Persidangan Umum
Kedamaian Peribadi dalam Masa yang Mencabar
Persidangan Umum Oktober 2021


Kedamaian Peribadi dalam Masa yang Mencabar

Inilah masa penting untuk mencari kedamaian peribadi.

Baru-baru ini saya ditugaskan untuk membaktikan sebahagian Nauvoo yang bersejarah. Sebagai sebahagian daripada tugasan itu, saya dapat melawat Penjara Liberty di Missouri. Ketika saya melihat penjara itu, saya merenungkan peristiwa-peristiwa yang menjadikannya bahagian penting dalam sejarah Gereja. Kehidupan para Orang Suci terancam akibat arahan penghapusan yang gabenor Missouri keluarkan. Tambahan lagi, Nabi Joseph dan beberapa rakan pilihan telah dipenjarakan secara tidak adil di Penjara Liberty. Salah satu sebab pertentangan ganas terhadap ahli-ahli [Gereja] kita adalah kerana kebanyakan mereka menentang perhambaan.1 Penganiayaan kuat terhadap Joseph Smith dan pengikut-pengikutnya merupakan satu contoh ekstrem dalam pelaksanaan hak pilihan yang tidak soleh yang boleh mempengaruhi orang soleh. Tempoh Joseph di Penjara Liberty menunjukkan kesengsaraan bukan bukti Tuhan tidak mengasihi atau menarik berkat-berkat-Nya.

Saya amat terharu apabila membaca pengisytiharan Nabi Joseph Smith ketika berada dalam Penjara Liberty: “Ya Tuhan, di manakah Engkau? Dan di manakah khemah yang menutupi tempat persembunyian-Mu?”2 Joseph bertanya berapa lama umat Tuhan perlu “menderita ketidakadilan dan penindasan yang tidak sah ini.”3

Imej
Elder Cook melawat Penjara Liberty

Semasa saya berdiri di Penjara Liberty, saya amat terharu apabila saya membaca jawapan Tuhan: “Anak-Ku, damai sejahtera bagi jiwamu; kesusahanmu dan kesengsaraanmu akan menjadi bahkan suatu saat yang kecil; dan kemudian, jika engkau bertahan di dalamnya dengan baik, Tuhan akan memuliakan engkau di syurga.”4 Ia jelas bahawa pertentangan boleh memperhaluskan kita untuk takdir selestial yang abadi.5

Firman Juruselamat yang berharga “Anak-Ku, damai sejahteralah bagi jiwamu”6 bergema dengan saya secara peribadi dan mempunyai kepentingan besar untuk zaman kita. Ia mengingatkan saya tentang ajaran-ajaran-Nya kepada para pengikut semasa pelayanan fana-Nya.

Sebelum penderitaan Kristus di Taman Getsemani dan di salib, Dia memerintahkan para Rasul-Nya untuk “saling mengasihi, sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu”7 dan kemudian menghiburkan mereka dengan firman berikut: “Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu, kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu … bukan seperti yang diberikan oleh dunia, Aku berikan kepadamu. Janganlah kamu risau dan janganlah takut.”8

Salah satu gelaran Tuhan dan Juruselamat kita, Yesus Kristus, ialah “Raja Damai.”9 Akhirnya kerajaan-Nya akan ditubuhkan termasuk kedamaian dan kasih.10 Kita menanti zaman seribu tahun pemerintahan Mesias.

Meskipun penglihatan tentang pemerintahan Zaman Seribu Tahun ini, kita tahu bahawa kedamaian dan keharmonian dunia tidak lazim pada zaman kita.11 Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah melihat kekurangan ketertiban yang begitu besar. Kita dihujani dengan bahasa yang kasar, berbalah dan tindakan provokatif, yang menghancurkan kedamaian dan ketenangan.

Kedamaian di dunia tidak dijanjikan atau dijamin sehingga Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Juruselamat mengarahkan Dua Belas Rasul bahawa misi duniawi-Nya tidak akan mencapai kedamaian sejagat. Dia mengajar, “Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini.”12 Kedamaian sejagat bukanlah sebahagian daripada pelayanan fana Juruselamat. Kedamaian sejagat tidak wujud hari ini.

Namun, kedamaian peribadi boleh dicapai walaupun terdapat kemarahan, pertikaian, dan pembahagian yang mengaburkan dan merosakkan dunia kita hari ini. Inilah masa penting untuk mencari kedamaian peribadi. Satu lagu rohani baru yang indah telah ditulis untuk remaja hari ini oleh Saudara Nik Day bertajuk “Kedamaian dalam Kristus (Peace in Christ)” mengisytiharkan, “Apabila tiada kedamaian di bumi, terdapat kedamaian dalam Kristus.”13 Kita diberkati kerana memiliki lagu rohani ini sebelum pandemik COVID-19 sedunia.

Lagu rohani ini mencerminkan aspirasi indah untuk kedamaian dan menekankan bahawa kedamaian disauhkan dalam kehidupan dan misi Yesus Kristus. Presiden Joseph F. Smith mengisytiharkan, “Tiada yang akan berikan dunia roh kedamaian dan kasih … sehinggalah kaum manusia menerima kebenaran dan firman Tuhan …, dan mengakui kekuatan dan wewenang-Nya yang ilahi.”14

Walaupun kita tidak akan berundur dari usaha untuk mencapai kedamaian sejagat, kita telah dijamin untuk memperoleh kedamaian peribadi seperti Kristus ajarkan. Asas ini ditunjukkan dalam Ajaran dan Perjanjian: “Tetapi pelajarilah bahawa dia yang melakukan pekerjaan kesolehan akan menerima ganjaran-Nya, bahkan kedamaian di dunia ini, dan kehidupan abadi di dunia yang akan datang.”15

Apakah contoh “pekerjaan kesolehan” yang boleh membantu kita menangani perselisihan dan kurangkan pertikaian dan memperoleh kedamaian di dunia ini? Semua ajaran Kristus menunjuk ke arah ini. Saya akan menyebut beberapa perkara yang saya percaya adalah sangat penting.

Pertama: Mengasihi Tuhan, Mematuhi Perintah-perintah-Nya, dan Mengampuni Semua Orang

Presiden George Albert Smith menjadi Presiden Gereja pada tahun 1945. Selama bertahun-tahun, dia dikenali sebagai seorang Rasul yang mengasihi kedamaian. Dalam 15 tahun sebelum dia menjadi Presiden, cabaran dan cubaan dari kemelesetan sedunia yang besar, diikuti dengan kematian dan kebinasaan Perang Dunia Kedua, menjadikan zaman itu tidak aman langsung.

Pada akhir Perang Dunia Kedua, semasa persidangan umum pertamanya sebagai Presiden pada Oktober 1945, Presiden Smith mengingatkan para Orang Suci tentang jemputan Juruselamat untuk mengasihi sesama dan mengampuni musuh mereka dan kemudian mengajar, “Itulah ciri semua Orang Suci Zaman Akhir harus berusaha untuk memiliki jika mereka berharap untuk berdiri di hadirat-nya suatu hari nanti dan menerima aluan-nya yang agung.”16

Kedua: Carilah Hasil-hasil Roh

Surat Rasul Paulus kepada orang Galatia menunjukkan pembahagian di antara kerja kesolehan yang melayakkan kita untuk mewarisi kerajaan Tuhan dan kerja-kerja yang boleh, tanpa pertaubatan, membatalkan kelayakkan kita. Kerja yang melayakkan kita adalah hasil roh “mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri.”17 Paulus juga menasihati untuk saling menolong memikul beban dan janganlah jemu dalam melakukan yang baik.18 Di antara kerja-kerja yang tidak soleh termasuklah kebencian, kemurkaan, dan persengketaan.19

Salah satu pengajaran yang hebat pada zaman Perjanjian Lama berkaitan dengan Bapa Abraham. Abraham dan Lot, anak saudaranya, kaya, tetapi mendapati mereka tidak dapat tinggal bersama. Untuk menghapuskan persengketaan, Abraham membenarkan Lot untuk memilih negeri yang dia inginkan. Lot memilih dataran Sungai Yordan, yang indah dan punyai sumber air. Abraham mengambil datar Mamre yang kurang subur. Tulisan suci menceritakan Abraham kemudian mendirikan khemahnya dan membina “sebuah mazbah untuk Tuhan.”20 Lot, sebaliknya, “berkhemah dekat Sodom.”21 Untuk perolehi perhubungan yang damai, pelajaran itu jelas bahawa kita harus sedia untuk berkompromi dan menghapuskan persengketaan berkenaan hal-hal yang tidak melibatkan kesolehan. Seperti Raja Benyamin ajarkan, “Kamu tidak akan memiliki fikiran untuk saling mencederai, tetapi untuk hidup dengan damai.”22 Tetapi dalam kelakuan berkaitan dengan kesolehan dan keutamaan ajaran, kita perlu kekal teguh dan tabah.

Jika kita inginkan kedamaian yang merupakan ganjaran bagi pekerjaan kesolehan, janganlah kita dirikan khemah-khemah kita ke arah dunia. Kita akan mendirikan khemah-khemah kita ke arah bait suci.

Ketiga: Menggunakan Hak Pilihan untuk Memilih Kesolehan

Kedamaian dan hak pilihan terjalin sebagai elemen penting dalam rancangan keselamatan. Sepertimana dijelaskan dalam Topik Injil “Pilihan dan Pertangggungjawaban,” “Hak pilihan ialah kebolehan dan hak yang Tuhan berikan kepada kita untuk bertindak bagi diri kita sendiri.”23 Oleh itu, hak pilihan merupakan pusat perkembangan dan pengalaman peribadi yang memberkati kita apabila kita mengikuti Juruselamat.24

Hak pilihan adalah asas utama dalam Majlis Syurga pra-fana dan percanggahan di antara mereka yang memilih untuk mengikut Kristus dan yang mengikut Setan.25 Melepaskan keangkuhan dan kehendak untuk mengawal dan memilih Juruselamat akan membenarkan kita memiliki cahaya-Nya dan kedamaian-Nya. Tetapi kedamaian peribadi akan dicabar apabila manusia menggunakan hak pilihan mereka dengan cara yang berbahaya dan menyakitkan.

Saya yakin bahawa jaminan kedamaian yang kita rasakan dalam hati kita diperkukuhkan oleh pengetahuan yang kita ada tentang apa yang Juruselamat dunia akan laksanakan bagi pihak kita. Ini dijelaskan dengan sempurna dalam Mengkhutbahkan Injil-Ku: “Apabila kita bergantung pada Korban Tebusan Yesus Kristus, Dia dapat membantu kita menahan cubaan, kesakitan, dan penderitaan. Kita boleh dipenuhi dengan kebahagiaan, kedamaian, dan kesenangan hati. Segala yang tidak adil dalam kehidupan boleh dibetulkan melalui Korban tebusan Yesus Kristus.”26

Keempat: Membina Sion dalam Hati dan Rumah Kita

Kita adalah anak-anak Tuhan dan sebahagian daripada keluarga-Nya. Kita juga sebahagian daripada keluarga kita dilahirkan. Institusi keluarga adalah landasan untuk kegembiraan dan kedamaian. Presiden Russell M. Nelson telah mengajar kita, dan semasa pandemik ini kita pelajari, bahawa amalan agama yang berpusat di rumah dan disokong oleh Gereja, boleh “menampilkan kuasa kekeluargaan … untuk mengubah rumah [kita] menjadi tempat perlindungan untuk iman.”27 Jika kita mengamalkan agama ini di rumah, kita juga akan memperoleh kedamaian Juruselamat.28 Kami sedar bahawa ramai di antara anda tidak mempunyai berkat-berkat rumah tangga yang soleh dan selalu berjuang dengan mereka yang memilih ketidaksolehan. Juruselamat boleh memberi perlindungan dan kedamaian untuk membimbing anda ke keselamatan dan tempat perlindungan dari ribut kehidupan.

Saya menjamin anda bahawa kegembiraan, kasih, dan pencapaian dalam keluarga mengasih yang soleh menghasilkan kedamaian dan kegembiraan. Kasih dan kebaikan hati berada di pusat untuk memiliki Sion dalam hati dan rumah kita.29

Kelima: Patuhi Peringatan Nabi Kita Sekarang

Kedamaian kita dipertingkatkan apabila kita mengikut nabi Tuhan, Presiden Russell M. Nelson. Kita akan berpeluang untuk mendengar darinya selepas ini. Dia telah dipersiapkan sejak pengasasan dunia untuk panggilan ini. Persediaan peribadinya sangat luar biasa.30

Dia telah mengajar bahawa kita boleh “merasa kedamaian dan kebahagiaan yang berkekalan walaupun pada masa yang bergelora” apabila kita berusaha untuk menjadi lebih seperti Juruselamat kita, Yesus Kristus.31 Dia telah menasihati kita untuk “bertaubat setiap hari”, untuk menerima pembersihan, penyembuhan dan kuasa Tuhan yang menguatkan.32 Saya adalah saksi peribadi bahawa wahyu telah diterima dan terus diterima dari syurga oleh nabi terkasih kita.

Walaupun kita menghormati dan menyokong Dia sebagai nabi kita, kita menyembah Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, Yesus Kristus. Kita dilayani oleh Roh Kudus.

Saya bersaksi dan memberi kesaksian peribadi saya bahawa Yesus Kristus, Juruselamat dan Penebus dunia, memimpin dan membimbing Gereja terpulih-Nya. Kehidupan dan misi penebusan-Nya ialah sumber kedamaian yang benar. Juruselamat adalah Raja Damai. Saya memberi kesaksian yang pasti dan takzim bahawa Dia hidup. Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Orang ramai di Independence tidak suka bahawa Orang Suci mengkhutbahkan injil kepada Orang Asli Amerika dan tidak bersetuju berkenaan perhambaan” (Saints: The Story of the Church of Jesus Christ in the Latter Days, vol. 1, The Standard of Truth, 1815–1846 [2018], 172).

  2. Ajaran dan Perjanjian 121:1.

  3. Ajaran dan Perjanjian 121:3.

  4. Ajaran dan Perjanjian 121:7–8.

  5. Lihat 2 Nefi 2:11–15.

  6. Ajaran dan Perjanjian 121:7.

  7. Yohanes 13:34.

  8. Yohanes 14:27.

  9. Yesaya 9:6; 2 Nefi 19:6. Juruselamat dalam ucapan-Nya di bukit juga mengajarkan, “Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Tuhan akan menyebut mereka anak-anak-Nya.” (Matius 5:9).

  10. “Berdasarkan hukum dan keadilan … hingga akhir zaman” (lihat Yesaya 9:6–7; 2 Nefi 19:6–7; lihat juga Galatia 5:22).

  11. Lihat Ajaran dan Perjanjian 1:35. Presiden Wilford Woodruff mengistyharkan ini pada 1894 dan sekali lagi pada 1896 (lihat The Discourses of Wilford Woodruff, ed. G. Homer Durham [1946], 251–52; lihat juga Marion G. Romney, dalam Laporan Persidangan, Apr. 1967, 79–82; Ezra T. Benson, “The Power of the Word,” Ensign, Mei 1986, 79–80; Dallin H. Oaks, “Preparation for the Second Coming,” Liahona, Mei 2004, 9).

  12. Matius 10:34.

  13. Nik Day, “Peace in Christ,” lagu tema Mutual 2018, Liahona, Jan. 2018, 54–55; New Era, Jan. 2018, 24–25. Lagu “Peace in Christ” mengajar:

    Bila kita kehidupan seperti yang Dia,

    Terdapat kedamaian dalam Kristus.

    Dia memberi kita harapan

    Apabila harapan hilang.

    Dia memberi kita kekuatan

    Apabila kita tidak dapat meneruskan.

    Dia memberi kita perlindungan

    Dalam ribut kehidupan.

    Apabila tiada kedamaian di bumi,

    Terdapat kedamaian dalam Kristus.

  14. Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Joseph F. Smith (1998), 400.

  15. Ajaran dan Perjanjian 59:23.

  16. Lihat George Albert Smith, dalam Laporan Persidangan, Okt. 1945, 169–70.

  17. Galatia 5:22–23.

  18. Lihat Galatia 6:2, 9.

  19. Lihat Galatia 5:20.

  20. Kejadian 13:18.

  21. Kejadian 13:12.

  22. Mosia 4:13.

  23. Gospel Topics, “Agency and Accountability,” topics.ChurchofJesusChrist.org.

  24. Kita “bebas untuk memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi, melalui Pengantara agung bagi semua manusia.”(2 Nefi 2:27). Hak pilihan juga membenarkan pilihan-pilihan jahat yang melukai dan penderitaan dan kadangkala kematian. Tulisan suci menjelaskan bahawa Tuhan memberi hak pilihan supaya manusia boleh memilih yang baik atau jahat (lihat 2 Nefi 2:16).

  25. See Gospel Topics, “Agency and Accountability,” topics.ChurchofJesusChrist.org.

  26. Preach My Gospel: A Guide to Missionary Service (2019), 52, ChurchofJesusChrist.org; penekanan ditambah.

  27. Russell M. Nelson, “Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 113.

  28. Lihat Ajaran dan Perjanjian 19:23.

  29. Saya bernasib baik kerana membesar dalam rumah yang ada kedamaian. Ini disebabkan pengaruh ibu kami, yang merupakan seorang ahli Gereja yang beriman. Bapa saya cemerlang tetapi kurang aktif. Ibu menghormati bapa kami dan mengelakkan pertikaian. Dia mengajar kami sebagai anak-anak untuk berdoa dan menghadiri gereja. Dia juga mengajar kami untuk mengasihi dan melayani satu sama lain (lihat Mosia 4:14–15). Membesar dalam rumah yang sedemikian menyediakan kedamaian dan telah menjadi berkat besar dalam hidup saya.

  30. Russell M. Nelson tamat pengajian dan di tempat pertama dari Sekolah Perubatan Universiti Utah pada umur 22 tahun. Dia telah lama berhasrat untuk menjadi seorang pakar bedah dan menerima latihan terbaik di institusi perubatan besar. Dia memenuhi komitmen tentera di Korea dan Jepun dengan beriman . Buat bertahun-tahun, dia menjadi perintis dalam pembedahan jantung terbuka dan dikenali di seluruh dunia. Walaupun persediaan hebat ini adalah untuk memberkati orang di seluruh dunia dengan kemahiran perubatannya, [namun] persediaan rohani Presiden Nelson adalah lebih penting. Dia ialah bapa kepada keluarga besar yang terdiri daripada anak-anak, cucu,dan cicit. Dia telah melayani keluarga dan Gereja dengan beriman sepanjang hidupnya.

  31. Russell M. Nelson, “Pesanan Pembukaan,” Liahona, Mei 2020, 6; lihat juga Russell M. Nelson, “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 81–84.

  32. Russell M. Nelson, “Pesanan Pembukaan,” 6.