Kitab Suci
Eter 9


Bab 9

Kerajaan diserahkan dari seorang kepada yang lain melalui keturunan, komplot jahat, dan pembunuhan—Emer telah melihat Putera Kesolehan—Banyak nabi yang menyerukan pertaubatan—Kebuluran dan ular beracun menimpa bangsa itu.

1 Dan sekarang, aku, Moroni, meneruskan catatanku. Oleh itu, lihatlah, terjadilah bahawa kerana akomplot-komplot rahsia Akis dan sahabat-sahabatnya, lihatlah, mereka menjatuhkan kerajaan Omer.

2 Walaupun demikian, Tuhan penuh belas kasihan kepada Omer, dan juga kepada anak-anak lelakinya dan perempuannya yang tidak berusaha untuk kehancurannya.

3 Dan Tuhan memberi amaran kepada Omer dalam sebuah mimpi bahawa dia haruslah meninggalkan negeri itu; oleh itu Omer meninggalkan negeri itu bersama keluarganya, dan melakukan perjalanan berhari-hari, dan tiba dan melewati Bukit aSim, dan tiba dekat tempat bdi mana bangsa Nefi dihancurkan, dan dari sana ke arah timur, dan tiba di sebuah tempat yang disebut Ablom, yang berdekatan tepi laut, dan di sanalah dia mendirikan khemahnya, dan juga anak-anak lelaki dan perempuannya, dan seluruh isi rumahnya, kecuali Yared dan keluarganya.

4 Dan terjadilah bahawa Yared telah ditetapkan sebagai raja ke atas rakyat itu, oleh tangan kejahatan; dan dia memberikan kepada Akis anak perempuannya untuk menjadi isteri.

5 Dan terjadilah bahawa Akis menginginkan nyawa ayah mertuanya; dan dia memohon kepada mereka yang telah bersumpah di atas sumpah zaman dahulu tersebut, dan mereka telah mendapatkan kepala ayah mertuanya, semasa dia duduk di atas takhtanya, untuk bertitah kepada rakyatnya.

6 Kerana begitu besarnya perkembangan kumpulan yang jahat dan rahsia ini sehingga ia telah merosakkan hati semua orang; oleh itu Yared telah dibunuh di atas takhtanya, dan Akis memerintah sebagai penggantinya.

7 Dan terjadilah bahawa Akis mulai cemburu terhadap anak lelakinya, oleh itu dia mengurungnya di dalam penjara, dan memberinya makanan yang sedikit ataupun tidak sama sekali sehingga dia menderita kematian.

8 Dan sekarang, saudara lelaki kepada dia yang menderita kematian, (dan namanya adalah Nimra) marah terhadap ayahnya kerana apa yang telah ayahnya lakukan terhadap saudara lelakinya.

9 Dan terjadilah bahawa Nimra mengumpulkan bersama sejumlah kecil orang, dan melarikan diri dari negeri itu, dan pergi dan tinggal bersama Omer.

10 Dan terjadilah bahawa Akis melahirkan anak-anak lelaki yang lain, dan mereka memenangi hati rakyat, walaupun mereka telah bersumpah kepadanya untuk melakukan bermacam-macam kederhakaan seperti yang dihasratkannya.

11 Sekarang, rakyat Akis menginginkan keuntungan, bahkan seperti Akis menginginkan kekuasaan; oleh itu, para putera Akis telah menawarkan kepada mereka wang, dengan cara itu mereka menarik sebahagian besar daripada rakyat itu untuk mengikuti mereka.

12 Dan mulailah terdapat peperangan di antara para putera Akis dan Akis, yang berlangsung selama tempoh bertahun-tahun, ya, sehinggalah kepada kehancuran hampir seluruh rakyat kerajaan itu, ya, bahkan semuanya, kecuali tiga puluh jiwa, dan inilah mereka yang telah melarikan diri bersama bani Omer.

13 Oleh itu, Omer dipulihkan kembali ke negeri warisannya.

14 Dan terjadilah bahawa Omer mulai menjadi tua; walaupun demikian, pada usia tuanya dia melahirkan Emer; dan dia menetapkan Emer untuk menjadi raja untuk memerintah sebagai penggantinya.

15 Dan setelah dia menetapkan Emer menjadi raja dia melihat kedamaian di negeri itu untuk tempoh waktu dua tahun, dan dia mati, setelah melihat begitu banyak hari, yang penuh dengan kesedihan. Dan terjadilah bahawa Emer memerintah sebagai penggantinya, dan mengikuti jejak langkah ayahnya.

16 Dan Tuhan mulai mengambil kembali kutukan dari negeri itu, dan bani Emer amat makmur di bawah pemerintahan Emer; dan dalam tempoh waktu enam puluh dua tahun mereka telah menjadi amat kuat, sedemikian rupa sehingga mereka menjadi amat kaya—

17 Memiliki bermacam-macam buah, dan bijian, dan sutera, dan kain tenunan yang halus, dan emas, dan perak, dan benda-benda berharga;

18 Dan juga bermacam-macam lembu, dan sapi, dan domba, dan babi, dan kambing, dan juga banyak jenis haiwan yang lain yang berguna untuk makanan manusia.

19 Dan mereka juga memiliki akuda, dan keldai, dan ada gajah dan kurelom dan kumom; yang semuanya berguna bagi manusia, dan terutamanya gajah dan kurelom dan kumom.

20 Dan demikianlah Tuhan mencurahkan berkat-berkat-Nya pada negeri ini, yang adalah aterpilih di atas semua negeri yang lain; dan Dia memerintahkan bahawa sesiapa yang akan memiliki negeri itu haruslah memilikinya kepada Tuhan, atau mereka akan bdihancurkan apabila mereka menjadi matang di dalam kederhakaan; kerana kepada yang sedemikian, firman Tuhan: Aku akan mencurahkan kemurkaan-Ku yang penuh.

21 Dan Emer menjalankan penghakiman dalam kesolehan sepanjang hidupnya, dan dia melahirkan banyak putera dan puteri; dan dia melahirkan Koriantum, dan dia menetapkan Koriantum untuk memerintah sebagai penggantinya.

22 Dan setelah dia menetapkan Koriantum untuk memerintah sebagai penggantinya dia hidup selama empat tahun, dan dia melihat kedamaian di negeri itu; ya, bahkan dia juga melihat aPutera Kesolehan, dan bergembira dan berbangga di dalam hidupnya; dan dia mati dalam kedamaian.

23 Dan terjadilah bahawa Koriantum berjalan menurut jejak langkah ayahnya, dan telah membina banyak kota yang besar, dan melaksanakan perkara yang baik kepada rakyatnya sepanjang hidupnya. Dan terjadilah bahawa dia tidak mempunyai anak sehingga dia menjadi sangat tua.

24 Dan terjadilah bahawa isterinya mati, semasa berumur seratus dua tahun. Dan terjadilah bahawa Koriantum mengambil sebagai isteri, pada usia tuanya, seorang gadis muda, dan melahirkan para putera dan puteri; oleh itu dia hidup sehingga dia berumur seratus empat puluh dua tahun.

25 Dan terjadilah bahawa dia melahirkan Kom, dan Kom memerintah sebagai penggantinya; dan dia memerintah selama empat puluh sembilan tahun, dan dia melahirkan Het; dan dia juga melahirkan para putera dan puteri yang lain.

26 Dan bangsa itu telah tersebar lagi ke atas seluruh permukaan negeri, dan mulailah terdapat lagi kejahatan yang amat besar di atas permukaan negeri, dan Het mulai memeluk rancangan-rancangan rahsia dari zaman dahulu itu lagi, untuk menghancurkan ayahnya.

27 Dan terjadilah bahawa dia menggulingkan ayahnya dari takhta, kerana dia membunuhnya dengan pedangnya sendiri; dan dia memerintah sebagai penggantinya.

28 Dan datanglah para nabi ke negeri itu sekali lagi, menyerukan pertaubatan kepada mereka—bahawa mereka mesti menyediakan jalan Tuhan atau akan datang kutukan ke atas permukaan negeri itu; ya, bahkan akan ada kebuluran yang besar, yang mana di dalamnya mereka akan dihancurkan jika mereka tidak bertaubat.

29 Tetapi orang itu tidak mempercayai perkataan para nabi, tetapi mereka mengusir mereka; dan beberapa daripada mereka, mereka lemparkan ke dalam lubang-lubang dan mereka ditinggalkan untuk binasa. Dan terjadilah bahawa mereka melakukan semua hal ini menurut perintah raja, Het.

30 Dan terjadilah bahawa mulailah terdapatnya kekurangan yang hebat di negeri itu, dan para penduduknya mulai dihancurkan dengan sangat cepat disebabkan kekurangan itu, kerana tidak ada hujan di atas muka bumi.

31 Dan muncullah juga ular-ular beracun di atas permukaan negeri itu, dan meracuni banyak orang. Dan terjadilah bahawa kawanan ternak mereka mulai melarikan diri dari hadapan ular-ular beracun itu, menuju negeri sebelah selatan, yang disebut oleh bangsa Nefi aZarahemla.

32 Dan terjadilah bahawa terdapat ramai daripada mereka yang binasa dalam perjalanan; walaupun demikian, terdapat beberapa orang yang telah melarikan diri ke negeri sebelah selatan.

33 Dan terjadilah bahawa Tuhan menyebabkan aular-ular itu untuk tidak mengejar mereka lagi, tetapi ular-ular itu harus menghalang jalan sehingga orang itu tidak dapat melaluinya, agar sesiapa yang akan berusaha untuk melaluinya akan dibunuh oleh ular-ular beracun itu.

34 Dan terjadilah bahawa orang itu mengikuti jejak binatang buas, dan memakan bangkai-bangkai binatang yang mati dalam perjalanan, sehingga mereka telah memakan semuanya. Sekarang, apabila orang itu menyedari bahawa mereka mesti binasa mereka mulai abertaubat di atas kederhakaan mereka dan berseru kepada Tuhan.

35 Dan terjadilah bahawa apabila mereka telah amerendahkan hati mereka secukupnya di hadapan Tuhan Dia mengirimkan hujan ke atas muka bumi; dan bangsa itu mulai bertenaga kembali, dan mulailah terdapatnya buah-buahan di negara-negara utara, dan di dalam semua negara di sekitarnya. Dan Tuhan telah menunjukkan kuasa-Nya kepada mereka dengan memelihara mereka dari kebuluran.