“17–23 Februari: ‘Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku’: Ajaran dan Perjanjian 12–17; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 12–17; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Sungai Susquehanna berdekatan Harmony, Pennsylvania
17–23 Februari: “Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku”
Ajaran dan Perjanjian 12–17; Joseph Smith—Sejarah 1:66–75
Kebanyakan orang di seluruh dunia mungkin tidak pernah mendengar tentang Harmony, Pennsylvania. Tetapi Tuhan sering memilih lokasi yang sederhana untuk peristiwa yang paling penting di dalam kerajaan-Nya. Di kawasan hutan berhampiran Harmony pada 15 Mei 1829, Yohanes Pembaptis muncul kepada Joseph Smith dan Oliver Cowdery. Dia meletakkan tangannya di atas kepala mereka dan mengurniakan Imamat Harun kepada mereka, memanggil mereka “para hamba sesamaku” (Ajaran dan Perjanjian 13:1).
Yohanes Pembaptis adalah hamba Tuhan yang dipercayai yang membaptis Juruselamat dan menyediakan jalan untuk kedatangan-Nya (lihat Matius 3:1–6, 13–17). Kepada dua pemuda ini, ia semestinya merendahkan hati, mungkin bahkan amat besar, untuk dipanggil hamba-hamba Yohanes. Pada masa itu, Joseph dan Oliver tidak dikenali sama seperti Harmony. Tetapi dalam pelayanan pekerjaan Tuhan selalunya adalah mengenai cara kita melayani, bukan tentang siapa yang menyedari. Bagaimana kecil atau tidak kelihatan pun sumbangan anda, anda juga adalah hamba sesama dalam “pekerjaan [Tuhan] yang menakjubkan dan agung” (Ajaran dan Perjanjian 14:1).
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Saya boleh mengambil bahagian dalam “pekerjaan [Tuhan] yang menakjubkan dan agung.”
Joseph Knight dan David Whitmer ingin tahu bagaimana mereka boleh membantu dalam pekerjaan Tuhan. Semasa anda membaca jawapan Tuhan kepada mereka (Ajaran dan Perjanjian 12; 14), fikirkan apa maksudnya kepada anda “untuk mewujudkan dan menegakkan tujuan Sion” (12:6, lihat juga 14:6). Apakah asas-asas dan sifat-sifat seperti Kristus yang anda temui dalam bahagian-bahagian ini yang boleh membantu anda melakukan ini?
Lihat juga “The Knight and Whitmer Families (Keluarga Knight dan Whitmer),” dalam Revelations in Context (Wahyu dalam Konteks), 20–24.
Yesus Kristus mengutus Yohanes Pembaptis untuk memulihkan Imamat Harun.
Yohanes Pembaptis memanggil Joseph Smith dan Oliver Cowdery “para orang suruhan sesama.” Apakah ertinya untuk menjadi hamba sesama dengan Yohanes Pembaptis? (lihat Matius 3:13–17; Lukas 1:13–17; 3:2–20).
Semasa anda membaca apa yang Yohanes Pembaptis katakan tentang Imamat Harun dalam bahagian 13, renungkan bagaimana kunci-kunci imamat ini membantu mencapai misi Yohanes untuk menyediakan jalan Tuhan. Contohnya:
-
Apakah “pelayanan para malaikat”? (lihat 2 Nefi 32:2–3; Moroni 7:29–32; Panduan Tulisan Suci, “Malaikat,” Gospel Library).
-
Apakah “injil pertaubatan”? (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:26–27; Dale G. Renlund, “Imamat dan Kuasa Penebusan Juruselamat,” Persidangan Umum, Okt. 2017).
Bagaimana tatacara-tatacara Imamat Harun (seperti pembaptisan dan sakramen) membantu menyediakan jalan bagi anda untuk menerima Juruselamat dalam hidup anda?
Apakah itu kunci–kunci imamat?
Elder Dale G. Renlund dan isterinya, Ruth, memberi penjelasan tentang kunci-kunci imamat:
“Terma kunci-kunci imamat digunakan dalam dua cara berbeza. Yang pertama merujuk pada hak atau keistimewaan yang dianugerahkan kepada semua yang menerima Imamat Harun ataupun Melkisedek. … Misalnya, pemegang Imamat Harun menerima kunci-kunci pelayanan para malaikat dan kunci-kunci persediaan injil pertaubatan dan pembaptisan melalui pencelupan bagi pengampunan dosa-dosa (lihat Ajaran dan Perjanjian 13:1; 84:26–27). Pemegang Imamat Melkisedek menerima kunci misteri-misteri kerajaan tuhan, kunci pengetahuan Tuhan, dan kunci-kunci segala berkat-berkat rohani Gereja (lihat Ajaran dan Perjanjian 84:19; 107:18). …
“Cara kedua terma kunci-kunci imamat digunakan merujuk kepada kepemimpinan. Pemimpin-pemimpin Imamat menerima kunci-kunci imamat tambahan, hak untuk memimpin sebuah bahagian pertubuhan Gereja atau sebuah kuorum. Berkenaan demikian, kunci-kunci imamat merupakan wewenang dan kuasa untuk mengarah, memimpin, dan mengurus dalam Gereja” (The Melchizedek Priesthood: Understanding the Doctrine, Living the Principles [2018], 26).
Joseph Smith Baptizes Oliver Cowdery [Joseph Smith Membaptiskan Oliver Cowdery], oleh Del Parson
Tatacara memberi saya akses kepada kuasa Tuhan.
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana rasanya berada bersama Joseph Smith dan Oliver Cowdery untuk peristiwa-peristiwa besar Pemulihan? Semasa anda membaca Joseph Smith—Sejarah 1:66–75, termasuk nota pada hujung ayat 71, anda mungkin memahami sedikit beberapa perasaan mereka. Apakah yang mengagumkan anda tentang kata-kata mereka? Perhatikan, terutamanya, berkat-berkat yang mereka terima kerana mereka menerima imamat dan dibaptiskan. Apakah berkat-berkat yang Juruselamat telah berikan kepada anda melalui tatacara-tatacara imamat?
Untuk mempelajari lebih lanjut, pertimbangkan untuk mencipta jadual dengan tajuk Tatacara dan Berkat. Kemudian anda boleh mencari ayat suci seperti yang berikut dan berkat yang datang darinya: Yohanes 14:26; Kisah Rasul-Rasul 2:38; Ajaran dan Perjanjian 84:19–22; 131:1–4; Joseph Smith—Sejarah 1:73–74. Apakah berkat lain yang anda boleh tambahkan kepada senarai ini? Bagaimanakah tatacara-tatacara yang anda telah terima membawa kuasa Juruselamat ke dalam hidup anda?
Lihat juga David A. Bednar, “Dengan Kuasa Tuhan dalam Kemuliaan Besar,” Persidangan Umum, Okt. 2021; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Covenants and Ordinances (Perjanjian dan Tatacara),” Gospel Library.
Membawa jiwa kepada Kristus adalah sangat berharga.
Pernahkah anda tertanya-tanya, seperti John dan Peter Whitmer, apakah “yang paling berharga” dalam hidup anda? Ajaran dan Perjanjian 15:4; 16:4 Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 15–16, renungkan mengapa membawa jiwa kepada Kristus adalah sangat berharga. Apakah yang anda sedang lakukan untuk “membawa jiwa-jiwa” kepada Kristus?
Tuhan menggunakan para saksi untuk menegakkan firman-Nya.
Apa itu seorang saksi? Mengapakah Tuhan menggunakan saksi-saksi dalam pekerjaan-Nya? (lihat 2 Korintus 13:1). Renungkan soalan-soalan ini semasa anda membaca firman Tuhan kepada Tiga Saksi dalam Ajaran dan Perjanjian 17. (Lihat juga “Kesaksian Tiga Saksi” dalam Kitab Mormon.) Bagaimanakah para saksi membantu membawa “tujuan [Tuhan] yang benar”? (ayat 4).
Apakah yang anda boleh bersaksi?
A Day for the Eternities
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 13; Joseph Smith—Sejarah 1:68–74
Yohanes Pembaptis memulihkan Imamat Harun.
-
Karya seni dalam panduan ini dapat membantu anak-anak anda menggambarkan pemulihan Imamat Harun (lihat juga “Bab 6: Joseph dan Oliver Diberi Imamat,” dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 26–27, atau video yang berkenaan di Gospel Library). Adakah mereka mahu lukisan gambar peristiwa itu, berdasarkan apa yang mereka baca dalam Joseph Smith—Sejarah 1:68–74?
2:8Para Malaikat Memulihkan Imamat: Kuasa untuk melakukan pekerjaan Tuhan
-
Anda juga boleh menunjukkan gambar Yohanes Pembaptis semasa anda membaca bersama Matius 3:13–17; Joseph Smith—Sejarah 1:68–70. Mengapakah ia penting untuk Tuhan mengutus Yohanes Pembaptis untuk memberi Joseph Smith wewenang imamat untuk membaptis?
Menyediakan anak-anak anda untuk seumur hidup di jalan perjanjian Tuhan Untuk idea lanjut untuk membantu anak-anak anda belajar tentang kuasa imamat, wewenang, dan kunci-kunci, lihat lampiran A atau lampiran B.
Ilustrasi Yesus dibaptiskan, oleh Dan Burr
Bapa Syurgawi membimbing saya melalui Imamat Harun.
-
Untuk mendorong perbincangan tentang kunci-kunci yang disebutkan dalam Ajaran dan Perjanjian 13, anda dan anak-anak anda boleh melihat set kunci-kunci dan bercakap tentang apa yang kita boleh lakukan dengan kunci-kunci itu. Anda boleh membantu mereka mencari perkataan kunci-kunci dalam bahagian 13. Apakah perkataan atau frasa lain dalam Ajaran dan Perjanjian 13 yang menggambarkan berkat-berkat Imamat Harun? Anak-anak anda juga boleh mengenal pasti cara-cara Bapa Syurgawi memberkati kita melalui imamat dalam video “Blessings of the Priesthood (Berkat-berkat Imamat)” (Gospel Library).
Blessings of the Priesthood
Ajaran dan Perjanjian 15:4–6; 16:4–6
Membantu orang lain datang kepada Yesus Kristus adalah “yang paling berharga.”
-
John dan Peter Whitmer ingin tahu “apa yang akan menjadi paling berharga” dalam kehidupan mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 15:4; 16:4). Anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang hal-hal yang amat berharga kepada anda. Apabila anda baca Ajaran dan Perjanjian 15:6 atau 16:6, minta anak-anak anda mengangkat tangan apabila mendengar apa yang Tuhan katakan sebagai “paling berharga.”
-
Apakah maksudnya untuk “membawa jiwa-jiwa kepada [Yesus Kristus]”? Bantu anak-anak anda untuk membuat senarai idea-idea, seperti berkawan dengan orang lain, berkongsi tulisan suci dengan kawan, atau berdoa untuk orang yang memerlukannya. Anak-anak anda boleh mencari gambar perkara-perkara ini dalam majalah Gereja atau Buku Seni Injil. Atau mereka boleh melukis gambar mereka sendiri. Jemput mereka untuk memilih sesuatu dari senarai yang mereka ingin lakukan. Anda juga boleh menyanyi bersama-sama ayat keempat “Kurasai Kasih Juruselamat” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 42).
Saya boleh menjadi saksi Kitab Mormon.
-
“Bab 7: Para Saksi Melihat Kepingan-kepingan Emas” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 31–33, atau video berkaitan di Gospel Library) dapat membantu anak-anak anda belajar tentang Tiga Saksi. Selepas membaca Ajaran dan Perjanjian 17:5–6, beritahu anak-anak anda bagaimana anda tahu Kitab Mormon adalah benar. Bagaimanakah kita boleh menjadi para saksi Kitab Mormon?
4:59Saksi-Saksi Melihat Kepingan-kepingan Kitab Mormon: Bersaksi kepada dunia
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.
Upon You My Fellow Servants [Ke Atas Dirimu Para Hamba Sesamaku], oleh Linda Curley Christensen