Persidangan Umum
Menghadapi Taufan Rohani Kita dengan Mempercayai Kristus
Persidangan Umum Oktober 2021


Menghadapi Taufan Rohani Kita dengan Mempercayai Kristus

Kita hadapi taufan rohani kita dengan paling baik dengan percaya kepada Kristus dan patuhi perintah-perintah-Nya.

Selama enam tahun yang lalu, isteri saya, Ann, dan saya tinggal di Texas dekat Gulf Coast, di mana beberapa taufan terbesar telah melanda Amerika Syarikat, menyebabkan kehancuran besar dan bahkan kehilangan nyawa. Sedihnya, beberapa bulan kebelakangan ini kejadian binasa itu telah berlaku. Kasih dan doa kami dihulurkan kepada semua yang terjejas dalam apa jua cara. Pada tahun 2017, kami secara peribadi mengalami Taufan Harvey, yang menurunkan hujan sehingga 150 sentimeter.

Hukum alamiah menentukan pembentukan taufan. Suhu lautan mesti sekurang-kurangnya 27 darjah celcius, melebihi 50 meter di bawah permukaan laut. Apabila angin bertemu dengan air lautan yang hangat, ia menyebabkan air mengewap dan naik ke dalam atmosfera, di mana ia cair. Kemudian awan terbentuk, dan angin hasilkan corak taufan di atas permukaan laut.

Imej
Taufan

Taufan adalah bersaiz besar, mencapai 15,240 meter atau lebih ke dalam atmosfera dan merentangi sekurang-kurangnya 200 kilometer. Menariknya, semasa taufan bertemu darat, mereka mulai lemah kerana mereka tidak lagi melebihi air panas yang diperlukan untuk beri kekuatan mereka.1

Anda mungkin tidak akan hadapi taufan jasmani yang binasa. Walau bagaimanapun, setiap kita telah alami dan akan alami, taufan rohani yang ancam kedamaian kita dan mencuba iman kita. Dalam dunia hari ini, ia seperti semakin bertambah dalam kekerapan dan keamatan. Syukurnya, Tuhan telah sediakan kita cara yang pasti untuk atasinya dengan gembira. Dengan menjalani injil Yesus Kristus, kita yakin bahawa “Bila awan gelap membayang, mengancam kami yang damai, di depan kami asa bers’ri,”2

Presiden Russell M. Nelson menjelaskan:

“Orang-orang suci boleh menjadi begitu gembira dalam setiap situasi. Kita boleh berbahagia walaupun kita mengalami satu hari, satu minggu, mahupun satu hari yang teruk!

“… Kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita.

“Apabila fokus kita berada pada … Yesus Kristus serta Injil-Nya, kita boleh rasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita.”3

Sama seperti hukum alamiah menentukan taufan jasmani, hukum ilahi menentukan cara untuk rasa kebahagiaan semasa taufan rohani kita. Kebahagiaan atau kesengsaraan yang kita rasa semasa kita berani menghadapi ribut kehidupan terikat kepada hukum yang Tuhan telah tetapkan. Presiden Nelson telah berkongsi, “Mereka dipanggil perintah-presiden, tetapi ia sama seperti hukum angkat, hukum graviti, [dan] hukum yang tentukan denyutan jantung.”

Presiden Nelson terus berkata, “Ia adalah satu formula yang mudah: Jika anda ingin jadi gembira, patuhi perintah-perintah.”4

Keraguan adalah musuh iman dan kebahagiaan. Sama seperti air lautan yang hangat adalah tanah pembiakan untuk taufan, keraguan adalah tempat pembiakan untuk taufan rohani. Sama seperti kepercayaan adalah pilihan, begitu juga keraguan. Apabila kita pilih untuk meragui, kita pilih untuk ditindaki, menyerahkan kuasa kepada musuh, dengan itu kita jadi lemah dan mudah diserang.5

Setan berusaha untuk bimbing kita ke tanah pembiakan keraguan. Dia berusaha untuk keraskan hati kita supaya kita tidak akan percaya.6 Tanah pembiakan keraguan boleh nampak mengalu-alukan kerana airnya yang kelihatan damai, tidak perlukan kita hidup “dengan setiap firman yang keluar dari mulut Tuhan.”7 Dalam air seperti itu, Setan menggoda kita untuk melegakan kewaspadaan rohani kita. Kelalaian itu dapat menyebabkan kurangnya keyakinan rohani, di mana kita “tidak sejuk dan tidak panas juga.”8 Jika kita tidak sauh pada Kristus, keraguan dan daya tarikannya akan bawa kita ke sikap tidak peduli di mana kita tidak akan temui mukjizat, kebahagiaan abadi, atau “kesejahteraan jiwa [kita].”9

Sama seperti taufan melemah di darat, keraguan digantikan dengan iman apabila kita bina landasan kita pada Kristus. Kemudian kita dapat lihat taufan rohani dalam perspektifnya yang betul, dan keupayaan kita untuk atasinya diperluaskan. Kemudian, “ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan badainya yang kuat akan melanda ke atas [kita], ia tidak akan berkuasa … untuk menyeret [kita] turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh.”10

Presiden Nelson telah ajarkan:

Iman kepada Yesus Kristus adalah asas semua kepercayaan dan saluran kuasa ilahi. …

Tuhan tidak mengharapkan iman sempurna untuk kita akses kuasa sempurna-Nya. Tetapi Dia minta kita untuk percaya.”11

Sejak persidangan umum April, saya dan keluarga telah berusaha untuk perkuatkan iman kami kepada Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya untuk bantu kami “mengubah cabaran [kami] menjadi perkembangan dan peluang.”12

Cucu perempuan kami Ruby telah diberkati dengan keinginan yang kuat dan bertanggungjawab. Apabila dia dilahirkan, esophagus dia tidak bersambung pada perutnya. Bahkan sebagai bayi, Ruby, dengan bantuan ibu bapanya, hadapi percubaan ini dengan ketekunan yang luar biasa. Ruby kini berumur lima tahun. Walaupun dia masih sangat muda, dia adalah teladan yang kuat untuk tidak biarkan keadaannya tentukan kegembiraannya. Dia sentiasa gembira.

Mei lepas, Ruby hadapi taufan tambahan dalam hidupnya dengan iman. Dia juga dilahirkan dengan tangan yang terbantut yang perlukan pembedahan pembinaan semula. Sebelum pembedahan yang rumit ini, kami lawat dia dan beri dia satu lukisan yang gambarkan tangan seorang kanak-kanak pegang tangan Juruselamat dengan mesra. Apabila kami tanya kepadanya jika dia gelisah, dia jawab, “Tidak, saya gembira!”

Imej
Ruby dengan lukisan tangan Juruselamat

Kemudian kami menanya dia, “Ruby, kenapa bergembira?”

Ruby dengan yakin menegaskan, “Kerana saya tahu Yesus akan pegang tangan saya.”

Pemulihan Ruby adalah satu mukjizat, dan dia hidup bergembira. Bagaimana kesucian iman seorang kanak-kanak bertentangan dengan kebodohan keraguan yang sering boleh menggoda kita ketika kita semakin tua!13 Tetapi kita semua boleh jadi seperti kanak-kanak kecil dan pilih untuk ketepikan ketidakpercayaan kita. Ia adalah pilihan yang mudah.

Seorang ayah yang penyayang dengan tekun memohon kepada Juruselamat, sambil berkata, “[Jika engkau tidak dapat lakukan apa-apa], … tolonglah kami.”14

Yesus kemudian berkata kepadanya:

“Orang yang percaya kepada Tuhan dapat melakukan segala sesuatu.

“Bapa itu segera berseru … Saya percaya, tetapi iman saya kurang. Tolonglah saya supaya lebih percaya lagi.”15

Bapa yang rendah hati ini pilih untuk percaya kepercayaannya kepada Kristus dan bukan keraguannya. Presiden Nelson kongsikan, “Hanya ketidakpercayaan anda yang akan mencegah Tuhan daripada memberkati anda dengan mukjizat mengalihkan bukit dalam hidup anda.”16

Betapa berbelas kasihannya Tuhan hanya harapkan kita untuk percayai hal-hal ini benar, bukan untuk ketahui bahawa hal ini benar.

Alma mengajar:

“Diberkatilah dia yang percaya pada firman Tuhan.”17

“[Kerana] Tuhan penuh belas kasihan kepada semua yang percaya pada nama-Nya; oleh itu Dia menghasratkan, pertama-tamanya, bahawa kamu hendaknya percay.”18

Ya, pertamanya, Tuhan menghasratkan agar kita percaya kepada-Nya.

Kita hadapi taufan rohani kita dengan paling baik dengan percaya kepada Kristus dan patuhi perintah-perintah-Nya. Kepercayaan dan kepatuhan kita menghubungkan kita kepada kuasa di luar kuasa kita sendiri untuk atasi “apa pun yang sedang berlaku—atau tidak berlaku—dalam kehidupan kita.”19 Ya, Tuhan “dengan segera memberkati [kita]” kerana percaya dan patuh.20 Malah, lama-kelamaan keadaan kita berubah menjadi kebahagiaan dan “dijadikan hidup dalam Kristus” semasa kita menjalankan iman kita kepada-Nya dan patuhi perintah-perintah-Nya.21

Saudara dan saudari, semoga kita pilih hari ini untuk “Janganlah ragu, tetapi percayalah.”22 “Cara benar adalah percaya kepada Kristus.”23 Kita telah“[di]ukir … di atas tapak tangan-[Nya].”24 Dia ialah Juruselamat dan Penebus kita yang berdiri dan mengetuk pintu kita.25 Dalam nama Yesus Kristus, amin.