan dia telah tinggal di dalam penawanan sepanjang hidupnya; dan dia melahirkan para putera dan puterinyadi dalam penawanan, dan pada usianya yang sudah tua dia melahirkan Lewi; dan dia meninggal.

15 Dan terjadilah bahawa Lewi melayani di dalam penawanan setelah kematian ayahnya, selama empat puluh dua tahun. Dan dia berperang dengan raja negeri itu, dan dengan itu dia mendapatkan kerajaan itu untuk dirinya sendiri.

16 Dan setelah dia mendapatkan kerajaan itu untuk dirinya sendiri dia telah melakukan perkara yang benar di mata Tuhan; dan para rakyat makmur di negeri itu; dan dia telah hidup sehingga usia tuanya yang baik, dan para putera dan puteri dan dia juga melahirkan Korom, yang ditetapkannya untuk menjadi raja sebagai penggantinya.

17 Dan terjadilah bahawa Korom melakukan perkara yang baik di mata Tuhan sepanjang hidupnya; dan dia melahirkan banyak putera dan puteri dan setelah dia melihat riwayat hidupnya yang panjang dia pun meninggal, bahkan seperti makhluk yang lain di bumi; dan Kis memerintah sebagai penggantinya.

18 Dan terjadilah bahawa Kis juga meninggal, dan Lib memerintah sebagai penggantinya.

19 Dan terjadilah bahawa Lib juga melakukan perkara yang baik di mata Tuhan. Dan semasa riwayat hidup Lib ular-ular aberacun tersebut telah dihancurkan. Oleh itu mereka pergi ke negeri sebelah selatan, untuk memburu makanan bagi orang di negeri itu, kerana negeri itu dipenuhi dengan haiwan-haiwan hutan. Dan Lib sendiri juga telah menjadi pemburu yang hebat.

20 Dan mereka telah membina sebuah kota yang besar berdekatan dengan laluan sempit di negeri itu, berdekatan dengan tempat di mana laut memisahkan daratan itu.

21 Dan mereka memelihara negeri sebelah selatan sebagai padang belantara, untuk mendapatkan buruan. Dan seluruh permukaan negeri di sebelah utara dipenuhi dangan penduduk.

22 Dan mereka sangat rajin, dan mereka membeli dan menjual dan berdagang antara satu sama lain, agar mereka boleh mendapat keuntungan.

23 Dan mereka bekerja dengan pelbagai jenis bijih logam, dan mereka membuat emas, dan perak, dan abesi, dan loyang, dan segala jenis logam; dan mereka telah menggalinya dari dalam tanah; oleh itu, mereka menimbunkan timbunan tanah yang banyak untuk mendapatkan bijih logam, dari emas, dan perak, dan besi, dan tembaga. Dan mereka telah mengerjakan pelbagai hasil kerja yang cantik.

24 Dan mereka memiliki sutera, dan kain tenunan yang terpintal halus; dan mereka telah mengerjakan pelbagai jenis kain, agar mereka boleh menyelimuti diri mereka dari ketelanjangan mereka.

25 Dan mereka membuat pelbagai jenis peralatan untuk mengolah tanah, baik untuk membajak mahupun untuk menabur, untuk menuai dan untuk mencangkul, dan juga untuk membanting.

26 Dan mereka membuat pelbagai jenis peralatan yang dengannya mereka mengerjakan binatang-binatang mereka.

27 Dan mereka membuat pelbagai jenis senjata peperangan. Dan mereka menghasilkan pelbagai jenis hasil kerja dari buatan tangan yang amat rumit.

28 Dan tidak pernah terdapat sebuah bangsa yang lebih diberkati daripada mereka, dan yang lebih dimakmurkan oleh tangan Tuhan. Dan mereka berada di dalam sebuah negeri pilihan yang melebihi semua negeri, kerana Tuhan telah memfirmankannya.

29 Dan terjadilah bahawa Lib telah hidup bertahun-tahun lamanya, dan melahirkan para putera dan puteri; dan dia juga melahirkan Heartom.

30 Dan terjadilah bahawa Heartom memerintah sebagai pengganti ayahnya. Dan apabila Heartom telah memerintah selama dua puluh dan empat tahun, lihatlah, kerajaan itu telah dirampas daripadanya. Dan dia melayani selama bertahun-tahun di dalam penawanan, ya, bahkan sepanjang sisa hidupnya.

31 Dan dia melahirkan Het, dan Het hidup di dalam penawanan sepanjang hidupnya. Dan Het melahirkan Harun, dan Harun tinggal di dalam penawanan sepanjang hidupnya; dan dia melahirkan Amnigada, dan Amnigada juga tinggal dalam penawanan sepanjang hidupnya; dan dia melahirkan Koriantum, dan Koriantum tinggal dalam penawanan sepanjang hidupnya; dan dia melahirkan Kom.

32 Dan terjadilah bahawa Kom menarik separuh daripada kerajaan tersebut. Dan dia memerintah ke atas separuh daripada kerajaan itu selama empat puluh dua tahun; dan dia pergi bertempur menentang rajanya, Amgid, dan mereka berperang selama bertahun-tahun, pada masa itulah Kom mendapatkan kekuasaan ke atas Amgid, dan mendapatkan kekuasaan ke bahagian yang selebihnya daripada kerajaan itu.

33 Dan di dalam riwayat Kom mulailah terdapat perompak di dalam negeri itu; dan mereka telah menggunakan rancangan-rancangan zaman dahulu itu, dan melaksanakan asumpah menurut cara zaman dahulu, dan berusaha untuk menghancurkan kerajaan sekali lagi.

34 Sekarang, Kom banyak berperang menentang mereka; walaupun demikian, dia tidak berjaya menentang mereka.