Kitab Suci
3 Nefi 3


Bab 3

Gidianhi, iaitu pemimpin Gadianton, menuntut agar Lakoneus dan bangsa Nefi menyerahkan diri mereka dan negeri mereka—Lakoneus melantik Gidgidoni sebagai panglima utama ke atas bala tentera—Bangsa Nefi berhimpun di Zarahemla dan Kelimpahan untuk mempertahankan diri mereka. Kira-kira 16–18 tahun M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa pada tahun keenam belas sejak kedatangan Kristus, Lakoneus, pentadbir negeri itu, menerima sepucuk surat daripada pemimpin dan pentadbir gerombolan perompak ini; dan inilah kata-kata yang dituliskan, mengatakan:

2 Lakoneus, yang mulia dan pentadbir utama negeri ini, lihatlah, aku menulis surat ini kepadamu, dan memberi kepadamu pujian yang amat besar kerana keteguhanmu, dan juga keteguhan rakyatmu, dalam mempertahankan apa yang kamu anggap menjadi hak dan kemerdekaanmu; ya, kamu bertahan dengan baik, seolah-olah kamu disokong oleh tangan seorang tuhan, dalam pertahanan kemerdekaanmu, dan harta milikmu, dan negaramu, atau seperti yang kamu sebutkan.

3 Dan kelihatan sayangnya bagiku, Lakoneus yang mulia, bahawa kamu akan sebegitu bodoh dan bongkak sehingga menganggap bahawa kamu dapat bertahan melawan begitu banyak orang berani yang berada di bawah arahanku, yang sekarang pada waktu ini berdiri dengan senjata mereka, dan menunggu dengan ketidaksabaran yang besar untuk arahan itu—Pergilah kepada bangsa Nefi dan hancurkanlah mereka.

4 Dan aku, mengetahui tentang semangat mereka yang tidak dapat ditakluki, kerana telah menguji mereka di medan pertempuran, dan mengetahui tentang kebencian abadi mereka terhadapmu kerana banyak ketidakadilan yang telah kamu lakukan terhadap mereka, oleh itu jika mereka akan datang melawanmu mereka akan mengunjungimu dengan kehancuran sepenuhnya.

5 Oleh itu aku telah menulis surat ini, memeteraikannya dengan tanganku sendiri, mengambil berat terhadap kesejahteraanmu, kerana keteguhanmu di dalam apa yang kamu percaya adalah benar, dan semangatmu yang mulia di medan pertempuran.

6 Oleh itu aku menuliskan kepadamu, berhasrat agar kamu akan menyerahkan kepada bangsaku ini, kota-kotamu, negeri-negerimu, dan segala pemilikanmu, daripada mereka akan mengunjungimu dengan pedang dan bahawa kehancuran akan datang kepada dirimu.

7 Atau dengan perkataan lain, serahkanlah dirimu kepada kami, dan bersatulah dengan kami dan mengenali pekerjaan-pekerjaan arahsia kami, dan menjadi saudara-saudara kami agar kamu boleh menjadi seperti kami—bukan hamba-hamba kami, tetapi saudara dan rakan kami atas segala harta kekayaan kami.

8 Dan lihatlah, aku abersumpah kepadamu, jika kamu akan melakukan ini, dengan sebuah sumpah, kamu tidak akan dihancurkan; tetapi jika kamu tidak akan melakukan ini, aku bersumpah kepadamu dengan sebuah sumpah, bahawa pada bulan depan aku akan memerintahkan agar bala tenteraku akan datang menentangmu, dan mereka tidak akan menahan tangan mereka dan tidak akan membiarkan kamu hidup, tetapi akan membunuhmu, dan akan membiarkan pedang jatuh ke atas dirimu bahkan sehingga kamu akan menjadi pupus.

9 Dan lihatlah, aku adalah Gidianhi; dan aku pentadbir akumpulan rahsia Gadianton ini; yang mana kumpulan dan pekerjaannya itu aku ketahui adalah bbaik; dan ia adalah dari zaman cpurbakala dan telah diturunkan kepada kami.

10 Dan aku menulis surat ini kepadamu, Lakoneus, dan aku berharap bahawa kamu akan menyerahkan negeri-negerimu dan pemilikanmu, tanpa pertumpahan darah, agar bangsaku ini boleh mendapatkan kembali hak-hak dan kerajaan mereka, yang telah membelot daripadamu kerana kejahatanmu dalam menghalang mereka daripada hak-hak mereka ke atas kerajaan, dan kecuali kamu melakukan ini, aku akan membalas dendam ketidakadilan ke atas diri mereka. Aku adalah Gidianhi.

11 Dan sekarang, terjadilah ketika Lakoneus menerima surat ini dia amat terpegun, disebabkan keberanian Gidianhi menuntut pemilikan ke atas negeri bangsa Nefi, dan juga mengancam rakyat dan membalas dendam ketidakadilan bagi pihak mereka yang tidak pernah menerima ketidakadilan, kecuali mereka sendirilah yang telah melakukan aketidakadilan atas diri mereka sendiri dengan membelot dan pergi kepada para perompak yang jahat dan keji itu.

12 Sekarang, lihatlah, Lakoneus ini, iaitu pentadbir, ialah seorang lelaki yang adil, dan tidak dapat ditakutkan oleh tuntutan dan ancaman daripada seorang aperompak; oleh itu dia tidak mempedulikan surat Gidianhi, pentadbir para perompak itu, tetapi dia telah menyuruh agar rakyatnya harus berseru kepada Tuhan untuk kekuatan sementara menunggu masa para perompak itu akan datang menentang mereka.

13 Ya, dia menghantar suatu perisytiharan di kalangan semua orang itu, agar mereka haruslah mengumpulkan wanita mereka, dan anak mereka, kawanan domba mereka dan kawanan ternak mereka bersama, dan segala harta kekayaan mereka, kecuali negeri mereka, di dalam sebuah tempat.

14 Dan dia menyuruh agar kubu-kubu haruslah dibina mengelilingi mereka, dan kekuatannya haruslah sangat kuat. Dan dia menyuruh agar bala tentera, baik daripada bangsa Nefi mahupun daripada bangsa Laman, atau mereka semua yang terbilang di kalangan bangsa Nefi, haruslah ditempatkan sebagai penjaga di sekeliling untuk mengawasi mereka, dan untuk menjaga mereka daripada para perompak siang dan malam.

15 Ya, dia berkata kepada mereka: Sebagaimana Tuhan hidup, kecuali kamu bertaubat daripada segala kederhakaanmu, dan berseru kepada Tuhan, kamu tidak akan sekali-kali dibebaskan daripada tangan para perompak Gadianton itu.

16 Dan sedemikian besar dan menakjubkan perkataan dan nubuat Lakoneus sehingga menyebabkan rasa takut datang kepada semua orang itu; dan mereka mengerahkan diri dengan daya kekuatan mereka untuk melakukan menurut perkataan Lakoneus.

17 Dan terjadilah bahawa Lakoneus telah melantik panglima-panglima utama ke atas seluruh tentera bangsa Nefi, untuk mengarah mereka pada waktu para perompak akan datang dari padang belantara untuk menentang mereka.

18 Sekarang, yang tertinggi di antara semua panglima utama dan ketua tertinggi ke atas seluruh bala tentera bangsa Nefi telah dilantik, dan namanya ialah aGidgidoni.

19 Sekarang, telah menjadi kebiasaan di kalangan seluruh bangsa Nefi untuk melantik sebagai panglima-panglima utama tertinggi mereka, (kecuali pada masa kejahatan mereka), seseorang yang memiliki roh wahyu dan juga anubuat; oleh itu, Gidgidoni ini ialah seorang nabi yang agung di antara mereka, seperti juga hakim utama.

20 Sekarang, orang ramai berkata kepada Gidgidoni: Berdoalah kepada Tuhan, dan marilah kita pergi ke atas gunung-gunung dan ke padang belantara, agar kita boleh menyerang para perompak itu dan menghancurkan mereka di dalam negeri mereka sendiri.

21 Tetapi Gidgidoni berkata kepada mereka: Tuhan amelarang; kerana jika kita pergi menentang mereka Tuhan akan bmenyerahkan kita ke dalam tangan mereka; oleh itu kita akan mempersiapkan diri di tengah-tengah negeri kita, dan kita akan mengumpulkan seluruh bala tentera bersama, dan kita tidak akan pergi menentang mereka, tetapi kita akan menunggu sehingga mereka akan datang menentang kita; oleh itu sebagaimana Tuhan hidup, jika kita melakukan ini Dia akan menyerahkan mereka ke dalam tangan kita.

22 Dan terjadilah pada tahun ketujuh belas, pada penghujung tahun itu, perisytiharan Lakoneus telah disebarluaskan ke seluruh permukaan negeri, dan mereka telah membawa kuda mereka, dan kereta kuda mereka, dan ternakan mereka, dan semua kawanan domba mereka, dan kawanan ternak mereka, dan biji-bijian mereka, dan seluruh harta kekayaan mereka, dan berjalan maju dalam kumpulan beribu-ribu dan dalam berpuluh ribu, sehingga mereka semuanya telah pergi ke tempat yang telah ditetapkan untuk mereka berkumpul bersama, untuk mempertahankan diri menentang musuh-musuh mereka.

23 Dan negeri yang ditetapkan adalah negeri Zarahemla, dan negeri yang berada di antara negeri Zarahemla dan negeri Kelimpahan, ya, pada garis sempadan yang berada di antara negeri Kelimpahan dan negeri Kemusnahan.

24 Dan terdapat ribuan orang yang banyak yang disebut bangsa Nefi, yang berkumpul bersama di atas negeri ini. Sekarang, Lakoneus telah menyuruh agar mereka seharusnya berkumpul bersama di negeri sebelah selatan, kerana kutukan besar yang berada di atas anegeri sebelah utara.

25 Dan mereka mengubui diri mereka menentang musuh-musuh mereka; dan mereka tinggal di atas sebuah negeri, dan dalam satu kumpulan, dan mereka merasa takut akan perkataan yang telah diucapkan oleh Lakoneus, sedemikian rupa sehingga mereka bertaubat dari segala dosa mereka; dan mereka telah memanjatkan doa-doa mereka kepada Tuhan Raja mereka, agar Dia akan amembebaskan mereka pada waktu musuh mereka akan datang ke atas mereka untuk bertempur.

26 Dan mereka amat penuh kedukaan kerana musuh-musuh mereka. Dan Gidgidoni telah menyuruh agar mereka haruslah membuat asenjata-senjata perang dari setiap jenis, dan mereka akan diperkuatkan dengan baju-baju zirah, dan dengan perisai, dan dengan perisai kecil, menurut arahannya.