Kitab Suci
Fasal-Fasal Kepercayaan 1


Fasal-Fasal Kepercayaan
dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Bab 1

1 Kami apercaya kepada bTuhan, Bapa Yang Abadi, dan kepada cPutera-Nya, Yesus Kristus, dan kepada dRoh Kudus.

2 Kami percaya bahawa manusia akan dihukum kerana dosa-dosa mereka asendiri, dan bukan kerana pelanggaran bAdam.

3 Kami percaya bahawa melalui aKorban Tebusan Kristus, seluruh umat manusia boleh bdiselamatkan, melalui ckepatuhan pada dhukum-hukum dan tatacara-tatacara eInjil.

4 Kami percaya bahawa asas-asas dan atatacara-tatacara pertama Injil adalah: pertama, bIman kepada Tuhan Yesus Kristus; kedua, cPertaubatan; ketiga, dPembaptisan melalui pencelupan untuk epengampunan dosa-dosa; keempat, Perletakan ftangan untuk gkurnia Roh Kudus.

5 Kami percaya bahawa seorang lelaki mesti adipanggil oleh Tuhan, melalui bnubuat, dan melalui perletakan ctangan oleh mereka yang dberwewenang, untuk emengkhutbahkan Injil dan melaksanakan ftatacara-tatacaranya.

6 Kami percaya kepada aorganisasi yang sama yang ada di dalam Gereja Purba, iaitu, bpara rasul, cnabi, dgembala, pengajar, epemberita Injil, dan seterusnya.

7 Kami percaya kepada akurnia-kurnia bbahasa, cnubuat, dwahyu, epenglihatan, fpenyembuhan, gpenafsiran bahasa, dan seterusnya.

8 Kami percaya aAlkitab adalah bfirman Tuhan sejauh mana ianya diterjemahkan dengan cbetul; kami juga percaya dKitab Mormon adalah firman Tuhan.

9 Kami percaya segala yang Tuhan telah awahyukan, segala yang Dia wahyukan sekarang, dan kami percaya bahawa Dia akan bmewahyukan hal-hal yang besar dan penting berkaitan dengan Kerajaan Tuhan.

10 Kami percaya kepada apengumpulan harfiah Israel dan kepada pemulihan bSepuluh Suku; bahawa cSion (Yerusalem Baru) akan dibangunkan di atas benua Amerika; bahawa Kristus sendiri akan dmemerintah di atas bumi; dan, bahawa bumi akan ediperbaharui dan menerima fkemuliaan gfirdausnya.

11 Kami menuntut ahak untuk menyembah Tuhan Yang Maha Kuasa menurut bketetapan csuara hati kami, dan memberikan hak yang sama kepada semua orang, biarlah mereka dmenyembah bagaimana, di mana, atau apa pun yang mereka mahu.

12 Kami percaya untuk tunduk kepada raja-raja, presiden, para pemerintah, dan majistret, dalam mematuhi, menghormati, dan menjunjung aundang-undang.

13 Kami percaya harus ajujur, benar, bmurni, baik hati, berhemah, dan dalam cmelakukan kebaikan kepada semua orang; tentunya, kami boleh mengatakan bahawa kami mengikuti dperingatan Paulus—Kami percaya segala hal, kami emengharapkan segala hal, kami telah melalui banyak hal, dan berharap untuk mampu fbertahan akan segala hal. Jika terdapat apa-apa pun yang gberhemah, indah, atau dikatakan baik atau layak dipuji, kami mencari hal-hal sebegini.

Joseph Smith.