Kitab Suci
Helaman 11


Bab 11

Nefi memujuk Tuhan untuk menggantikan peperangan mereka dengan kebuluran—Banyak orang binasa—Mereka bertaubat, dan Nefi memohon kepada Tuhan dengan segenap hati untuk hujan—Nefi dan Lehi menerima banyak wahyu—Para perompak Gadianton mengubui diri mereka di dalam negeri itu. Kira-kira 20–6 tahun S.M.

1 Dan sekarang terjadilah dalam tahun ketujuh puluh dua zaman pemerintahan para hakim bahawa pertikaian bertambah, sedemikian rupa sehingga terjadinya peperangan di seluruh negeri itu di kalangan bangsa Nefi.

2 Dan gerombolan arahsia perompak inilah yang meneruskan pekerjaan penghancuran dan kejahatan ini. Dan peperangan ini berterusan sepanjang tahun itu; dan juga berterusan pada tahun ketujuh puluh tiga.

3 Dan terjadilah bahawa pada tahun ini Nefi berseru kepada Tuhan, mengatakan:

4 Ya Tuhan, janganlah biarkan bahawa orang-orang ini akan dihancurkan oleh pedang; tetapi Ya Tuhan, sebaliknya biarlah ada suatu akebuluran di dalam negeri ini, untuk menyedarkan mereka ke dalam peringatan terhadap Tuhan Raja mereka, dan berharap mereka akan bertaubat dan berpaling kepada-Mu.

5 Dan demikianlah itu dilakukan, menurut perkataan Nefi. Dan terdapat suatu kebuluran yang hebat di atas negeri itu, di kalangan semua bangsa Nefi. Dan demikianlah pada tahun ketujuh puluh empat bencana kelaparan berlanjutan, dan pekerjaan kehancuran oleh pedang telah berhenti tetapi menjadi parah kerana kebuluran.

6 Dan pekerjaan kehancuran ini juga berlanjutan dalam tahun ketujuh puluh lima. Kerana bumi dihentam sehingga kering, dan tidak menghasilkan biji-bijian pada musim biji-bijian; dan seluruh bumi dihentam, bahkan di kalangan bangsa Laman dan juga di kalangan bangsa Nefi, supaya mereka dihentam sehingga beribu-ribu jumlah mereka yang berada di bahagian-bahagian negeri yang lebih jahat telah binasa.

7 Dan terjadilah bahawa orang-orang itu melihat bahawa mereka hampir binasa kerana kebuluran, dan mereka mulai amengingati Tuhan Raja mereka; dan mereka mulai mengingati perkataan Nefi.

8 Dan orang-orang itu mulai merayu kepada para hakim utama mereka dan para pemimpin mereka, agar mereka akan berkata kepada Nefi: Lihatlah, kami tahu bahawa engkau adalah hamba Tuhan, dan oleh kerana itu berserulah kepada Tuhan Raja kita agar Dia menghindarkan kita dari kebuluran ini, agar jangan sampai semua aperkataan yang telah engkau ucapkan tentang kehancuran kami digenapi.

9 Dan terjadilah bahawa para hakim itu berkata kepada Nefi, menurut perkataan yang telah dihasratkan. Dan terjadilah bahawa ketika Nefi melihat bahawa orang-orang itu telah bertaubat dan merendahkan hati mereka di dalam kain guni, dia berseru lagi kepada Tuhan, mengatakan:

10 Ya Tuhan, lihatlah orang-orang ini telah bertaubat; dan mereka telah menyingkirkan gerombolan Gadianton dari kalangan mereka sedemikian rupa sehingga mereka telah menjadi pupus, dan mereka telah menyembunyikan rancangan rahsia mereka di dalam tanah.

11 Sekarang, Ya Tuhan, kerana kerendahan hati mereka ini mahukah Engkau memalingkan kemurkaan-Mu, dan biarlah kemurkaan-Mu diredakan dengan kehancuran orang-orang jahat yang telah Engkau hancurkan itu.

12 Ya Tuhan, mahukah Engkau memalingkan kemurkaan-Mu, ya, kemurkaan dahsyat-Mu, dan menyebabkan agar kebuluran ini dapat dihentikan di atas negeri ini.

13 Ya Tuhan, mahukah Engkau mendengarkan aku, dan menyebabkan agar ianya boleh terjadi menurut perkataanku, dan menurunkan ahujan ke atas muka bumi, agar ia boleh menghasilkan buahnya, dan biji-bijian pada musim biji-bijian.

14 Ya Tuhan, Engkau telah mendengar aperkataanku ketika aku berkata, Biarlah ada suatu kebuluran, agar wabak peperangan dengan pedang boleh berhenti; dan aku tahu bahawa Engkau akan, bahkan pada waktu ini, mendengar perkataanku, kerana Engkau berfirman bahawa: Jika orang-orang ini bertaubat Aku akan membiarkan mereka hidup.

15 Ya, Ya Tuhan, dan Engkau melihat bahawa mereka telah bertaubat, kerana kebuluran dan wabak penyakit dan kehancuran yang telah datang kepada mereka.

16 Dan sekarang, Ya Tuhan, mahukah Engkau memalingkan kemurkaanMu, dan menguji lagi jika mereka akan melayani Engkau? Dan jika demikian, Ya Tuhan, Engkau dapat memberkati mereka menurut firman-Mu yang telah Engkau firmankan.

17 Dan terjadilah bahawa pada tahun ketujuh puluh enam Tuhan telah memalingkan kemurkaanNya daripada orang-orang itu, dan menyebabkan agar ahujan turun ke atas bumi, sedemikian rupa sehingga menghasilkan buahnya pada musim buahnya. Dan terjadilah bahawa ia menghasilkan biji-bijiannya pada musim biji-bijiannya.

18 Dan lihatlah, orang-orang itu bergembira dan memuliakan Tuhan, dan seluruh permukaan negeri dipenuhi dengan kegembiraan; dan mereka tidak lagi berusaha untuk menghancurkan Nefi, tetapi mereka memandang tinggi terhadap dirinya sebagai seorang nabi yang ahebat, dan seorang hamba Tuhan, memiliki kuasa dan wewenang besar yang diberikan kepadanya daripada Tuhan.

19 Dan lihatlah, Lehi, adiknya, tidak asedikit pun ketinggalan daripadanya berhubung dengan hal-hal yang berkaitan dengan kesolehan.

20 Dan demikian terjadilah bahawa bangsa Nefi mulai makmur kembali di negeri itu, dan mulai membangunkan tempat-tempat mereka yang tandus, dan mulai bertambah banyak dan berkembang, bahkan sehingga mereka menutupi seluruh permukaan negeri itu, baik di sebelah utara mahupun di sebelah selatan, dari laut barat ke laut timur.

21 Dan terjadilah bahawa tahun ketujuh puluh enam berakhir dalam kedamaian. Dan tahun ketujuh puluh tujuh bermula dalam kedamaian; dan agereja telah berkembang ke seluruh permukaan negeri itu; dan kebanyakan daripada orang-orang itu, baik bangsa Nefi mahupun bangsa Laman, termasuk di dalam gereja; dan mereka memiliki kedamaian yang amat besar di negeri itu; dan demikianlah berakhirnya tahun ketujuh puluh tujuh.

22 Dan juga mereka memiliki kedamaian pada tahun ketujuh puluh lapan, kecuali terdapat beberapa pertikaian tentang pokok-pokok ajaran yang telah dikemukakan oleh para nabi.

23 Dan pada tahun ketujuh puluh sembilan bermulalah banyak persengketaan. Tetapi terjadilah bahawa Nefi dan Lehi, dan banyak saudara mereka yang tahu tentang pokok-pokok ajaran yang benar, yang memperoleh banyak awahyu setiap hari, oleh kerana itu mereka berkhutbah kepada orang-orang itu, sedemikian rupa sehingga mereka mengakhiri persengketaan mereka dalam tahun yang sama itu.

24 Dan terjadilah bahawa pada tahun ke lapan puluh zaman pemerintahan para hakim ke atas bangsa Nefi, terdapat sejumlah pembelot tertentu daripada bangsa Nefi, yang beberapa tahun sebelumnya telah pergi kepada bangsa Laman, dan telah mengambil ke atas diri mereka nama bangsa Laman, dan juga sejumlah tertentu yang merupakan keturunan bangsa Laman yang sebenarnya, yang telah dihasut menjadi marah oleh mereka, atau oleh para pembelot itu, oleh kerana itu mereka memulakan peperangan untuk melawan saudara-saudara mereka.

25 Dan mereka telah melakukan pembunuhan dan penjarahan; dan kemudian mereka akan berundur kembali ke gunung-ganang, dan ke padang belantara dan tempat-tempat rahsia, menyembunyikan diri mereka agar mereka tidak dapat ditemui, menerima penambahan kepada jumlah mereka setiap hari, sedemikian rupa kerana terdapat para pembelot yang pergi kepada mereka.

26 Dan demikianlah tiba waktunya, ya, bahkan di dalam tempoh waktu tidak sampai bertahun-tahun, mereka menjadi suatu gerombolan perompak yang amat besar; dan mereka menyelidiki segala rancangan rahsia Gadianton; dan demikianlah mereka menjadi para perompak Gadianton.

27 Sekarang lihatlah, para perompak ini telah membuat kemusnahan yang hebat, ya, bahkan kehancuran yang besar di kalangan bangsa Nefi, dan juga di kalangan orang bangsa Laman.

28 Dan terjadilah bahawa adalah perlu seharusnya terdapat penghentian terhadap pekerjaan kehancuran ini; oleh kerana itu mereka menghantar sekumpulan orang-orang yang kuat ke padang belantara dan ke atas gunung-ganang untuk mencari gerombolan perompak ini, dan untuk menghancurkan mereka.

29 Tetapi lihatlah, terjadilah bahawa pada tahun yang sama itu mereka dihalau bahkan sehingga ke negeri-negeri mereka sendiri. Dan demikianlah berakhirnya tahun ke lapan puluh zaman pemerintahan para hakim ke atas bangsa Nefi.

30 Dan terjadilah pada permulaan tahun ke lapan puluh satu mereka pergi lagi melawan gerombolan perompak ini, dan menghancurkan banyak orang; dan mereka juga dikunjungi oleh banyak kehancuran.

31 Dan mereka sekali lagi terpaksa kembali keluar dari padang belantara dan keluar dari gunung-ganang ke negeri-negeri mereka sendiri, kerana begitu besarnya jumlah para perompak itu yang meremuti gunung-ganang dan padang belantara.

32 Dan terjadilah bahawa demikianlah berakhirnya tahun ini. Dan para perompak tersebut masih bertambah dan menjadi kuat, sedemikian rupa sehingga mereka menentang seluruh tentera bangsa Nefi, dan juga bangsa Laman; dan mereka telah menyebabkan ketakutan yang besar datang kepada orang-orang itu di seluruh permukaan negeri tersebut.

33 Ya, kerana mereka mengunjungi banyak bahagian negeri itu, dan melakukan kehancuran yang besar kepada mereka; ya, membunuh banyak orang, dan menangkap yang lain dalam tawanan ke padang belantara, ya, terutamanya wanita dan anak-anak mereka.

34 Sekarang, kejahatan besar ini, yang datang kepada orang-orang itu kerana kederhakaan mereka, menyedarkan mereka kembali ke dalam peringatan terhadap Tuhan Raja mereka.

35 Dan demikianlah berakhirnya tahun ke lapan puluh satu zaman pemerintahan para hakim.

36 Dan pada tahun ke lapan puluh dua mereka mulai lagi amelupakan Tuhan Raja mereka. Dan pada tahun ke lapan puluh tiga mereka mulai menjadi kuat di dalam kederhakaan. Dan pada tahun ke lapan puluh empat mereka tidak memperbaiki cara-cara mereka.

37 Dan terjadilah pada tahun ke lapan puluh lima mereka menjadi semakin kuat dan kuat dalam keangkuhan mereka, dan dalam kejahatan mereka; dan demikianlah mereka sekali lagi sedang matang untuk kehancuran.

38 Dan demikianlah berakhirnya tahun ke lapan puluh lima.