Persidangan Umum
Rumah Ketertiban Berurutan
Persidangan Umum Oktober 2021


Rumah Ketertiban Berurutan

“Ketertiban berurutan” ialah cara yang mudah, semula jadi dan berkesan untuk Tuhan mengajar kita, sebagai anak-anak-Nya, asas-asas penting.

Dalam kehidupan profesional dan pelayanan saya di Gereja, saya telah melakukan beribu-ribu kali ini—tidak pernah sebelum 15 orang duduk di belakang saya. Saya merasakan doa-doa anda dan mereka.

Saudara dan saudari, saya berasal dari Kerajaan Tonga di Pasifik Selatan tetapi dibesarkan di Amerika Utara. Pandemik ini telah tahan ratusan, mungkin ribuan orang penginjil muda Tonga yang melayani di seluruh dunia dari pulang ke tanah air mereka kerana sempadannya yang tertutup. Beberapa penginjil Tonga telah melayani misi mereka selama tiga tahun dan saudari selama dua tahun! Mereka tunggu dengan sabar dan iman yang orang kami dikenali. Sementara itu, janganlah terlalu cemas jika beberapa daripada mereka layani di bahagian dan pancang anda kelihatan semakin seperti saya—tua dan kelabu. Kita bersyukur kepada para penginjil di merata tempat untuk pelayanan setia mereka, walaupun ketika lebih lama atau lebih singkat daripada yang mereka jangkakan kerana pandemik.

Suatu hari Ahad ketika saya seorang diaken, saya berada di bilik masuk dengan dulang air memberi sakramen apabila seorang wanita masuk ke dalam bangunan itu. Saya mendekati dan memberi dulang itu kepadanya. Dia mengangguk, bersenyum, dan mengambil secawan air. Dia telah sampai terlalu lambat untuk menerima roti. Tidak lama selepas pengalaman ini, pengajar keluarga saya, Ned Brimley, ajar saya bahawa banyak aspek dan berkat injil Yesus Kristus diberikan kepada kita dalam ketertiban berurutan.

Kemudian minggu itu, Ned dan rakannya datang ke rumah kami dengan satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan. Ned mengingatkan kita bahawa terdapat ketertiban untuk bagaimana Tuhan cipta bumi. Tuhan ambil berat ketika menjelaskan kepada Musa ketertiban di mana Dia menciptakan bumi. Pertama, Dia bermula dengan pisahkan cahaya dari kegelapan, kemudian air dari tanah kering. Dia tambahkan kehidupan tanaman dan haiwan-haiwan sebelum perkenalkan planet yang baru dibentuk kepada ciptaan-Nya yang paling hebat: manusia, bermula dengan Adam dan Hawa.

“Demikianlah Tuhan menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan. …

“Tuhan memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati” (Kejadian 1:27, 31).

Tuhan bergembira. Dan dia berehat pada hari ketujuh.

Ketertiban berurutan di mana bumi dicipta bukan sahaja memberi kita gambaran tentang apa yang paling penting bagi Tuhan, tetapi juga tujuan dan bagi siapa Dia menciptakan bumi.

Imej
Ned Brimley dan keluarga

Ned Brimley tekankan pelajarannya yang diilhami dengan pernyataan yang mudah: “Vai, rumah Tuhan ialah rumah ketertiban. Dia mengharapkan anda untuk hidup dengan ketertiban. Dalam ketertiban berurutan. Dia ingin agar anda layani misi sebelum berkahwin.” Sehingga sekarang, para pemimpin Gereja ajar bahawa “Tuhan harapkan setiap remaja putera bersedia untuk melayani. … Remaja Puteri … yang berhasrat untuk melayani juga harus bersedia” (General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 24.0, ChurchofJesusChrist.org). Brother Brimley teruskan: “Tuhan ingin agar anda berkahwin sebelum beranak. Dan Dia ingin agar anda terus kembangkan bakat anda semasa anda peroleh pendidikan.” Jika anda pilih untuk jalani kehidupan anda di luar urutan, anda akan dapati kehidupan lebih susah dan keadaan kacau-bilau.

Brother Brimley juga ajar kami bahawa melalui korban tebusan-Nya, Juruselamat bantu kita untuk pulihkan ketertiban kepada kehidupan kita yang dibuat huru-hara akibat pilihan kita sendiri atau pilihan orang lain.

Sejak masa itu, saya tertarik dengan “ketertiban berurutan.” Saya kembangkan tabiat untuk cari pola berurutan dalam kehidupan dan injil.

Elder David A. Bednar ajar asas ini: “Semasa kita kaji, pelajari, dan patuhi injil Yesus Kristus, urutan sering kali adalah arahan. Pertimbangkan, sebagai contoh, pelajaran yang kita pelajari tentang keutamaan rohani dari ketertiban peristiwa-peristiwa besar yang berlaku semasa kegenapan injil Juruselamat telah dipulihkan pada zaman akhir ini.”

Elder Bednar senaraikan Penglihatan Pertama dan penampilan awal Moroni kepada Joseph Smith sebagai mengajar nabi muda dahulu, sifat dan watak Tuhan, diikuti dengan peranan Kitab Mormon dan Elia bermain dalam pengumpulan Israel di kedua-dua belah tirai pada zaman keagamaan terakhir ini.

Elder Bednar menyimpulkan: “Urutan yang mengilhamkan ini beri arahan tentang keutamaan tertinggi untuk hal-hal rohani bagi Ketuhanan” (“The Hearts of the Children Shall Turn,” Liahona, Nov. 2011, 24).

Satu pemerhatian yang saya telah buat adalah bahawa “ketertiban berurutan” ialah cara yang mudah, semula jadi dan berkesan untuk Tuhan mengajar kita, sebagai anak-anak-Nya, asas-asas penting.

Kita telah datang ke bumi untuk belajar dan peroleh pengalaman yang kita tidak akan ada sebaliknya. Perkembangan kita adalah unik bagi setiap kita secara individu dan satu komponen penting dalam rancangan Bapa Syurgawi. Perkembangan jasmani dan rohani kita bermula secara berperingkat dan berkembang perlahan-lahan apabila kita peroleh pengalaman secara berurutan.

Alma beri khutbah yang kuat tentang iman—menggunakan analogi benih, yang, jika dijaga dan dipelihara dengan betul, bertunas dari anak pokok kecil menjadi pokok matang yang hasilkan buah yang lazat (lihat Alma 32:28–43). Pelajarannya adalah bahawa iman anda akan meningkat apabila anda beri tempat untuk dan pelihara benih—atau firman Tuhan—dalam hati anda. Iman anda akan bertambah apabila firman Tuhan mula “menggembung di dalam dadamu” (ayat 28). Bahawa ia “menggembung, dan bertunas, dan mula tumbuh” (ayat 30) adalah visual dan memberi arahan. Ia juga berurutan.

Tuhan mengajar kita secara individu menurut kemampuan kita untuk belajar dan bagaimana kita belajar. Perkembangan kita bergantung kepada kerelaan, rasa ingin tahu semula jadi, tahap iman dan pemahaman kita.

“Kerana lihatlah, demikianlah firman Tuhan Raja: Aku akan memberikan kepada anak-anak manusia baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit; dan diberkatilah mereka yang mengikut ajaran-Ku, dan memasang telinga pada nasihat-Ku, kerana mereka akan belajar kebijaksanaan.” (2 Nefi 28:30).

Kita belajar “baris demi baris, ajaran demi ajaran, di sini sedikit dan di sana sedikit” sekali lagi berurutan.

Pertimbangkan kenyataan-kenyataan berikut yang kita telah dengar selama kebanyakan hidup kita: “Perkara pertama dahulu” atau “Beri susu sebelum makanan orang dewasa.” Atau “Kita perlu berjalan kaki sebelum kita berlari”? Setiap asas ini menggambarkan sesuatu yang berurutan.

Mukjizat-mukjizat mengikut ketertiban berurutan. Mukjizat berlaku apabila kita terlebih dahulu menjalankan iman. Iman mendahului mukjizat.

Remaja putera juga ditahbiskan ke jawatan Imamat Harun mengikut urutan, menurut usia seorang ditahbiskan: diaken, pengajar dan kemudian imam.

Tatacara-tatacara keselamatan dan permuliaan adalah berurutan dalam alamiah. Kita dibaptiskan sebelum menerima kurnia Roh Kudus. Tatacara bait suci serupa berurutan. Sudah tentu, apabila kawan saya, Ned Brimley mengajar saya dengan begitu bijaksana, sakramen berurutan—ia bermula dengan roti, diikuti oleh air.

“Sementara mereka makan, Yesus mengambil roti dan mengucap syukur, lalu membahagikan roti itu. Kemudian Dia memberikan roti itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, ‘Ambillah roti ini dan makanlah; ini tubuh-Ku.’”

“Kemudian Dia mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Tuhan, lalu memberikan cawan itu kepada pengikut-pengikut-Nya sambil berkata, ‘Minumlah, kamu semua.

Inilah darah-Ku yang mengesahkan perjanjian yang dibuat oleh Tuhan dengan umat-Nya; darah-Ku yang dicurahkan bagi banyak orang supaya dosa mereka diampunkan.’” (Matius 26:26–28).

Di Yerusalem dan di Benua Amerika, Juruselamat memulakan sakramen dalam ketertiban yang sama.

“Lihatlah, rumah-Ku adalah rumah ketertiban, firman Tuhan, dan bukan rumah kekeliruan” (Ajaran dan Perjanjian 132:8).

Pertaubatan adalah berurutan. Ia bermula dengan iman kepada Yesus Kristus, walaupun hanya segelintir. Iman perlukan kerendahan hati, yang merupakan elemen penting untuk ada “hati yang hancur dan roh yang menyesal.”(2 Nefi 2:7).

Sesungguhnya, empat asas pertama injil adalah berurutan. “Kami percaya bahawa asas-asas dan tatacara-tatacara pertama Injil adalah: pertama, Iman kepada Tuhan Yesus Kristus; kedua, Pertaubatan; ketiga, Pembaptisan melalui pencelupan untuk pengampunan dosa-dosa; keempat, Perletakan tangan untuk kurnia Roh Kudus.” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4).

Raja Benyamin ajarkan rakyatnya kebenaran ini: “Dan pastikanlah bahawa segala hal ini dilakukan menurut kebijaksanaan dan ketertiban; kerana tidaklah perlu bahawa seseorang hendaknya berlari lebih cepat daripada kekuatan yang dia miliki.” Dan lagi, adalah perlu bahawa dia hendaknya tekun, agar dengan demikian dia boleh memenangkan hadiahnya; oleh kerana itu, segala hal mestilah dilakukan menurut tertib.” (Mosia 4:27).

Semoga kita jalani kehidupan kita dengan ketertiban dan berusaha untuk mengikuti urutan yang Tuhan telah rancangkan bagi kita. Kita akan diberkati semasa kita cari dan ikuti pola-pola dan urutan di mana Tuhan mengajar apa yang paling penting kepada-Nya. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.