Bab 5
Bangsa Nefi bertaubat dan meninggalkan dosa-dosa mereka—Mormon menuliskan sejarah bangsanya dan memaklumkan firman kekal kepada mereka—Israel akan dikumpulkan setelah lama dicerai-beraikan. Kira-kira 22–26 tahun M.
1 Dan sekarang, lihatlah, tidak ada satu jiwa yang hidup di kalangan semua bangsa Nefi yang meragui sedikit pun perkataan semua nabi kudus yang telah berbicara; kerana mereka tahu bahawa mestilah perlu bahawa ianya mesti digenapi.
2 Dan mereka tahu bahawa amatlah perlu bahawa Kristus telah datang, kerana banyaknya tanda yang telah diberikan, menurut perkataan para nabi; dan kerana hal-hal yang sudah terjadi mereka tahu bahawa semua hal haruslah terjadi seperti yang telah dikatakan.
3 Oleh itu mereka telah meninggalkan segala dosa mereka, dan kekejian mereka, dan pelacuran mereka, dan melayani Tuhan siang dan malam dengan penuh ketekunan.
4 Dan sekarang, terjadilah bahawa apabila mereka telah menangkap semua perompak sebagai tahanan, sedemikian rupa sehingga tidak seorang pun yang terlepas yang tidak dibunuh, mereka melemparkan tahanan mereka ke dalam penjara, dan menyuruh agar firman Tuhan dikhutbahkan kepada mereka; dan seberapa banyak yang mahu bertaubat atas dosa-dosa mereka dan masuk ke dalam perjanjian bahawa mereka tidak akan membunuh lagi telah diberikan kebebasan.
5 Tetapi seberapa banyak yang tidak masuk ke dalam perjanjian, dan yang masih terus memiliki pembunuhan-pembunuhan rahsia itu di dalam hati mereka, ya, seberapa banyak yang didapati melafazkan ancaman terhadap saudara-saudara mereka didapati bersalah dan dihukum menurut hukum.
6 Dan demikianlah mereka mengakhiri semua komplot yang jahat, dan rahsia, dan keji itu, yang mana di dalamnya terdapat begitu banyak kejahatan, dan begitu banyak pembunuhan yang telah dilakukan.
7 Dan demikianlah tahun kedua puluh dua berlalu, dan tahun kedua puluh tiga juga, dan kedua puluh empat, dan kedua puluh lima; dan demikianlah dua puluh lima tahun telah berlalu.
8 Dan banyak hal yang telah terjadi yang mana, di mata beberapa orang, adalah hebat dan menakjubkan; walaupun demikian, semua itu tidak dapat dituliskan di dalam kitab ini; ya, kitab ini tidak dapat memuatkan bahkan seperatus bahagian daripada perkara yang telah dilakukan di kalangan begitu banyak orang dalam tempoh waktu dua puluh lima tahun;
9 Tetapi lihatlah terdapat catatan-catatan yang memuatkan segala kegiatan bangsa ini; dan sebuah laporan yang lebih singkat tetapi benar telah diberikan oleh Nefi.
10 Oleh itu aku telah membuat catatanku tentang hal-hal ini menurut catatan Nefi, yang diukir di atas kepingan-kepingan yang disebut kepingan-kepingan Nefi.
11 Dan lihatlah, aku membuat catatan di atas kepingan-kepingan yang telah aku buat dengan tanganku sendiri.
12 Dan lihatlah, aku dipanggil Mormon, dipanggil sempena negeri Mormon, negeri tempat Alma menubuhkan gereja di kalangan bangsa itu, ya, gereja pertama yang ditubuhkan di kalangan mereka setelah pelanggaran mereka.
13 Lihatlah, aku adalah pengikut Yesus Kristus, Putera Tuhan. Aku telah dipanggil oleh-Nya untuk memaklumkan firman-Nya di kalangan umat-Nya, agar mereka dapat memperoleh kehidupan kekal.
14 Dan telah menjadi amat perlu bahawa aku, menurut kehendak Tuhan, agar doa-doa mereka yang telah meninggalkan kehidupan ini, iaitu orang yang kudus, harus digenapi menurut iman mereka, harus membuat sebuah catatan tentang hal-hal yang telah terjadi ini—
15 Ya, sebuah catatan kecil tentang hal yang telah terjadi sejak waktu Lehi meninggalkan Yerusalem, bahkan sehingga sekarang.
16 Oleh itu aku membuat catatanku dari laporan-laporan yang telah diberikan oleh mereka yang ada sebelum aku, sehingga permulaan kehidupanku;
17 Dan kemudian aku membuat sebuah catatan tentang hal-hal yang telah aku lihat dengan mataku sendiri.
18 Dan aku tahu catatan yang aku buat adalah sebuah catatan yang tepat dan yang benar; walaupun demikian terdapat banyak hal yang, menurut bahasa kami, tidak dapat kami tuliskan.
19 Dan sekarang, aku mengakhiri percakapanku, yang berkenaan diriku sendiri, dan meneruskan untuk memberikan laporanku tentang hal-hal yang telah berlaku sebelum aku ada.
20 Aku adalah Mormon, dan merupakan keturunan kandung daripada Lehi. Aku mempunyai sebab untuk memuji Tuhanku dan Juruselamatku Yesus Kristus, kerana Dia telah membawa nenek moyang kami keluar dari negeri Yerusalem, (dan tidak seorang pun mengetahuinya kecuali Dia sendiri dan mereka yang Dia bawa keluar dari negeri itu) dan bahawa Dia telah memberiku dan bangsaku begitu banyak pengetahuan untuk keselamatan jiwa kami.
21 Sudah pastinya Dia telah memberkati bani Yakub, dan sentiasa penuh belas kasihan kepada keturunan Yusuf.
22 Dan kerana anak-anak Lehi telah mentaati perintah-perintah-Nya Dia telah memberkati mereka dan memakmurkan mereka menurut firman-Nya.
23 Ya, dan sudah pastinya Dia akan membawa lagi keturunan Yusuf yang selebihnya kepada pengetahuan tentang Tuhan Raja mereka.
24 Dan sebagaimana Tuhan itu hidup, Dia akan mengumpulkan dari keempat-empat penjuru bumi semua keturunan Yakub yang selebihnya, yang telah dicerai-beraikan merata di atas seluruh permukaan bumi.
25 Dan sebagaimana Dia telah membuat perjanjian dengan seluruh bani Yakub, demikian juga perjanjian yang telah Dia lakukan dengan bani Yakub akan digenapi dalam waktu-Nya sendiri, sehingga pemulihan seluruh bani Yakub kepada pengetahuan tentang perjanjian yang telah Dia lakukan dengan mereka.
26 Dan kemudian mereka akan mengenali Penebus mereka, iaitu Yesus Kristus, Putera Tuhan; dan kemudian mereka akan dikumpulkan dari keempat-empat penjuru bumi ke negeri-negeri mereka sendiri, dari mana mereka telah dicerai-beraikan; ya, sebagaimana Tuhan itu hidup demikianlah yang akan terjadi. Amin.