2010–2019
Tentulah Sekarang
Oktober 2018


Tentulah Sekarang

Skala kegembiraan abadi kita bergantung kepada pemilihan Tuhan hidup dan menyertai Dia dalam usaha-Nya.

Watak fiksyen Mary Poppins merupakan seorang pengasuh Inggeris biasa—yang juga ajaib.1 Dia ditiup bawa oleh angin timur untuk membantu keluarga Banks yang tinggal di Nombor 17, Cherry Tree Lane, di Edwardian London. Dia telah ditanggungjawabkan kanak-kanak, Jane dan Michael. Dengan tegas tetapi baik hati, dia mula mengajar mereka ajaran-ajaran yang penting dengan cara yang mempersonakan.

Jane dan Michael membuat perkembangan yang baik, tetapi Mary memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan mereka. Di pertunjukan pentas, rakan pembersih cerobong asap Mary, Bert, cuba menghalang dia daripada pergi. Dia mendesak, “Tetapi mereka kanak-kanak yang baik, Mary.”

Mary membalas, “Adakah saya akan menghiraukan mereka jika mereka tidak? Namun saya tidak dapat membantu mereka jika mereka tidak membenarkan, dan tiada yang lebih susah untuk diajar kecualilah kanak yang tahu segalanya.”

Bert bertanya, “Jadi?”

Mary menjawab, “Jadi mereka perlu melakukan langkah seterusnya dengan sendiri.”2

Saudara dan saudari, seperti Jane dan Michael Banks, kita “kanak-kanak baik” yang layak dihiraukan. Bapa Syurgawi kita ingin membantu dan memberkat kita, tetapi kita tidak selalu membenarkan Dia. Kadangkala, kita juga berlakon seperti kita tahu segalanya. Dan kita juga perlu melakukan “langkah seterusnya” dengan sendiri. Itulah sebabnya kita datang ke bumi dari rumah syurgawi prafana. “Langkah” kita melibatkan membuat pilihan-pilihan.

Matlamat Bapa Syurgawi dalam keibubapaan bukanlah untuk anak-anak-Nya melakukan apa yang betul; ia adalah supaya anak-anak-Nya memilih untuk melakukan apa yang baik dan akhirnya menjadi seperti Dia. Jika Dia hanya inginkan kita untuk patuh, Dia akan menggunakan ganjaran dan hukuman yang segera untuk mempengaruhi tingkah laku kita.

Namun Tuhan tidak berminat untuk anak-anak-Nya hanya menjadi “haiwan peliharaan” terlatih dan patuh yang tidak akan mengunyah selipar-Nya di ruang tamu selestial.3 Tidak, Tuhan inginkan anak-anak Dia membesar secara rohani dan menyertai Dia dalam perniagaan keluarga itu.

Tuhan telah menubuhkan satu rancangan di mana kita boleh menjadi waris kerajaan Dia, jalan perjanjian yang membimbing kita untuk menjadi seperti Dia, mempunyai hidup seperti Dia, dan hidup bersama keluarga secara abadi di hadirat Dia.4 Pilihan peribadi merupakan—dan adalah—penting dalam rancangan ini, di mana kita telah belajar ketika kehidupan pra-fana kita. Kita menyetujui rancangan itu dan memilih untuk datang ke bumi.

Untuk memastikan kita akan melatih keimanan dan belajar menggunakan hak pilihan dengan baik, satu tirai lupa menyelubungi minda kita agar kita tidak mengingati rancangan Tuhan. Tanpa tirai itu, matlamat Tuhan tidak dapat dicapai kerana kita tidak boleh berkembang dan menjadi waris terpercaya-Nya yang diingini.

Nabi Lehi telah berkata: “Oleh kerana itu, Tuhan telah membenarkan manusia bertindak bagi dirinya sendiri. Oleh kerana itu, manusia tidak dapat bertindak bagi dirinya sendiri kecuali dia dipujuk oleh satu atau yang lain.”5 Pada tahap yang asas, satu pilihan diwakili oleh Yesus Kristus, Anak Sulung Bapa. Pilihan lain diwakili oleh Setan, Lusifer, yang ingin menghancurkan hak pilihan dan merampas kuasa.6

Dalam Yesus Kristus, “kita mempunyai seorang pembela bersama Bapa.”7 Setelah menyempurnakan pengorbanan korban tebusan-Nya, Yesus “naik ke syurga … untuk menuntut daripada Bapa hak-hak belas kasihan yang Dia miliki ke atas anak-anak manusia.” Dan, setelah menuntut hak-hak belas kasihan, “Dia membela anak-anak manusia.”8

Kristus membela bagi pihak kita kepada Bapa bukanlah akibat musuh. Yesus Kristus, yang membenarkan kehendak Dia diatasi dengan kehendak Bapa,9 tidak akan melawan apa pun selain daripada yang Bapa inginkan selama ini. Bapa Syurgawi secara pastinya menyorak dan menyanjung kejayaan kita.

Pembelaan Kristus merupakan, sekurang-kurangnya sebahagian, untuk mengingatkan kita bahawa Dia telah membayar dosa-dosa kita dan tiada yang dikecualikan daripada belas kasihan Tuhan.10 Bagi mereka yang percaya dalam Yesus Kristus, bertaubat, dibaptiskan, dan bertahan sampai akhir—satu proses yang membawa perdamaian11—Juruselamat mengampun, memulih, dan membela. Dialah pembantu, penghibur, dan perantaraan kita—mengesahkan dan menjaminkan perdamaian kita dengan Tuhan.12

Sebaliknya, Lusifer seorang penuduh atau pendakwa. Yohanes Pewahyu menerangkan penewasan Lusifer mutlak: “Dan aku mendengar suara kuat mengatakan di dalam syurga, Sekarang datanglah keselamatan, dan kekuatan, dan kerajaan Tuhan kita, dan kuasa Kristus-Nya.” Mengapa? Kerana “penuduh saudara-saudara kita telah disingkirkan, yang menuduh mereka di hadapan Tuhan kita siang dan malam. Dan mereka mengalahkan dia dengan darah Anak Domba, dan berita daripada Tuhan yang diisytiharkan mereka.”13

Lusifer merupakan penuduh ini. Dia menentang kita di kewujudan pra-fana, dan dia berterusan mencela kita dalam kehidupan kini. Dia ingin memusnahkan kita. Dia inginkan kita mengalami kesedihan yang tidak berakhir. Dia yang memberitahu kita bahawa kita tidak mencukupi, yang memberitahu kita bahawa kita tidak cukup baik, yang memberitahu kita bahawa tiada pengampunan daripada satu kesalahan. Dia penggertak yang utama, yang menendang kita apabila kita telah jatuh.

Jika Lusifer yang sedang mengajar seorang kanak untuk berjalan dan kanak itu jatuh, dia akan menjerit kepada kanak itu, menghukumnya, dan menyuruh kanak itu untuk tidak mencuba lagi. Cara-cara Lusifer membawa kepatahan hati dan kekecewaan—lambat laun dan sentiasa. Bapa penipuan ini merupakan pembekal kepalsuan yang utama14 dan menipu daya untuk memperdaya dan mengalih perhatian kita, “kerana dia berusaha agar semua manusia getir seperti dirinya sendiri.”15

Jika Kristus sedang mengajar seorang kanak untuk berjalan dan kanak itu jatuh, Dia akan membantu kanak itu berdiri dan menggalakkan langkah-langkah seterusnya.16 Kristus merupakan pembantu dan penghibur. Cara-cara Dia membawa kegembiraan dan harapan—lambat laun dan sentiasa.

Rancangan Tuhan termasuklah arahan-arahan bagi kita, yang dirujuk dalam ayat suci sebagai perintah-perintah. Perintah-perintah tersebut bukanlah set yang aneh atau kumpulan arahan arbitrari yang hanya melatihkan kita untuk patuh. Ia dikaitkan dengan perkembangan ciri-ciri ketuhanan, pengembalian kepada Bapa Syurgawi kita, dan penerimaan kegembiraan yang abadi. Kepatuhan kepada perintah-perintah Dia bukanlah secara buta; kita dengan sukarela memilih Tuhan dan jalan-Nya untuk pulang. Corak bagi kita adalah sama bagi Adam dan Hawa, di mana “Tuhan memberi kepada mereka perintah-perintah, setelah menyingkapkan kepada mereka rancangan penebusan.”17 Walaupun Tuhan inginkan kita untuk berada di jalan perjanjian, Dia memberi kita maruah untuk memilih.

Sudah pastinya, Tuhan menginginkan, mengharapkan, dan mengarahkan bahawa setiap anak Dia memilih untuk diri mereka sendiri. Dia tidak akan memaksa kita. Melalui kurniaan hak pilihan, Tuhan membenarkan anak-anak Dia “untuk bertindak bagi diri mereka sendiri dan bukan ditindaki.”18 Hak pilihan membenarkan kita memilih untuk berada di jalan itu, atau tidak. Ia membenarkan kita untuk meninggalkan jalan itu, atau tidak. Sepertimana kita tidak boleh dipaksa untuk patuh, kita tidak boleh dipaksa untuk tidak patuh. Tiada yang boleh, tanpa kerjasama kita, memesongkan kita daripada perjalanan itu. (Namun, jangan dikelirukan dengan mereka yang hak pilihan telah dicabuli. Mereka bukannya tersalah jalan; mereka merupakan mangsa. Mereka menerima pemahaman, kasih, dan rasa kasihan Tuhan.)

Tetapi apabila kita meninggalkan perjalanan itu, Tuhan menjadi sedih kerana Dia tahu bahawa lambat laun, seringkali, akibatnya kekurangan kegembiraan dan kehilangan berkat-berkat. Dalam kitab suci, meninggalkan jalan itu dirujuk sebagai dosa, dan akibat pengurangan kegembiraan dan berkat dipanggil hukuman. Maka, Tuhan bukan menghukum kita; hukuman merupakan akibat pilihan kita sendiri, bukannya Dia.

Apabila kita mendapati diri meninggalkan jalan itu, kita boleh tetap meninggalkannya, atau oleh kerana Korban Tebusan Yesus Kristus, kita boleh pilih untuk berbalikan langkah-langkah kita dan kembali ke perjalanan itu. Dalam kitab suci, proses memilih untuk mengubah dan kembali ke jalan dirujuk sebagai pertaubatan. Kegagalan untuk bertaubat bermakna bahawa kita memilih untuk membatalkan diri daripada berkat-berkat yang Tuhan ingin berikan. Jika kita “tidak ingin untuk menikmati apa yang [kita] boleh terima,” kita akan “kembali … ke tempat [kita] sendiri, untuk menikmati apa yang [kita] ingin terima”19—pilihan kita, bukannya Tuhan.

Tidak kira betapa lamanya kita telah meninggalkan jalan atau betapa jauhnya kita telah mengembara, saat ketika kita membuat keputusan untuk berubah, Tuhan akan membantu kita untuk pulang.20 Dari segi pandangan Tuhan, melalui pertaubatan ikhlas dan maju terus dengan ketabahan di dalam Kristus, apabila di atas jalan itu semula, ia akan seperti kita tidak pernah meninggalkannya.21 Juruselamat membayar dosa-dosa kita dan membebaskan kita daripada bayangan penyusutan kegembiraan dan berkat. Ini dirujuk dalam kitab suci sebagai pengampunan. Selepas pembaptisan, semua ahli tergelincir daripada jalan itu—ada di antara kita yang mungkin jatuh jauh. Oleh itu, melatih keimanan dalam Yesus Kristus, bertaubat, menerima bantuan daripada Dia, dan diampunkan bukanlah hanya peristiwa satu kali tetapi proses sepanjang hidup, proses yang berulang dan berlelaran. Beginilah cara kita “bertahan sampai akhir.”22

Kita perlu memilih siapa yang kita ingin melayan.23 Skala kegembiraan abadi kita bergantung kepada pemilihan Tuhan hidup dan menyertai Dia dalam usaha-Nya. Apabila kita berusaha untuk “mengambil langkah seterusnya” dengan sendiri, kita melatih untuk menggunakan hak pilihan dengan betul. Sepertimana dikatakan oleh dua Presiden Lembaga Pertolongan Umum sebelumnya, kita tidak harusnya menjadi “bayi-bayi yang perlu perhatian dan dibetulkan sentiasa.”24 Tidak, Tuhan inginkan kita untuk menjadi dewasa-dewasa matang dan mengawal diri kita.

Memilih untuk mengikut rancangan Bapa merupakan satu-satunya jalan di mana kita boleh menjadi waris kerajaan-Nya; hanya demikianlah Dia boleh mempercayai kita untuk tidak meminta sesuatu yang bertentangan kehendak Dia.25 Namun kita harus ingat bahawa “tiada yang lebih susah diajar kecualilah kanak yang tahu segalanya.” Jadi kita perlulah sudi diajar cara Tuhan oleh Tuhan dan hamba-hamba-Nya. Kita boleh percaya bahawa kita anak-anak kesayangan Ibu bapa Syurgawi26 dan bernilai untuk “dihiraukan” dan dipastikan bahawa “dengan sendiri” tidak akan sekali-kali bermakna “keseorangan.”

Sepertimana dikatakan oleh nabi Yakub dalam Kitab Mormon, saya berkata bersama dia:

“Oleh kerana itu, hiburkanlah hatimu, dan ingatlah bahawa kamu bebas untuk bertindak bagi dirimu sendiri—untuk memilih jalan kematian kekal atau jalan kehidupan abadi.

“Oleh kerana itu, saudara-saudaraku [dan saudari-saudari] yang dikasihi, perdamaikanlah dirimu dengan kehendak Tuhan, dan bukan dengan kehendak iblis … ; dan ingatlah, setelah kamu telah berdamai dengan Tuhan, bahawa hanyalah dalam dan melalui rahmat Tuhan maka kamu diselamatkan.”27

Maka, pilihlah untuk percaya dalam Kristus; pilihlah pertaubatan; pilih untuk dibaptiskan dan menerima Roh Kudus; pilihlah untuk bersedia dan layak untuk mengambil sakramen; pilih untuk membuat perjanjian dalam bait suci; dan pilihlah untuk melayan Tuhan hidup dan anak-anak-Nya. Pilihan kita menentukan siapa kita dan siapa kita akan menjadi.

Saya mengakhiri dengan berkat Yakub seterusnya: “Oleh kerana itu, semoga Tuhan membangkitkanmu daripada … kematian kekal melalui kuasa korban tebusan, agar kamu boleh diterima ke dalam kerajaan abadi Tuhan.”28 Dalam nama Yesus Kristus, amin.