3 Nefi 15
sebelumnya seterusnya

Bab 15

Yesus mengumumkan bahawa hukum Musa telah digenapi di dalam Dia—Bangsa Nefi adalah domba lain yang difirmankan oleh-Nya, tentang mereka, di Yerusalem—Disebabkan kederhakaan, umat Tuhan di Yerusalem tidak tahu tentang domba-domba Israel yang tercerai-berai. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa setelah Yesus mengakhiri firman ini Dia mengarahkan mata-Nya ke sekeliling kepada orang ramai, dan berfirman kepada mereka: Lihatlah, kamu telah mendengar apa yang telah Aku ajarkan sebelum Aku naik kepada Bapa-Ku; oleh itu, sesiapa yang mengingati firman-Ku ini dan amelakukannya, dialah yang akan Aku bbangkitkan pada hari terakhir.

2 Dan terjadilah bahawa ketika Yesus telah memfirmankan firman ini Dia merasakan bahawa ada sebahagian daripada mereka yang takjub, dan tertanya-tanya tentang apa yang Dia kehendaki berkenaan ahukum Musa; kerana mereka tidak memahami firman itu, bahawa hal yang lama telah berlalu, dan bahawa semua hal telah menjadi baru.

3 Dan Dia berfirman kepada mereka: Janganlah takjub bahawa Aku berfirman kepadamu bahawa hal yang lama telah berlalu, dan bahawa semua hal telah menjadi baru.

4 Lihatlah, Aku berfirman kepadamu bahawa ahukum yang telah diberikan kepada Musa itu telah digenapi.

5 Lihatlah, aAkulah orang yang telah memberi hukum itu, dan Akulah orang yang membuat perjanjian dengan umat-Ku Israel; oleh itu, hukum itu di dalam Aku telah digenapi, kerana Aku telah datang untuk bmenggenapi hukum itu; oleh itu, ia sudah berakhir.

6 Lihatlah, Aku atidak menghancurkan para nabi, kerana seberapa banyak yang belum digenapi di dalam Aku, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, semuanya akan digenapi.

7 Dan kerana Aku telah berfirman kepadamu bahawa hal-hal yang lama telah berlalu, Aku tidak menghancurkan apa yang telah dikatakan tentang hal-hal yang akan datang.

8 Kerana lihatlah, aperjanjian yang telah Aku buat dengan umat-Ku belumlah semuanya digenapi; tetapi hukum yang telah diberikan kepada Musa sudah berakhir di dalam Aku.

9 Lihatlah, Aku adalah ahukum, dan bcahaya. Pandanglah kepada-Ku, dan bertahanlah sampai akhir, dan kamu akan chidup; kerana kepada dia yang dbertahan sampai akhir akan Aku berikan kehidupan abadi.

10 Lihatlah, Aku telah memberi kepadamu aperintah-perintah; oleh itu taatilah perintah-perintah-Ku. Dan inilah hukum Taurat dan ajaran para nabi, kerana mereka benar-benar bbersaksi tentang Aku.

11 Dan sekarang, terjadilah bahawa apabila Yesus telah memfirmankan firman ini, Dia berfirman kepada dua belas orang yang telah dipilih oleh-Nya itu:

12 Kamulah para pengikut-Ku; dan kamu adalah cahaya kepada bangsa ini, yang merupakan bani aYusuf yang selebihnya.

13 Dan lihatlah, inilah atanah warisanmu; dan Bapa telah memberikannya kepadamu.

14 Dan tidak pernah pada bila-bila masa pun Bapa telah memberikan perintah kepada-Ku bahawa Aku harus amemberitahukannya kepada saudara-saudaramu di Yerusalem.

15 Tidak pernah juga pada bila-bila masa pun Bapa telah memberikan perintah kepada-Ku bahawa Aku seharusnya memberitahu kepada mereka tentang asuku-suku bani Israel yang lain, yang telah Bapa tuntun keluar dari negeri itu.

16 Sebanyak inilah yang telah Bapa perintahkan kepada-Ku, bahawa Aku haruslah memberitahukan kepada mereka:

17 Bahawa domba-domba lain yang Aku miliki yang bukan dari kawanan ini; mereka juga mesti Aku bawa, dan mereka akan mendengar suara-Ku; dan akan ada satu kawanan, dan satu agembala.

18 Dan sekarang, kerana kedegilan dan ketidakpercayaan mereka tidak amemahami firman-Ku; oleh itu Aku diperintahkan oleh Bapa untuk tidak lagi berfirman tentang hal ini kepada mereka.

19 Tetapi, sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu bahawa Bapa telah memerintahkan-Ku, dan Aku memberitahukannya kepadamu, bahawa kamu telah dipisahkan dari kalangan mereka kerana kederhakaan mereka; oleh itu, kederhakaan merekalah yang menjadi sebab mereka tidak tahu tentang kamu.

20 Dan sesungguhnya, Aku berfirman kepadamu lagi bahawa suku-suku lain telah Bapa pisahkan daripada mereka; dan kederhakaan merekalah yang menjadi sebab mereka tidak tahu tentang mereka.

21 Dan sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, bahawa kamulah mereka yang telah Aku firmankan: Domba-domba alain Aku miliki yang bukan dari kawanan ini; mereka juga mesti Aku bawa, dan mereka akan mendengar suara-Ku; dan akan ada satu kawanan, dan satu gembala.

22 Dan mereka tidak memahami-Ku, kerana mereka menyangka itu adalah abangsa bukan Israel; kerana mereka tidak memahami bahawa bangsa bukan Israel akan bditukarkan hati melalui pengkhutbahan mereka.

23 Dan mereka tidak memahami-Ku bahawa Aku berfirman bahawa mereka akan mendengar suara-Ku; dan mereka tidak memahami-Ku bahawa abangsa bukan Israel tidak akan pada bila-bila masa pun mendengar suara-Ku—bahawa Aku tidak akan menyatakan diri-Ku kepada mereka kecuali melalui bRoh Kudus.

24 Tetapi lihatlah, kamu telah mendengar asuara-Ku, dan juga melihat-Ku; dan kamu adalah domba-domba-Ku, dan kamu dihitung di antara mereka yang telah Bapa bberikan kepada-Ku.