Kitab Suci
Mosia 17


Bab 17

Alma mempercayai dan menuliskan perkataan-perkataan Abinadi—Abinadi menderita kematian oleh api—Dia menubuatkan penyakit dan kematian oleh api ke atas para pembunuhnya. Kira-kira 148 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa ketika Abinadi telah menyelesaikan pernyataan-pernyataan ini, bahawa raja memerintahkan bahawa apara imam hendak menangkapnya dan menyuruh agar dia mesti dihukum mati.

2 Tetapi ada satu di antara mereka yang namanya adalah aAlma, dia juga seorang keturunan Nefi. Dan dia adalah seorang pemuda, dan dia bmempercayai perkataan-perkataan yang telah Abinadi ucapkan, kerana dia tahu berkenaan kederhakaan yang telah Abinadi persaksikan menentang mereka; oleh kerana itu dia mula memohon kepada raja agar dia tidak marah terhadap Abinadi, tetapi membiarkan agar dia boleh pergi dalam kedamaian.

3 Tetapi raja lebih geram, dan menyuruh agar Alma hendaknya diusir dari kalangan mereka, dan mengutus para orang suruhannya menyusulinya agar mereka boleh membunuhnya.

4 Tetapi dia melarikan diri dari hadapan mereka dan menyembunyikan dirinya agar mereka tidak menemukannya. Dan dia, kerana bersembunyi selama berhari-hari, dapat amenuliskan segala perkataan yang telah Abinadi ucapkan.

5 Dan terjadilah bahawa raja menyuruh agar para pengawalnya hendaknya mengepung Abinadi dan menangkapnya; dan mereka mengikatnya dan melemparkannya ke dalam penjara.

6 Dan selepas tiga hari, setelah berunding dengan para imamnya, dia menyuruh agar dia hendaknya sekali lagi dibawa ke hadapannya.

7 Dan dia berkata kepadanya: Abinadi, kami telah menemukan tuduhan terhadapmu, dan engkau patut dihukum mati.

8 Kerana engkau telah berkata bahawa aTuhan sendiri akan turun ke kalangan anak-anak manusia; dan sekarang, untuk alasan ini engkau akan dihukum mati kecuali engkau akan menarik kembali segala perkataan yang telah engkau ucapkan yang jahat berkenaan aku dan rakyat aku.

9 Sekarang, Abinadi berkata kepadanya: Aku berkata kepada kamu, aku tidak akan menarik kembali perkataan-perkataan yang telah aku ucapkan kepada kamu berkenaan bangsa ini, kerana ianya adalah benar; dan agar kamu boleh mengetahui tentang kepastiannya aku telah membiarkan diriku sehingga aku telah jatuh ke dalam tangan kamu.

10 Ya, dan aku akan menderita bahkan sampai kematian, dan aku tidak akan menarik kembali perkataan-perkataanku, dan ia akan berdiri sebagai suatu kesaksian menentang kamu. Dan jika kamu membunuhku kamu akan menumpahkan darah atak berdosa, dan ini juga akan berdiri sebagai suatu kesaksian menentang kamu pada hari terakhir.

11 Dan sekarang, raja Nuh hampir membebaskannya, kerana dia takut akan perkataannya; kerana dia takut bahawa penghakiman Tuhan akan datang ke atas dirinya.

12 Tetapi para imam mengangkat suara mereka menentangnya, dan mula menuduhnya, mengatakan: Dia telah mencaci maki raja. Oleh kerana itu raja terhasut dalam kemurkaan terhadapnya, dan dia menyerahkannya agar dia boleh dibunuh.

13 Dan terjadilah bahawa mereka menangkapnya dan mengikatnya, dan mencambuk kulitnya dengan seikat kayu, ya, bahkan sampai kematian.

14 Dan sekarang, ketika nyalaan api mula menghanguskannya, dia berseru kepada mereka, mengatakan:

15 Lihatlah, bahkan sebagaimana telah kamu lakukan kepadaku, demikianlah akan terjadi bahawa keturunanmu akan menyebabkan banyak orang menderita rasa sakit yang aku derita, bahkan rasa sakit akematian oleh api; dan ini kerana mereka percaya pada penyelamatan oleh Tuhan Raja mereka.

16 Dan akan terjadi bahawa kamu akan disengsarakan dengan segala macam penyakit kerana kederhakaanmu.

17 Ya, dan kamu akan adidera pada setiap sisi, dan akan dihalau dan dicerai-beraikan ke sana ke mari, bahkan bagaikan kawanan ternakan liar dihalau oleh binatang liar dan garang.

18 Dan pada hari itu kamu akan diburu, dan kamu akan ditangkap oleh tangan musuhmu, kemudian kamu akan menderita, sebagaimana aku menderita, rasa-rasa sakit akematian oleh api.

19 Demikianlah Tuhan melaksanakan apembalasan ke atas diri mereka yang menghancurkan umat-Nya. Ya Tuhan, terimalah jiwaku.

20 Dan sekarang, ketika Abinadi telah mengatakan perkataan-perkataan ini, dia jatuh, setelah menderita kematian oleh api; ya, kerana telah dihukum mati disebabkan dia tidak mahu menyangkal perintah-perintah Tuhan, memeteraikan kebenaran perkataan-perkataannya melalui kematiannya.