3 Nefi 25
sebelumnya seterusnya

Bab 25

Pada Kedatangan Kedua, yang angkuh dan jahat akan dibakar bagaikan tunggul jerami—Elia akan kembali sebelum hari yang besar dan mengerikan itu—Bandingkan dengan Maleakhi 4. Kira-kira 34 tahun M.

1 Kerana lihatlah, harinya akan datang yang akan amembakar bagaikan ketuhar; dan semua yang bangkuh, ya, dan semua yang melakukan kejahatan, akan menjadi tunggul jerami; dan hari yang akan datang itu akan membakar mereka, firman Tuhan Semesta Alam, sehingga tidak akan meninggalkan bagi mereka baik akar mahupun dahan.

2 Tetapi kepada kamu yang takut pada nama-Ku, aPutera Kebenaran akan bangkit dengan penyembuhan pada sayap-sayap-Nya; dan kamu akan pergi dan bmembesar seperti canak-anak lembu di dalam kandang.

3 Dan kamu akan amemijak-mijak yang jahat; kerana mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu pada hari Aku akan melakukan ini, firman Tuhan Semesta Alam.

4 Ingatlah kamu hukum Musa, hamba-Ku, yang telah Aku perintahkan kepadanya di aHoreb untuk seluruh Israel, dengan peraturan dan penghakiman.

5 Lihatlah, Aku akan mengutuskan nabi aElia kepadamu sebelum datangnya bhari Tuhan yang besar dan mengerikan itu;

6 Dan dia akan amemalingkan hati bapa-bapa kepada anak-anak, dan hati anak-anak kepada bapa-bapa mereka, agar jangan Aku datang dan menghentam bumi dengan suatu kutukan.