2010–2019
Nama Gereja yang Betul
Oktober 2018


Nama Gereja yang Betul

Yesus mengarah kita untuk memanggil Gereja-Nya menurut nama Dia kerana ia adalah Gereja-Nya, dipenuhi dengan kuasa-Nya.

Saudara dan saudari yang dikasihi, hari Sabat ini, kita bersukacita bersama dengan segala berkat daripada Tuhan. Kami amat bersyukur untuk kesaksian anda tentang injil Yesus Kristus yang dipulihkan, untuk pengorbanan anda supaya kekal dan kembali kepada jalan perjanjian-Nya dan pelayanan suci anda dalam Gereja-Nya.

Hari ini saya rasa perlunya membincang tentang suatu hal yang amat penting dengan anda. Beberapa minggu lalu, saya mengeluarkan satu pernyataan berkenaan satu pembetulan pada nama Gereja.1 Saya buat ini kerana Tuhan telah mengungkapkan pada fikiran saya betapa pentingnya nama yang Dia telah ungkapkan untuk Gereja-Nya, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.2

Seperti diharapkan, respon pada pernyataan ini dan panduan gaya semakan3 adalah baik dan tidak baik. Ramai ahli gereja membetulkan nama Gereja dalam blog dan halaman media sosial mereka dengan segera. Yang lain tertanya kenapa, dengan semua ini berlaku di dunia, adalah patut saya menekankan hal ini yang “tidak penting.” Dan ada yang berkata tidak dapat dilakukan, maka kenapa mahu cuba? Saya akan jelaskan kenapa kami ambil berat mengenai isu ini. Pertama, saya mahu menyatakan apakah usaha ini tidak dimaksudkan:

  • Ia bukanlah suatu perubahan nama.

  • Ia bukanlah suatu penjenamaan semula.

  • Ia bukanlah sekadar luaran.

  • Ia bukanlah mengikut kehendak hati.

  • Dan ia bukanlah tidak penting.

Sebaliknya, adalah suatu pembetulan. Ia adalah perintah Tuhan. Joseph Smith tidak menamakan Gereja yang dipulih melaluinya; mahupun Mormon. Adalah Juruselamat Sendiri yang berkata, “Kerana demikianlah gereja-Ku akan dinamakan pada zaman akhir, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.”4

Pada 34 Masihi, Tuhan kita yang bangkit memberi arahan yang sama kepada ahli Gereja-Nya ketika Dia mengunjungi mereka di Benua Amerika. Pada saat itu Dia berkata:

“Oleh itu kamu akan memanggil gereja ini dengan nama-Ku. …

“Dan bagaimanakah ia menjadi gereja-Ku kecuali dipanggil dengan nama-Ku? Kerana jika sebuah gereja dipanggil dengan nama Musa maka ia menjadi gereja Musa; atau jika dipanggil dengan nama seseorang maka ia menjadi gereja orang itu; tetapi jika dipanggil dengan nama-Ku barulah ia menjadi gereja-Ku, jika mereka dibangunkan di atas Injil-Ku.”5

Jadi, nama Gereja tidak boleh dirundingkan. Apabila Juruselamat menyatakan dengan jelas nama Gereja-Nya sepatutnya dipanggil dan juga sebelum pengisytiharan-Nya dengan, “Demikianlah gereja-Ku dinamakan,” Dia serius. Dan jika kita membenar nama gelaran digunakan, mengambil atau menyokong nama gelaran bagi kita, Dia tersinggung.

Apa nilainya sebuah nama atau seperti kes ini, suatu nama gelaran? Berkenaan dengan nama gelaran Gereja, seperti “Gereja LDS,” “Gereja Mormon,” atau “Gereja Orang Suci Zaman Akhir,” perkara yang paling penting dalam setiap nama itu adalah nama Juruselamat tidak dimasukkan. Untuk menyingkirkan nama Tuhan daripada Gereja Tuhan adalah suatu kemenangan besar bagi Setan. Apabila kita membuang nama Juruselamat, kita secara perlahan tidak mempedulikan segala yang dilakukan oleh Yesus Kristus—iaitu Korban tebusan-Nya.

Pertimbangkan ini menurut pandangan-Nya: Pada masa pra-fana, Dia ialah Yehovah, Tuhan Perjanjian Lama. Di bawah arahan Bapa-Nya, Dia ialah Pencipta dunia ini dan yang lain.6 Dia telah pilih untuk menyerah kepada kehendak Bapa-Nya dan melakukan sesuatu bagi semua anak Tuhan yang tiada orang dapat lakukan! Dengan perendahan hati, dia datang ke bumi sebagai Anak Tunggal Bapa secara jasmani. Dia dicaci maki, dikutuk, diludahi dan dipukul. Di Taman Getsemani, Juruselamat kita mengambil atas diri-Nya setiap kesakitan, setiap dosa, dan segala kepedihan dan penderitaan yang paling besar dialami oleh anda dan saya dan oleh semua orang yang pernah hidup dan akan hidup. Dengan tekanan dari beban-beban yang tidak tertahan, dia berdarah dari setiap liang roma.7 Semua penderitaan ini telah bertambah apabila Dia disalib dengan kejam di atas salib Kalvari.

Melalui pengalaman yang tidak tertahan dan selepas Kebangkitan-Nya —Korban Tebusan Abadi-Nya—Dia memberi kebaqaan kepada semua, dan menebus setiap kita dari kesan-kesan dosa, dengan syarat bahawa kita bertaubat.

Selepas Kebangkitan Juruselamat dan kematian Rasul-rasul-Nya dunia jatuh ke dalam kegelapan yang berabad-abad. Kemudian pada tahun 1820, Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus menampakkan diri kepada Nabi Joseph Smith untuk memulakan Pemulihan Gereja Tuhan.

Selepas segala yang Dia telah bertahan—dan selepas segala yang Dia lakukan bagi manusia—saya sedar dengan penyesalan bahawa kita telah menerima Gereja Tuhan yang dipulihkan dengan nama yang lain, setiap nama yang menyingkirkan nama kudus Yesus Kristus!

Setiap Ahad apabila kita mengambil sakramen dengan layak, kita memperbaharui perjanjian kudus kepada Bapa Syurgawi bahawa kita rela mengambil nama Putera-Nya ke atas kita, Yesus Kristus.8 Kita berjanji untuk mengikut Dia, bertaubat, mematuhi perintah-perintah-Nya dan selalu mengingati Dia.

Apabila kita menyingkirkan nama-Nya daripada Gereja-Nya, kita dengan tidak sengaja, menyingkirkan Dia sebagai pusat fokus kehidupan kita.

Mengambil nama Juruselamat ke atas diri kita termasuk menegaskan dan bersaksi kepada orang lain—melalui tindakan dan pertuturan kita—bahawa Yesus ialah Kristus. Adakah kita takut untuk menyinggung seseorang yang memanggil kita “Orang Mormon” sehingga kita telah gagal untuk mempertahankan Juruselamat, untuk membela Dia serta nama yang ditetapkan bagi Gereja-Nya?

Jika kita sebagai manusia dan individu memiliki akses kepada kuasa Korban Tebusan Yesus Kristus—untuk membersih dan menyembuh kita, untuk menguat dan mengembang kita dan akhirnya memuliakan kita—kita mesti mengenali Dia sebagai sumber kuasa itu. Kita boleh mula dengan memanggil Gereja-Nya dengan nama yang Dia tetapkan.

Merata tempat di dunia, Gereja Tuhan kini dikenali sebagai “Gereja Mormon.” Tetapi kita sebagai ahli-ahli Gereja Tuhan tahu siapa yang mengetuai: Yesus Kristus Sendiri. Malangnya, ramai yang mendengari perkataan Mormon akan berfikir kita menyembah Mormon. Tidak benar! Kami menghormati dan menjunjung nabi di Benua Amerika purba yang hebat itu.9 Tetapi kami bukan pengikut Mormon. Kita pengikut Tuhan.

Pada awal Gereja yang dipulih, perkataan seperti Gereja Mormon dan Orang Mormon 10 sering diguna sebagai epifet (nama gelaran)—nama yang kasar, nama yang kesat—dicipta untuk menutupi pengaruh Tuhan dalam pemulihan Gereja Yesus Kristus pada zaman akhir ini.11

Saudara dan saudari, terdapat banyak perdebatan terhadap pemulihan nama Gereja yang betul. Oleh kerana kita hidup dalam dunia digital dan dengan enjin carian cekap yang membantu kita semua mencari maklumat hampir segera—termasuk maklumat mengenai Gereja Tuhan—orang kritik berkata suatu pembetulan pada masa kini tidak wajar. Orang lain merasa bahawa kerana kita dikenali sebagai “Orang Mormon” dan “Gereja Mormon,” kita boleh gunakan dengan lebih baik.

Jika ini sesuatu perbincangan tentang penjenamaan semula organisasi manusia, alasan-alasan itu. Tetapi pada hal yang penting ini, kita melihat kepada Dia, Gereja-Nya dan mengenali bahawa cara Tuhan tidak pernah akan sama seperti cara manusia. Jika kita akan bersabar dan jika kita akan melakukan usaha kita dengan baik, Tuhan akan membimbing kita dalam tugas penting ini. Akhirnya, kita tahu bahawa Tuhan membantu mereka yang mencari untuk melaksana kehendak-Nya, sama seperti Dia membantu Nephi berjaya dalam tugasan membina sebuah kapal untuk merentasi laut.12

Kita akan berbudi bahasa dan bersabar dalam usaha membuat pembetulan ini. Media yang bertanggungjawab akan bersimpati dalam pembalasan kepada permintaan kita.

Di dalam persidangan umum lalu, Elder Benjamín De Hoyos berbicara tentang peristiwa seperti ini. Dia berkata:

“Beberapa tahun yang lalu semasa saya melayan di pejabat hal ehwal Gereja di Mexico, [seorang rakan dan saya] dijemput menyertai rancangan temu bual radio. … [Salah seorang pengarah program] menanya saya, ‘Kenapa Gereja mempunyai nama yang panjang? …’

“Saya dan rakan saya senyum sebab pertanyaannya yang baik dan kami menjelaskan bahawa nama Gereja tidak dipilih oleh manusia. Ia diberi oleh Juruselamat. … Pengarah program menjawab dengan rasa hormat dan segera, ‘Kita akan menyebut sekali lagi dengan gembira.13

Laporan tersebut memberi suatu corak. Satu per satu, usaha yang baik secara individu adalah diperlukan untuk membuat pembetulan bagi hal-hal salah yang berlaku bertahun-tahun.14 Semua di dunia mungkin atau tidak mungkin mengikut contoh kita dengan memanggil kita dengan nama yang betul. Tetapi adalah tidak ikhlas bagi kita untuk merasa kecewa jika kebanyakan di dunia memanggil Gereja dan para ahlinya dengan nama yang salah sekiranya kita lakukan yang sama.

Panduan gaya semakan kami amat berguna. Ia tertulis: “Dalam rujukan pertama, nama penuh Gereja ialah: ‘Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.’ Apabila satu rujukan pendek diperlukan, kami galakkan penggunaan “Gereja” atau “Gereja Yesus Kristus”. ‘Gereja Yesus Kristus yang dipulih’ juga tepat dan digalakkan mengguna.”15

Jika seseorang bertanya, “Kamu seorang Mormon? Anda boleh menjawab, “Jika kamu bertanya saya seorang ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, ya, saya seorang ahli!”

Jika seseorang bertanya, “Kamu seorang Orang Suci Zaman Akhir?”16 anda boleh menjawab, “Ya, saya seorang Orang Suci Zaman Akhir. Saya percaya pada Yesus Kristus dan saya seorang ahli Gereja-Nya yang dipulihkan.”

Saudara dan saudari yang dikasihi, saya berjanji kepada anda jika anda akan lakukan sebaik mungkin dalam memulihkan nama Gereja Tuhan yang betul, Dia yang ketuai gereja ini akan mencurahkan kuasa dan berkat-Nya ke atas kepala-kepala Orang Suci Zaman Akhir,17 yang tidak pernah kita lihat sampai sekarang. Kita akan memperoleh pengetahuan dan kuasa Tuhan untuk membantu kita memberi berkat injil Yesus Kristus yang dipulihkan ke setiap bangsa, kaum, bahasa, dan bangsa dan mempersiapkan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan.

Jadi, apa nilainya sebuah nama? Jika berkenaan dengan nama Gereja Tuhan, jawapannya ialah “Amat bernilai!” Yesus mengarah kita untuk memanggil Gereja-Nya menurut nama Dia kerana ia adalah Gereja-Nya, dipenuhi dengan kuasa-Nya.

Saya tahu Tuhan hidup. Yesus ialah Kristus. Dia memimpin Gereja-Nya hari ini. Saya bersaksi dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.

Nota

  1. “Tuhan telah mengungkapkan pada fikiran saya betapa pentingnya nama yang Dia telah ungkapkan untuk Gereja-Nya, bahkan Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Kita mempunyai tugas di hadapan kita untuk membawa diri kita selaras dengan kehendak-Nya. Mingguan yang baru ini, pelbagai pemimpin dan jabatan Gereja telah mula mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakannya. Maklumat tambahan tentang hal ini akan didapati dalam bulan yang akan datang” (Russell M. Nelson, dalam “The Name of the Church” [penyataan rasmi, 16 Ogos 2018], mormonnewsroom.org).

  2. Para Presiden Gereja yang lalu telah buat permintaan yang sama. Contohnya, Presiden George Albert Smith berkata: “Jangan mengecewakan Tuhan dengan memanggil ini Gereja Mormon. Dia tidak memanggilnya Gereja Mormon” (dalam Conference Report, April 1948, 160).

  3. Lihat “Style Guide—The Name of the Church,” mormonnewsroom.org.

  4. Ajaran dan Perjanjian 115:4.

  5. 3 Nefi 27:7–8.

  6. Lihat Musa 1:33.

  7. Lihat Ajaran dan Perjanjian 19:18.

  8. Lihat Moroni 4:3; Ajaran dan Perjanjian 20:37, 77.

  9. Mormon ialah salah satu daripada empat penulis utama Kitab Mormon, yang lain ialah Nefi, Yakub dan Moroni. Semuanya saksi-saksi Tuhan, termasuk penterjemah terilham, Nabi Joseph Smith.

  10. Nama bangsa Mormon juga digunakan sebagai suatu ejekan di kalangan nama yang lain (lihat History of the Church, 2:62–63, 126).

  11. Epifet-epifet lain wujud dalam zaman Perjanjian Baru. Semasa pembicaraan Rasul Paulus di hadapan Felix, dia dikatakan sebagai “pemimpin kumpulan orang Nasaret. Berkenaan dengan penggunaan frasa “orang Nasaret,” seorang pengulas menulis: “Biasanya inilah nama yang diberikan kepada orang Kristian dengan rasa benci. Mereka dipanggil sebegini kerana Yesus dari Nasaret” (Albert Barnes, Notes, Explanatory and Practical, on the Acts of the Apostles [1937], 313).

    Sama juga dengan kenyataan pengulas yang lain: Tuhan kita dipanggil ‘orang Nasaret’ dengan rasa benci (Matius 26:71), maka orang Yahudi menetapkan pengikut-Nya ‘orang Nasaret.’ Orang Yahudi tidak akan mengenali mereka sebagai orang Kristian, contohnya, pengikut Mesias” (The Pulpit Commentary: The Acts of the Apostles, ed. H. D. M. Spence and Joseph S. Exell [1884], 2:231).

    Berkaitan dengan ini, Elder Neal A. Maxwell berkata: “Sepanjang sejarah kitab agama, kita melihat usaha yang sentiasa berlaku untuk merendahkan para nabi supaya dapat menolak mereka—melabelkan mereka supaya dapat mengecilkan mereka. Namun, kebanyakan mereka hanya tidak dipedulikan oleh orang-orang sezaman dan sejarah duniawi. Akhirnya, orang Kristian awal cuma dipanggil ‘orang Nasaret.’ (Kisah Rasul-Rasul 24:5.)” (“Out of Obscurity,” Ensign, Nov. 1984, 10).

  12. Lihat 1 Nefi 18:1–2.

  13. Benjamín De Hoyos, “Called to Be Saints,” Liahona, Mei 2011, 106.

  14. Walaupun kita tidak dapat mengawal cara yang orang lain akan memanggil kita, kita dapat mengawal cara kita mengenali kepada diri kita. Bagaimana kita boleh mengharapkan orang lain untuk menggunakan nama Gereja yang betul sekiranya kita sebagai ahli-ahli Dia gagal menggunakannya?

  15. Style Guide—The Name of the Church,” mormonnewsroom.org.

  16. Perkataan orang suci serign digunakan dalam Alkitab. Contohnya, dalam Surat Paulus kepada orang Efesus, dia menggunakan perkataan orang suci sekurang-kurangnya sekali di setiap bab. Seorang orang suci ialah seorang yang percaya dalam Yesus Kristus dan berusaha mengikut Dia.

  17. Lihat Ajaran dan Perjanjian 121:33.