3 Nefi 8
sebelumnya seterusnya

Bab 8

Angin ribut, gempa bumi, kebakaran, puting beliung, dan bencana alam membuktikan penyaliban Kristus—Banyak orang dihancurkan—Kegelapan menyelubungi negeri itu selama tiga hari—Mereka yang tetap tinggal meratapi nasib mereka. Kira-kira 33–34 tahun M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa menurut catatan kami, dan kami tahu catatan kami benar, kerana lihatlah, seorang lelaki yang soleh yang telah menyimpan catatan itu—kerana dia benar-benar telah melakukan banyak mukjizat di dalam nama Yesus; dan tidak ada seorang pun yang dapat melakukan amukjizat dalam bnama Yesus kecuali dia telah dibersihkan dari setiap bahagian kecil kederhakaannya—

2 Dan sekarang, terjadilah, jika tidak ada kesilapan yang dibuat oleh lelaki ini dalam perhitungan waktu kami, tahun aketiga puluh tiga telah berlalu;

3 Dan bangsa itu mula menanti-nantikan dengan kesungguhan yang besar untuk tanda yang telah diberikan oleh Nabi Samuel, si bangsa Laman, ya, untuk saat apabila terdapatnya akegelapan untuk tempoh waktu tiga hari di atas permukaan negeri itu.

4 Dan mula ada keraguan dan perselisihan yang besar di kalangan bangsa itu, walaupun begitu banyak atanda yang telah diberikan.

5 Dan terjadilah pada tahun ketiga puluh empat, dalam bulan pertama, pada hari keempat bulan itu, timbullah angin kencang yang dahsyat, seperti yang belum pernah diketahui di seluruh negeri itu.

6 Dan terjadilah juga angin ribut yang dahsyat dan menakutkan; dan terdapat apetir yang menakutkan, sedemikian rupa sehingga bmenggegarkan seluruh bumi seolah-olah hampir terbelah.

7 Dan terdapat kilat yang amat tajam, seperti yang belum pernah diketahui di seluruh negeri itu.

8 Dan aKota Zarahemla telah terbakar.

9 Dan Kota Moroni telah tenggelam ke dasar laut, dan para penghuninya lemas.

10 Dan tanah terangkat ke atas Kota Moroniha, sehingga di tempat kota itu telah muncul menjadi sebuah gunung yang besar.

11 Dan terdapat kehancuran yang dahsyat dan menakutkan di negeri sebelah selatan.

12 Tetapi lihatlah, terdapat kehancuran yang lebih dahsyat dan menakutkan di negeri sebelah utara; kerana lihatlah, seluruh permukaan negeri berubah, kerana angin ribut dan puting beliung, dan petir dan kilat, dan gegaran seluruh bumi yang amat dahsyat;

13 Dan ajalan-jalan utama terpecah-belah, dan jalan-jalan rata telah rosak, dan banyak tempat yang datar menjadi lekak-lekuk.

14 Dan banyak kota yang besar dan terkenal telah atenggelam, dan banyak yang terbakar, dan banyak yang digegarkan sehingga bangunan-bangunannya telah roboh ke atas tanah, dan para penghuninya terbunuh, dan tempat-tempat itu ditinggalkan terbiar.

15 Dan ada beberapa kota yang masih tertinggal; tetapi kerosakannya amatlah besar, dan terdapat banyak orang di dalamnya yang telah terbunuh.

16 Dan terdapat segelintir yang telah dibawa pergi ke dalam puting beliung dan ke mana mereka pergi tidak seorang pun yang tahu, mereka hanya tahu bahawa mereka telah dibawa pergi.

17 Dan demikianlah permukaan seluruh bumi telah berubah bentuk, kerana angin ribut, dan petir, dan kilat, dan gempa bumi.

18 Dan lihatlah, abatu-batan terbelah menjadi dua; ianya terpecah-belah di atas permukaan seluruh bumi, sedemikian rupa sehingga ditemui di dalam pecahan serpihan, dan di dalam lapisan dan dalam retakan, di atas seluruh permukaan negeri itu.

19 Dan terjadilah bahawa apabila petir, dan kilat, dan angin kencang, dan angin ribut, dan gempa pada bumi telah berhenti—kerana lihatlah, ianya berlangsung kira-kira dalam tempoh waktu atiga jam; dan telah dikatakan oleh segelintir orang bahawa waktunya lebih lama; walaupun demikian, semua hal yang dahsyat dan menakutkan ini telah terjadi di dalam tempoh waktu kira-kira tiga jam—dan kemudian lihatlah, terdapat kegelapan di atas permukaan negeri itu.

20 Dan terjadilah bahawa terdapat kegelapan yang pekat di atas seluruh permukaan negeri, sedemikian rupa sehingga para penghuninya yang tidak terbunuh dapat amerasakan bkabut kegelapan itu;

21 Dan tidak dapat adanya cahaya, disebabkan kegelapan itu, atau lilin, atau obor; dan juga api tidak dapat dinyalakan dengan kayu mereka yang elok dan amat kering, supaya tidak terdapatnya cahaya sedikit pun;

22 Dan cahaya sedikit pun tidak terlihat, atau api, atau kerdipan cahaya, atau matahari, atau bulan, atau bintang, kerana begitu pekatnya kabut kegelapan yang terdapat di atas permukaan negeri itu.

23 Dan terjadilah bahawa hal itu berlangsung untuk tempoh waktu atiga hari di mana tidak ada cahaya yang terlihat; dan terdapat perkabungan dan raungan dan tangisan yang besar di kalangan semua orang itu secara berlanjutan; ya, besarnya rintihan bangsa itu, disebabkan kegelapan dan kehancuran hebat yang telah datang kepada diri mereka.

24 Dan di satu tempat kedengarannya mereka berseru, mengatakan: Ah, sekiranya kita telah bertaubat sebelum hari yang dahsyat dan menakutkan ini, maka saudara-saudara kita akan dibiarkan hidup, dan mereka tidak akan terbakar di dalam Kota aZarahemla yang besar itu.

25 Dan di tempat yang lain kedengarannya mereka berseru dan berkabung, mengatakan: Ah, sekiranya kita telah bertaubat sebelum hari yang besar dan menakutkan ini, dan tidak membunuh dan merejam para nabi, dan mengusir mereka; maka ibu kita dan anak-anak perempuan kita yang rupawan, dan anak-anak kita akan dibiarkan hidup, dan tidak akan terkubur di dalam Kota Moroniha yang besar itu. Dan demikianlah raungan orang ramai yang hebat dan menakutkan.