Kitab Suci
Helaman 16
sebelumnya seterusnya

Bab 16

Bangsa Nefi yang mempercayai Samuel telah dibaptiskan oleh Nefi—Samuel tidak dapat dibunuh dengan anak panah dan batu-batu dari bangsa Nefi yang tidak bertaubat—Ada beberapa yang mengeraskan hati mereka, dan yang lain melihat para malaikat—mereka yang kufur mengatakan adalah tidak masuk akal untuk percaya kepada Kristus dan kedatangan-Nya di Yerusalem. Kira-kira 6–1 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa terdapat banyak yang mendengarkan perkataan Samuel, si bangsa Laman, yang dia ucapkan di atas tembok dinding kota. Dan seberapa banyak yang percaya kepada perkataannya pergi dan mencari Nefi; dan apabila mereka telah pergi dan menemuinya mereka mengakui kepadanya dosa-dosa mereka dan tidak menafikannya, berhasrat agar mereka boleh dibaptiskan kepada Tuhan.

2 Tetapi seberapa banyak yang tidak percaya kepada perkataan Samuel marah terhadapnya; dan mereka membaling batu ke arahnya di atas tembok dinding, dan juga banyak yang melepaskan anak panah ke arahnya sewaktu dia berdiri di atas tembok dinding; tetapi Roh Tuhan berada bersamanya, sedemikian rupa sehingga mereka tidak dapat mengenainya dengan batu mereka begitu juga dengan anak panah mereka.

3 Sekarang ketika mereka melihat bahawa mereka tidak dapat mengenainya, terdapat lebih banyak lagi yang percaya kepada perkataannya, sedemikian rupa sehingga mereka pergi kepada Nefi untuk dibaptiskan.

4 Kerana lihatlah, Nefi membaptiskan, dan bernubuat, dan berkhutbah, menyerukan pertaubatan kepada orang-orang itu, memperlihatkan tanda-tanda dan keajaiban, mengerjakan amukjizat-mukjizat di kalangan orang-orang itu, agar mereka boleh mengetahui bahawa Kristus akan datang btidak lama lagi

5 Memberitahu mereka tentang hal-hal yang akan datang tidak lama lagi, agar mereka boleh mengetahui dan mengingati pada waktu kedatangannya bahawa mereka sudah diberitahu sebelum ini, untuk tujuan agar mereka boleh percaya; oleh kerana itu seberapa banyak yang percaya kepada perkataan Samuel telah pergi kepadanya untuk dibaptiskan, kerana mereka datang dengan bertaubat dan mengakui dosa-dosa mereka.

6 Tetapi sebahagian besar daripada mereka tidak percaya kepada perkataan Samuel; oleh kerana itu apabila mereka melihat bahawa mereka tidak dapat mengenainya dengan batu mereka dan anak panah mereka, mereka berseru kepada para panglima mereka, mengatakan: Tangkaplah lelaki ini dan ikatlah dia, kerana lihatlah dia telah dirasuk iblis; dan kerana kuasa iblis yang ada dalam dirinya kami tidak dapat mengenainya dengan batu kami dan anak panah kami; oleh kerana itu tangkaplah dia dan ikatlah dia, dan usirlah dia.

7 Dan sewaktu mereka datang untuk meletakkan tangan mereka ke atasnya, lihatlah, dia melompat turun dari tembok dinding itu, dan melarikan diri keluar dari negeri mereka, ya, bahkan ke negaranya sendiri, dan mulai berkhutbah dan bernubuat di kalangan bangsanya sendiri.

8 Dan lihatlah, dia tidak pernah lagi didengari di kalangan bangsa Nefi; dan demikianlah urusan orang-orang itu.

9 Dan demikianlah berakhir tahun ke lapan puluh enam zaman pemerintahan para hakim ke atas bangsa Nefi.

10 Dan demikianlah berakhir juga tahun ke lapan puluh tujuh zaman pemerintahan para hakim, sebahagian besar daripada orang-orang itu tetap berada dalam keangkuhan dan kejahatan mereka, dan sebahagian kecil daripada mereka berjalan dengan penuh waspada di hadapan Tuhan.

11 Dan inilah juga keadaannya, pada tahun ke lapan puluh lapan zaman pemerintahan para hakim.

12 Dan hanya terdapat perubahan kecil di dalam hal ehwal orang-orang itu, kecuali orang-orang itu mulai menjadi lebih keras di dalam kederhakaan, dan melakukan semakin banyak dan banyak hal yang bertentangan dengan perintah-perintah Tuhan, di dalam tahun ke lapan puluh sembilan zaman pemerintahan para hakim.

13 Tetapi terjadilah pada tahun ke sembilan puluh zaman pemerintahan para hakim, terdapat atanda-tanda hebat yang diberikan kepada orang-orang itu, dan keajaiban; dan perkataan para nabi bmulai digenapi.

14 Dan apara malaikat telah muncul kepada manusia, orang-orang bijak, dan memaklumkan kepada mereka khabar gembira tentang kebahagiaan yang besar; demikianlah dalam tahun ini tulisan suci mulai digenapi.

15 Walaupun demikian, orang-orang itu mulai mengeraskan hati mereka, semuanya kecuali sebahagian besar daripada mereka yang percaya, baik bangsa Nefi mahupun bangsa Laman, dan mulai bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan kepada kebijaksanaan mereka asendiri, mengatakan:

16 Ada beberapa hal yang mereka telah meneka dengan benar, di antara banyak hal yang lain; tetapi lihatlah, kita tahu bahawa semua pekerjaan yang menakjubkandan agungini tidak dapat terjadi, seperti yang telah diucapkan.

17 Dan mereka mulai memberi alasan dan bertikai di antara sesama sendiri, mengatakan:

18 Bahawa atidaklah masuk akal bahawa makhluk seperti Kristus itu akan datang; jika demikian, dan Dia adalah Putera Tuhan, Bapa segala langit dan bumi, seperti yang telah dikatakan, mengapa Dia tidak akan memperlihatkan diri-Nya kepada kita seperti juga kepada mereka yang akan berada di Yerusalem?

19 Ya, mengapa Dia tidak akan memperlihatkan diri-Nya di negeri ini seperti juga di negeri Yerusalem?

20 Tetapi lihatlah, kita tahu bahawa ini adalah suatu aadat resam yang jahat, yang telah diturunkan kepada kita oleh nenek moyang kita, agar kita seharusnya percaya di dalam beberapa hal yang besar dan menakjubkan yang akan terjadi, tetapi bukan di kalangan kita, tetapi di sebuah negeri yang amat jauh, sebuah negeri yang tidak kita ketahui; oleh kerana itu mereka dapat menempatkan kita di dalam kejahilan, kerana kita tidak dapat bmenyaksikan dengan mata kita sendiri bahawa itu adalah benar.

21 Dan mereka akan, dengan kelicikan dan kemahiran misteri daripada si jahat itu, mengerjakan beberapa misteri besar yang tidak dapat kita fahami, yang akan menundukkan kita menjadi para orang suruhan kepada perkataan mereka, dan juga para orang suruhan mereka, kerana kita bergantung kepada mereka untuk mengajarkan firman kepada kita; dan demikianlah mereka akan menempatkan kita di dalam kejahilan jika kita akan menyerahkan diri kita kepada mereka, sepanjang kehidupan kita.

22 Dan banyak lagi hal yang orang-orang itu bayangkan di dalam hati mereka, yang adalah bodoh dan asia-sia; dan mereka amat terganggu, kerana Setan telah menghasut mereka untuk melakukan kederhakaan secara berterusan; ya, dia telah pergi ke merata tempat untuk menyebarkan desas-desus dan pertikaian di atas seluruh permukaan tanah itu, agar dia boleh mengeraskan hati orang-orang itu untuk menentang apa yang baik dan menentang apa yang akan datang.

23 Dan walaupun tanda-tanda dan keajaiban telah dilakukan di kalangan umat Tuhan, dan begitu banyak mukjizat yang telah mereka lakukan, Setan memiliki genggaman yang kuat ke atas hati orang-orang di atas seluruh permukaan tanah itu.

24 Dan demikianlah berakhir tahun ke sembilan puluh zaman pemerintahan para hakim ke atas bangsa Nefi.

25 Dan demikianlah berakhirnya kitab Helaman, menurut catatan Helaman dan anak-anak lelakinya.