Persidangan Umum
Menjadi Lebih dalam Kristus: Perumpamaan Tentang Cerun
Persidangan Umum Oktober 2021


Menjadi Lebih dalam Kristus: Perumpamaan Tentang Cerun

Dalam masa Tuhan, ia bukan di mana kita bermula, tetapi ke mana kita pergi adalah paling penting.

Sebagai seorang budak lelaki, saya ada aspirasi yang hebat. Pada satu hari selepas sekolah, saya bertanya: “Ibu, apakah yang saya harus jadi apabila saya dewasa: pemain bola keranjang profesional atau bintang rock?” Malangnya, Clark “budak yang tidak bergigi” tidak berprestasi cemerlang dalam sukan atau muzik untuk masa depan. Walaupun berusaha banyak, saya dinafikan kemasukan untuk program akademik lanjutan sekolah saya. Akhirnya, guru saya cadangkan saya sertai sahaja pendidikan biasa. Dari masa ke masa, saya mengembangkan tabiat pembelajaran. Tetapi tidak sehingga misi saya ke Jepun yang saya rasa kemungkinan intelektual dan rohani saya mula muncul. Saya terus bekerja keras. Tetapi buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya libatkan Tuhan dalam perkembangan saya, dan ia buat semua perbezaan.

Imej
Elder Gilbert sebagai seorang budak lelaki
Imej
Elder Gilbert sebagai seorang penginjil

Saudara dan saudari, dalam Gereja ini, kita percaya kepada potensi ilahi anak-anak Tuhan dan dalam kebolehan kita untuk jadi sesuatu yang lebih dalam Kristus. Dalam masa Tuhan, ia bukan di mana kita bermula, tetapi ke mana kita pergi adalah paling penting.1

Untuk tunjukkan asas ini, saya akan guna beberapa matematik yang asas. Sekarang, jangan risau apabila dengar perkataan matematik dalam persidangan umum. Fakulti matematik BYU–Idaho kita meyakinkan saya bahawa pemula akan memegang konsep utama ini. Ia bermula dengan formula untuk satu barisan. Pintasan merupakan permulaan pekerjaan kita; Pintasan ini boleh ada titik permulaan yang tinggi atau rendah. Cerun garisan pula boleh secara positif atau negatif dicondongkan.

Imej
Slopes and intercepts

Kita semua ada intercept yang berbeza dalam kehidupan—kita bermula di tempat yang berlainan dengan bakat dan anugerahan berbeza. Ada yang dilahirkan dengan pintasan tinggi, penuh dengan peluang. Yang lain hadapi keadaan yang mencabar dan nampaknya tidak adil.2 Kemudian kita maju dalam satu cerun kemajuan peribadi. Masa depan kita tidak akan ditentukan dengan titik permulaan kita tetapi sebaliknya lebih dengan cerun kita. Yesus Kristus lihat potensi ilahi tak kira di mana kita bermula. Dia lihatnya di dalam pengemis, pendosa dan orang sakit. Dia lihatnya dalam nelayan, pemungut cukai dan zealot pun. Tidak kira di mana kita mula, Kristus pertimbangkan perbuatan kita dengan apa diberikan kepada kita.3 Walaupun dunia fokus pada pintasan kita, Tuhan fokus pada cerun kita. Dalam penilaian Tuhan, Dia akan lakukan segala yang Dia boleh lakukan untuk bantu kita memalingkan cerun kita ke arah syurga.

Asas ini harus beri ketenangan kepada mereka yang bergelut dan berhenti sekejap dan bukan mereka yang nampaknya ada setiap kelebihan. Biarkan saya bermula dengan berucap kepada individu-individu dengan keadaan permulaan yang sukar termasuk kemiskinan, akses pendidikan yang terhad dan situasi keluarga yang mencabar. Orang lain hadapi cabaran jasmani, kekangan kesihatan mental atau kecenderungan genetik yang kuat.4 Bagi sesiapa yang bergelut dengan titik permulaan yang susah, sila kenali bahawa Juruselamat tahu perjuangan kita. Dia “mengambil ke atas diri-Nya kelemahan [anda], agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan … agar Dia boleh mengetahui … bagaimana menyokong [anda] menurut kelemahan mereka.”5

Biarkan saya berkongsi dua aspek galakan bagi mereka yang hadapi keadaan permulaan yang sukar. Pertama, tumpu kepada tempat anda tuju dan bukan di mana anda mula. Ia adalah salah untuk abaikan keadaan anda—ia adalah benar dan perlu dikenali. Tetapi fokus terlalu banyak pada titik permulaan yang susah boleh menyebabkan ia mendefinisikan anda dan bahkan mendesak kebolehan anda untuk memilih.6

Imej
Remaja putera di Boston

Bertahun-tahun yang lalu, saya melayani dengan sekumpulan remaja bandar dalaman di Boston, Massachusetts, yang sebahagian besarnya baru kepada injil dan kepada jangkaan Gereja. Ia menggoda saya untuk mengelirukan empati dan kebimbangan saya terhadap situasi mereka dengan keinginan untuk merendahkan standard Tuhan.7 Saya akhirnya menyedari bahawa cara yang paling berkuasa untuk tunjukkan kasih saya adalah untuk tidak merendahkan jangkaan saya. Dengan pengetahuan saya, kami fokus bersama pada potensi mereka, dan setiap daripada mereka mulai meninggikan cerun-cerun mereka. Perkembangan injil mereka adalah secara beransur tetapi mantap. Hari ini, mereka telah melayani misi, telah menerima ijazah dari kolej, telah berkahwin di bait suci, dan menjalani kehidupan peribadi dan profesional yang luar biasa.

Imej
Remaja putera dari Boston menjadi dewasa

Kedua, melibatkan Tuhan dalam proses mengangkat cerun anda. Semasa melayani sebagai presiden BYU–Pathway Worldwide, saya ingat duduk di pertemuan rohani yang besar di Lima, Peru, di mana Elder Carlos A. Godoy berbicara. Semasa dia melihat jemaah itu, dia nampaknya sangat terharu melihat ramai pelajar universiti generasi pertama yang beriman. Mungkin merenungkan pada jalannya sendiri melalui keadaan yang susah seperti itu, Elder Godoy menyatakan secara beremosi: Tuhan akan “membantu anda lebih daripada apa yang anda boleh bantu diri sendiri. [Jadi] libatkan Tuhan dalam proses ini.”8 Nabi Nefi ajarkan “bahawa melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu.”9 Kita mesti lakukan usaha terbaik,10 termasuk pertaubatan, tetapi hanya melalui rahmat Tuhan kita dapat menyedari potensi ilahi kita.11

Imej
Pertemuan rohani BYU–Pathway di Lima, Peru
Imej
Elder Godoy berbicara di Lima, Peru

Akhirnya, biarlah saya berkongsi dua aspek nasihat bagi mereka yang ada titik permulaan yang lebih tinggi. Pertama, bolehkah kita tunjukkan kerendahan hati untuk keadaan yang kita mungkin tidak ciptakan oleh diri sendiri? Seperti bekas presiden BYU Rex E. Lee memetik kepada pelajar-pelajarnya, “Kita semua telah minum dari perigi yang kita tidak menggali dan rasa hangat dengan api yang kita tidak bina.”12 Presiden Lee kemudian meminta pelajar-pelajarnya untuk memberi kembali dan memenuhi sumber pendidikan yang telah dibina oleh perintis terdahulu. Kegagalan untuk tanam semula ladang-ladang yang ditanam dahulu oleh orang lain boleh jadi sama dengan mengembalikan bakat tanpa bertambah.

Kedua, fokus pada titik permulaan yang tinggi sering boleh memerangkap kita ke dalam perasaan bahawa kita sedang maju, tetapi sebenarnya, cerun kita mungkin adalah datar. Profesor dari Harvard Clayton M. Christensen ajarkan bahawa orang yang paling berjaya adalah yang paling rendah hati kerana mereka cukup yakin untuk dibetulkan dan pelajari daripada sesiapa pun.13 Elder D. Todd Christofferson menasihati kita untuk “dengan rela mencari cara untuk menerima dan mencari pembetulan pun.”14 Walaupun hal-hal kelihatan baik, kita mesti cari peluang untuk bertambah baik melalui doa.

Tak kira kita bermula dalam keadaan yang berlimpah atau susah, kita hanya akan sedari potensi muktamad apabila kita menjadikan Tuhan sahabat kita. Baru-baru ini saya berbual-bual dengan seorang pendidik yang terkenal di negara dia yang bertanya tentang kejayaan BYU–Pathway. Dia bijak dan pertanyaannya adalah ikhlas, tetapi dia jelas inginkan jawapan sekular. Saya berkongsi dengan dia tentang program pengekalan dan usaha mentor kami. Tetapi saya membuat kesimpulan dengan mengatakan, “Inilah semua amalan yang baik, tetapi sebab sebenar pelajar-pelajar kami berkembang adalah kerana kami mengajar mereka tentang potensi ilahi mereka. Bayangkan jika seluruh kehidupan, anda diberitahu bahawa anda tidak akan berjaya. Kemudian pertimbangkan kesan yang diajar bahawa anda seorang putera atau puteri Tuhan dengan kebolehan ilahi.” Dia berhenti seketika, kemudian menjawab, “Itu hebat sekali.”

Saudara dan saudari, salah satu mukjizat Gereja Tuhan, adalah bahawa setiap kita boleh menjadi sesuatu yang lebih dalam Kristus. Saya tidak tahu tentang organisasi lain yang beri ahli-ahlinya lebih banyak peluang untuk melayani, memberi kembali, bertaubat dan jadi orang yang lebih baik. Sama ada kita bermula dari keadaan senang atau susah, marilah kita jaga penglihatan kita dan cerun kita menunjuk ke arah syurga. Apabila kita berbuat demikian, Kristus akan angkat kita ke tempat yang lebih tinggi. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Lihat Clark G. Gilbert, “The Mismeasure of Man” (pertemuan rohani BYU–Pathway Worldwide, 12 Jan. 2021), byupathway.org/speeches. Dalam pesanan ini saya meneroka bagaimana dunia sering menyalahtafsirkan potensi manusia. Bahkan individu-individu berniat baik yang pelajari daripada ahli-ahli psikologi terkemuka yang membela konsep-konsep kemuliaan (Angela Duckworth) dan minda perkembangan (Carol S. Dweck) memandang rendah keupayaan manusia sebenar apabila mereka hanya bergantung pada pola yang terpelajar dan tidak mempedulikan potensi ilahi kita dalam Kristus.

  2. Lihat Dale G. Renlund, “Ketidakadilan yang Menggeramkan,” Liahona, Mei 2021, 41–45.

  3. Lihat Matius 25:14–30. Dalam perumpamaan keping wang emas, setiap orang suruhan menerima sejumlah wang emas yang berbeza daripada tuan mereka. Tetapi penghakiman tidak ditentukan oleh apa yang mereka terima tetapi dengan cara ia diuruskan. Ia adalah peningkatan yang membawa Tuhan untuk berkata, “Baiklah, engkau hamba yang baik dan setia; engkau telah setia dalam beberapa hal, Aku akan menjadikan engkau pemerintah ke atas banyak hal.” (Matius 25:21).

  4. Lihat Mosia 3:19. Satu implikasi mungkin adalah bahawa pendedahan kita kepada menarik manusia alamiah mungkin berbeza dengan kecenderungan genetik yang berbeza. Seperti kita masing-masing dianugerahi dengan kurnia yang berbeza, kita juga ada cabaran jasmani, mental, dan emosi yang kita mesti belajar untuk urus dan atasi.

  5. Alma 7:11–12. Kristus bukan sahaja bantu kita atasi dosa-dosa kita melalui pertaubatan, tetapi Dia tahu bagaimana untuk menghiburkan kita dalam kesusahan hidup kita kerana melalui Korban Tebusan, Dia telah rasa dan atasi segala penderitaan manusia.

  6. Kemudian Elder David A. Bednar mengingatkan kita bahawa kita ialah wakil dan mesti bertindak untuk diri kita. Apabila kita mendefinisikan diri kita dengan label-label dunia, kita membatasi potensi ilahi kita dan, dengan berbuat demikian, menghadkan kemampuan kita untuk memilih. (Lihat David A. Bednar, “Dan Tidak Ada Yang Akan Menyinggung Mereka,” Liahona, Nov. 2006, 89–92.)

  7. Lihat Russell M. Nelson, “The Love and Laws of God” (pertemuan rohani Brigham Young University, Sept. 17, 2019), speeches.byu.edu. Dalam pertemuan rohani BYU ini, Presiden Nelson ajarkan bahawa kerana Tuhan dan Putera-Nya kasihi kita, Mereka telah beri kita hukum dan harapan yang akan bantu kita. “Hukum-hukum Tuhan mencerminkan kasih sempurna-Nya bagi kita masing-masing. Hukum-hukum-Nya memastikan kita selamat secara rohani dan membantu kita untuk maju secara abadi” (halaman 2).

  8. Carlos A. Godoy Persidangan Hubungan BYU–Pathway, Lima, Peru, 3 Mei 2018.

  9. 2 Nefi 25:23.

  10. Ibu bapa saya mendirikan satu moto keluarga Gilbert iaitu “ANDA LAKUKAN YANG TERBAIK.” Satu lagi cara untuk merangka perumpamaan cerun adalah menekankan bahawa jika kita melakukan yang terbaik, kita boleh mempercayai Tuhan untuk melangkah masuk dan membantu yang selebihnya.

  11. Lihat Clark G. Gilbert, “From Grit to Grace” (pertemuan rohani Sedunia BYU–Pathway, 25 Sept. 2018), byupathway.org/speeches. Dalam pesanan ini saya meneroka idea bahawa walaupun kita mesti belajar untuk bekerja keras dan mengembangkan pola disiplin yang berkesan, untuk menyedari potensi benar kita dalam Yesus Kristus kita mesti belajar untuk melukis rahmat-Nya.

  12. Rex E. Lee, “Some Thoughts about Butterflies, Replenishment, Environmentalism, and Ownership” (pertemuan rohani Brigham Young University, 15 Sept. 1992), 2, speeches.byu.edu; lihat juga Ulangan 6:11.

  13. Lihat Clayton M. Christensen, “How Will You Measure Your Life?,” Harvard Business Review, Julai–Ogos. 2010, hbr.org. Pesanan ini pada asalnya diberikan sebagai ucapan Hari Kelas yang terikat kepada pengijazahan Harvard Business School. Dalam pesanannya,Profesor Christensen memberi amaran kepada para pelajarnya agar tidak membezakan keyakinan daripada kerendahan hati, mengingati mereka bahawa untuk terus maju sepanjang hidup mereka perlu menjadi cukup rendah hati untuk mencari pembetulan dan belajar daripada orang lain.

  14. D. Todd Christofferson, “As Many as I Love, I Rebuke and Chasten,” Liahona, Mei 2011, 97.