Kitab Suci
Eter 6


Bab 6

Kapal-kapal tongkang bangsa Yared dibawa oleh angin ke negeri yang dijanjikan—Bangsa itu memuji Tuhan kerana kebaikan-Nya—Oriha dilantik sebagai raja ke atas mereka—Yared dan saudara lelakinya meninggal.

1 Dan sekarang, aku, Moroni, meneruskan untuk memberikan catatan tentang Yared dan saudara lelakinya.

2 Kerana terjadilah setelah Tuhan menyediakan abatu-batu yang telah dibawa oleh saudara lelaki Yared ke atas gunung, saudara lelaki Yared turun dari gunung, dan dia meletakkan batu-batu itu ke dalam kapal-kapal yang telah disiapkan, seketul pada setiap hujung kapal; dan lihatlah, ianya memberikan cahaya pada kapal-kapal itu.

3 Dan demikianlah Tuhan menyebabkan batu-batu itu bersinar dalam kegelapan, untuk menerangi para lelaki, wanita, dan anak-anak, agar mereka tidak menyeberangi perairan luas itu di dalam kegelapan.

4 Dan terjadilah bahawa apabila mereka telah menyediakan pelbagai jenis makanan, agar dengan demikian mereka boleh meneruskan hidup di atas air, dan juga makanan untuk kawanan domba dan kawanan ternakan mereka, dan apa pun binatang atau haiwan atau burung yang harus mereka bawa bersama mereka—dan terjadilah bahawa apabila mereka telah melakukan semua hal ini mereka menaiki kapal atau kapal-kapal tongkang mereka, dan berlayar ke laut, menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Tuhan Raja mereka.

5 Dan terjadilah bahawa Tuhan Raja menyebabkan terdapatnya aangin yang kencang bertiup di atas permukaan perairan, menuju ke negeri yang dijanjikan; dan dengan demikianlah mereka diumbang-ambingkan di atas ombak laut di hadapan angin.

6 Dan terjadilah bahawa banyak kali mereka ditenggelamkan ke dalam laut, kerana ombak-ombak yang menggunung yang telah menghempas ke atas diri mereka, dan juga angin ribut yang dahsyat dan menakutkan yang disebabkan oleh kekuatan angin.

7 Dan terjadilah bahawa apabila mereka tenggelam di dalam air tidak ada air yang dapat mencederakan mereka, kapal-kapal mereka arapat seperti sebuah bekas, dan juga ianya rapat seperti bbahtera Nuh; oleh itu apabila mereka dikelilingi sepenuhnya oleh air mereka telah berseru kepada Tuhan, dan Dia telah membawa mereka kembali ke atas permukaan perairan itu.

8 Dan terjadilah bahawa angin tersebut tidak pernah berhenti bertiup ke arah negeri yang dijanjikan semasa mereka berada di atas permukaan perairan itu; dan demikianlah mereka dibawa di hadapan angin.

9 Dan mereka amenyanyikan puji-pujian kepada Tuhan; ya, saudara lelaki Yared menyanyikan puji-pujian kepada Tuhan, dan dia bberterima kasih dan memuji Tuhan sepanjang hari; dan apabila malam tiba, mereka tidak berhenti untuk memuji Tuhan.

10 Dan demikianlah mereka dibawa; dan tidak ada raksasa laut yang dapat menghancurkan mereka, tidak juga ada ikan paus yang dapat menghancurkan mereka; dan mereka mempunyai cahaya yang berterusan, sama ada di atas air ataupun di bawah air.

11 Dan demikianlah mereka dibawa, tiga ratus empat puluh empat hari di atas air.

12 Dan mereka telah mendarat di atas pantai negeri yang dijanjikan. Dan apabila mereka menjejakkan kaki mereka di atas pantai negeri yang dijanjikan mereka membongkokkan diri di atas permukaan tanah, dan merendahkan hati mereka di hadapan Tuhan, dan mencucurkan air mata kebahagiaan di hadapan Tuhan, kerana belas kasihan-Nya yang besar ke atas diri mereka.

13 Dan terjadilah bahawa mereka pergi ke atas permukaan negeri itu, dan mulai mengolah tanah.

14 Dan Yared mempunyai empat anak lelaki; dan mereka dinamakan Yakom, dan Gilga, dan Maha, dan Oriha.

15 Dan saudara lelaki Yared juga melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan.

16 Dan asahabat-sahabat Yared dan saudara lelakinya berjumlah kira-kira dua puluh dua jiwa; dan mereka juga melahirkan anak-anak lelaki dan perempuan sebelum mereka tiba di negeri yang dijanjikan; dan oleh itu mereka mulai menjadi banyak.

17 Dan mereka diajar untuk aberjalan dengan kerendahan hati di hadapan Tuhan; dan mereka juga bdiajar dari syurga.

18 Dan terjadilah bahawa mereka mula tersebar di atas permukaan negeri itu, dan bertambah banyak dan mengolah tanah; dan mereka menjadi kuat di negeri itu.

19 Dan saudara lelaki Yared mulai menjadi tua, dan menyedari bahawa dia mesti segera masuk ke dalam kubur; oleh itu dia berkata kepada Yared: Marilah kita mengumpulkan bersama orang kita agar kita boleh menghitung mereka, agar kita boleh mengetahui daripada mereka apa yang mereka hasratkan daripada kita sebelum kita masuk ke dalam kubur kita.

20 Dan demikianlah bangsa itu berkumpul bersama. Sekarang, jumlah anak-anak lelaki dan perempuan saudara lelaki Yared adalah dua puluh dua jiwa; dan jumlah para anak lelaki dan perempuan Yared adalah dua belas, dan dia mempunyai empat anak lelaki.

21 Dan terjadilah bahawa mereka mengira orang mereka; dan setelah mereka mengira jumlah mereka, mereka meminta daripada mereka hal-hal yang mereka mahu mereka lakukan sebelum mereka masuk ke dalam kubur mereka.

22 Dan terjadilah bahawa orang itu menghasratkan daripada mereka agar mereka harus amenetapkan salah seorang anak lelaki mereka untuk menjadi raja ke atas mereka.

23 Dan sekarang, lihatlah, ini menyedihkan mereka. Dan saudara lelaki Yared berkata kepada mereka: Sudah pastilah hal ini amenuju kepada penawanan.

24 Tetapi Yared berkata kepada saudara lelakinya: Biarkanlah mereka agar mereka boleh mempunyai seorang raja. Dan oleh itu dia berkata kepada mereka: Pilihlah kamu di antara anak-anak lelaki kami seorang raja, bahkan sesiapa pun yang kamu kehendaki.

25 Dan terjadilah bahawa mereka memilih bahkan anak sulung saudara lelaki Yared; dan namanya adalah Pagag. Dan terjadilah bahawa dia menolak dan tidak mahu menjadi raja mereka. Dan bangsa itu menginginkan agar ayahnya harus memaksanya, tetapi ayahnya tidak mahu; dan dia memerintahkan mereka agar mereka tidak harus memaksa sesiapa pun untuk menjadi raja mereka.

26 Dan terjadilah bahawa mereka memilih semua adik lelaki Pagag, dan mereka tidak mahu.

27 Dan terjadilah bahawa anak-anak lelaki Yared juga tidak mahu, bahkan semuanya kecuali seorang; dan Oriha ditetapkan menjadi raja ke atas bangsa itu.

28 Dan dia mulai memerintah, dan bangsa itu mula makmur; dan mereka menjadi amat kaya.

29 Dan terjadilah bahawa Yared meninggal, dan saudara lelakinya juga.

30 Dan terjadilah bahawa Oriha berjalan dengan kerendahan hati di hadapan Tuhan, dan mengingati betapa besarnya hal-hal yang telah Tuhan lakukan untuk ayahnya, dan juga telah mengajar rakyatnya betapa besarnya hal-hal yang telah Tuhan lakukan untuk nenek moyang mereka.