Persidangan Umum
Kelayakan Bukanlah Tanpa Cela
Persidangan Umum Oktober 2021


Kelayakan Bukanlah Tanpa Cela

Apabila anda rasa anda telah gagal terlalu banyak kali untuk terus berusaha, ingatlah Korban Tebusan Kristus dan rahmat yang membolehkan adalah nyata

Saya hantar satu mesej kepada anak perempuan dan menantu saya melalui fungsi suara kepada teks di telefon saya. Saya kata, “Hai, kamu berdua. Saya sayang kamu.” Mereka terima, “Benci kamu berdua. Patut sayang kamu.” Tidakkah ini menunjukkan betapa mudahnya pesanan positif dan berniat baik boleh disalah faham? Kadangkala ini yang berlaku pada pesanan Tuhan tentang pertaubatan dan kelayakan.

Ada yang tersilap fikir pesanan pertaubatan dan perubahan tidak diperlukan. Pesanan Tuhan amat penting.1 Tetapi tidakkah Tuhan mengasihi kita walaupun kelemahan kita? Sudah tentu! Dia mengasihi kita dengan sempurna. Saya sayang cucu-cucu saya, tetapi itu tidak bermakna saya tidak mahu mereka bertambah baik dan berubah menjadi apa yang mereka inginkan. Tuhan mengasihi kita seadanya, tetapi Dia tidak mahu kita kekal begini.2 Membesar dengan Tuhan adalah segalanya tentang kefanaan.3 Perubahan adalah segalanya tentang Korban Tebusan Kristus. Kristus tidak hanya dapat membangkit, membersih, menghibur dan menyembuhkan kita, tetapi melaluinya, Dia boleh mengubah kita untuk menjadi lebih seperti Dia.4

Ada yang tersilap fikir bahawa pertaubatan ialah peristiwa tunggal. Pesanan Tuhan, seperti Presiden Russell M. Nelson ajarkan, “Pertaubatan … ialah satu proses.”5 Pertaubatan mengambil masa dan tenaga berterusan,”6 jadi meninggalkan dosa7 dan “tidak memiliki lagi kecenderungan untuk melakukan yang jahat, tetapi sentiasa melakukan yang baik”8 merupakan pelajaran sepanjang hidup.9

Hidup seperti satu perjalanan merentas desa. Kita tidak boleh sampai ke destinasi kita dengan satu tangki gas sahaja. Kita mesti isi tangki itu berulang kali. Mengambil sakramen seperti pergi ke stesen minyak. Semasa kita bertaubat dan perbaharui perjanjian, kita bersedia untuk patuh perintah, dan Tuhan dan Kristus memberkati kita dengan Roh Kudus.10 Ringkasnya, kita berjanji untuk maju terus dalam perjalanan kita, dan Tuhan dan Kristus berjanji untuk mengisi tangki itu.

Ada yang tersilap fikir bahawa mereka tidak layak untuk terlibat sepenuhnya dalam injil kerana mereka tidak bebas sepenuhnya dari tabiat buruk. Pesanan Tuhan adalah kelayakan bukanlah tanpa cela.11 Kelayakan adalah menjadi jujur dan berusaha. Kita mesti jujur dengan Tuhan, pemimpin imamat, dan orang lain yang mengasihi kita,12 dan kita mesti berusaha untuk patuh perintah Tuhan dan tidak putus asa hanya kerana kita tersadung.13 Elder Bruce C. Hafen berkata membangunkan sifat seperti Kristus “memerlukan kesabaran dan kegigihan lebih daripada menjadi tanpa cela.”14 Tuhan berkata kurnia-kurnia Roh “diberikan demi manfaat mereka yang mengasihi-Ku dan mentaati semua perintah-Ku, dan dia yang mencari juga melakukan demikian.”15

Seorang remaja yang saya namakan Damon menulis, “Semasa saya membesar, saya bergelut dengan pornografi. Saya sentiasa rasa malu sebab saya tidak dapat buat perkara yang betul.” Setiap kali Damon tersadung, kekesalan menjadi begitu kuat dia sehingga menghakimi dirinya tidak layak menerima rahmat, keampunan atau peluang daripada Tuhan. Dia berkata: “Saya putuskan untuk berasa teruk sepanjang masa. Saya anggap Tuhan benci saya kerana saya tidak berusaha lebih keras dan memajukan diri. Saya pernah bertahan seminggu dan bahkan sebulan, tetapi kemudian mengulangi dan berfikir, ‘Saya tidak akan pernah cukup baik, jadi apa gunanya mencuba?’”

Pada satu ketika, Damon berkata kepada pemimpin imamatnya: “Mungkin saya harus berhenti datang ke gereja. Saya penat menjadi seorang hipokrit.”

Pemimpinnya menjawab, “Anda bukan seorang hipokrit kerana mempunyai tabiat buruk yang anda cuba hentikan. Anda seorang hipokrit jika anda sembunyikan, berbohong atau cuba yakinkan diri anda bahawa Gerejalah yang bermasalah kerana pematuhan standard yang tinggi. Jujur tentang tindakan dan pengambilan langkah anda untuk maju bukanlah sikap seorang hipokrit. Ia adalah sikap seorang pengikut.”16 Pemimpin ini memetik ajaran Elder Richard G. Scott, yang mengajar: “Tuhan melihat kelemahan berbeza daripada cara Dia melihat pemberontakan. … Apabila Tuhan berbicara tentang kelemahan, ia sentiasa datang dengan belas kasihan.”17

Perspektif itu memberi Damon harapan. Dia sedar Tuhan tidak berkata, “Damon buat salah lagi.” Sebaliknya, Tuhan berkata, “Lihatlah betapa banyak Damon telah berusaha.” Pemuda ini akhirnya berhenti memandang rendah pada diri atau sekeliling untuk mencari alasan serta merasionalisasi lagi. Dia mencari bantuan ilahi dan menemuinya.18

Damon berkata, “Satu-satunya masa saya telah berpaling kepada Tuhan pada masa lalu adalah untuk meminta keampunan, tetapi sekarang saya turut meminta rahmat—‘kuasa-Nya yang membolehkan.’ [Panduan Tulisan Suci, “Rahmat”]. Saya tidak pernah lakukannya sebelum ini. Sekarang saya tidak habiskan masa membenci diri saya tetapi lebih banyak masa untuk mengasihi Yesus atas apa yang Dia telah lakukan.”

Melihat betapa lama Damon telah bergelut, ia tidak bermanfaat dan tidak sesuai untuk ibu bapa dan pemimpinnya untuk terlalu cepat berkata “tidak lakukan lagi” atau menetapkan standard menahan diri untuk menjadi “layak.” Sebaliknya, mereka mula dengan matlamat yang kecil dan boleh dicapai. Mereka tinggalkan semua penyelesaian terpendek dan tumpukan pada perkembangan kecil, yang membolehkan Damon membina kejayaan berturut-turut dan bukannya kegagalan.19 Dia, seperti bangsa Limhi dalam perhambaan, belajar bahawa dia boleh “makmur secara beransur-ansur.”20

Elder D. Todd Christofferson telah memberi menasihat: “Untuk mengatasi sesuatu yang besar, kita perlu bekerja sedikit demi sedikit, setiap hari. … Gabungan kegiatan baharu dan sihat ke dalam sifat kita ataupun mengatasi tabiat buruk sering kali bererti usaha hari ini diikuti usaha hari esok dan juga hari seterusnya, bahkan berbilang hari, berbulan dan bertahun. … Tetapi kita dapat lakukannya kerana kita mohon kepada Tuhan … untuk bantuan yang kita perlukan setiap hari.”21

Sekarang, saudara dan saudari, wabak COVID-19 tidak mudah bagi sesiapa pun, tetapi pengasingan berkaitan dengan sekatan kuarantin telah menyukarkan lagi orang yang bergelut dengan tabiat buruk. Ingatlah perubahan boleh terjadi, pertaubatan adalah satu proses dan kelayakan bukanlah tanpa cela. Paling penting, ingatlah bahawa Tuhan dan Kristus bersedia membantu kita di sini dan sekarang.22

Ada yang tersilap fikir bahawa Tuhan akan bantu hanya selepas kita bertaubat. Pesanan Tuhan adalah Dia akan bantu semasa kita bertaubat. Rahmat-Nya tersedia bagi kita “tidak kira di mana kita berada di jalan kepatuhan.”23 Elder Dieter F. Uchtdorf telah berkata: “Tuhan tidak memerlukan orang yang tanpa cela. Dia mencari mereka yang sedia menyerah “hati dan suatu fikiran yang rela’ [Ajaran dan Perjanjian 64:34], dan Dia akan jadikan mereka ‘sempurna di dalam Kristus’.” [Moroni 10:32–33].”24

Banyak yang terluka oleh perhubungan yang hancur dan tegang sehingga mereka sukar untuk percaya pada belas kasihan dan panjang sabar Tuhan. Mereka sukar melihat Tuhan sebagai—seorang Bapa penuh kasih yang bantu kita dalam keperluan kita25 dan tahu bagaimana untuk “memberikan hal-hal yang baik kepada mereka yang meminta kepada-Nya.”26 Rahmat-Nya bukanlah sebuah hadiah bagi mereka yang layak sahaja. Ia adalah “bantuan ilahi” yang Dia berikan untuk bantu kita menjadi layak. Ia bukan hanya ganjaran bagi mereka yang soleh. Ia adalah “anugerahan kekuatan” yang Dia berikan untuk bantu kita menjadi soleh.27 Kita bukan saja berjalan ke arah Tuhan dan Kristus. Kita berjalan bersama Mereka.28

Di seluruh Gereja, golongan remaja membaca Tema Kuorum Imamat Harun dan Remaja Puteri. Dari New Zealand sehingga Sepanyol sehingga Etiopia ke Jepun, remaja puteri berkata, “Saya menghargai kurnia pertaubatan.” Dari Chile sehingga Guatemala ke Moroni, Utah, remaja putera berkata, “Semasa saya melayani, menjalankan iman, bertaubat, dan maju setiap hari, saya akan layak untuk menerima berkat bait suci serta kebahagiaan injil yang berterusan.”

Saya janjikan berkat-berkat dan kebahagiaan itu wujud dan boleh dicapai bagi mereka yang mematuhi semua perintah dan “dia yang mencari juga melakukan demikian”29 Apabila anda rasa anda telah gagal terlalu banyak kali untuk terus berusaha, ingatlah Korban Tebusan Kristus dan rahmat yang membolehkan adalah nyata.30 “Tangan belas kasihan[-Nya] dihulurkan ke arah anda.”” 31 Anda dikasihi—hari ini, dalam 20 tahun akan datang, dan selamanya. Dalam nama Yesus Kristus, amin.