Persidangan Umum
Angkatlah Cahaya Anda
Persidangan Umum Oktober 2021


Angkatlah Cahaya Anda

Jemputan saya mudah: kongsi injil. Jadilah diri anda dan angkatlah cahaya anda.

Semasa dalam penerbangan ke Peru beberapa tahun yang lalu, saya duduk di sebelah seorang ateis. Dia tanya mengapa saya percaya Tuhan. Dalam perbualan kami, saya beritahu dia bahawa saya percaya Tuhan kerana Joseph Smith nampak Dia—kemudian saya beritahu dia bahawa pengetahuan saya tentang Tuhan datang dari pengalaman peribadi dan rohani. Saya kongsi kepercayaan bahawa “segala sesuatu menunjukkan adanya seorang Tuhan”1 dan tanya bagaimana dia percaya bumi—penuh dengan benda hidup dalam keluasan angkasa–boleh wujud. Dia jawab dengan perkataan sendiri, “kemalangan di angkasa” telah terjadi lama dahulu. Saya jelaskan tidak sesuai jika “kemalangan” ini menghasilkan keindahan dan aturan seperti itu, dia diam seketika dan kemudian berkata, “Kamu betul.” Saya tanya jika dia mahu baca Kitab Mormon. Dia setuju, jadi saya hantarkan satu salinan.

Tahun kemudian, saya dapat kawan baharu di lapangan terbang Lagos, Nigeria. Kami berkenalan semasa dia periksa pasport saya. Saya menanya dia tentang kepercayaan agamanya, dan dia mempunyai iman yang kuat dalam Tuhan. Saya kongsi sukacita dan kegembiraan injil Yesus Kristus yang dipulihkan dan tanya jika dia ingin belajar dari para penginjil. Dia setuju dan diajar serta dibaptiskan. Setahun atau dua kemudian, semasa di lapangan terbang Liberia, nama saya dipanggil. Saya berpaling, pemuda yang sama itu mendekati dengan senyuman lebar. Kami menyapa dan dia beritahu dia aktif dalam Gereja dan bekerja bersama para penginjil untuk ajar teman wanitanya.

Sekarang, saya tidak pasti jika kawan ateis saya pernah baca Kitab Mormon atau sertai Gereja. Tapi kawan saya yang kedua melakukannya. Bagi dua kawan ini, tanggungjawab2 dan kesempatan saya adalah sama: angkatlah cahaya injil—untuk mengasihi, berkongsi, dan menjemput setiap orang dengan cara biasa dan semula jadi.3

Saudara dan saudari, Saya telah alami berkat perkongsian injil. Pengalamannya amat indah. Ini adalah beberapa contoh:

Perkongsian Injil Membawa Kebahagiaan yang Harapan

Anda dan saya tahu bahawa kita hidup sebagai anak-anak Bapa Syurgawi sebelum datang ke bumi4 dan bumi dicipta agar semua orang berpeluang mendapat tubuh, pengalaman, belajar, dan berkembang untuk menerima kehidupan abadi—iaitu kehidupan Tuhan.5 Bapa Syurgawi tahu kita akan menderita dan berdosa, jadi Dia utus Putera-Nya yang “hidup-Nya tiada bandingnya”6 dan korban tebusan yang abadi7 membolehkan kita diampuni, disembuhkan dan dibersihkan.8

Mengetahui kebenaran ini mengubah hidup! Apabila seseorang tahu tujuan kehidupan, fahami bahawa Kristus mengampun dan mendukung mereka yang mengikuti-Nya, dan kemudian pilih untuk ikut Kristus ke dalam air pembaptisan, hidup berubah—meskipun keadaan kehidupan secara luaran tidak.

Seorang saudari yang ceria di Onitsha, Nigeria berkata dari masa ke masa dia pelajari injil dan dibaptiskan (dan saya akan mengguna katanya), “semuanya baik untuk saya. Saya gembira. Saya rasa seperti di syurga.”9 Berkongsi injil menyalakan sukacita dan harapan jiwa si pemberi dan penerima. “Betapa besar kebahagiaan”10 semasa anda berkongsi injil! Berkongsi injil adalah sukacita dan harapan.11

Perkongsian Injil Membawa Kuasa Tuhan Ke Dalam Hidup Saya

Ketika kita dibaptiskan, kita masuk ke dalam perjanjian berterusan12 dengan Tuhan untuk “melayani-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya”13 termasuk “berdiri sebagai saksi bagi [Dia] di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat”14 Apabila kita “tetap bersatu dengan” Tuhan dan taati perjanjian ini, kuasa ketuhanan yang hidup, meningkat dan menyucikan,mengalir ke dalam kehidupan kita melalui Kristus seperti cabang menerima makanan melalui pokok.15

Perkongsian Injil Melindungi Kita daripada Godaan

Tuhan berfirman:

“Oleh itu, angkatlah cahayamu agar ia dapat bersinar ke dunia. Lihatlah Aku adalah cahaya yang harus kamu angkat—hal yang telah kamu lihat Aku lakukan. …

“… Kamu harus datang kepada-Ku, agar kamu boleh merasakan dan melihat; … kamu harus lakukan kepada dunia; dan sesiapa yang melanggar perintah ini membiarkan dirinya dituntun ke dalam godaan.”16

Pilih untuk tidak angkat cahaya injil mendorong kepada kegelapan, kita terdedah kepada godaan. Ini benar, pilih untuk angkat cahaya injil membawa kita lebih kepada cahaya itu dan perlindungan untuk hadapi godaan. Betapa besarnya berkat ini dalam dunia yang semakin gelap hari ini!

Perkongsian injil Membawa Penyembuhan

Sister Tiffany Myloan menerima jemputan untuk menyokong penginjil walaupun menghadapi kesusahan peribadi yang berat, termasuk soalan tentang imannya. Baru-baru ini dia beritahu saya bahawa mennyokong penginjil telah perbaharui iman dan kesejahteraannya. Katanya, “Pekerjaan penginjil menyembuhkan.”17

Sukacita. Harapan. Kuasa mendukung dari Tuhan. Perlindungan dari godaan. Penyembuhan. Semua ini—dan banyak lagi (termasuk pengampunan dosa)15—datang kepada kita dari syurga semasa berkongsi injil.

Sekarang, Berpaling kepada Peluang Besar Kita

Saudara dan saudari, banyak “… pihak, [mazhab,] dan golongan agama … yang hanya ditahan dari kebenaran kerana mereka tidak tahu di mana untuk menemuinya.”19 Keperluan untuk angkat cahaya kini adalah lebih besar. Kebenaran ini telah menjadi begitu mudah untuk dipelajari.

Jimmy Ton, beragama buddha, kagum dengan sebuah keluarga di YouTube. Apabila dia tahu mereka adalah ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, dia menyelidiki injil dalam talian, baca dalam aplikasi Kitab Mormon, dan dibaptiskan selepas bertemu dengan para penginjil di kolej.20 Elder Ton kini seorang penginjil sepenuh masa.

Dia dan para penginjil dalam kata-kata adalah batalion Tuhan—petikan daripada nabi kita.21 Para penginjil ini menolak tren dunia: sedangkan kaji selidik melaporkan Gen Z sedang berpaling daripada Tuhan,22 pahlawan teruna kita23 para penginjil sedang berpaling kepada Tuhan. Jumlah ahli Gereja yang semakin meningkat bersatu dengan para penginjil dalam perkongsian injil, membantu banyak kawan datang kepada Kristus dan Gereja-Nya.

Orang Suci di Liberia membantu 507 orang memasuki air pembaptisan sepanjang 10 bulan tanpa adanya penginjil sepenuh masa yang melayani di negara mereka. Apabila salah seorang presiden pancang di sana dengar para penginjil sepenuh masa akan kembali, dia berkata, “Baik, sekarang mereka boleh bantu pekerjaan kita.”

Dia betul: pengumpulan Israel—tujuan terbesar di bumi ini24 adalah tanggungjawab perjanjian kita. Inilah masa kita! Jemputan saya mudah: kongsi injil. Jadilah diri anda dan angkatlah cahaya anda. Berdoa untuk bantuan syurga dan ikut dorongan rohani. Kongsi kehidupan anda dan jemput orang lain untuk datang dan lihat, datang dan bantu, dan datang dan tergolong.25 Kemudian bergembira semasa anda dan mereka menerima berkat-berkat.

Saya tahu dalam Kristus khabar baik ini dikhutbahkan kepada yang lembut hati; Kristus pulihkan hati yang hancur; Kristus umumkan kemerdekaan kepada tawanan; dan hanya dalam Kristus, mereka yang berduka dihiburkan.26 Oleh itu, penting untuk menyatakan hal-hal ini!27

Saya bersaksi Yesus Kristus ialah pengarang dan penyempurna iman kita.28 Dia akan lengkapkan dan selesaikan iman kita yang tidak sempurna dalam mengangkat cahaya injil. Dia akan lakukan mukjizat dalam kehidupan kita dan semua yang Dia kumpulkan, kerana Dia ialah Tuhan mukjizat.29 Dalam nama agung Yesus Kristus, amin.