Persidangan Umum
Atur Masa Bagi Tuhan
Persidangan Umum Oktober 2021


Atur Masa Bagi Tuhan

Saya mohon kepada anda hari ini untuk lawan godaan dunia dengan mengaturkan masa bagi Tuhan dalam hidup anda—setiap hari.

Saudara dan saudari yang dikasihi, selama dua hari kita telah diajar dengan baik oleh hamba-hamba Tuhan yang tekun mencari apa yang Dia ingin mereka katakan.

Kita telah diberikan panduan untuk enam bulan yang akan datang. Sekarang soalannya adalah, bagaimanakah kita akan jadi berbeza kerana apa yang kita telah dengar dan rasakan?

Wabak ini telah menunjukkan betapa cepatnya kehidupan boleh berubah, kadangkala dari keadaan di luar kawalan kita. Walau bagaimanapun, ada banyak hal yang kita boleh kawal. Kita tetapkan keutamaan sendiri dan tentukan cara penggunaan tenaga, masa dan upaya kita. Kita tentukan cara kita akan memperlakukan satu sama lain. Kita pilih mereka yang kita akan berpaling untuk kebenaran dan bimbingan.

Suara dan tekanan dunia agak menarik dan banyak. Tetapi terlalu banyak suara yang menipu, menggoda dan boleh menarik kita keluar dari jalan perjanjian. Untuk elakkan kesedihan yang pastinya menyusul, saya mohon kepada anda hari ini untuk lawan godaan dunia dengan aturkan masa bagi Tuhan dalam hidup anda—setiap hari.

Jika kebanyakan maklumat yang anda dapat datang dari media sosial atau media lain, keupayaan anda untuk dengar bisikan Roh Kudus akan berkurangan. Jika anda tidak cari Tuhan melalui doa harian dan pembelajaran injil, anda akan terdedah kepada falsafah yang mungkin menarik tetapi tidak benar. Bahkan Orang Suci yang beriman boleh tertarik dengan godaan konsisten Babilon.

Saudara dan saudari, saya mohon kepada anda untuk aturkan masa bagi Tuhan! Jadikan landasan rohani anda teguh dan dapat tahan ujian masa dengan lakukan hal-hal yang membenarkan Roh Kudus bersama anda selalu.

Janganlah pandang rendah kebenaran yang mendalam bahawa “Roh mengucapkan … tentang hal-hal sebagaimana ianya wujud pada hakikatnya, dan tentang hal-hal sebagaimana ianya benar-benar akan terjadi.”1 “Ia akan memperlihatkan kepadamu segalanya yang kamu harus lakukan.”2

Tiada yang menjemput Roh lebih daripada memperbaiki fokus anda kepada Yesus Kristus. Berbicara tentang Kristus, bergembira dalam Kristus, berjamu dengan firman Kristus dan maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus.3 Jadikan hari Sabat anda satu kebahagiaan semasa anda menyembah-Nya, mengambil sakramen dan menguduskan hari-Nya.4

Seperti yang saya tekankan pagi ini, sila atur masa bagi Tuhan di rumah kudus-Nya. Tiada yang akan menguatkan landasan rohani anda seperti pelayanan bait suci dan penyembahan di dalam bait suci.

Kami berterima kasih kepada semua yang sedang bina bait suci baharu kita. Mereka sedang dibina di seluruh dunia. Hari ini dengan sukacita saya mengumumkan rancangan kami untuk membina lebih banyak bait suci di tempat atau berdekatan lokasi berikut, Kaohsiung, Taiwan; Tacloban, Filipina; Monrovia, Liberia; Kananga, Republik Demokratik Congo; Antananarivo, Madagascar; Culiacán, Mexico; Vitória, Brazil; La Paz, Bolivia; Santiago West, Chile; Fort Worth, Texas; Cody, Wyoming; Rexburg North, Idaho; Heber Valley, Utah; dan pembinaan semula Bait suci Provo Utah selepas Bait suci Orem Utah dibaktikan.

Saya kasihi anda, saudara dan saudari. Tuhan kenal dan kasihi anda! Dia ialah Juruselamat dan Penebus anda. Dia memimpin dan membimbing Gereja-Nya. Dia akan memimpin dan membimbing anda dalam kehidupan peribadi jika anda atur masa bagi-Nya dalam hidup anda—setiap hari.

Semoga Tuhan bersama anda sehingga kita bertemu lagi, saya berdoa dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.