3 Nefi 14
sebelumnya seterusnya

Bab 14

Yesus memerintahkan: Janganlah menghakimi; mintalah kepada Tuhan; berhati-hatilah terhadap para nabi palsu—Dia menjanjikan keselamatan kepada mereka yang melakukan kehendak Bapa—Bandingkan dengan Matius 7. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa apabila Yesus telah memfirmankan firman ini Dia berpaling lagi kepada orang ramai, dan membuka mulut-Nya kepada mereka lagi, memfirmankan: Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman kepadamu, aJanganlah menghakimi, agar kamu tidak dihakimi.

2 aKerana dengan penghakiman yang kamu hakimi, kamu akan dihakimi; dan dengan apa pun ukuran yang kamu gunakan, ia akan diukurkan kepadamu kembali.

3 Dan mengapakah engkau melihat selumbar yang ada di dalam mata saudaramu, tetapi tidak sedar akan kayu yang ada di dalam matamu sendiri?

4 Atau bagaimanakah engkau akan berkata kepada saudaramu: Biarlah aku mengeluarkan selumbar dari matamu—dan lihatlah, sebatang kayu ada di dalam matamu sendiri?

5 Engkau orang yang munafik, buanglah terlebih dahulu akayu balak daripada matamu sendiri; dan kemudian engkau akan melihat dengan jelas untuk membuang selumbar daripada mata saudaramu.

6 Janganlah memberikan apa yang akudus kepada anjing, janganlah juga kamu membuang mutiaramu ke hadapan babi, agar jangan ia memijak-mijak di bawah kakinya, dan berpaling kembali dan menyerangmu.

7 aMintalah, dan akan diberikan kepadamu; carilah, dan kamu akan menemui; ketuklah, dan akan dibukakan kepadamu.

8 Kerana setiap orang yang meminta, menerima; dan dia yang mencari, menemui; dan kepada dia yang mengetuk, akan dibukakan.

9 Atau lelaki apakah di kalanganmu, yang, jika anak lelakinya meminta roti, akan memberinya batu?

10 Atau jika dia meminta ikan, adakah dia akan memberinya ular?

11 Maka jika kamu, yang jahat, tahu bagaimana memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, betapa lebih lagi Bapamu yang di syurga akan memberikan hal-hal yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya?

12 Oleh itu, semua hal apa pun yang kamu mahu agar orang lain lakukan kepadamu, kamu alakukanlah sedemikian juga kepada mereka, kerana inilah hukum Taurat dan ajaran para nabi.

13 Masuklah kamu ke dalam apintu gerbang yang kecil; kerana lebarnya pintu gerbang, dan bluas jalannya, yang menuju kepada kehancuran, dan terdapat ramai yang masuk ke sana;

14 Kerana kecilnya apintu gerbang, dan bsempitnya jalan itu, yang menuju kepada kehidupan, dan cterdapat sedikit orang yang menemuinya.

15 Berhati-hatilah terhadap apara nabi palsu, yang datang kepadamu dengan menyamar sebagai domba, tetapi di dalamnya mereka ialah serigala yang rakus.

16 Kamu akan mengenali mereka dari buah-buah mereka. Adakah orang mengumpulkan buah anggur dari semak berduri, atau buah ara dari tumbuhan beronak?

17 Demikianlah setiap pokok yang baik menghasilkan buah yang baik; tetapi pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang buruk.

18 Pokok yang baik tidak dapat menghasilkan buah yang buruk, dan tidak juga pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang baik.

19 Setiap pokok yang tidak amenghasilkan buah yang baik ditebang, dan dilemparkan ke dalam api.

20 Oleh itu, dari abuah hasil mereka kamu akan mengenali mereka.

21 Bukan setiap orang yang berkata kepada-Ku, Tuhan, Tuhan, akan masuk ke dalam kerajaan syurga; tetapi dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang berada di dalam syurga.

22 Banyak yang akan aberkata kepada-Ku pada hari itu: Tuhan, Tuhan, bukankah kami telah bernubuat dalam nama-Mu, dan dalam nama-Mu telah mengusir iblis, dan dalam nama-Mu melakukan banyak pekerjaan yang menakjubkan?

23 Dan pada waktu itu Aku akan mengakui kepada mereka: Aku tidak pernah amengenalimu; bpergilah daripada-Ku, kamu yang mengerjakan kederhakaan.

24 Oleh itu, sesiapa yang mendengar firman daripada-Ku ini dan melakukannya, Aku akan menyamakan dia dengan lelaki yang bijaksana, yang membangunkan rumahnya di atas abatu

25 Dan ahujan turun, dan air banjir datang, dan angin bertiup, dan melanda rumah itu; dan ia tidak broboh, kerana ia didirikan di atas batu.

26 Dan setiap orang yang mendengar firman daripada-Ku ini dan tidak melakukannya akan disamakan dengan orang yang bodoh, yang membangunkan rumahnya di atas apasir

27 Dan hujan turun, dan air banjir datang, dan angin bertiup, dan melanda rumah itu; dan ia roboh, dan begitu hebatlah robohnya.