Ikutlah Aku
27 Januari–2 Februari: “Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas”: Ajaran dan Perjanjian 3–5


“27 Januari–2 Februari: ‘Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas’: Ajaran dan Perjanjian 3–5,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

Ajaran dan Perjanjian 3–5,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

pekerja di ladang

27 Januari–2 Februari: “Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas”

Ajaran dan Perjanjian 3–5

Dalam beberapa tahun pertama sebagai nabi Tuhan, Joseph Smith belum tahu segala-galanya tentang “pekerjaan yang menakjubkan” yang dia dipanggil untuk melakukan. Tetapi salah satu pengalaman awal yang mengajarnya bahawa untuk melakukan pekerjaan Tuhan, matanya mestilah “tumpu pada kemuliaan Tuhan” (Ajaran dan Perjanjian 4:1, 5). Contohnya, jika Tuhan menasihatinya untuk melakukan sesuatu yang dia tidak pasti dia ingin lakukan, dia perlu mengikuti nasihat Tuhan. Dan walaupun dia mempunyai “banyak wahyu, dan … kuasa untuk melakukan banyak pekerjaan yang hebat,” jika dia rasa kemahuan dia lebih penting berbanding kehendak Tuhan, dia “mesti jatuh” (Ajaran dan Perjanjian 3:4). Tetapi Joseph mempelajari sesuatu yang sama penting seperti melakukan pekerjaan Tuhan: “Tuhan penuh belas kasihan,” dan jika Joseph dengan tulus bertaubat, dia masih “terpilih” (ayat 10). Pekerjaan Tuhan, sememangnya, pekerjaan penebusan. Dan pekerjaan itu “tidak dapat digagalkan” (ayat 1).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 3:1–16

ikon seminari
Saya boleh mempercayai Tuhan.

Awalnya dalam pelayanan Joseph Smith, kawan-kawan yang baik sukar didapati—terutamanya kawan seperti Martin Harris, seorang lelaki yang dihormati, makmur, yang membuat pengorbanan besar untuk menyokong pekerjaan Joseph. Jadi, apabila Martin meminta kebenaran untuk menunjukkan 116 halaman manuskrip pertama terjemahan Kitab Mormon kepada isterinya, Joseph secara semula jadinya ingin menghormati permintaannya, walaupun Tuhan telah memberi amaran. Tragisnya, manuskrip itu hilang semasa dalam pengawasan Martin, dan Joseph dan Martin telah ditegur keras oleh Tuhan.

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 3:1–15, renungkan apa yang Tuhan mahu anda pelajari dari pengalaman mereka. Contohnya, apa yang anda pelajari tentang:

  • Pekerjaan Tuhan? (lihat ayat 1–3, 16).

  • Akibat kerana takut kepada manusia dan bukan mempercayai Tuhan? (lihat ayat 4–8).

  • Berkat-berkat yang datang kerana kekal setia? (lihat ayat 8).

  • Cara Tuhan membetulkan dan menggalakkan Joseph? (lihat ayat 9–16).

Dalam pesanannya “Di Manakah Arah Pandangan Mu?,” Elder Lynn G. Robbins memberi banyak contoh tulisan suci tentang orang yang takut kepada Tuhan dan orang yang mengalah kepada tekanan daripada orang lain (Persidangan Umum, Okt. 2014, 9–11). Pertimbangkan untuk membaca contoh-contoh ini dalam tulisan suci yang dia rujukkan. Apakah yang anda pelajari dari laporan-laporan ini? Apakah pengalaman yang anda ada di mana anda telah mempercayai Tuhan ketika menghadapi tekanan untuk melakukan sesuatu yang berbeza? Apakah akibat dari tindakan anda?

Lihat juga Dale G. Renlund, “Rangka Wahyu Peribadi,” Persidangan Umum, Okt. 2022; “The contributions of Martin Harris (Sumbangan Martin Harris),” dalam Revelations in Context (Wahyu dalam Konteks) (2016), 1–9; Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Seeking Truth and Avoiding Deception (Mencari Kebenaran dan Mengelakkan Penipuan),” Gospel Library; “Sungguh Baik P’rintah-Nya,” Nyanyian Rohani, no. 44.

Ajaran dan Perjanjian 4

Saya boleh melayani Tuhan dengan sepenuh hati, daya, minda, dan kekuatan saya.

Bahagian 4 sering digunakan untuk para misionari sepenuh masa. Walau bagaimanapun, yang menariknya wahyu ini diberikan kepada Joseph Smith Sr., yang tidak dipanggil untuk misi tetapi masih mempunyai “hasrat untuk melayani Tuhan” (ayat 3).

Salah satu cara untuk membaca bahagian ini adalah untuk membayangkannya sebagai penerangan kerja bagi seseorang yang ingin membantu melakukan kerja Tuhan. Apakah yang Tuhan inginkan? Apakah manfaat yang Dia tawarkan?

Apakah yang anda pelajari tentang melayani Tuhan dari wahyu ini?

Presiden Russell M. Nelson memanggil pengumpulan Israel sebagai “cabaran terbesar , tujuan terbesar, dan pekerjaan terbesar di bumi” (“Harapan Israel” [pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018], Gospel Library). Apakah yang anda temui dalam ucapannya yang mengilhami anda untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan ini?

misionari bercakap dengan seorang wanita sambil memberi pelayanan

Setiap orang yang berhasrat untuk melayani Tuhan dipanggil pada pekerjaan itu.

Ajaran dan Perjanjian 5

Melalui Roh Kudus, saya dapat memperoleh kesaksian tentang Kitab Mormon.

Pada Mac 1829, isteri Martin Harris, Lucy, memfailkan tuntutan di mahkamah bahawa Joseph Smith menipu orang dengan berpura-pura menterjemahkan kepingan-kepingan emas (lihat Saints, 1:56–58). Jadi Martin meminta Joseph untuk berikan lebih banyak bukti bahawa kepingan-kepingan emas itu benar. Ajaran dan Perjanjian 5 adalah sebuah wahyu sebagai jawapan kepada permintaan Martin. Apakah yang anda pelajari dari bahagian ini tentang yang berikut:

  • Apa yang Tuhan katakan akan berlaku jika kepingan-kepingan emas itu diperlihatkan kepada dunia (lihat Ajaran dan Perjanjian 5:7). Mengapa anda fikir sedemikian?

  • Peranan para saksi dalam pekerjaan Tuhan (lihat ayat 11–15; lihat juga 2 Korintus 13:1).

  • Bagaimana untuk anda sendiri mendapatkan kesaksian Kitab Mormon (lihat ayat 16, 24; lihat juga Moroni 10:3–5).

Ajaran dan Perjanjian 5:1–10

Yesus Kristus memberi kita firman-Nya melalui Joseph Smith.

Apakah yang Ajaran dan Perjanjian 5:1–10 mengajar anda tentang peranan penting Joseph Smith dalam zaman keagamaan kita—dan dalam kehidupan anda? (Lihat juga 2 Nefi 3:6–24.)

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

ikon 02 bahagian kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 3:5–10; 5:21–22

Saya boleh memilih yang benar apabila orang lain cuba memujuk saya berbuat salah.

  • Untuk memulakan perbincangan tentang belajar untuk mempercayai Bapa Syurgawi, anda boleh mengkaji semula cerita halaman manuskrip yang hilang (lihat Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 18–21). Anda dan anak-anak boleh lakon peranan beberapa situasi yang mungkin akan berlaku apabila mereka tergoda untuk melakukan sesuatu yang salah. Apakah perkataan dan frasa dalam Ajaran dan Perjanjian 3:5–8; 5:21–22 yang boleh membantu mereka dalam situasi tersebut?

    4:38

    Martin Harris Membantu Joseph: Belajar untuk mempercayai Tuhan

Ajaran dan Perjanjian 4

Tuhan menjemput saya untuk membantu dalam pekerjaan-Nya.

  • Setiap ayat dalam Ajaran dan Perjanjian 4 mengandungi kebenaran berharga yang dapat membantu anak-anak anda belajar tentang melayani Tuhan. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu mereka menemukan kebenaran-kebenaran ini:

    • Anda boleh membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 4:1 dan tunjukkan gambar-gambar tentang pekerjaan zaman akhir Tuhan yang “menakjubkan” (seperti misionari, bait suci, dan Kitab Mormon).

    • Anak-anak anda boleh fikirkan tindakan atau lukis gambar yang menggambarkan frasa “melayani-Nya dengan sepenuh hati, daya, fikiran dan kekuatanmu” (Ajaran dan Perjanjian 4:2).

    • Anda boleh melihat bersama alat-alat yang digunakan untuk bekerja di ladang. Bagaimanakah alat-alat ini membantu kita? Kemudian anak-anak anda boleh mencari hal-hal dalam Ajaran dan Perjanjian 4:5–6 yang seperti alat untuk melakukan pekerjaan Tuhan.

    • Kanak-kanak yang lebih tua boleh menyelidiki Ajaran dan Perjanjian 4 sendiri dan senaraikan perkara yang mereka pelajari tentang maksud untuk melayani Tuhan.

    • Nyanyi bersama lagu tentang kerja misionari, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-anak, 90).

seorang budak lelaki membantu menanam pokok

Saya boleh membantu dalam pekerjaan Tuhan dengan melayani orang lain.

Sesuaikan aktiviti untuk keperluan orang yang kurang upaya. Penyesuaian kecil kepada aktiviti-aktiviti boleh memastikan semua orang berpeluang untuk belajar. Contohnya, jika aktiviti mencadangkan menunjuk satu gambar, anda boleh menyanyi satu lagu untuk melibatkan orang yang mempunyai masalah penglihatan.

Ajaran dan Perjanjian 5:1–7, 11, 16, 23–24

Saya boleh menjadi saksi bahawa Kitab Mormon adalah benar.

  • Untuk mengajar anak-anak anda tentang saksi-saksi, anda boleh minta mereka membayangkan seorang kawan memberitahu mereka bahawa dia melihat kucing berjalan dengan kaki depannya. Adakah mereka akan mempercayainya? Bagaimana jika kawan lain mengatakan hal yang sama? Bincangkan maksud seorang “saksi” dan mengapa saksi-saksi penting. Anda kemudian boleh membantu anak-anak anda mencari Ajaran dan Perjanjian 5:1–3, 7, 11 untuk jawapan kepada soalan-soalan seperti ini:

    • Apakah yang Martin Harris ingin tahu?

    • Kepada siapakah yang Joseph Smith boleh menunjukkan kepingan-kepingan emas itu?

    • Mengapakah melihat kepingan-kepingan itu mungkin tidak dapat meyakinkan seseorang bahawa Kitab Mormon adalah benar?

    • Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjadi saksi-saksi Kitab Mormon? (lihat Ajaran dan Perjanjian 5:16; Moroni 10:3–5).

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

potret Joseph Smith dan ibu bapanya kelihatan cemas

Devastating Weight of 116 Pages [Beban yang Menghancurkan oleh 116 Halaman], oleh Kwani Povi Winder

halaman aktiviti untuk kanak-kanak