Kitab Suci
Alma 13


Bab 13

Kaum lelaki dipanggil sebagai imam-imam tinggi kerana iman yang amat besar dan kerja-kerja baik mereka—Mereka mesti mengajarkan perintah-perintah—Melalui kesolehan mereka dikuduskan dan masuk ke dalam peristirahatan Tuhan—Melkisedek adalah salah seorang daripada mereka ini—Para malaikat memaklumkan khabar gembira ke seluruh negeri—Mereka akan mengisyhtiharkan kedatangan Kristus yang sebenarnya. Kira-kira 82 tahun S.M.

1 Dan lagi, saudara-saudaraku, aku mahu mengarahkan fikiranmu ke depan ke waktu ketika Tuhan Raja memberikan perintah-perintah ini kepada anak-anak-Nya; dan aku menghendaki agar kamu mestilah ingat bahawa Tuhan Raja mentahbiskan para imam, menurut tarekat kudus-Nya, yang adalah menurut tarekat Putera-Nya, untuk mengajarkan hal-hal ini kepada umat.

2 Dan para imam itu ditahbiskan menurut tarekat Putera-Nya, dengan cara di mana umat itu boleh tahu dengan cara apa menanti-nantikan Putera-Nya untuk penebusan.

3 Dan inilah cara yang menurutnya mereka ditahbiskan—dipanggil dan dipersiapkan sejak pengasasan dunia menurut prapengetahuan Tuhan, kerana iman yang amat besar dan kerja-kerja baik mereka; pertamanya ditinggalkan untuk memilih yang baik atau yang jahat; oleh itu mereka setelah memilih yang baik, dan menjalankan iman yang amat besar, dipanggil dengan panggilan yang kudus, ya, dengan panggilan yang kudus itu yang dipersiapkan dengan, dan menurut, suatu penebusan persiapan untuk orang yang demikian.

4 Dan demikianlah mereka telah dipanggil pada panggilan yang kudus ini kerana iman mereka, sementara yang lain mahu menolak Roh Tuhan kerana kekerasan hati mereka dan kebutaan fikiran mereka, sementara, jika bukan kerana ini mereka mungkin boleh memiliki hak istimewa sebesar saudara-saudara mereka.

5 Atau kesimpulannya, pertamanya mereka berada pada kedudukan yang sama dengan saudara-saudara mereka; demikianlah panggilan yang kudus ini dipersiapkan sejak pengasasan dunia bagi mereka yang tidak akan mengeraskan hati mereka, dalam dan melalui korban tebusan Putera Tunggal, yang telah dipersiapkan—

6 Dan sedemikian dipanggil melalui panggilan yang kudus ini, dan ditahbiskan pada imamat tinggi dalam tarekat kudus Tuhan, untuk mengajarkan perintah-perintah-Nya kepada anak-anak manusia, agar mereka juga boleh masuk ke dalam peristirahatan-Nya

7 Imamat tinggi ini adalah menurut tarekat Putera-Nya, yang tarekat itu ada sejak pengasasan dunia; atau dengan perkataan lain, tanpa permulaan hari atau pengakhiran tahun, dipersiapkan dari keabadian ke seluruh keabadian menurut pra-pengetahuan-Nya tentang segala sesuatu—

8 Sekarang, mereka ditahbiskan menurut cara ini—dipanggil dengan panggilan yang kudus, dan ditahbiskan dengan tatacara kudus, dan mengambil ke atas diri mereka imamat tinggi dalam tarekat yang kudus, yang panggilan, dan tatacara, dan imamat tingginya, adalah tanpa permulaan atau pengakhiran—

9 Demikianlah mereka menjadi para imam tinggi selamanya, menurut tarekat Putera, Anak Tunggal Bapa, yang adalah tanpa permulaan hari atau pengakhiran tahun, yang penuh dengan rahmat, kesetaraan, dan kebenaran. Dan demikianlah halnya. Amin.

10 Sekarang, seperti yang aku katakan berkenaan tarekat kudus, atau imamat tinggi ini, ada banyak yang ditahbiskan dan menjadi para imam tinggi Tuhan; dan ini kerana iman yang amat besar dan pertaubatan mereka, dan kesolehan mereka di hadapan Tuhan, mereka memilih untuk bertaubat dan mengerjakan kebenaran dan bukannya untuk terbinasa;

11 Oleh itu mereka dipanggil menurut tarekat kudus ini, dan disucikan, dan pakaian mereka dibasuh hingga putih oleh darah Anak Domba.

12 Sekarang, mereka, setelah disucikan melalui Roh Kudus, setelah pakaian mereka dijadikan putih, mereka menjadi murni dan tanpa noda di hadapan Tuhan, tidak dapat memandang pada dosa kecuali dengan kebencian; dan ada banyak, amat sangat banyak, yang dijadikan murni dan masuk ke dalam peristirahatan Tuhan Raja mereka.

13 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku menghendaki agar kamu sepatutnya merendahkan hatimu di hadapan Tuhan, dan menghasilkan buah yang sesuai untuk pertaubatan, agar kamu boleh juga masuk ke dalam peristirahatan itu.

14 Ya, rendahkanlah hatimu bahkan seperti orang pada masa Melkisedek, yang adalah juga seorang imam tinggi menurut tarekat yang sama ini yang telah aku bicarakan, yang juga mengambil ke atas dirinya imamat tinggi selamanya.

15 Dan adalah Melkisedek yang sama ini yang kepadanya Abraham membayar persepuluhan; ya, bahkan bapa kita Abraham membayar persepuluhan iaitu sepersepuluh bahagian daripada semua yang dia miliki.

16 Sekarang, tatacara-tatacara ini diberikan menurut cara ini, agar dengan demikian orang boleh menanti-nantikan Putera Tuhan, kerana itu ialah suatu lambang tarekat-Nya, atau itu ialah tarekat-Nya, dan ini agar mereka boleh menanti-nantikan-Nya untuk pengampunan dosa-dosa mereka, agar mereka boleh masuk ke dalam peristirahatan Tuhan.

17 Sekarang, Melkisedek ini adalah raja atas negeri Salem; dan rakyatnya telah menjadi dahsyat dalam kederhakaan dan kekejian; ya, mereka telah semuanya tersesat; mereka penuh dengan segala macam kejahatan;

18 Tetapi Melkisedek setelah menjalankan iman yang amat kuat, dan menerima jawatan imamat tinggi menurut tarekat kudus Tuhan, mengkhutbahkan pertaubatan kepada rakyatnya. Dan lihatlah, mereka bertaubat; dan Melkisedek menegakkan kedamaian di negeri itu pada masa hidupnya; oleh itu dia digelar putera kedamaian, kerana dia adalah raja Salem; dan dia memerintah di bawah ayahnya.

19 Sekarang, ada banyak sebelum dia, dan juga ada banyak sesudahnya, tetapi tiada seorang pun yang lebih agung; oleh itu, tentangnya mereka telah secara lebih khusus menyebutkannya.

20 Sekarang, aku tidak perlu menceritakan kembali hal ini; apa yang telah aku katakan boleh mencukupi. Lihatlah, tulisan suci ada di hadapanmu; jika kamu akan memutarbelitkannya, itu akan menjadi kehancuranmu sendiri.

21 Dan sekarang, terjadilah bahawa ketika Alma telah mengatakan perkataan-perkataan ini kepada mereka, dia menghulurkan tangannya kepada mereka dan berseru dengan suara yang amat kuat, mengatakan: Sekarang adalah waktu untuk bertaubat, kerana hari penyelamatan semakin dekat;

22 Ya, dan suara Tuhan, melalui mulut para malaikat, memaklumkannya kepada semua bangsa; ya, memaklumkannya, agar mereka boleh memperoleh khabar gembira tentang kebahagiaan yang besar; ya, dan Dia menyuarakan khabar gembira ini ke kalangan seluruh umat-Nya, ya, bahkan kepada mereka yang tercerai-berai secara luas di atas muka bumi; oleh itu, khabar gembira itu telah datang kepada kita.

23 Dan ia disingkapkan kepada kita dalam kata-kata yang jelas, agar kita boleh memahami, agar kita tidak dapat khilaf; dan ini kerana kita adalah pengembara di sebuah negeri asing; oleh itu, kita demikian sangat dirahmati kerana khabar gembira ini telah dimaklumkan kepada kita di semua bahagian ladang anggur kita.

24 Kerana lihatlah, para malaikat memaklumkannya kepada banyak orang pada waktu ini di negeri kita; dan ini adalah bagi tujuan mempersiapkan hati anak-anak manusia untuk menerima firman-Nya pada waktu kedatangan-Nya dalam kemuliaan-Nya.

25 Dan sekarang, kita hanya menunggu untuk mendengar berita penuh kebahagiaan itu dimaklumkan kepada kita oleh mulut para malaikat, tentang kedatangan-Nya; kerana waktunya semakin hampir, kita tidak tahu seberapa segera. Aku sungguh-sungguh berhasrat pada Tuhan bahawa itu boleh terjadi pada masa hidupku; tetapi biarlah itu terjadi lebih cepat atau lebih lambat, di dalamnya aku akan bersukacita.

26 Dan akan disingkapkan kepada orang yang soleh dan kudus, oleh mulut para malaikat, pada waktu kedatangan-Nya, agar perkataan-perkataan nenek moyang kita boleh digenapi, menurut apa yang telah mereka ucapkan berkenaan-Nya, yang adalah menurut roh nubuat yang ada dalam mereka.

27 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku berkeinginan dari lubuk hatiku, ya, dengan kegelisahan besar bahkan hingga terasa sakit, bahawa kamu akan mendengar perkataan-perkataanku, dan mengenyahkan dosa-dosamu, dan tidak menangguhkan hari pertaubatanmu;

28 Tetapi bahawa kamu akan merendahkan hatimu di hadapan Tuhan, dan memanggil nama kudus-Nya, dan berjaga dan berdoa secara berterusan, agar kamu tidak digoda melebihi apa yang dapat kamu tanggung, dan dengan demikian dituntun oleh Roh Kudus, menjadi rendah hati, lembut hati, peserah, sabar, penuh dengan kasih dan segala panjang sabar;

29 Memiliki iman kepada Tuhan; mempunyai harapan bahawa kamu akan menerima kehidupan abadi; memiliki kasih Tuhan selalu dalam hatimu, agar kamu boleh diangkat pada hari terakhir dan masuk ke dalam peristirahatan-Nya.

30 Dan semoga Tuhan memberikan kepadamu pertaubatan, agar kamu tidak akan menurunkan kemurkaan-Nya ke atas dirimu, agar kamu tidak akan diikat oleh rantai neraka, agar kamu tidak menderita kematian kedua.

31 Dan Alma mengucapkan lebih banyak lagi perkataan kepada umat itu, yang tidak tertulis dalam kitab ini.