Kitab Suci
Helaman 5
sebelumnya seterusnya

Bab 5

Nefi dan Lehi mengabdikan diri mereka pada pengkhutbahan—Nama mereka mengundang mereka untuk mencorakkan kehidupan mereka menurut nenek moyang mereka—Kristus menebus mereka yang bertaubat—Nefi dan Lehi menjadikan banyak orang bertukar hati dan telah dipenjarakan, dan api melingkari mereka—Awan kegelapan membayangi tiga ratus orang—Tanah bergegar, dan satu suara memerintahkan orang-orang untuk bertaubat—Nefi dan Lehi berbicara dengan para malaikat, dan orang ramai dilingkari oleh api. Kira-kira 30 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa dalam tahun yang sama, lihatlah, aNefi menyerahkan kerusi penghakiman kepada seorang lelaki yang namanya adalah Sezoram.

2 Kerana sebagaimana hukum-hukum mereka dan pemerintahan mereka ditubuhkan oleh asuara rakyat, dan mereka yang bmemilih kejahatan lebih banyak daripada mereka yang memilih kebaikan, oleh kerana itu mereka sedang matang untuk kehancuran, kerana hukum-hukum tersebut telah menjadi cemar.

3 Ya, dan ini belumlah semuanya; mereka adalah suatu bangsa yang degil, sedemikian rupa sehingga mereka tidak dapat diperintah oleh hukum dan juga keadilan, kecuali kepada kehancuran mereka.

4 Dan terjadilah bahawa Nefi telah menjadi letih kerana kederhakaan mereka; dan dia amenyerahkan kerusi penghakiman, dan mengambil ke atas dirinya untuk mengkhutbahkan firman Tuhan sepanjang sisa hidupnya, dan adiknya Lehi juga, sepanjang sisa hidupnya;

5 Kerana mereka mengingati perkataan yang ayah mereka Helaman ucapkan kepada mereka. Dan inilah kata-kata yang dia ucapkan:

6 Lihatlah, anak-anakku, aku berhasrat agar kamu harus ingat untuk mentaati perintah-perintah Tuhan; dan aku menghendaki agar kamu harus memaklumkan kepada rakyat tentang perkataan ini. Lihatlah, aku telah memberi kepadamu nama aorang tua kita yang pertama yang telah keluar dari negeri Yerusalem; dan ini telah aku lakukan agar apabila kamu mengingati nama-namamu kamu boleh mengingati mereka; dan apabila kamu mengingati mereka kamu boleh mengingati pekerjaan mereka; dan apabila kamu mengingati pekerjaan mereka kamu boleh mengetahui bagaimana ianya dikatakan, dan juga dituliskan, bahawa mereka bbaik.

7 Oleh kerana itu, anak-anakku, aku menghendaki agar kamu harus melakukan apa yang baik, agar boleh dikatakan tentangmu, dan juga dituliskan, bahkan seperti yang telah dikatakan dan dituliskan tentang mereka.

8 Dan sekarang anak-anakku, lihatlah aku ada sedikit lagi yang aku hasratkan daripadamu, hasrat itu adalah, agar kamu tidak melakukan hal-hal ini supaya kamu boleh bermegah, tetapi agar kamu melakukan hal-hal ini untuk menyimpan bagi dirimu sendiri aharta di dalam syurga, ya, yang adalah kekal, dan yang tidak pudar; ya, agar kamu boleh memperoleh kurnia kehidupan kekal yang bberharga itu, yang mana kita mempunyai sebab untuk menjangka telah diberikan kepada nenek moyang kita.

9 Ya ingatlah, ingatlah, anak-anakku, aperkataan yang raja Benyamin ucapkan kepada rakyatnya; ya, ingatlah bahawa tidak ada jalan atau cara lain yang dengannya manusia dapat diselamatkan, hanya melalui darah bpenebusan Yesus Kristus, yang akan datang; ya, ingatlah bahawa Dia datang untuk cmenebus ddunia.

10 Dan ingatlah juga aperkataan yang Amulek ucapkan kepada Zezrom, di Kota Amoniha; kerana dia berkata kepadanya bahawa Tuhan pasti akan datang untuk menebus umat-Nya, tetapi bahawa Dia tidak akan datang untuk menebus mereka dalam dosa-dosa mereka, tetapi untuk menebus mereka dari dosa-dosa mereka.

11 Dan Dia telah diberikan kuasa kepada-Nya daripada Bapa untuk menebus mereka dari dosa-dosa mereka kerana pertaubatan; oleh kerana itu, Dia telah amengutus para malaikat-Nya untuk memaklumkan khabar tentang syarat-syarat pertaubatan, yang membawa kepada kuasa Penebus, sehingga kepada keselamatan jiwa mereka.

12 Dan sekarang, anak-anakku, ingatlah, ingatlah bahawa adalah di atas abatu Penebus kita, iaitu Kristus, Putera Tuhan, bahawa kamu mesti membina blandasanmu; agar ketika iblis akan menghantarkan anginnya yang kuat, ya, panahan petirnya dalam puting beliung, ya, ketika semua hujan batunya dan cbadainya yang kuat akan melanda ke atas dirimu, ia tidak akan berkuasa ke atas dirimu untuk menyeretmu turun ke dalam jurang kegetiran dan kecelakaan tanpa akhir, kerana di atas batu yang kamu dibangunkan, yang merupakan suatu landasan yang kukuh, landasan yang mana jika manusia dibangunkan di atasnya mereka tidak dapat jatuh.

13 Dan terjadilah bahawa inilah perkataan yang Helaman aajarkan kepada anak-anak lelakinya; ya, dia telah mengajarkan mereka banyak hal yang tidak dituliskan, dan juga banyak hal yang telah dituliskan.

14 Dan mereka mengingati perkataannya; dan oleh kerana itu mereka pergi, mentaati perintah-perintah Tuhan, untuk mengajarkan firman Tuhan di kalangan semua bangsa Nefi, bermula di Kota Kelimpahan;

15 Dan dari situ ke Kota Gid; dan dari Kota Gid ke Kota Mulek;

16 Dan bahkan dari satu kota ke kota yang lain, sehingga mereka telah pergi di kalangan semua bangsa Nefi yang berada di negeri sebelah selatan; dan dari sana ke negeri Zarahemla, di antara bangsa Laman.

17 Dan terjadilah bahawa mereka berkhutbah dengan kuasa yang besar, sedemikian rupa sehingga mereka menundukkan kebanyakan daripada apara pembelot itu yang telah pergi dari bangsa Nefi, sedemikian rupa sehingga mereka datang dan mengakui dosa-dosa mereka dan telah dibaptiskan kepada pertaubatan, dan dengan segera kembali kepada bangsa Nefi untuk berusaha memperbaiki bagi mereka segala kesalahan yang telah mereka lakukan.

18 Dan terjadilah bahawa Nefi dan Lehi berkhutbah kepada bangsa Laman dengan kekuasaan dan wewenang yang begitu besar, kerana mereka memiliki kuasa dan wewenang diberikan kepada mereka agar mereka boleh aberbicara, dan mereka juga memiliki apa yang hendak mereka ucapkan diberikan kepada mereka—

19 Oleh kerana itu mereka berbicara sehingga membuatkan bangsa Laman amat terpegun, sehingga ameyakinkan mereka, sedemikian rupa terdapat lapan ribu bangsa Laman yang berada di negeri Zarahemla dan sekitarnya telah dibaptiskan kepada pertaubatan, dan diyakinkan tentang kejahatan adat resam nenek moyang mereka.

20 Dan terjadilah bahawa Nefi dan Lehi meneruskan dari sana untuk pergi ke negeri Nefi.

21 Dan terjadilah bahawa mereka ditangkap oleh sepasukan tentera bangsa Laman dan dilemparkan ke dalam apenjara; ya, bahkan di dalam penjara yang sama di mana Amon dan adik-beradiknya dilemparkan oleh para orang suruhan Limhi.

22 Dan setelah mereka dilemparkan ke dalam penjara berhari-hari tanpa makanan, lihatlah, mereka pergi ke dalam penjara untuk mengambil mereka agar mereka boleh membunuh mereka.

23 Dan terjadilah bahawa Nefi dan Lehi dikelilingi seolah-olah oleh aapi, bahkan sedemikian rupa sehingga mereka tidak berani meletakkan tangan mereka kerana takut bahawa mereka akan terbakar. Walaupun demikian, Nefi dan Lehi tidak terbakar; dan mereka seperti sedang berdiri di pertengahan api dan tidak terbakar.

24 Dan ketika mereka melihat bahawa mereka dikelilingi oleh suatu atiang api, dan bahawa ia tidak membakar mereka, hati mereka memperoleh keberanian.

25 Kerana mereka melihat bahawa bangsa Laman tidak berani meletakkan tangan mereka ke atas mereka; tidak juga mereka berani mendekati mereka, tetapi berdiri seolah-olah mereka diserang kebisuan dengan kehairanan.

26 Dan terjadilah bahawa Nefi dan Lehi berdiri dan mulai berbicara kepada mereka, mengatakan: Janganlah takut, kerana lihatlah, Tuhanlah yang telah memperlihatkan kepadamu hal yang menakjubkan ini, yang mana di dalamnya diperlihatkan kepadamu bahawa kamu tidak dapat meletakkan tangan-tangan kamu untuk membunuh kami.

27 Dan lihatlah, ketika mereka telah mengatakan perkataan ini, tanah bergegar dengan kuat sekali, dan dinding-dinding penjara bergegar seolah-olah hampir roboh ke tanah; tetapi lihatlah, dinding-dinding itu tidak roboh. Dan lihatlah, mereka yang berada di dalam penjara itu adalah bangsa Laman dan bangsa Nefi yang merupakan para pembelot.

28 Dan terjadilah bahawa mereka dibayangi oleh awan akegelapan, dan rasa takut khusyuk yang dahsyat datang ke atas diri mereka.

29 Dan terjadilah bahawa datanglah suatu asuara seolah-olah berada di atas awan kegelapan, memfirmankan: Bertaubatlah kamu, bertaubatlah kamu, dan jangan lagi berikthiar untuk menghancurkan hamba-hamba-Ku yang telah Aku utuskan kepadamu untuk memaklumkan khabar gembira.

30 Dan terjadilah bahawa ketika mereka mendengar suara ini, dan melihat bahawa itu bukanlah suara guruh, bukan juga suara yang sangat gamat bunyinya, tetapi lihatlah, ianya adalah asuara yang tenang dengan kelembutan yang sempurna, seolah-olah adalah suatu bisikan, dan ia menusuk bahkan terus ke dalam jiwa—

31 Dan walaupun suara itu lembut, lihatlah tanah bergegar dengan kuat sekali, dan dinding-dinding penjara bergetar lagi, seolah-olah hampir roboh ke tanah; dan lihatlah awan kegelapan, yang telah membayangi mereka, tidak menghilang—

32 Dan lihatlah suara itu datang lagi, memfirmankan: Bertaubatlah kamu, bertaubatlah kamu, kerana kerajaan syurga berada di depan mata; dan jangan lagi berikhtiar untuk menghancurkan hamba-hamba-Ku. Dan terjadilah bahawa tanah bergegar lagi, dan dinding-dinding pun bergetar.

33 Dan juga sekali lagi untuk ketiga kalinya suara itu datang, dan memfirmankan kepada mereka firman yang menakjubkan yang tidak dapat dituturkan oleh manusia; dan dinding-dinding bergetar kembali, dan tanah bergegar seolah-olah hampir terpecah-belah.

34 Dan terjadilah bahawa bangsa Laman tidak dapat melarikan diri kerana awan kegelapan yang membayangi mereka; ya, dan juga mereka tak dapat bergerak kerana rasa takut yang telah datang ke atas diri mereka.

35 Sekarang, ada salah seorang di antara mereka yang merupakan bangsa Nefi berdasarkan kelahiran, yang dahulunya masuk dalam gereja Tuhan tetapi telah membelot daripada mereka.

36 Dan terjadilah bahawa dia berpaling, dan lihatlah, dia melihat melalui awan kegelapan muka Nefi dan Lehi; dan lihatlah, muka mereka sangat abersinar, bahkan seperti muka para malaikat. Dan dia melihat bahawa mereka mengangkat mata mereka ke langit; dan mereka berada dalam sikap seolah-olah sedang berbicara atau mengangkat suara mereka kepada makhluk yang mereka lihat.

37 Dan terjadilah bahawa lelaki ini berseru kepada orang ramai, agar mereka boleh berpaling dan melihat. Dan lihatlah, ada kekuatan yang diberikan kepada mereka sehingga mereka berpaling dan melihat; dan mereka melihat muka Nefi dan Lehi.

38 Dan mereka berkata kepada lelaki itu: Lihatlah, apakah erti semua hal ini, dan dengan siapakah para lelaki ini berbicara?

39 Sekarang, nama lelaki itu adalah Aminadab. Dan Aminadab berkata kepada mereka: Mereka berbicara dengan para malaikat Tuhan.

40 Dan terjadilah bahawa bangsa Laman berkata kepadanya: aApakah yang harus kita lakukan, agar awan kegelapan ini boleh dialihkan daripada membayangi kita?

41 Dan Aminadab berkata kepada mereka: Kamu mesti abertaubat, dan berseru kepada suara itu, bahkan sehingga kamu akan memiliki biman kepada Kristus, yang telah diajarkan kepadamu oleh Alma, dan Amulek, dan Zezrom; dan apabila kamu akan melakukan ini, awan kegelapan akan dialihkan daripada membayangimu.

42 Dan terjadilah bahawa mereka semua mulai berseru kepada suara Dia yang telah menggegarkan tanah; ya, mereka berseru bahkan sehingga awan kegelapan itu menghilang.

43 Dan terjadilah bahawa ketika mereka mengarahkan mata mereka ke sekeliling, dan melihat bahawa awan kegelapan menghilang daripada membayangi mereka, lihatlah, mereka melihat bahawa mereka adikelilingi, ya setiap jiwa, oleh suatu tiang api.

44 Dan Nefi dan Lehi berada di tengah-tengah mereka; ya, mereka dikelilingi; ya, mereka seolah-olah berada di pertengahan api yang menyala-nyala, namun tidak mencederakan mereka, tidak juga mengenai dinding-dinding penjara itu; dan mereka dipenuhi dengan akebahagiaan yang tak terkata dan penuh dengan kemuliaan.

45 Dan lihatlah, aRoh Kudus Tuhan turun dari syurga, dan masuk ke dalam hati mereka, dan mereka dipenuhi seolah-olah dengan api, dan mereka dapat bmengucapkan perkataan yang menakjubkan.

46 Dan terjadilah bahawa datanglah suatu suara kepada mereka, ya, suara yang menyenangkan, seolah-olah suatu bisikan, mengatakan:

47 aDamai, damai bersertamu, kerana imanmu kepada Yang Sangat Terkasih-Ku, yang ada sejak pengasasan dunia.

48 Dan sekarang, ketika mereka mendengar ini mereka mengarahkan mata mereka ke atas seolah-olah untuk melihat dari mana suara itu datang; dan lihatlah, mereka melihat alangit terbuka; dan para malaikat turun dari syurga dan melayani mereka.

49 Dan terdapat kira-kira tiga ratus jiwa yang melihat dan mendengar hal-hal ini; dan mereka diminta untuk datang dan tidak takjub, tidak juga seharusnya mereka ragu.

50 Dan terjadilah bahawa mereka pergi, dan melayani orang-orang tersebut, memaklumkan ke seluruh wilayah sekitarnya tentang segala hal yang telah mereka dengar dan lihat, sedemikian rupa sehingga lebih banyak daripada bangsa Laman yakin dengan mereka, kerana hebatnya bukti-bukti yang telah mereka terima.

51 Dan sebanyak mana yang telah adiyakinkan telah meletakkan senjata-senjata perang mereka, dan juga kebencian mereka dan adat resam nenek moyang mereka.

52 Dan terjadilah bahawa mereka telah menyerahkan kepada bangsa Nefi negeri-negeri milik mereka.