Ikutlah Aku
3–9 Februari: “Inilah Roh Wahyu”: Ajaran dan Perjanjian 6–9


“3–9 Februari: ‘Inilah Roh Wahyu’: Ajaran dan Perjanjian 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

imej Oliver Cowdery menulis dengan pen bulu pelepah

3–9 Februari: “Inilah Roh Wahyu”

Ajaran dan Perjanjian 6–9

Pada musim luruh 1828, seorang guru muda bernama Oliver Cowdery menerima tawaran mengajar di Manchester, New York, dan tinggal bersama keluarga Lucy dan Joseph Smith Sr. Oliver telah mendengar tentang anak lelaki mereka Joseph dan pengalamannya yang luar biasa, dan Oliver, yang menganggap dirinya seorang pencari kebenaran, ingin mengetahui lebih lanjut. Keluarga Smith menggambarkan kunjungan dari malaikat, catatan kuno, dan kurnia untuk menterjemah dengan kuasa Tuhan. Oliver terpesona. Adakah ia benar? Lucy dan Joseph Sr. memberinya nasihat yang berguna kepada sesiapa yang mencari kebenaran: berdoa dan meminta daripada Tuhan.

Oliver melakukannya, dan Tuhan menjawab, memfirmankan “kedamaian pada fikiran[nya]” (Ajaran dan Perjanjian 6:23). Oliver belajar bahawa wahyu bukan hanya untuk nabi seperti Joseph Smith. Ia adalah untuk sesiapa pun yang menginginkannya dan mencarinya dengan tekun. Oliver masih ada banyak untuk dipelajari, tetapi dia tahu cukup untuk mengambil langkah seterusnya. Dia tahu Tuhan melakukan sesuatu yang penting melalui Joseph Smith, dan Oliver ingin menjadi sebahagian darinya.

25:1

Days of Harmony

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 6; 8–9

ikon seminari
Bapa Syurgawi berbicara kepada saya melalui Roh Kudus.

Pada musim bunga 1829, Oliver Cowdery sukarela menjadi jurutulis Joseph Smith semasa dia menterjemahkan Kitab Mormon. Pengalaman itu menggembirakan dia, dan dia tertanya-tanya jika dia juga boleh menerima wahyu dan kurnia menterjemah. Cubaan pertamanya tidak berjaya.

Jika anda pernah bergelut untuk menerima atau memahami wahyu, anda mungkin boleh memahami pengalaman Oliver—dan belajar darinya. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 6, 8, dan 9, perhatikan apa yang Tuhan ajarkan Oliver tentang wahyu peribadi. Contohnya:

Pengalaman Oliver mungkin menyebabkan anda “arahkan fikiranmu” pada saat-saat ketika anda merasakan bahawa Tuhan sedang berbicara kepada anda (Ajaran dan Perjanjian 6:22). Pernahkah anda mencatatkan fikiran atau perasaan anda tentang pengalaman ini? Jika ya, pertimbangkan untuk membaca apa yang anda tulis. Jika tidak, luangkan masa untuk menulis apa yang anda ingat. Pertimbangkan bagaimana anda boleh terus mendapat kekuatan dari pengalaman-pengalaman ini. Untuk beberapa idea, lihat pesanan Elder Neil L. Andersen “Memori Rohani yang Membentuk” (Persidangan Umum, Mei 2020).

Beberapa pemimpin Gereja telah berkongsi pengalaman mereka berkaitan wahyu dalam koleksi video “Dengarkanlah Dia”. Selepas menonton satu atau beberapa video ini, anda mungkin terilham untuk mencatat pengalaman anda sendiri, berkongsi bagaimana Tuhan telah berbicara kepada anda.

Lihat juga Topics and Questions (Topik dan Soalan), “Personal Revelation (Wahyu Peribadi),” Gospel Library; “Oliver Cowdery’s Gift (Kurnia Oliver Cowdery),” dalam Revelations in Context (Wahyu dalam Konteks), 15–19.

Ajaran dan Perjanjian 6:18–21, 29–37

Lihatlah kepada Kristus dalam setiap pemikiran.

Tuhan tahu Joseph Smith akan mengalami “keadaan yang sukar” dalam tahun-tahun yang akan datang (Ajaran dan Perjanjian 6:18). Dia juga tahu percubaan di masa depan anda. Apakah yang anda temui dalam nasihat-Nya kepada Joseph dan Oliver dalam Ajaran dan Perjanjian 6:18–21, 29–37 yang membantu anda mempercayai Dia?

Apakah maknanya untuk “lihat kepada [Kristus] dalam setiap pemikiran”? (ayat 36). Bagaimanakah anda boleh melakukan ini dengan lebih konsisten—pada masa yang baik dan “keadaan yang sukar”? Pertimbangkan nasihat daripada Presiden Russell M. Nelson: “Ia sukar bagi minda untuk berusaha melihat kepada Dia dalam setiap fikiran. Tetapi apabila kita membuat demikian, keraguan dan kebimbangan kita lenyap” (“Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Persidangan Umum).

Lihat juga Neil L. Andersen, “Fikiranku Menangkap Fikiran Ini Tentang Yesus Kristus,” Persidangan Umum, April 2023.

imej tangan Juruselamat, dengan bekas paku pada tapak tangan terbuka-Nya

Butiran Behold My Hand [Lihatlah Tangan-Ku], oleh Jeffrey Ward

Ajaran dan Perjanjian 6:29–37

“Janganlah takut melakukan yang baik.”

Mengapakah kita kadangkala “takut melakukan yang baik”? (ayat 33). Apakah yang anda temui dalam Ajaran dan Perjanjian 6:29–37 yang memberi anda keberanian untuk melakukan kebaikan? Pertimbangkan untuk menyanyi atau mendengar lagu rohani yang mengilhami anda untuk mempunyai keberanian dalam Kristus, seperti “Mari Lakukan Cepat” (Nyanyian Rohani, no. 113).

Ajaran dan Perjanjian 6–7; 9:3, 7–14

“Bahkan seperti kamu menghasratkan daripada-Ku demikianlah akan terjadi kepadamu.”

Perhatikan sebanyak berapa kali perkataan seperti “hasrat” atau “menghasratkan” muncul di dalam bahagian 6 dan 7. Apakah yang anda pelajari dari bahagian-bahagian ini tentang kepentingan Tuhan letakkan pada hasrat anda? Tanyakan diri anda soalan Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 7:1: “Apakah yang engkau hasratkan?”

Salah satu hasrat soleh Oliver Cowdery—untuk menterjemah seperti Joseph Smith—tidak dipenuhi. Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 9:3, 7–14, apakah tanggapan yang anda terima yang boleh membantu anda ketika hasrat soleh anda tidak dipenuhi sekarang?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 11:8.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Liahona dan Untuk Kekuatan Remaja.

bahagian 03 kanak-kanak

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 6:5, 15–16, 22–23; 8:2; 9:7–9

Bapa Syurgawi berbicara kepada saya melalui Roh Kudus.

  • Kebenaran yang Oliver Cowdery pelajari tentang wahyu peribadi dapat membantu anak-anak anda semasa mereka mengembangkan kebolehan mereka untuk mengenali Roh Kudus. Anda boleh menggunakan “Bab 5: Joseph Smith dan Oliver Cowdery” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 22–25, atau video berkaitan di Gospel Library) untuk mengajar mereka tentang Oliver dan apa yang dia telah pelajari. Saling berkongsi bahagian kegemaran anda dalam cerita itu. Semasa anda melakukannya, tekankan perkara-perkara yang Tuhan ajarkan kepada Oliver tentang bagaimana untuk mendengar suara Tuhan, dan baca ayat-ayat yang berkaitan, seperti Ajaran dan Perjanjian 6:23 atau 9:7–9.

    3:2

    Tuhan Menghantar Oliver Cowdery: Belajar bagaimana Tuhan bercakap kepada kita

    Oliver Cowdery menulis, dengan Joseph Smith melihat

    Oliver Cowdery belajar tentang wahyu semasa Joseph Smith menterjemahkan Kitab Mormon.

  • Anda juga boleh menjemput anak-anak anda untuk menyentuh kepala dan dada mereka semasa anda membaca perkataan “fikiran” dan “hati” dalam Ajaran dan Perjanjian 8:2. Beritahu anak-anak anda, dari pengalaman anda, apakah perasaannya ketika Roh Kudus berbicara kepada fikiran dan hati anda. Bantu mereka mencari jawapan kepada soalan “Bagaimanakah Roh Kudus berbicara kepada kita?” dalam ayat-ayat ini: Ajaran dan Perjanjian 6:15–16, 22–23; 8:2; 9:7–9.

Gunakan cerita. Cerita-cerita membantu kanak-kanak memahami asas-asas injil kerana ia menunjukkan bagaimana orang lain menjalankan asas-asas ini. Semasa anda mengajar, cari cara untuk memasukkan cerita—dari kitab suci, dari sejarah Gereja, atau dari kehidupan anda sendiri—yang menggambarkan asas-asas dalam kitab suci.

Ajaran dan Perjanjian 6:34

Kerana Yesus Kristus, saya boleh “[tidak] takut.”

  • Tuhan memberitahu Joseph dan Oliver, “Janganlah takut, kawanan kecil” (Ajaran dan Perjanjian 6:34). Anda boleh jemput anak-anak anda untuk mengulangi frasa itu dengan anda beberapa kali. Mereka juga boleh berpura-pura menjadi kawanan domba yang ketakutan. Apakah yang mungkin ditakuti oleh domba itu? Kemudian anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar Juruselamat sebagai gembala (terdapat satu pada hujung panduan ini) dan bincangkan bagaimana Dia mengawasi kita seperti gembala mengawasi domba-domba-Nya.

  • Pertimbangkan untuk memainkan atau menyanyi sebuah lagu tentang mencari keberanian dalam Kristus seperti “Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-anak, 80) atau “Mari Lakukan Cepat” (Nyanyian Rohani, no. 113). Apakah yang lagu ini ajarkan tentang bagaimana Juruselamat membantu kita untuk tidak takut?

Ajaran dan Perjanjian 6:36

Saya boleh melihat kepada Yesus Kristus dalam setiap pemikiran.

  • Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 6:36, anda dan anak-anak anda boleh membuat lukisan untuk membantu anda ingat untuk “lihatlah kepada [Yesus Kristus] dalam setiap pemikiran.” Saling berkongsi lukisan anda, dan bantu anak-anak anda memikirkan tempat yang mereka boleh letakkannya supaya mereka akan sering melihatnya.

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Kristus bersama kawanan domba

The Lord Is My Shepherd [Tuhan ialah Gembalaku], oleh Yongsung Kim

halaman aktiviti untuk kanak-kanak