Kitab Suci
Mosia 18


Bab 18

Alma berkhutbah secara diam-diam—Dia menyatakan perjanjian pembaptisan dan membaptis di Perairan Mormon—Dia menubuhkan Gereja Kristus dan menahbiskan para imam—Mereka menunjang diri mereka sendiri dan mengajar orang—Alma dan umatnya melarikan diri dari raja Nuh ke padang belantara. Kira-kira 147–145 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa Alma, yang telah melarikan diri daripada para orang suruhan raja Nuh, abertaubat atas dosa-dosa dan kederhakaannya, dan berkelana secara diam-diam ke kalangan rakyat, dan mula mengajarkan kata-kata Abinadi—

2 Ya, berkenaan apa yang akan datang, dan juga berkenaan kebangkitan orang mati, dan apenebusan orang, yang akan terlaksana melalui bkuasa, penderitaan, dan kematian Kristus, dan kebangkitan dan penaikan-Nya ke dalam syurga.

3 Dan sebanyak yang mahu mendengar perkataannya dia pun ajar. Dan dia mengajar mereka secara diam-diam, agar tidak boleh sampai pada pengetahuan raja. Dan banyak yang mempercayai perkataan-perkataannya.

4 Dan terjadilah bahawa sebanyak yang mempercayainya pergi ke suatu atempat yang disebut Mormon, menerima namanya daripada raja, yang berada di sempadan negeri yang diremut, pada waktu atau pada masa tertentu, oleh binatang liar.

5 Sekarang, ada di Mormon suatu sumber air tulen, dan Alma pergi berlindung ke sana, di sana dekat perairan itu ada rumpun pokok-pokok kecil, di mana dia menyembunyikan dirinya pada waktu siang hari daripada penggeledahan raja.

6 Dan terjadilah bahawa sebanyak yang mempercayainya pergi ke sana untuk mendengar kata-katanya.

7 Dan terjadilah setelah berhari-hari ada sejumlah besar orang berkumpul bersama di tempat Mormon, untuk mendengar perkataan-perkataan Alma. Ya, semua orang berkumpul bersama yang percaya pada perkataannya, untuk mendengar dia. Dan dia amengajar mereka, dan mengkhutbahkan kepada mereka pertaubatan, dan penebusan, dan iman kepada Tuhan.

8 Dan terjadilah bahawa dia berkata kepada mereka: Lihatlah, di sinilah Perairan Mormon (kerana demikianlah ia dipanggil) dan sekarang, kerana kamu aberhasrat untuk datang ke dalam bkawanan Tuhan, dan untuk dipanggil umat-Nya, dan cbersedia untuk menanggung beban satu sama lain, agar ianya boleh menjadi ringan;

9 Ya, dan bersedia untuk berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa; ya, dan menghibur mereka yang memerlukan penghiburan, dan untuk berdiri sebagai asaksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat di mana kamu boleh berada, bahkan sampai kematian, agar kamu boleh ditebus oleh Tuhan, dan terbilang dengan mereka dalam bkebangkitan pertama, agar kamu boleh memperoleh ckehidupan abadi

10 Sekarang, aku berkata kepadamu, jika ini adalah hasrat hatimu, apa yang menghalangmu untuk adibaptis dalam nama Tuhan, sebagai suatu kesaksian di hadapan-Nya bahawa kamu telah masuk ke dalam sebuah bperjanjian dengan-Nya, bahawa kamu akan melayani-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya, agar Dia boleh mencurahkan Roh-Nya dengan lebih berlimpah ke atas dirimu?

11 Dan sekarang, ketika orang telah mendengar perkataan-perkataan ini, mereka bertepuk tangan kerana sukacita, dan berseru: Inilah hasrat hati kami.

12 Dan sekarang, terjadilah bahawa Alma membawa Helam, dia adalah antara yang pertama, dan pergi dan berdiri di dalam air, dan berseru, mengatakan: Ya Tuhan, curahkanlah Roh-Mu ke atas hamba-Mu, agar dia boleh melakukan pekerjaan ini dengan kekudusan hati.

13 Dan ketika dia telah mengatakan perkataan ini, aRoh Tuhan berada di atas dirinya, dan dia berkata: Helam, aku bmembaptiskanmu, kerana memiliki cwewenang daripada Tuhan Yang Perkasa, sebagai suatu kesaksian bahawa kamu telah masuk ke dalam sebuah perjanjian untuk melayani-Nya sampai kamu mati berkaitan dengan tubuh fana; dan semoga Roh Tuhan dicurahkan ke atas dirimu; dan semoga Dia memberikan kepadamu kehidupan abadi, melalui dpenebusan Kristus, yang telah Dia persiapkan sejak epengasasan dunia.

14 Dan setelah Alma mengucapkan perkataan-perkataan ini, kedua-dua Alma dan Helam adibenamkan di dalam air; dan mereka bangkit dan muncul dari air bersukacita, kerana dipenuhi dengan Roh.

15 Dan lagi, Alma membawa yang lain, dan pergi untuk kedua kalinya ke dalam air, dan membaptisnya menurut yang pertama, kecuali dia tidak membenamkan dirinya lagi ke dalam air.

16 Dan menurut cara inilah dia membaptis setiap orang yang pergi ke tempat Mormon; dan mereka berjumlah kira-kira dua ratus dan empat jiwa; ya, dan mereka adibaptis di Perairan Mormon, dan dipenuhi dengan brahmat Tuhan.

17 Dan mereka dipanggil gereja Tuhan, atau agereja Kristus, sejak waktu itu dan seterusnya. Dan terjadilah bahawa barang siapa dibaptis dengan kuasa dan wewenang daripada Tuhan ditambahkan pada gereja-Nya.

18 Dan terjadilah bahawa Alma, memiliki awewenang daripada Tuhan, menahbiskan para imam; bahkan satu imam untuk setiap lima puluh orang daripada jumlah mereka dia tahbiskan untuk berkhutbah kepada mereka, dan untuk bmengajar mereka berkenaan apa yang berkaitan dengan kerajaan Tuhan.

19 Dan dia memerintahkan mereka bahawa mereka hendaknya tidak mengajarkan apa pun kecuali apa yang telah dia ajarkan, dan yang telah diucapkan oleh mulut para nabi kudus.

20 Ya, bahkan dia memerintahkan mereka agar mereka hendaknya tidak amengkhutbahkan apa pun kecuali pertaubatan dan iman kepada Tuhan, yang telah menebus umat-Nya.

21 Dan dia memerintahkan mereka bahawa hendaknya tidak ada aperselisihan satu sama lain, tetapi agar mereka hendaknya menanti-nantikan dengan bsatu mata, memiliki satu iman dan satu pembaptisan, menjadikan hati mereka terkait bersama dalam cperpaduan dan dalam kasih terhadap satu sama lain.

22 Dan demikianlah dia memerintahkan mereka untuk berkhutbah. Dan demikianlah mereka menjadi aanak-anak Tuhan.

23 Dan dia memerintahkan mereka agar mereka hendaknya mentaati hari asabat, dan menjaga agar ianya kudus, dan juga setiap hari mereka hendaknya bersyukur kepada Tuhan Raja mereka.

24 Dan dia juga memerintahkan mereka agar para imam yang telah dia tahbiskan hendaknya abekerja dengan tangan mereka sendiri untuk tunjangan mereka.

25 Dan ada satu hari dalam setiap minggu yang ditetapkan agar mereka hendaknya berkumpul bersama untuk mengajar umat, dan untuk amenyembah Tuhan Raja mereka, dan juga, sekerap yang ada dalam kuasa mereka, untuk berhimpun bersama.

26 Dan para imam seharusnya tidak bergantung pada umat untuk tunjangan mereka; tetapi untuk kerja mereka, mereka akan menerima arahmat Tuhan, agar mereka menjadi kuat di dalam Roh, memiliki bpengetahuan tentang Tuhan, agar mereka boleh mengajar dengan kuasa dan wewenang daripada Tuhan.

27 Dan lagi Alma memerintahkan agar umat gereja hendaknya memberikan harta kekayaan mereka, asetiap orang menurut apa yang dia miliki; jika dia memiliki lebih berlimpahan dia hendaknya memberikan lebih berlimpahan; dan daripada dia yang memiliki hanya sedikit, hanya sedikit hendaknya dituntut; dan kepada dia yang tidak memiliki, hendaknya diberi.

28 Dan demikianlah mereka hendaknya memberikan harta kekayaan mereka dengan kehendak sendiri dan hasrat baik mereka terhadap Tuhan, dan kepada para imam itu yang memerlukan, ya, dan kepada setiap jiwa yang kekurangan, yang telanjang.

29 Dan ini dia katakan kepada mereka, setelah diperintahkan oleh Tuhan; dan mereka aberjalan dengan lurus di hadapan Tuhan, saling bmemberi baik secara duniawi mahupun secara rohani menurut keperluan mereka dan keinginan mereka.

30 Dan sekarang, terjadilah bahawa semua ini dilakukan di Mormon, ya, di tepi aPerairan Mormon, di hutan yang berada dekat Perairan Mormon; ya, tempat Mormon, Perairan Mormon, hutan Mormon, betapa indahnya ia pada pandangan mereka yang sampai pada pengetahuan tentang Penebus mereka; ya, dan betapa diberkatinya mereka, kerana mereka akan bernyanyi untuk pujian-Nya selamanya.

31 Dan hal-hal ini dilakukan di aperbatasan negeri itu, agar ianya tidak boleh sampai pada pengetahuan raja.

32 Tetapi lihatlah, terjadilah bahawa raja, setelah menemukan pergerakan di kalangan rakyat, mengutus para orang suruhannya untuk mengawasi mereka. Oleh kerana itu pada hari ketika mereka sedang berhimpun bersama untuk mendengar firman Tuhan, mereka ditemukan oleh raja.

33 Dan sekarang, raja berkata bahawa Alma sedang menghasut rakyat pada pemberontakan melawannya; oleh kerana itu dia menghantar tenteranya untuk menghancurkan mereka.

34 Dan terjadilah bahawa Alma dan umat Tuhan adiberitahu tentang kedatangan tentera raja; oleh kerana itu mereka membawa khemah mereka dan keluarga mereka dan pergi ke padang belantara.

35 Dan mereka berjumlah kira-kira empat ratus dan lima puluh jiwa.