Kitab Suci
Mormon 9
sebelumnya seterusnya

Bab 9

Moroni menyeru mereka yang tidak percaya kepada Kristus untuk bertaubat—Dia mengisytiharan tentang seorang Tuhan mukjizat, yang memberikan wahyu-wahyu dan mencurahkan kurniaan dan tanda kepada yang setia—Mukjizat terhenti disebabkan ketidakpercayaan—Tanda-tanda menyertai mereka yang percaya—Manusia didorong untuk menjadi bijak dan mentaati perintah-perintah. Kira-kira 401–421 tahun M.

1 Dan sekarang, aku juga berbicara tentang mereka yang tidak percaya kepada Kristus.

2 Lihatlah, adakah kamu akan percaya pada hari pengunjunganmu—lihatlah, apabila Tuhan akan datang, ya, bahkan ahari yang besar itu apabila bbumi akan digulung bagaikan gulungan kitab, dan unsur-unsur bumi akan cmencair dengan haba yang kuat, ya, pada hari yang besar itu apabila kamu akan dibawa untuk berdiri di hadapan Anak Domba Tuhan—pada waktu itu adakah kamu akan berkata bahawa tidak ada Tuhan?

3 Pada waktu itu adakah kamu akan menafikan Kristus lebih lama lagi, atau dapatkah kamu melihat Anak Domba Tuhan? Adakah kamu menganggap bahawa kamu akan tinggal bersama-Nya di bawah kesedaran akan kesalahanmu? Adakah kamu menganggap bahawa kamu dapat bahagia tinggal bersama Makhluk kudus itu, apabila jiwamu terseksa dengan kesedaran terhadap kesalahan bahawa kamu sentiasa melanggar hukum-hukum-Nya?

4 Lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa kamu akan lebih sengsara tinggal bersama Tuhan yang kudus dan adil, di bawah kesedaran akan kekotoranmu di hadapan-Nya, daripada kamu tinggal bersama jiwa-jiwa yang adilaknati di bneraka.

5 Kerana lihatlah, apabila kamu akan dibawa untuk melihat aketelanjanganmu di hadapan Tuhan, dan juga kemuliaan Tuhan, dan kekudusan Yesus Kristus, ia akan menyalakan api yang tidak dapat dipadamkan ke atas dirimu.

6 Maka, Wahai kamu yang atidak percaya, bberpalinglah kamu kepada Tuhan; berserulah dengan kuat kepada Bapa dalam nama Yesus, semoga kamu boleh didapati tanpa noda, csuci, rupawan, dan putih, telah dibersihkan melalui darah dAnak Domba, pada hari yang besar dan terakhir itu.

7 Dan sekali lagi aku berbicara kepadamu yang amenafikan wahyu-wahyu Tuhan, dan berkata bahawa ianya telah diakhiri, bahawa tidak ada wahyu, dan juga nubuat, dan juga kurniaan, dan juga penyembuhan, dan juga berbicara dengan bahasa-bahasa, dan bpenterjemahan bahasa-bahasa;

8 Lihatlah aku berkata kepadamu, dia yang menafikan hal-hal ini tidak mengetahui aInjil Kristus; ya, dia belum membaca tulisan suci; jika demikian, dia tidak bmemahaminya.

9 Kerana bukankah kita membaca bahawa Tuhan ialah asama kelmarin, hari ini, dan selamanya, dan di dalam Dia tidak ada yang berubah-ubah dan juga tiada bayangan perubahan?

10 Dan sekarang, jika kamu telah membayangkan bagi dirimu sendiri seorang Tuhan yang berubah-ubah, dan di dalamnya ada bayangan perubahan, maka kamu telah membayangkan bagi dirimu seorang Tuhan yang bukanlah seorang Tuhan mukjizat.

11 Tetapi lihatlah, aku akan memperlihatkan kepadamu seorang Tuhan mukjizat, bahkan Tuhan Abraham, dan Tuhan Ishak, dan Tuhan Yakub; dan merupakan aTuhan yang sama yang telah menciptakan langit dan bumi, dan segala sesuatu yang ada di dalamnya.

12 Lihatlah, Dia menciptakan Adam, dan melalui aAdam datanglah bkejatuhan manusia. Dan kerana kejatuhan manusia datanglah Yesus Kristus, bahkan Bapa dan Putera; dan disebabkan Yesus Kristus datanglah cpenebusan manusia.

13 Dan disebabkan penebusan manusia, yang datang melalui Yesus Kristus, mereka dibawa kembali ke hadirat Tuhan; ya, beginilah caranya semua orang ditebus, kerana kematian Kristus mendatangkan akebangkitan, yang mendatangkan penebusan dari btidur yang tiada akhirnya, dari tidur itu semua manusia akan dibangunkan melalui kuasa Tuhan apabila sangkakala akan berbunyi; dan mereka akan datang, baik kecil mahupun besar, dan semuanya akan berdiri di hadapan meja penghakiman-Nya, setelah ditebus dan dibebaskan dari cikatan kematian yang kekal ini, yang mana kematian itu adalah kematian duniawi.

14 Dan kemudian datanglah apenghakiman daripada Yang Kudus ke atas diri mereka; dan kemudian tibalah waktunya bahawa dia yang bkotor akan tetap kotor; dan dia yang soleh akan tetap soleh; dia yang bahagia akan tetap bahagia; dan dia yang tidak bahagia akan tetap tidak bahagia.

15 Dan sekarang, Wahai kamu semua yang telah membayangkan bagi dirimu seorang Tuhan yang atidak dapat melakukan mukjizat, aku hendak bertanya kepadamu, adakah semua hal itu telah berlalu, seperti yang telah aku katakan? Sudahkah hari terakhir itu tiba? Lihatlah aku berkata kepadamu, Belum; dan Tuhan tidak berhenti menjadi seorang Tuhan mukjizat.

16 Lihatlah, bukankah hal-hal yang telah Tuhan lakukan menakjubkan di mata kita? Ya, dan siapakah yang dapat memahami apekerjaan-pekerjaan Tuhan yang menakjubkan?

17 Siapakah yang akan berkata bahawa bukanlah suatu mukjizat bahawa melalui afirman-Nya langit dan bumi wujud; dan melalui kuasa firman-Nya manusia bdiciptakan dari cdebu bumi; dan melalui kuasa firman-Nya mukjizat-mukjizat telah dilakukan?

18 Dan siapakah yang akan berkata bahawa Yesus Kristus tidak melakukan banyak amukjizat hebat? Dan terdapat banyak mukjizat hebat yang dilakukan melalui tangan para rasul.

19 Dan jika terdapat amukjizat yang telah dilakukan pada masa itu, mengapakah Tuhan berhenti menjadi seorang Tuhan mukjizat sedangkan dia masih merupakan Makhluk yang tidak berubah? Dan lihatlah, aku berkata kepadamu Dia tidak berubah; jika demikian Dia akan berhenti menjadi Tuhan; dan Dia tidak berhenti menjadi Tuhan, dan merupakan seorang Tuhan mukjizat.

20 Dan sebab mengapa Dia berhenti melakukan amukjizat di kalangan anak-anak manusia adalah kerana mereka merosot dalam ketidakpercayaan, dan meninggalkan jalan yang benar, dan tidak mengenali Tuhan yang kepadanya mereka harus bpercaya.

21 Lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa sesiapa yang percaya kepada Kristus, tanpa keraguan, aapa pun yang akan dia minta kepada Bapa dalam nama Kristus akan diberikan kepadanya; dan janji ini adalah untuk semua, bahkan ke segenap hujung bumi.

22 Kerana lihatlah, demikianlah firman Yesus Kristus, Putera Tuhan, kepada para pengikut-Nya yang harus tinggal, ya, dan juga kepada semua pengikut-Nya, dalam pendengaran orang ramai itu: aPergilah kamu ke seluruh dunia, dan khutbahkanlah Injil kepada setiap makhluk;

23 Dan dia yang percaya dan dibaptiskan akan diselamatkan, tetapi dia yang tidak percaya akan adilaknat;

24 Dan atanda-tanda ini akan mengiringi mereka yang percaya—dalam nama-Ku mereka akan mengusir biblis; mereka akan berbicara dengan bahasa-bahasa baru; mereka akan mengangkat ular-ular; dan jika mereka minum apa pun yang membawa maut ia tidak akan menyakiti mereka; mereka akan meletakkan ctangan ke atas orang yang sakit dan mereka akan pulih;

25 Dan sesiapa yang akan percaya di dalam nama-Ku, tanpa keraguan, kepadanyalah Aku akan amengesahkan segala firman-Ku, bahkan kepada segenap hujung bumi.

26 Dan sekarang, lihatlah, siapakah yang dapat berdiri melawan pekerjaan Tuhan? aSiapakah yang dapat menyangkal firman-Nya? Siapakah yang akan bangkit melawan kekuasaan Tuhan yang maha kuasa? Siapakah yang akan mengeji pekerjaan Tuhan? Siapakah yang akan mengeji anak-anak Kristus? Lihatlah, kamu semua yang adalah bpengeji pekerjaan Tuhan, kerana kamu akan terpegun dan binasa.

27 Ya maka janganlah menghina, dan janganlah terpegun, tetapi dengarkanlah firman Tuhan, dan mintalah kepada Bapa dalam nama Yesus untuk apa pun hal yang akan kamu perlukan. Janganlah ragu, tetapi percayalah, dan mulailah seperti pada zaman dahulu, dan adatanglah kepada Tuhan dengan sepenuh bhatimu, dan ckerjakanlah keselamatanmu sendiri dengan rasa takut dan gementar di hadapan-Nya.

28 Jadilah abijak dalam hari-hari pencubaanmu; lucutkanlah dirimu dari segala yang tidak bersih; janganlah meminta, agar kamu boleh memuaskannya ke atas hawa bnafsumu, tetapi mintalah dengan keteguhan yang tak tergoyahkan, agar kamu tidak akan menyerah pada godaan, tetapi kamu akan melayani cTuhan yang hidup dan sejati.

29 Pastikanlah bahawa kamu tidak dibaptiskan dengan atidak layak; pastikanlah bahawa kamu tidak mengambil sakramen Kristus dengan btidak layak; tetapi pastikanlah bahawa kamu melakukan segala sesuatu dalam ckelayakan, dan melakukannya dalam nama Yesus Kristus, Putera Tuhan yang hidup; dan jika kamu melakukan ini, dan bertahan sampai akhir, kamu tidak akan sekali-kali disingkirkan.

30 Lihatlah, aku berbicara kepadamu seolah-olahnya aku aberbicara dari yang telah meninggal; kerana aku tahu bahawa kamu akan memiliki perkataanku.

31 Janganlah mengutukku disebabkan aketidaksempurnaanku, begitu juga ayahku, kerana ketidaksempurnaannya, dan juga mereka yang telah menulis sebelum dia; tetapi sebaliknya berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa Dia telah menyatakan kepadamu ketidaksempurnaan kami, agar kamu boleh belajar untuk menjadi lebih bijak daripada kami.

32 Dan sekarang, lihatlah, kami telah menulis catatan ini menurut pengetahuan kami, dalam tulisan-tulisan yang dipanggil di kalangan kami Bahasa Mesir yang adiperbaharui, yang diturunkan dan telah diubah oleh kami, menurut cara percakapan kami.

33 Dan jika kepingan-kepingan kami cukup besar kami akan menulis dalam bahasa Ibrani; tetapi bahasa Ibrani juga telah diubah oleh kami; dan jika kami dapat menulis dalam bahasa Ibrani, lihatlah, kamu tidak akan menemui ketidaksempurnaan dalam catatan kami.

34 Tetapi Tuhan mengetahui hal-hal yang telah kami tuliskan, dan juga bahawa tidak ada bangsa lain yang mengetahui bahasa kami; dan kerana tidak ada bangsa lain yang mengetahui bahasa kami, oleh itu Dia telah menyediakan acara untuk penterjemahannya.

35 Dan hal-hal ini ditulis agar kami boleh membersihkan pakaian kami dari darah saudara-saudara kami, yang telah merosot dalam aketidakpercayaan.

36 Dan lihatlah, hal-hal ini yang telah kami ahasratkan tentang saudara-saudara kami, ya, bahkan pemulihan mereka pada pengetahuan tentang Kristus, adalah menurut doa-doa daripada semua orang suci yang pernah tinggal di negeri ini.

37 Dan semoga Tuhan Yesus Kristus mengabulkan agar doa-doa mereka dijawab menurut iman mereka; dan semoga Tuhan Bapa mengingati perjanjian yang telah Dia buat dengan bani Israel; dan semoga Dia memberkati mereka selamanya, melalui iman pada nama Yesus Kristus. Amin.