Kitab Suci
Alma 7


Perkataan-perkataan Alma yang dia sampaikan kepada orang di Gideon, menurut catatannya sendiri.

Meliputi bab 7.

Bab 7

Kristus akan dilahirkan oleh Maria—Dia akan melepaskan ikatan kematian dan menanggung dosa-dosa umat-Nya—Mereka yang bertaubat, dibaptis, dan mentaati perintah-perintah akan memperoleh kehidupan abadi—Kekotoran tidak dapat mewarisi kerajaan Tuhan—Kerendahan hati, iman, harapan, dan ihsan diperlukan. Kira-kira 83 tahun S.M.

1 Lihatlah saudara-saudaraku yang dikasihi, melihat bahawa aku telah diizinkan untuk datang kepadamu, oleh itu aku berusaha untuk aberucap kepadamu dalam bahasaku; ya, dengan mulutku sendiri, melihat bahawa ini adalah pertama kali aku telah berbicara kepadamu dengan perkataan mulutku, kerana aku telah sepenuhnya terbatas pada bkerusi penghakiman, kerana telah ada banyak urusan sehingga aku tidak dapat datang kepadamu.

2 Dan bahkan aku tidak dapat datang sekarang pada waktu ini seandainya kerusi penghakiman tidak adiberikan kepada yang lain, untuk memerintah sebagai penggantiku; dan Tuhan dalam banyak belas kasihan telah mengabulkan agar aku hendaknya datang kepadamu.

3 Dan lihatlah, aku telah datang memiliki harapan yang besar dan banyak hasrat agar aku akan mendapati bahawa kamu telah merendahkan hatimu di hadapan Tuhan, dan bahawa kamu telah berterusan dalam permohonan akan rahmat-Nya, bahawa aku akan mendapati bahawa kamu tidak bersalah di hadapan-Nya, bahawa aku akan mendapati bahawa kamu tidak berada dalam keadaan serba salah yang dahsyat yang saudara-saudara kita alami di Zarahemla.

4 Tetapi terpujilah nama Tuhan, kerana Dia telah memberitahu aku, ya, telah memberikan kepadaku kebahagiaan yang amat besar kerana mengetahui bahawa mereka ditegakkan kembali pada jalan kebenaran-Nya.

5 Dan aku percaya, menurut Roh Tuhan yang ada dalam diriku, bahawa aku juga akan merasakan kebahagiaan terhadap dirimu; walaupun demikian aku tidak berhasrat bahawa kebahagiaan terhadap dirimu sepatutnya datang melalui sedemikian banyaknya kesengsaraan dan dukacita yang telah aku alami bagi saudara-saudara di Zarahemla, kerana lihatlah, kebahagiaanku datang terhadap diri mereka setelah menempuh banyak kesengsaraan dan dukacita.

6 Tetapi lihatlah, aku percaya bahawa kamu tidak berada dalam keadaan sedemikian banyaknya ketidakpercayaan yang besar seperti saudara-saudaramu; aku percaya bahawa kamu tidak terangkat-angkat dalam keangkuhan hatimu; ya, aku percaya bahawa kamu tidak menaruh hatimu pada kekayaan dan perkara yang sia-sia di dunia; ya, aku percaya bahawa kamu tidak menyembah aberhala-berhala, tetapi bahawa kamu menyembah bTuhan yang hidup dan yang sejati, dan bahawa kamu menanti-nantikan untuk pengampunan dosa-dosamu, dengan iman yang abadi, yang akan datang.

7 Kerana lihatlah, aku berkata kepadamu ada banyak hal yang akan datang; dan lihatlah, ada satu hal yang lebih penting daripada semuanya—kerana lihatlah, awaktunya tidaklah terlalu jauh ketika Penebus hidup dan datang di kalangan umat-Nya.

8 Lihatlah, aku tidak berkata bahawa Dia akan datang ke kalangan kita pada waktu Dia berdiam di dalam tubuh fana-Nya; kerana lihatlah, Roh tidak berfirman kepadaku bahawa inilah keadaannya. Sekarang, berhubung dengan hal ini aku tidak tahu; tetapi sebanyak ini yang aku tahu, bahawa Tuhan Raja memiliki kuasa untuk melakukan segala sesuatu yang menurut firman-Nya.

9 Tetapi lihatlah, Roh telah berfirman sebanyak ini kepadaku, memfirmankan: Berserulah kepada umat ini, mengatakan—aBertaubatlah kamu, dan persiapkanlah jalan Tuhan, dan berjalanlah di jalan-jalan-Nya, yang adalah lurus; kerana lihatlah, kerajaan syurga ada di depan mata, dan Putera Tuhan bdatang ke atas muka bumi.

10 Dan lihatlah, Dia akan adilahirkan oleh bMaria, di Yerusalem yang merupakan cnegeri nenek moyang kita, dia seorang dperawan, bejana yang berharga dan terpilih, yang akan dinaungi oleh dan ehamil melalui kuasa Roh Kudus, dan melahirkan seorang putera, ya, bahkan Putera Tuhan.

11 Dan Dia akan pergi, menderita kesakitan dan akesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis; dan ini agar firman boleh digenapi yang mengatakan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kesakitan dan penyakit umat-Nya.

12 Dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya akematian, agar Dia boleh melepaskan ikatan kematian yang mengikat umat-Nya; dan Dia akan mengambil ke atas diri-Nya kelemahan mereka, agar sanubari-Nya boleh dipenuhi dengan belas kasihan, menurut keadaan daging, agar Dia boleh mengetahui menurut keadaan daging bagaimana bmenyokong umat-Nya menurut kelemahan mereka.

13 Sekarang, Roh amengetahui segala sesuatu; walaupun demikian Putera Tuhan menderita menurut keadaan daging agar Dia boleh bmengambil ke atas diri-Nya dosa-dosa umat-Nya, agar Dia boleh memadamkan pelanggaran mereka menurut kuasa pembebasan-Nya; dan sekarang, lihatlah, inilah kesaksian yang ada dalam diriku.

14 Sekarang, aku berkata kepadamu bahawa kamu mesti bertaubat, dan adilahirkan kembali; kerana Roh berfirman jika kamu tidak dilahirkan kembali kamu tidak dapat mewarisi kerajaan syurga; oleh itu datanglah dan dibaptislah untuk pertaubatan, agar kamu boleh dibasuh daripada dosa-dosamu, agar kamu boleh memiliki iman kepada Anak Domba Tuhan, yang mengambil dosa-dosa dunia, yang perkasa untuk menyelamatkan dan untuk membersihkan daripada segala ketidaksolehan.

15 Ya, aku berkata kepadamu datanglah dan janganlah takut, dan tinggalkanlah setiap dosa, yang dengan mudah amenghantuimu, yang mengikatmu hingga jatuh sampai kehancuran, ya, marilah dan lakukanlah, dan perlihatkanlah kepada Tuhanmu bahawa kamu bersedia untuk bertaubat daripada dosa-dosamu dan masuk ke dalam perjanjian dengan-Nya untuk mentaati perintah-perintah-Nya, dan mempersaksikannya kepada-Nya hari ini dengan pergi ke dalam air pembaptisan.

16 Dan barang siapa melakukan ini, dan mentaati perintah-perintah Tuhan sejak waktu itu, orang yang sama itu akan ingat bahawa aku berkata kepadanya, ya, dia akan ingat bahawa aku telah berkata kepadanya, dia akan memperoleh kehidupan abadi, menurut kesaksian Roh Kudus, yang bersaksi dalam diriku.

17 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, adakah kamu mempercayai hal-hal ini? Lihatlah, aku berkata kepadamu, ya, aku tahu bahawa kamu mempercayainya; dan cara aku tahu bahawa kamu mempercayainya adalah melalui pernyataan Roh yang berada dalam diriku. Dan sekarang, kerana imanmu kuat berkenaan itu, ya, berkenaan apa yang telah aku ucapkan, besarlah kebahagiaanku.

18 Kerana seperti yang aku katakan kepadamu sejak awal, bahawa aku memiliki banyak hasrat agar kamu tidak berada dalam keadaan serba salah seperti saudara-saudaramu, demikian pula aku telah mendapati bahawa hasratku telah dipuaskan.

19 Kerana aku merasakan bahawa kamu berada di jalan kesolehan; aku merasa bahawa kamu berada di jalan yang menuntun ke kerajaan Tuhan; ya, aku merasa bahawa kamu sedang menjadikan ajalan-Nya lurus.

20 Aku merasa bahawa ia telah disingkapkan kepadamu, melalui kesaksian firman-Nya, bahawa Dia tidak dapat aberjalan di atas jalan yang berliku-liku; tidak juga Dia berubah dari apa yang Dia telah firmankan; tidak juga Dia telah sedikit pun berpaling dari kanan ke kiri, atau dari apa yang benar ke apa yang salah; oleh itu, jalan-Nya adalah satu kitaran abadi.

21 Dan dia tidak berdiam di dalam bait suci yang atidak kudus; tidak juga dapat kekotoran atau apa pun yang tidak bersih diterima ke dalam kerajaan Tuhan; oleh itu aku berkata kepadamu waktunya akan tiba, ya, dan akan terjadi pada hari terakhir, ketika dia yang bkotor akan tetap berada dalam kekotorannya.

22 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku telah mengatakan hal-hal ini kepadamu agar aku boleh membangunkanmu pada kesedaran akan kewajipanmu kepada Tuhan, agar kamu boleh berjalan secara tidak bersalah di hadapan-Nya, agar kamu boleh berjalan menurut tarekat kudus Tuhan, yang menurutnya kamu telah diterima.

23 Dan sekarang, aku menghendaki agar kamu sepatutnya arendah hati, dan bersifat peserah dan lemah lembut; ramah tamah; penuh dengan kesabaran dan panjang sabar; bersederhana dalam segala hal; tekun dalam mentaati perintah-perintah Tuhan pada seluruh masa; meminta untuk apa pun yang sedang kamu perlukan, baik rohani mahupun duniawi; selalu kembali bersyukur kepada Tuhan untuk apa pun yang kamu terima.

24 Dan pastikanlah bahawa kamu memiliki aiman, harapan, dan ihsan, dan jika begitu kamu akan selalu berlimpah ruah dalam pekerjaan yang baik.

25 Dan semoga Tuhan memberkatimu, dan menjaga pakaianmu tanpa noda, agar kamu boleh pada akhirnya dibawa untuk duduk bersama Abraham, Ishak, dan Yakub, dan para nabi kudus yang telah senantiasa ada sejak dunia bermula, memastikan pakaianmu atanpa noda bahkan sebagaimana pakaian mereka adalah tanpa noda, di dalam kerajaan syurga untuk tidak lagi keluar.

26 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku telah mengucapkan perkataan-perkataan ini kepadamu menurut Roh yang bersaksi dalam diriku; dan jiwaku amat bersukacita, kerana ketekunan dan perhatian yang besar yang telah kamu berikan pada perkataanku.

27 Dan sekarang, semoga akedamaian Tuhan berdiam ke atas dirimu, dan ke atas rumah dan tanahmu, dan ke atas kawanan domba dan kawanan ternakmu, dan segala yang kamu miliki, kaum wanitamu dan anak-anakmu, menurut imanmu dan pekerjaan baikmu, mulai waktu ini dan selamanya. Dan demikianlah aku telah berbicara. Amin.