Persidangan Umum
Menangani Kesihatan Mental
Persidangan Umum Oktober 2021


Menangani Kesihatan Mental

Benarkan saya berkongsi beberapa pemerhatian yang saya telah buat semasa keluarga kami telah melalui percubaan.

Walaupun keluarga kami telah nikmati berkat-berkat yang kaya sambil berjalan dengan gembira dalam jalan perjanjian, kami juga telah hadapi gunung yang sangat tinggi. Saya ingin berkongsi pengalaman peribadi mengenai penyakit mental. Ini termasuk kemurungan klinikal, keresahan yang teruk, gangguan bipolar, ADHD—dan kadang-kadang gabungan semuanya. Saya berkongsi pengalaman lembut ini dengan keizinan mereka yang terlibat.

Semasa pelayanan saya, saya telah temui beratus-ratus individu dan keluarga dengan pengalaman yang serupa. Kadangkala saya tertanya-tanya jika “penyakit yang memusnahkan” menutupi dunia seperti tertulis dalam tulisan suci mungkin termasuk penyakit mental.1 Penyakit ini di seluruh dunia, meliputi setiap benua dan kebudayaan, dan pengaruhi semua orang—muda, tua, kaya dan miskin. Para ahli Gereja tidak dikecualikan.

Pada masa yang sama, ajaran kita ajarkan kita untuk berusaha menjadi seperti Yesus Kristus dan disempurnakan di dalam Dia. Anak-anak kita menyanyi, “Aku Mau Jadi Seperti Yesus.”2 Kita ingin menjadi sempurna seperti Bapa Syurgawi kita dan Yesus Kristus yang adalah sempurna.3 Kerana penyakit mental boleh ganggu persepsi kesempurnaan kita, ia tetap terlalu sering satu tabu. Sebagai akibatnya, terdapat terlalu banyak kejahilan, penderitaan senyap dan putus asa. Ramai orang, berasa terbeban kerana mereka tidak penuhi standard-standard yang dilihat, dengan salah percaya bahawa mereka tidak ada tempat dalam Gereja.

Untuk melawan penipuan sedemikian, ia adalah penting untuk ingat bahawa “Juruselamat mengasihi setiap anak-anak Bapa-Nya. Dia fahami sepenuhnya kesakitan dan pergelutan yang ramai orang alami ketika mereka hidup dengan pelbagai cabaran daripada kesihatan mental. Dia telah menderita ‘kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis; … [mengambil] ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya.’ (Alma 7:11; penekanan ditambah; lihat juga Ibrani 4:15–16; 2 Nefi 9:21). Kerana Dia memahami segala kesengsaraan, Dia tahu bagaimana ‘untuk menyembuhkan yang patah hati.’”(Lukas 4:18; lihat juga Yesaya 49:13–16).”4 Cabaran sering kali menandakan keperluan untuk bantuan dan sokongan tambahan dan bukan kekurangan watak.

Benarkan saya berkongsi beberapa pemerhatian yang saya telah buat semasa keluarga kami telah melalui percubaan.

Pertama, ramai orang akan berduka nestapa bersama kita; mereka tidak akan menghakimi kita. Oleh kerana serangan panik, keresahan, dan kemurungan, anak kami pulang ke rumah dari misinya selepas hanya empat minggu. Sebagai ibu bapanya, kami dapati ia sukar untuk menangani kekecewaan dan kesedihan kerana kami telah berdoa untuk kejayaannya. Seperti semua ibu bapa, kita mahu anak-anak kita berjaya dan bergembira. Misi adalah sebuah pencapaian penting bagi anak kami. Kami juga tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan.

Tidak diketahui oleh kami, kepulangan anak kami sangat menyakitkan dia. Perhatikan bahawa dia kasihi Tuhan dan ingin melayani, namun dia tidak dapat fahami sebab-sebabnya. Tidak lama kemudian dia dapati dirinya dalam ketidakpuasan hati, berjuang dengan rasa bersalah yang mendalam. Dia tidak lagi berasa diterima tetapi kebas secara rohani. Dia terbeban dengan fikiran kematian yang berulang.

Semasa dalam keadaan tidak rasional ini, anak kami percaya bahawa satu-satunya tindakan yang tinggal adalah untuk mengambil nyawanya sendiri. Ia mengambil Roh Kudus dan sepasukan malaikat di kedua-dua belah tirai untuk menyelamatkannya.

Semasa dia berjuang demi nyawanya dan pada masa yang amat susah ini, keluarga kami, pemimpin, ahli bahagian dan kawan-kawan berusaha untuk menyokong dan melayani kami.

Saya tidak pernah rasakan curahan kasih sayang seperti itu. Saya tidak pernah rasakan dengan kuat serta secara peribadi apa maksudnya untuk menghibur mereka yang perlukan penghiburan. Keluarga kami akan sentiasa bersyukur untuk pencurahan itu.

Saya tidak dapat gambarkan banyak mukjizat yang menyertai peristiwa-peristiwa ini. Syukurnya, anak kami hidup, tetapi ia ambil masa yang lama dan banyak perubatan, terapi, dan penjagaan rohani supaya dia dapat disembuhkan dan menerima bahawa dia dikasihi, dihargai dan diperlukan.

Saya sedar bahawa tidak semua kejadian seperti itu berakhir seperti kejadian kami. Saya bersedih kerana mereka yang telah kehilangan orang tersayang terlalu awal dan sekarang ditinggalkan dengan perasaan kesedihan dan juga soalan yang tidak terjawab.

Pemerhatian seterusnya adalah kesusahan bagi ibu bapa untuk memerhatikan perjuangan anak-anak mereka, tetapi kita mesti mendidik diri kita. Bagaimanakah kita dapat ketahui perbezaan di antara kesusahan daripada perkembangan biasa dengan tanda-tanda penyakit? Sebagai ibu bapa, kita ada tugas kudus untuk bantu anak-anak kita atasi cabaran kehidupan; walau bagaimanapun, tidak ramai daripada kita ialah pakar kesihatan mental. Walaupun demikian, kita perlu jaga anak-anak kita dengan bantu mereka belajar untuk berpuas hati dengan usaha ikhlas ketika mereka berusaha untuk penuhi jangkaan yang sesuai. Kita masing-masing tahu dari kelemahan peribadi kita sendiri bahawa perkembangan rohani adalah proses yang berterusan.

Kita sekarang faham bahawa “tiada penawar mudah untuk kesihatan emosi dan mental. Kita akan alami tekanan dan kekacauan kerana kita hidup di dunia yang terjatuh dengan tubuh yang terjatuh. Tambahan pula, banyak faktor menyumbang kepada diagnosis penyakit mental. Tak kira apa pun kesejahteraan mental dan emosi kita, fokus pada perkembangan adalah lebih sihat daripada terpaku dengan kelemahan kita.”5

Bagi isteri saya dan saya, satu perkara yang sentiasa bantu kami adalah untuk tetap mendekati Tuhan. Di belakangnya, kami sekarang lihat bagaimana Tuhan dengan sabar ajar kami melalui masa-masa ketidakpastian yang besar. Cahaya-Nya telah bimbing kami langkah demi langkah melalui waktu yang paling gelap. Tuhan telah bantu kami untuk lihat bahawa harga satu jiwa adalah lebih penting dalam rancangan abadi daripada apa-apa tugas atau pencapaian duniawi.

Sekali lagi, mendidik diri kita tentang penyakit mental menyediakan kita untuk bantu diri kita dan orang lain yang mungkin bergelut. Perbincangan terbuka dan jujur dengan satu sama lain akan bawa perhatian kepada topik penting. Lagipun, maklumat datang sebelum ilham dan wahyu. Cabaran-cabaran yang sering kali tidak dapat dilihat boleh pengaruhi sesiapa pun, dan apabila kita hadapinya, ia kelihatan tidak dapat diubah.

Salah satu perkara pertama yang kita perlu belajar adalah bahawa kita memang tidak bersendirian. Saya emput anda untuk kaji topik kesihatan mental dalam bahagian Bantuan Hidup di aplikasi Gospel Library. Pembelajaran akan bawa kepada lebih pemahaman, penerimaan, rasa kasihan dan kasih sayang. Ia boleh kurangkan tragedi, sambil bantu kita bangunkan dan uruskan harapan yang sihat dan interaksi yang sihat.

Pemerhatian terakhir saya: kita perlu sentiasa jaga satu sama lain. Kita mesti saling kasihi dan kurang hakimi—terutamanya apabila jangkaan kita tidak segera dipenuhi. Kita harus bantu anak-anak dan remaja kita rasakan kasih Yesus Kristus dalam hidup mereka, walaupun ketika mereka bergelut untuk secara peribadi rasakan kasih sayang bagi diri mereka sendiri. Elder Orson F. Whitney, yang melayani sebagai seorang ahli Kuorum Dua Belas Rasul, menasihati ibu bapa bagaimana untuk bantu anak-anak yang bergelut: “Berdoalah untuk … anak-anak kamu; pegang kuat kepada mereka dengan iman kamu.”6

Saya sering renungkan pada apa yang dimaksudkan untuk berpegang kepada mereka dengan iman. Saya percaya ia termasuk perbuatan mudah kasih sayang, kelembutan hati, kebaikan hati, dan hormat. Ia bermaksud benarkan mereka berkembang pada jalan mereka sendiri dan beri kesaksian untuk bantu mereka rasakan kasih Juruselamat kita. Ia memerlukan kita untuk lebih memikirkan tentang mereka dan kurang tentang diri kita atau orang lain. Itu biasanya bermaksud kurang berbicara dan mendengar lebih banyak. Kita mesti kasihi mereka, berikan kuasa kepada mereka, dan puji mereka dengan kerap dalam usaha mereka untuk berjaya dan setia kepada Tuhan. Dan akhirnya, kita harus lakukan segalanya dalam kuasa kita untuk kekal dekat dengan mereka—sama seperti kita kekal dekat dengan Tuhan.

Bagi semua orang yang dipengaruhi secara peribadi oleh penyakit mental, pegang teguh pada perjanjian-perjanjian anda, walaupun anda mungkin tidak rasakan kasih Tuhan pada waktu ini. Lakukan segala hal yang berada dalam kuasa anda dan kemudian “berdiri teguh … untuk melihat keselamatan daripada Tuhan, dan untuk lengan-Nya didedahkan.”7

Saya bersaksi bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dan Penebus kita. Dia kenali kita. Dia kasihi kita, dan Dia akan tunggu kita. Semasa percubaan keluarga kami, saya telah ketahui betapa dekatnya Dia. Janji-janji-Nya adalah benar:

Jangan kecil hati, Janganlah kau takut,

Aku Tuhanmu tetap ‘kan membantu.

Menegakkan engkau sehingga kuat, …

Ditopang tangan-Ku yang maha hebat.

Mengetahui betapa teguhnya landasan kita, semoga kita mengisytiharkan dengan gembira:

Jiwa yang bersandar kepada Yesus,

Tak ’kan Kubiarkan jatuh ke musuh;

Meskipun neraka menggoncangkannya, …

Tidak akan Aku melupakannya!8

Dalam nama Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. Ajaran dan Perjanjian 45:31.

  2. “Ku Mau Jadi S’perti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40–41.

  3. Lihat 3 Nefi 12:48.

  4. Like a Broken Vessel,” Mental Health: General Principles, ChurchofJesusChrist.org.

  5. Sheldon Martin, “Strive to Be—a Pattern for Growth and Mental and Emotional Wellness,” Liahona, Ogos 2021, 14.

  6. Orson F. Whitney, dalam Conference Report, Apr. 1929, 110.

  7. Ajaran dan Perjanjian 123:17.

  8. “Teguhlah Landasan,” NyanyianRohani, no. 28.