Kitab Suci
Mosia 6


Bab 6

Raja Benyamin mencatat nama-nama rakyat dan melantik imam-imam untuk mengajar mereka—Mosia memerintah sebagai raja yang soleh. Kira-kira 124–121 tahun S.M.

1 Dan sekarang, raja Benyamin berfikir adalah wajar, setelah selesai berbicara kepada rakyat, bahawa dia patut amencatat nama-nama mereka semua yang telah masuk ke dalam sebuah perjanjian dengan Tuhan untuk mentaati perintah-perintah-Nya.

2 Dan terjadilah bahawa tidak ada satu jiwa pun, kecuali anak-anak kecil, yang tidak masuk ke dalam perjanjian itu dan telah mengambil ke atas diri mereka nama Kristus.

3 Dan lagi, terjadilah bahawa ketika raja Benyamin telah mengakhiri segala hal ini, dan telah mentahbiskan puteranya aMosia untuk menjadi pemerintah dan raja atas rakyatnya, dan telah memberikannya segala tanggungjawab berkenaan kerajaan, dan juga telah bmelantik imam-imam untuk cmengajar rakyat, agar dengan demikian mereka boleh mendengar dan mengetahui perintah-perintah Tuhan, dan untuk menggugah mereka sebagai ingatan akan dsumpah yang telah mereka buat, dia membubarkan khalayak ramai, dan mereka kembali, setiap orang, menurut keluarga mereka, ke rumah mereka sendiri.

4 Dan aMosia mula memerintah sebagai pengganti ayahnya. Dan dia mula memerintah pada tahun ketiga puluh dalam usianya, yang berjumlah secara keseluruhan, kira-kira empat ratus dan tujuh puluh enam tahun sejak bwaktu Lehi meninggalkan Yerusalem.

5 Dan raja Benyamin hidup tiga tahun dan dia mangkat.

6 Dan terjadilah bahawa raja Mosia berjalan di jalan-jalan Tuhan, dan mentaati penghakiman-Nya dan peraturan-Nya, dan mentaati perintah-Nya dalam segala hal pun yang Dia perintahkan kepadanya.

7 Dan raja Mosia menyuruh rakyatnya agar mereka hendaknya mengolah tanah. Dan dia juga, dirinya sendiri, mengolah tanah, agar dengan demikian dia atidak menjadi beban bagi rakyatnya, agar dia boleh melakukan menurut apa yang telah ayahnya lakukan dalam segala hal. Dan tidak ada perselisihan di kalangan semua rakyatnya untuk jangka masa tiga tahun.