Kitab Suci
Ajaran dan Perjanjian 133
sebelumnya seterusnya

Bahagian 133

Wahyu yang diberikan melalui Nabi Joseph Smith, di Hiram, Ohio, 3 November 1831. Sebagai pengantar wahyu ini, sejarah Joseph Smith menyatakan, “Pada waktu ini ada banyak hal yang diinginkan oleh para Penatua untuk mengetahui berkaitan dengan pengkhutbahan Injil kepada para penduduk bumi, dan tentang pengumpulan; dan untuk berjalan dengan cahaya yang benar, dan diberikan arahan dari syurga, pada tarikh 3 November 1831, saya telah bertanya kepada Tuhan dan menerima wahyu penting yang berikut.” Bahagian ini merupakan yang pertama sekali ditambahkan ke dalam kitab Ajaran dan Perjanjian sebagai tambahan dan selepas itu diberikan nombor bahagian.

1–6, Para Orang Suci diperintahkan untuk bersedia bagi Kedatangan Kedua; 7–16, Semua orang diperintahkan untuk pergi dari Babilon, datang ke Sion, dan bersedia bagi hari Tuhan yang besar; 17–35, Dia akan berdiri di atas Gunung Sion, benua-benua akan menjadi satu daratan, dan suku-suku Israel yang hilang akan kembali; 36–40, Injil telah dipulihkan melalui Joseph Smith untuk dikhutbahkan ke seluruh dunia; 41–51, Tuhan akan turun dengan pembalasan kepada yang jahat; 52–56, Itu akan menjadi tahun bagi mereka yang ditebus-Nya; 57–74, Injil mesti disebarkan untuk menyelamatkan para Orang Suci dan untuk kehancuran orang jahat.

1 Dengarlah, Wahai kamu umat gereja-Ku, firman Tuhan Rajamu, dan dengarlah firman Tuhan tentang kamu—

2 Tuhan yang akan dengan tiba-tiba adatang ke bait suci-Nya; Tuhan yang akan turun ke atas dunia dengan kutukan untuk bpenghakiman; ya, ke atas segala bangsa yang melupakan Tuhan, dan ke atas semua yang fasiq di kalangan kamu.

3 Kerana Dia akan amenunjukkan lengan kudus-Nya di mata segala bangsa, dan segenap hujung bumi akan melihat bkeselamatan daripada Tuhan mereka.

4 Kerana itu, bersedialah kamu, bersedialah kamu, Wahai umat-Ku; kuduskanlah dirimu; berkumpullah kamu bersama, Wahai kamu umat gereja-Ku, di atas negeri Sion, semua kamu yang belum diperintahkan untuk tinggal.

5 Pergilah kamu keluar dari aBabilon. Jadilah kamu bbersih yang menyandang bejana Tuhan.

6 Adakanlah perhimpunan khusyukmu, dan saling aberbicara selalu. Dan biarlah setiap orang memanggil nama Tuhan.

7 Ya, sesungguhnya Aku berfirman kepadamu lagi, waktunya telah tiba apabila suara Tuhan kepadamu: Pergilah kamu keluar dari Babilon; aberkumpullah kamu keluar dari antara bangsa-bangsa, dari bempat penjuru angin, dari satu hujung langit ke hujung yang lain.

8 aUtuslah para penatua gereja-Ku kepada bangsa-bangsa yang berada jauh; ke bpulau-pulau di laut; utuslah ke negeri-negeri asing; serulah kepada segala bangsa, terlebih dahulu kepada cbangsa bukan Israel, dan kemudian kepada dbangsa Yahudi.

9 Dan lihatlah, dan tengoklah, ini akan menjadi seruan mereka, dan suara Tuhan kepada semua orang: Pergilah kamu ke negeri Sion, agar sempadan-sempadan umat-Ku boleh diperluaskan, dan agar apancang-pancangnya boleh dikuatkan, dan agar bSion boleh menyebar luas ke wilayah-wilayah sekitarnya.

10 Ya, biarlah seruannya disebarkan ke antara semua orang: Bangun dan bangkit dan pergilah untuk menemui aPengantin Lelaki; lihat dan tengoklah, Pengantin Lelaki datang; pergilah kamu keluar untuk menemui-Nya. Sediakanlah dirimu untuk bhari Tuhan yang besar.

11 aBerjagalah, oleh kerana itu, kerana kamu tidak bmengetahui hari dan juga jamnya.

12 Biarlah mereka, oleh kerana itu, yang berada adi antara bangsa bukan Israel pergi ke bSion.

13 Dan biarlah mereka yang dari aYehuda pergi ke bYerusalem, ke cgunung-ganang drumah Tuhan.

14 Pergilah kamu keluar dari antara bangsa-bangsa, bahkan dari Babilon, dari tengah-tengah kejahatan, iaitu Babilon rohani.

15 Tetapi sesungguhnya, demikianlah firman Tuhan, janganlah biarkan pemergianmu itu aterburu-buru, tetapi biarlah segala hal disediakan bagimu sebelumnya; dan dia yang pergi, bjanganlah biarkan dia melihat ke belakang agar jangan kehancuran akan datang kepadanya secara tiba-tiba.

16 Dengarkanlah, Wahai kamu penduduk bumi. aDengarkanlah, kamu para penatua gereja-Ku bersama, dan dengarlah suara Tuhan; kerana Dia memanggil kepada semua orang, dan Dia memerintahkan semua orang di mana-mana pun untuk bbertaubat.

17 Kerana lihatlah, Tuhan Raja telah amengutus malaikat yang berseru di tengah-tengah langit mengatakan: Sediakanlah kamu jalan Tuhan, dan jadikanlah jalan-Nya blurus, kerana waktu ckedatangan-Nya sudah hampir—

18 Apabila aAnak Domba akan berdiri di atas bGunung Sion, dan bersama-Nya cseratus empat puluh empat ribu, mempunyai nama Bapa-Nya tertulis di atas dahi mereka.

19 Kerana itu, bersedialah kamu untuk akedatangan bPengantin Lelaki; pergilah kamu, pergilah kamu keluar untuk menemui-Nya.

20 Kerana lihatlah, Dia akan aberdiri di atas Bukit Zaitun, dan di atas lautan yang dahsyat, bahkan lautan dalam, dan di atas pulau-pulau di laut, dan di atas negeri Sion.

21 Dan Dia akan amenyuarakan suara-Nya dari bSion, dan Dia akan berfirman dari Yerusalem, dan suara-Nya akan didengari di kalangan semua orang;

22 Dan itu akan menjadi suatu suara bagaikan asuara perairan yang banyak, dan bagaikan suara bguntur yang kuat, yang akan cmenghancurkan gunung-ganang, dan lembah-lembah tidak akan ditemukan.

23 Dia akan memerintah lautan dalam, dan ia akan dipindahkan kembali ke negara-negara utara, dan apulau-pulau akan menjadi satu daratan;

24 Dan negeri aYerusalem dan negeri Sion akan dikembalikan ke tempatnya sendiri, dan bumi akan menjadi seperti dahulu seperti pada masa ianya belum bterbahagi.

25 Dan Tuhan, bahkan Juruselamat, akan berdiri di tengah-tengah umat-Nya, dan akan amemerintah ke atas semua daging.

26 Dan mereka yang berada di negara-negara autara akan datang dalam ingatan Tuhan; dan para nabi mereka akan mendengar suara-Nya, dan tidak akan lagi menahan diri mereka; dan mereka akan menghentam batu, dan ais akan mengalir turun di hadapan mereka.

27 Dan sebuah ajalan besar akan dibangunkan di tengah-tengah lautan dalam.

28 Musuh-musuh mereka akan menjadi mangsa bagi mereka,

29 Dan di gurun-gurun yang agersang akan muncul kolam-kolam air yang hidup; dan tanah yang kekeringan tidak lagi akan menjadi tanah yang haus.

30 Dan mereka akan membawakan harta-harta mereka yang berharga kepada anak-anak aEfraim, para hamba-Ku.

31 Dan batas abukit-bukit yang abadi akan bergegar di hadapan mereka.

32 Dan di sana mereka akan sujud dan dimahkotai dengan kemuliaan, bahkan di Sion, melalui tangan para hamba Tuhan, bahkan anak-anak Efraim.

33 Dan mereka akan dipenuhi dengan anyanyian kebahagiaan kekal.

34 Lihatlah, inilah berkat daripada Tuhan yang kekal kepada asuku-suku Israel, dan berkat yang lebih berharga ke atas kepala bEfraim dan para sekutunya.

35 Dan mereka juga yang dari suku aYehuda, selepas kesakitan mereka, akan bdikuduskan dalam kekudusan di hadapan Tuhan, untuk tinggal di dalam hadirat-Nya siang dan malam, selama-lamanya.

36 Dan sekarang, sesungguhnya berfirmanlah Tuhan, agar hal-hal ini boleh diketahui di antara kamu, Wahai penduduk bumi, Aku telah mengutuskan amalaikat-Ku terbang di tengah-tengah langit, memiliki bInjil kekal, yang telah muncul kepada beberapa orang dan telah memberikannya kepada manusia, yang akan muncul kepada banyak orang yang tinggal di atas bumi.

37 Dan aInjil ini akan bdikhutbahkan kepada csetiap negara, dan kaum, dan bahasa, dan bangsa.

38 Dan para hamba Tuhan akan pergi, mengatakan dengan suara yang lantang: Takutlah kepada Tuhan dan berikanlah kemuliaan kepada-Nya, kerana masa penghakiman-Nya telah datang;

39 Dan asembahlah Dia yang menjadikan langit, dan bumi, dan laut, dan sumber-sumber air—

40 Memanggil nama Tuhan siang dan malam, mengatakan: Ya semoga Engkau akan amengoyakkan langit, agar Engkau akan turun, sehingga gunung-ganang dapat mengalir turun dalam hadirat-Mu.

41 Dan ianya akan dijawab ke atas kepala mereka; kerana hadirat Tuhan akan bagaikan api lebur yang membakar, dan bagaikan api yang menyebabkan air amendidih.

42 Ya Tuhan, Engkau akan turun untuk memaklumkan nama-Mu kepada musuh-musuh-Mu, dan segala bangsa akan gementar dengan hadirat-Mu—

43 Apabila Engkau melakukan perkara-perkara yang menakutkan, hal-hal yang tidak disangka oleh mereka;

44 Ya, apabila Engkau turun, dan gunung-ganang mengalir turun dalam hadirat-Mu, Engkau akan abertemu dia yang bersukacita dan mengerjakan kebenaran, yang mengingati-Mu dalam jalan-Mu.

45 Kerana sejak permulaan dunia manusia tidak mendengar dan juga mengenali melalui telinga, tidak juga mata sesiapa pun melihat, Ya Tuhan, selain Engkau, betapa besarnya hal-hal yang telah Engkau asediakan kepada dia yang bmenunggu-Mu.

46 Dan akan dikatakan: aSiapakah ini yang bturun dari Tuhan di dalam syurga dengan pakaian yang berwarna; ya, dari wilayah-wilayah yang tidak diketahui, berpakaian dalam pakaian-Nya yang mulia, melakukan perjalanan dalam kebesaran kekuatan-Nya?

47 Dan Dia akan berfirman: Aku ialah Dia yang berfirman dalam kebenaran, berkuasa untuk menyelamatkan.

48 Dan Tuhan akan berpakaian amerah, dan pakaian-Nya seperti Dia yang memijak-mijak di dalam tong anggur.

49 Dan akan sebegitu besarlah kemuliaan hadirat-Nya sehingga amatahari akan menyembunyikan mukanya kerana malu, dan bulan akan menahan cahaynya, dan bintang-bintang akan dilemparkan dari tempatnya.

50 Dan suara-Nya akan didengari: Aku telah amemijak-mijak alat pemeras anggur seorang diri, dan telah membawa penghakiman ke atas semua orang; dan tiada seorang pun berada bersama-Ku;

51 Dan Aku telah memijak-mijak mereka dalam kegeraman-Ku, dan Aku memijak-mijak mereka dalam kemarahan-Ku, dan darah mereka telah Aku apercikkan ke atas pakaian-Ku, dan mengotorkan seluruh pakaian-Ku; kerana inilah hari pembalasan yang ada dalam hati-Ku.

52 Dan sekarang tahun bagi mereka yang ditebus-Nya telah datang; dan mereka akan menyebutkan kebaikan hati penuh kasih Tuhan mereka, dan segala yang telah Dia berikan ke atas diri mereka menurut kebaikan-Nya, dan menurut kebaikan hati penuh kasih-Nya, selama-lamanya.

53 Di dalam segala akesengsaraan mereka Dia disengsarakan. Dan malaikat dari hadirat-Nya menyelamatkan mereka; dan dalam bkasih-Nya, dan dalam rasa kasihan-Nya, Dia cmenebus mereka, dan mengangkat mereka, dan menyokong mereka sepanjang zaman dahulu;

54 Ya, dan aHenokh juga, dan mereka yang berada bersamanya; para nabi yang ada sebelum dia; dan juga bNuh, dan mereka yang ada sebelum dia; dan juga cMusa, dan mereka yang ada sebelum dia;

55 Dan dari Musa ke Elia, dan dari Elia ke Yohanes, yang berada bersama Kristus pada akebangkitan-Nya, dan para rasul kudus, bersama Abraham, Ishak, dan Yakub, akan berada di dalam hadirat Anak Domba.

56 Dan akubur bpara orang suci akan cdibuka; dan mereka akan datang dan berdiri dpada sisi kanan Anak Domba, apabila Dia akan berdiri di atas eGunung Sion, dan di atas kota yang kudus, fYerusalem Baru; dan mereka akan menyanyikan gnyanyian hAnak Domba, siang dan malam selama-lamanya.

57 Dan untuk tujuan ini, agar manusia boleh dijadikan pengambil bahagian dari akemuliaan yang akan diwahyukan, Tuhan mengutuskan kegenapan bInjil-Nya, perjanjian-Nya yang kekal, menjelaskan dengan terang dan mudah—

58 Untuk menyediakan yang lemah untuk hal-hal yang akan datang ke atas bumi itu, dan untuk tugas suruhan Tuhan pada masa yang alemah akan menundukkan yang bijak, dan byang kecil menjadi suatu bangsa yang kuat, dan cdua orang akan menumpaskan beribu-ribu orang mereka.

59 Dan melalui hal-hal yang lemah dari bumi Tuhan akan amembanting bangsa-bangsa itu dengan kuasa Roh-Nya.

60 Untuk tujuan inilah perintah-perintah ini diberikan; mereka diperintahkan untuk disembunyikan dari dunia pada hari ianya diberikan, tetapi sekarang harus adisebarkan kepada bsemua daging—

61 Dan ini menurut fikiran dan kehendak Tuhan, yang berkuasa ke atas semua daging.

62 Dan kepada dia yang abertaubat dan bmenguduskan dirinya di hadapan Tuhan akan diberikan ckehidupan abadi.

63 Dan kepada mereka yang atidak mendengar suara Tuhan akan digenapi apa yang telah dituliskan oleh Nabi Musa, bahawa mereka akan bdisingkirkan dari kalangan orang-orang itu.

64 Dan juga apa yang telah dituliskan oleh Nabi aMaleakhi: Kerana, lihatlah, bharinya datang yang akan cmembakar bagaikan ketuhar, dan semua yang sombong, ya, dan semua yang melakukan kejahatan, akan menjadi tunggul jerami; dan hari yang datang itu akan membakar mereka, firman Tuhan semesta alam, sehingga akan meninggalkan mereka tanpa akar tidak juga cabang.

65 Kerana itu, ini akan menjadi jawapan Tuhan kepada mereka:

66 Pada hari itu apabila Aku datang kepada umat milik-Ku, tiada seorang pun di antara kamu amenerima-Ku, dan kamu dihalau keluar.

67 Apabila Aku memanggil lagi tiada seorang pun daripadamu yang menjawab; namun alengan-Ku tidak sama sekali dipendekkan sehingga Aku tidak dapat menebus, tidak juga bkuasa-Ku untuk membebaskan.

68 Lihatlah, dengan herdikan-Ku Aku amengeringkan laut. Aku menjadikan sungai-sungai sebuah padang belantara; ikan mereka berbau busuk, dan mati kerana kehausan.

69 Aku menyelimuti langit dengan kegelapan, dan menjadikan kain guni pakaian mereka.

70 Dan aini yang akan kamu peroleh daripada tangan-Ku—kamu akan berbaring dalam kedukaan.

71 Lihatlah, dan tengoklah, tiada seorang pun yang akan membebaskanmu; kerana kamu tidak mematuhi suara-Ku semasa Aku memanggil kepadamu dari syurga; kamu tidak mempercayai para hamba-Ku, dan semasa mereka adiutus kepadamu kamu tidak menerima mereka.

72 Kerana itu, mereka amemeteraikan kesaksian dan mengikat hukum itu, dan kamu diserahkan pada kegelapan.

73 Inilah mereka yang akan pergi ke dalam kegelapan luar, di mana terdapatnya atangisan, dan ratapan, dan kertakan gigi.

74 Lihatlah Tuhan Rajamu telah memfirmankannya. Amin.